Patutlah Anak Sulung Buat Perangai Pelik, Rupanya Bahaya Jika Tersalah Didik Anak Pertama Ni
Mendidik anak sudah tentu ada cabarannya. Terutama buat anak sulung. Buat mereka yang baru pertama kali bergelar ibu bapa tentu culas untuk memberi perhatian kepada anak sulung.
Malah ada yang kurang memberi perhatian apabila kehadiran anak ke dua dan seterusnya.
Namun, sebagai ibu bapa, perlu cakna dalam mendidik anak sulung ini lantaran ia akan menjadi contoh kepada adik-adiknya lain.
Seterusnya ikuti perkongsian oleh Dr Ahmad Samhan yang bermanfaat untuk kita mendidik anak sulung menjadi seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi dalam diri.
Bahaya sebenarnya kalau salah didik anak sulung. Anak sulung ni memang banyak kelebihan antaranya mengikut kajian mereka ada IQ yang tinggi tetapi cara didik anak sulung yang salah boleh buatkan :
Ads
1. Anak sulung jadi pemarah – mudah melenting dengan adik adik dan selalu tinggikan suara bila bersama adik adiknya 2. Anak sulung jadi terlampau sensitif ( oversensitive ) – anak sulung jadi mudah menangis, mudah tersinggung dan sangat mudah merajuk hingga membuatkan mak ayah tertekan kerana setiap hari perlu memujuk.
3.Anak sulung jadi terlampau dominan ( bossy) – anak sulung menjadi terlampau menguasai adik adiknya, tak suka berkongsi dan selalu gunakan kemarahan untuk menguasai
4. Anak sulung berubah perangai ( first born syndrome ) – anak sulung tiba-tiba berubah perangai menjadi pendiam, suka memendam dan penuh amarah dalam hati sejak kehadiran adik beradik yang lain dalam keluarga. Ada juga kes anak sulung jadi mengasingkan diri daripada ibubapa dan ahli keluarga
Ads
5. Anak sulung jadi jauh hati dan suka memendam – anak sulung merasa tak disayangi dan tak penting di dalam keluarga. Mereka takkan bagitahu kita tapi mereka pendam senyap senyap hingga akhirnya mereka lepaskan dengan cara memberontak bila dah remaja nanti
5. Gagal dalam hidup mereka – anak sulung tak tahu nak capai apa dalam hidup mereka hingga buatkan hidup mereka menjadi rosak. Paling dasyat jika ianya sampai mempengaruhi adik adiknya yang lain Lagi perit bila anak sulung yang tak dididik dengan betul akan : ~ Mempengaruhi adik beradiknya yang lain sebab anak sulung adalah contoh ikutan adik beradiknya ~ Kita sebagai ibubapa jadi makin tertekan dan cemas dengan masa depan anak sulung kita
Ini kehebatan anak sulung yang ibu ayah kena hargai.
Umum mengetahui bahawa pelakon dan pengacara versatil, Ain Edruce selamat melahirkan anak perempuan tiga hari lalu. semalam.
Bayi seberat 2.79 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Petaling Jaya.
Sudah tentu banyak perkara yang harus dibuat untuk pengalaman pertama kali ini. Apa yang pasti ia merupakan anugerah yang amat bernilai buat pasangan selebriti ini.
Terbaharu menerusi Instastorinya berkongsi pengalaman pertama setelah bergelar ibu kepada cahayamatanya.
“Jadi parents ni baru aku sedar ko punya tidur tak menentu.So siang ke malam?
VIDEO
Hari ke dua pantang, Ain turut berkongsi menu berpantangnya.
Aktiviti sauna semasa pantang
SUAMI PUN BERJAGA TENGOKKAN BABY GIRL.
Isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa ini juga berkongsi gambar suaminya sedang tidur disofa berdekatan bayi mereka.
Pastinya ia momen indah untuk dikenang oleh pasangan ini. Ain dan Amirul bernikah pada 13 Disember 2019.
Siapa yang tak sayang anak kan, tetapi apabila bergelar mak-mak ini, memang tidak dapat mengelak daripada memarahi anak. Bukan tidak sayang anak tetapi kadang kala tingkah laku anak membuatkan kita menjerit dan marah untuk menegurkannya.
Namun, hakikatnya tanpa kita sedar bahawa cara itu memberi kesan kepada keyakinan kepada anak-anak. Sedangkan cara yang sebaiknya menegur anak-anak dengan cara berhemah dan memberi nasihat sepatutnya bukan secara menjerit. Menyedari akan kesilapan itu, ibu ini, Yatie Eimra cuba kawal kemarahannya dengan mengunakan teknik tabung. Ia umpama denda buat kita apabila marah anak-anak.
Saya ni suka reshare post berkaitan parenting.. Bukan sebab saya rasa diri dah bagus/dah berjaya lakukan semua tip berkaitan ilmu parenting tu tapi sebab saya nak berubah & sentiasa nak remind diri supaya berubah..!
Walau berpuluh tip yang dicuba, saya akui memang agak susah nak kawal diri dari marah si kecik ni.. Cuba berhenti & tarik nafas, pandang dengan kasih sayang, etc.. Kalau sekali-2 boleh lagi praktikkan tip ni.. Tapi kalau anak buat nakal dengan sengaja beberapa kali berturut², hilang dah segala tip bagai.. Naik hijau jadinya!
Sebelum ni saya pernah kongsikan pengalaman di mana saya pernah hampir² kemurungan sebabkan anak susah sangat makan dari 6 bulan hingga 2 tahun++, asyik meragam, dan juga tekanan dari orang luar yang tak habis² mengata & menyindir.. Saya bersyukur sangat sebab Allah cepat sedarkan saya masa tu.. Tapi semenjak kejadian tu, 1 perkara yang saya perasan.. Saya jadi cepat sangat stres & cepat marah..
