Sebut sahaja nama pasangan ini, pasti ramai yang terbayang gelagat si suami yang mencuit hati. Tidak sekadar itu, anak sulung pasangan ini sangat berbakat dalam bidang seni dan dilihat banyak mewarisi perangai si ayah yang ‘gila-gila’ orangnya.
Azad Jasmin dan Eira Syazira mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.
“Suami jenis ayatnya ‘makan dalam’ dengan apa yang dia cakap. Tetapi dia bukan jenis bad mood. Cuma kita boleh tahu dia marah bila dia sarkastik. Cakap slow tapi makan dalam. Biasanya saya hanya berdiam sahaja. Anak-anak la yang akan jadi ‘penghubung’ antara kami apabila bergaduh. Tapi tak lama pun lepas tu kami berbaik kerana tahulah perangai ‘gila-gila’ Azad kan.
“Apabila baru berkahwin dan berada di bawah satu bumbung baru sedar banyak cabaran. Apatah lagi waktu itu kami ‘try hard’ untuk dapatkan anak. Selepas 7 bulan baru saya disahkan mengandung. Pada saya itu sudah lambat.
“Ditambah lagi usia suami waktu itu 37 tahun manakala saya 27 tahun. Jadi kami beremosi dan mula tension. Memang stres untuk tahun pertama tapi alhamdulillah selepas dapat anak barulah reda,” ujar Eira sambil mengakui anak ketiganya “tidak dirancang’ hanya selepas 7 bulan baru sedar diri mengandung.
Pasangan ini ditemui ketika mengacarakan majlis pelancaran Kempen Girang Syawal Tiba 2019 oleh Mydin Holding Berhad (Mydin). Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Hannah Yeoh .
Baik dengan ibu mentua.
Jika wanita lain sukar berbaik dengan ibu mentua, berbeza pula dengan Eira. Malah dia mengakui keluarga Azad penuh kasih sayang.
Ads
“Bukan sahaja saya, malah adik saya juga rapat dengan keluarga sebelah suami. Kebetulan kami tak ramai lelaki dalam keluarga. Malah hubungan saya dengan adik ipar lelaki juga rapat. Dengan mak mentua ibarat ibu saya sendiri.
Anak muka isteri perangai ikut suami.
Mengakui anak perempuan sulung banyak mengikut perangai ‘gila-gila’ nya, namun tegas Azad masih ada batas dalam apa yang anaknya lakukan.
“Itu adalah tanggung jawab kami terutama saya sebagai bapa untuk mendidik. Waktu belajar kena belajar betul-betul, begitu juga waktu bermain, saya akan biarkan mereka bermain. Kami tahu batas untuk anak-anak dan tak lepas begitu sahaja. Saya tak suka marah-marah tapi lebih kepada terangkan pada anak apa yang kesalahan mereka. Mungkin orang tengok dalam tv saya jenis ‘loud’ tapi di rumah saya lebih ‘soft’ tetapi kalau sekali cakap boleh buat anak mengalir air mata,”ujar Azad lagi.
Ads
Memasak untuk sahur dan berbuka
Ditanya sambutan ramadhan untuk tahun ini, Eira mendedahkan dia ‘wajib’ memasak untuk hidangan berbuka dan juga sahur
“Untuk bulan ramadan, kami sahur seperti waktu berbuka. Azad jenis makan berat tetapi simple. Tak kisah telur goreng sekali pun tetapi yang penting ia dimasak baru bukan yang dipanaskan kembali. Kalau tak masak Itu cara saya ambil hati suami dan anak-anak,”jelas Eira lagi yang memberitahu suaminya kelakar tapi seorang yang tegas.
Eira yang kini meluaskan kerjayanya di Indonesi mengakui suami adalah penyokong kuat dan membuatkan semangatnya kembali berkobar dalam meneruskan kerja walaupun ditimpa pelbagai dugaan dan cabaran.
Ads
Bernaung di bawah Syarikat Positif Arts Entertainment yang menguruskan artis popular republik itu seperti Ayu Tingting, Wali Band, Matta Band dan Kerispatih, Eira mengaku keputusan berhijrah ke Jakarta cukup besar buat dirinya dan keluarga.
“Ikutkan saya nak fokus pada keluarga sahaja dan hanya mahu duduk di rumah menjaga tiga cahaya mata, apatah saya baru saja melahirkan anak ketiga. Tetapi suami ‘push’ dan dialah yang bertungkus lumus sehingga membolehkan saya dikenali di negara jiran. Buat masa sekarang dia yang menguruskan saya di Indonesia. Kalau diikutkan di sini pun ramai yang bertanya bila nak berlakon macam dulu tapi sebab komitmen di Indonesia dan juga anak-anak menyebabkan susah.
“Kami ada rumah di Indinesia yang disediakan oleh pihak syarikat rakaman dan biasanya kalau ‘terbang’ ke sana, saya akan bawa bahan-bahan untuk memasak. Bohonglah andai kata awal-awal dulu saya tak takut. Malah macam-macam rasa ada. Bimbang ditipu dan pelbagai lagi. Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara orang memerlukan kekuatan jiwa.
“Tapi suami banyak bagi semangat dan Alhamdulillah sekarang sudah 4 tahun saya aktif disana Buat masa sekarang kami berulang alik sambil menantikan kelulusan permit untuk bekerja di sana. Kiranya tahun depan kami akan menetap di sana dan anak-anak pun akan ikut sekali,”cerita Eira lagi.
