Anak-anak adalah cerminan ibu bapa. Bagaimana cara kita mendidik anak, begitulah perwatakan anak itu. Begitu juga bagi anak yang kurang kasih sayang dan sentuhan akan menunjukkan sikap yang agresif seperti termasuk tidak mendengar cakap ibu bapa dan suka tampil dengan kenakalan.
Begitulah yang dikongsikan oleh Nurul Asyiqin Ruhmilin yang memaparkan kisah bagaimana anak yang kurang sentuhan. Beliau juga berkongsi tip menghadapi situasi ini. Jom semak.
Untuk 1 bulan yang lalu, saya duduk bertapa dalam 1 bilik khas. And most of the time, saya akan tolak ajakan orang untuk keluar hang out.
Bertapa untuk Membaca, Memerhati & Menulis. Belajar.
Dan saya selalu perhati seorang kanak-kanak disekitar rumah saya. Saya tengok, “Kenapa dia ni sangat aktif dan tak dengar cakap ibu ayah dia?”
Ads
Saya tengok dan tengok. Adakala dia akan datang rumah saya. Tengok-tengok dalam rumah. Tengok saya buat kerja. Adakala dia tengok ja apa yang saya buat.
“Hari ni mak ada marah-marah lagi?”
Dia anggukkan lagi kepala. Saya tak nak cakap, “Tu lah kau nakal sangat!” Sebab saya tahu dia sebenarnya masih dalam fasa programming. Apa yang dia buat sebenarnya nak curi perhatian ibu ayah dia. Macam saya katakan sebelum ini, anak kita selalu marah marah dan marah akan jadi LEBIH AGRESIF!
“Kenapa mak marah?” Dia diam dan muka dia macam dah nak nangis. Saya dah macam, eh tak boleh ni. Kang dia nangis ni tak pasal-pasal mak marah saya lagi sebab kacau budak. Dahlah saya ni “Tukang Sakat Budak”. hahah. Jadi untuk elakkan dia menangis, saya pun kenalah jadi Super Women kejap. Jadi penyelamat skesta drama air mata kan.
Ads
Bila saya buat SENTUHAN FIZIKAL pada dia. Maksudnya usap belakang dia, boleh pulak senyum!
Dari situ, saya nampak dia kurang sentuhan fizikal. Dan bahasa kasih sayang yang dia sangat perlukan adalah sentuhan fizikal.
Macam mana saya katakan dia kurang sentuhan fizikal?
Bila saya sentuh dan usap belakang dia, dia cool down dan kembali senyum. Kita boleh nampak seseorang tu dia suka dibelai. Dan dia memang kurang di belai. Jadi saya cakap dekat dia “EYE TO EYE CONTACT”.
Ads
“Mak sayang kamu sebenarnya. Dia tak sengaja nak marah. Kamu kan good boy”
Dia dah macam angguk angguk angguk. . . Sebenarnya, anak-anak kenapa dia tak nak dengar cakap kita sebabnya kita tak nak dengar apa yang ada dalam isi hati mereka dahulu.
Dia nak cakap, “Mak tolong peluk saya” Tapi dia tak tahu nak cakap macam mana. Budak-budak yang selalu di marah, dia akan takut nak minta benda-benda macam ni. Ya takut kena marah lagi.
You love your child, but does your child feel loved?
Nurul Asyiqin Ruhmilin Hmmmmm…….
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sedangkan terpisah buat sementara pun boleh terasa kehilangan, apatah lagi orang yang kita sayang pergi selamanya.
Itulah yang dirasai oleh anak bongsu kepada Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim, Diyana Ridzuan apabila masdih tidak dapat menerima hakikat bahawa bapa kesayangannya itu sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.
Diyana berkongsi di laman instagram miliknya luahan hatinya mengenang kembali segala memori bersama Allahyarham yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Khamis.
Dalam perkongsian tersebut, Diyana berkata dia terkilan kerana tidak sempat menghadiahkan bapanya sebuha skuter elektrik (yang digunakan untuk orang sakit bergerak) seperti mana yang dihajatkan Allahyarham sebelum ini.
“Ayah, princess Diyana rindu ayah sangat-sangat. Nanti Nan jumpa ayah selalu okay? Ayah dah tak penat dah sekarang. Tiada dah ayah call Nana mengadu kaki ayah bengkak-bengkak, ayah sakit perut berak-berak, tiada yah (ayah) and i am happy for you.
“Tapi sorry yah. tak sempat belikan ayah scooter. Itu adalah permintaan terakhir dia sebab dia kata dia malu nak naik kerusi roda atau pakai tongkat” tulis Diyana di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian itu juga, Diyana berkata ayahnya merupakan punca kekuatan untuk dirinya terus bekerja lebih keras sebelum ini demi berbakti kepada Allahyarham.
“Punca kekuatan nana untuk terus bekerja lebih keras hilang yah. Nana selalu penat buat dua tiga kerja sebab nak bagi ayah duit, tapi sekarang semua tu tak berbaloi untuk Nana.
“Lepas ni Nana nak orderkan makanan untuk siapa? Siapa nak makan lontong rojak pagi-pagi? Siapa nak tolong orderkan nasi minang, ikan gulai dan sayur pucuk ubi masak lemak lagi?” luah Diyana lagi.
Allahyarham Ridzuan, 62, menghembuskan nafas terakhir pada pagi Khamis akibat serangan jantung di kediamannya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Allahyarham yang popular menerusi watak King dalam filem KL Gangster sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon dan pengacara, Didie Alias pada 1991 namun bercerai pada tahun 2002.
Hasil perkahwinan, Allahyarham dikurniakan lima orang anak iaitu Nur Dhaniyah, 30, Mohd Dhanial, Nur Dinie, 27, Nur Dayini, 25, dan Nur Diyana, 24.
Kepayahan dan kesukaran yang ditanggung oleh insan bergelar wanita dalam menggalas tugas seorang isteri dan ibu, nyata bukan mudah.
Ada sisi bahagia dan tidak dinafikan penuh dengan cabaran dan terkadang menyebabkan hatinya terluka.
Ini sebagaimana apa yang cuba diterjemahkan oleh Puan Najibah apabila melihat gambar ini.
Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka, dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan.
Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya.
Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.
Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.
Silap silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu.
Saya faham sangat, surirumah memang penat. Oh wanita bekerja pun. Sama je kita ni kan. Lagi lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh.
Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan. Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga. Terpakai kepada surirumah mahupun wanita yang bekerja.
1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting. Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan zikir. Ia beri tenaga luarbiasa kepada kita. Biiznillah. Jika tak jaga perkara ini, mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian.
Effect nya jaga amalan begini, hati tenang dan rasa banyak masa. Subhanallah amazing.
2. Kuatkan fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.
3. Jaga kesihatan mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je. Bacaan yang sedih, drama, gosip semua tu berbaloi untuk kita tinggalkan.
4. Bab memasak dan makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga. Sayangi diri dulu, baru boleh sayang orang lain.
Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.
5. Pengurusan bahan dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein ayam ikan daging semua tu basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.
6. Pengurusan rumah
Mengemas memang penat. Kena pulak anak kecil memang sepah sana sini. Jadi letakkan timing dan setting jadual. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.
7. Pengurusan anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.
8. Bantuan
Ini sangat penting. Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.
9. Mindset dan rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memang takkan pernah habis.
10. Nikmati dan bina pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak dua, tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman. Dan syukuri semuanya.
Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc .
Ibu ibu
Tenanglah ya
Dan berbahagialah.
Jika ada ayah ayah baca status ini. Sama sama ya saling menjaga pasangan dan rumahtangga. Sama sama nak tenang, sihat, bahagia dan mahukan rahmat Allah turun memayungi keluarga kita.
Lain padang lain belalang.
Lain orang lain pandangan.
Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.
Najibah Mustaffa
Surirumah dan Usahawan sepenuh masa sejak 2014.
Patutlah Anak Sulung Buat Perangai Pelik, Rupanya Bahaya Jika Tersalah Didik Anak Pertama Ni
Mendidik anak sudah tentu ada cabarannya. Terutama buat anak sulung. Buat mereka yang baru pertama kali bergelar ibu bapa tentu culas untuk memberi perhatian kepada anak sulung.
Malah ada yang kurang memberi perhatian apabila kehadiran anak ke dua dan seterusnya.
Namun, sebagai ibu bapa, perlu cakna dalam mendidik anak sulung ini lantaran ia akan menjadi contoh kepada adik-adiknya lain.
Seterusnya ikuti perkongsian oleh Dr Ahmad Samhan yang bermanfaat untuk kita mendidik anak sulung menjadi seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi dalam diri.
Bahaya sebenarnya kalau salah didik anak sulung. Anak sulung ni memang banyak kelebihan antaranya mengikut kajian mereka ada IQ yang tinggi tetapi cara didik anak sulung yang salah boleh buatkan :
1. Anak sulung jadi pemarah – mudah melenting dengan adik adik dan selalu tinggikan suara bila bersama adik adiknya 2. Anak sulung jadi terlampau sensitif ( oversensitive ) – anak sulung jadi mudah menangis, mudah tersinggung dan sangat mudah merajuk hingga membuatkan mak ayah tertekan kerana setiap hari perlu memujuk.
3.Anak sulung jadi terlampau dominan ( bossy) – anak sulung menjadi terlampau menguasai adik adiknya, tak suka berkongsi dan selalu gunakan kemarahan untuk menguasai
4. Anak sulung berubah perangai ( first born syndrome ) – anak sulung tiba-tiba berubah perangai menjadi pendiam, suka memendam dan penuh amarah dalam hati sejak kehadiran adik beradik yang lain dalam keluarga. Ada juga kes anak sulung jadi mengasingkan diri daripada ibubapa dan ahli keluarga
5. Anak sulung jadi jauh hati dan suka memendam – anak sulung merasa tak disayangi dan tak penting di dalam keluarga. Mereka takkan bagitahu kita tapi mereka pendam senyap senyap hingga akhirnya mereka lepaskan dengan cara memberontak bila dah remaja nanti
5. Gagal dalam hidup mereka – anak sulung tak tahu nak capai apa dalam hidup mereka hingga buatkan hidup mereka menjadi rosak. Paling dasyat jika ianya sampai mempengaruhi adik adiknya yang lain Lagi perit bila anak sulung yang tak dididik dengan betul akan : ~ Mempengaruhi adik beradiknya yang lain sebab anak sulung adalah contoh ikutan adik beradiknya ~ Kita sebagai ibubapa jadi makin tertekan dan cemas dengan masa depan anak sulung kita
Ini kehebatan anak sulung yang ibu ayah kena hargai.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.