Kebiasaannya masa-masa begini bila musim buah durian luruh, mesti ada antara kita tidak akan melepaskan peluang untuk balik ke kampung. Pengalaman menikmati keenakan rasa durian hasil dari dusun sendiri, memang sukar digambarkan.
Namun untuk musim kali ini nampaknya ramai pula yang hanya mampu menatap gambar buah durian yang luruh apabila dikongsikan di group whatsapp keluarga. Ibu ayah di kampung pula ada yang rasa terkilan kerana tidak dapat pula memberi anak cucu merasa.
Tapi tahukah anda ada berita baiknya, buah durian itu boleh di pos! Pasti si pemberi dan si penerima buah durian tersebut akan berasa seronok berkongsi rezeki.
Ini kisahnya sebagaimana yang dikongsikan oleh Razira Razalli bila mana ibu dan ayahnya yang tinggal di Pahang menghantar sekotak durian kepada toknya yang tinggal di Kedah.
Ujarnya “Walaupun PKP tiada apa yang boleh menghalang. Tak boleh merentas negeri mak pos durian dari Pahang ke Kedah untuk tok.”
“Kali ni mak Frozen kan durian. Mak hantar durian yang baru kutip pagi dan petang terus gi hantar. Alhamdulillah hantar semalam hari ni sampai walaupun tiada jaminan next day boleh sampai dari parcelhub.”
Ujarnya lagi, “Kalau nak pos barang jujur je dengan pihak courier apa yang kita pos. Kalau diorang tak benarkan cari je courier service yang lain.”
Durian Pun Boleh Pos!
Sekarang durian pon boleh pos. Bagi mak ayah yang tengah banyak buah durian tapi nak bagi anak-anak yang jauh merasa boleh buat macam ni.
Cara-cara Nak Pos Durian
1. Frozen kan durian tu dulu sebiji-sebiji ( yang ni mak letak semalaman je dalam chest freezer )
2. Lapik kotak polisterin dengan surat khabar atau kain towel.
3. Susun buah durian biar padat.
4. Wrap keseluruhan kotak dengan plastik wrap.
5. Boleh pergi pos.
Berat 1 kotak ni anggaran 10kg dengan kos pos RM30 menggunakan parcelhub.
Pos hari Rabu, hari Khamis dah sampai.
Trauma buat bapa ini apabila melihat sendiri anak tersayang ditarik oleh buaya dan maut depan matanya sendiri.
Menerusi perkongsian yang tular di Facebook, lelaki berkenaan bersama anaknya dipercayai sedang berkayak. Malangnya, mereka disambar oleh seekor buaya sewaktu berada di kawasan kejadian.
Menurut laporan Astro Awani, seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun dibaham buaya ketika mendayung sampan bersama bapanya di perairan Pangkalan Marin, Lahad Datu pagi 1 Disember.
Dalam kejadian sekitar jam 10.05 pagi itu bapa mangsa turut cedera di beberapa bahagian badan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.25 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bomba digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
“Operasi turut dibantu anggota Pasukan Polis Marin dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Terdapat dua mangsa yang terlibat iaitu seorang lelaki Palauh dan kanak-kanak lelaki dipercayai diserang buaya ketika mendayung sampan di lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit berjaya diselamatkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan, manakala anaknya pula masih hilang dipercayai dibaham buaya.
“Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu menaiki ambulan untuk menerima rawatan susulan.
“Pasukan bomba masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama agensi lain di sekitar perairan lokasi kejadian,” katanya.
Difahamkan, ketika kejadian yang mencemaskan itu sedang berlaku, si bapa cuba bergelut dengan reptilia berkenaan untuk menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa buaya.
Malangnya, dia tewas bertindak sedemikian, sebaliknya mengalami kesan gigitan buaya yang agak serius.
Sebagai ketua keluarga atau ibu ayah, tentu kita mahu kehidupan kita anak beranak selesa dan ada serba serbinya. Kalau boleh, tidak mahu rasanya melihat wajah-wajah yang kita cintai melalui kesempitan hidup.
Jadi selain perlu kita usaha dan terus berkerja kuat untuk menggandakan rezeki yang ada, ada beberapa perkara dan cara yang perlu juga dilakukan untuk mempastikan rezeki yang dicari berkat dan sekali gus menjadikan kita seisi keluarga berlapang dada dan terasa kaya dan serba serbi cukup.
Nak tahu caranya, ayuh baca perkongsian ini.
Amal Je 15 Tips Ni Kalau Nak Jadi Kaya Raya Dengan Sangat Cepat!
1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap ‘Syukur Alhamdulillah terima kasih Allah.’
2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar dan tanya pada Allah. Kenapa aku di uji. Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh.
3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.
4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.
5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!
6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.
7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.
8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.
9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!
10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.
11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.
12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.
13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).
14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabil kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.
15. Akhir sekali. Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki! Sayangi diri sendiri.
Tiga beradik di Kelantan, Tan Xavier, 12, Tan Xaden, 11, dan Tan Xarel, 8 kanak-kanak berbangsa Cina menarik perhatian ramai apabila turut sama menyertai Majlis Khatan Perdana 2025 di Hospital Tanah Merah (HTM), Kelantan baru-baru ini.