Kerap marah anak-anak
Baru² ni ibu saya sendiri pernah tegur cara saya sebab kebelakangan ni saya terlalu kerap marah & menjerit kat anak walaupun perkara kecik.. Maafkan ummi, sayang.. ?Benarlah kata orang, kita tak kan perasaan kita buat salah kalau orang tak tegur.. Kebetulan masa tu balik rumah mak, bolehlah orang tua tegurkan.. Tapi bila kat rumah sendiri, kita tak sedar pun kita sebenarnya dera emosi anak setiap hari.. Ada 1 hari ni, saya gunakan hidden camera untuk rakam aktiviti sepanjang hari.. Bila tengok balik, ya Allah.. Teruknya rasa.. hampir 3-4 jam sekali saya asyik marah anak.. Sesekali menjerit lak time anak nakal sangat tu.. Anak lelaki tengah aktif, tau²lah ade je akal dia/buat benda nakal.. Menangis saya lihat rakaman perbuatan saya sendiri.. Menyesalnya saya ya Allah..
Kawal diri
Sekarang ni saya cuba kawal balik emosi dengan amalkan beberapa surah & doa untuk lebih sabar & tenangkan hati.. Dah semestinya doa perlulah diiringi usaha.. Sebab tu saya gunakan teknik tabung denda ni sebagai salah satu usaha nak berhenti marah. Orang barat gunakan teknik “Swear Jar/Fine Jar/Cuss Bank” sebagai fine atau denda setiap kali sebut/buat perbuatan yang tak elok. So setiap kali saya marah, saya akan masukkan RM 1. Dan kalau jerit lak, masukkan RM 5. Kita takkan tahu betapa banyaknya kerosakan dalam jiwa anak² ni tiap kali kita marah & jerit.. TAPI, bila kita perlu bayar dengan duit sebagai DENDA.. Kita akan rasa BERAT bila banyak denda yang perlu dibayar. RASA BERAT terpaksa bayar denda tu, lebih BERAT & BANYAK lagi kerosakan yang kita buat pada anak² kita ni..
Tabung Insaf
Hari pertama saya gunakan tabung denda ni, lebih RM 15 denda yang saya perlu bayar.. Bayangkanlah kalau setiap hari saya marah & jerit kat anak lebih dari 3 kali.. ? Yang paling menyedihkan, dalam seminggu lebih ni, belum ada lagi hari yang saya tak perlu bayar denda walaupun kekadang berjaya kurangkan jadi RM 1. Tabung denda tak pernah kosong..dalam erti kata lain, setiap hari saya marahkan anak! ?
Jumlah denda ni saya catitkan setiap hari untuk remind diri sendiri berapa kali saya marah/jerit kat anak.. Alhamdulillah, sekarang ni saya dah dapat kurangkan marah sikit demi sikit.. Duit ni saya asingkan dalam 1 beg/pouch khas untuk sedekah. Bila keluar, saya akan gunakan duit ni untuk disedekahkan.
Tabung syukur
Selain buat tabung denda (Tabung Insaf) ni, saya gak buat Tabung Syukur.. Saya akan masukkan duit dalam ni bila² ada perkara yang baik/gembira sebagai tanda syukur. Saya pernah dengar ceramah agama tak lama dulu, walaupun kita seorang surirumah sepenuh masa & langsung takde pendapatan sampingan, bersedekahlah setiap bulan sekadar mengikut kemampuan.. Agar duit nafkah yang kita dapat tu berkat & dapat bersihkan hati gak.. Biarlah sikit pun, tapi berterusan.. Boleh juga niatkan kebaikan untuk suami; sebab suami berikan nafkah & membolehkan kita bersedekah..
Ini kesannya!
Alhamdulillah, dah lebih setahun saya buat cara ni, bersedekah setiap bulan mengikut kemampuan.. Walaupun kami bukanlah orang berada & sekarang ni saya pun takde pendapatan sampingan, tapi Allah sentiasa cukupkan keperluan kami.. Disaat saya perlukan duit untuk pembedahan dulu pun, Allah permudahkan urusan & dapat sumbangan kewangan yang tak disangka².. Berbanding masa awal² perkahwinan dulu, walaupun saya menerima upah buat cupkek fondant/biskut² raya, etc.. Walaupun agak lumayan, sentiasa rasa duit tak cukup & kami selalu ada masalah & terpaksa gunakan duit yang banyak..
Berkat Ramadan yang bakal menjelma ni, jomlah kita sama² bersedekah & bersihkan hati.. Biasanya untuk bulan Ramadan, saya akan masukkan duit setiap hari dalam tabung. Bila nak keluar nanti, pastikan masukkan duit dalam beg khas untuk sedekah (elakkan simpan sekali dengan duit untuk kegunaan sendiri).. Adanya beg khas ni, korang tak perlu lagi rasa teragak² nak bersedekah (takde duit kecikla, takde peruntukan la, etc) sebab sememangnya duit tu bahagian sedekah aka saham akhirat korang.
Perkongsian yang sungguh inspirasi. Moga kita muhasabah diri di bulan Ramadan ini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ketika ini suasana pilu menyelibungi perkarangan Sekolah Rendah Sandy Hook pada 2012 di Newtown, Connecticut setelah berlaku insiden tembakan rambang sehingga mengorbankan ramai kanak-kanak dan guru.
Memetik laporan Astroawani, angkat kematian telah meningkat kepada 21. Suspek yang dikenal pasti sebagai Salvador Ramos, 18, turut terkorban dalam insiden itu.
Kejadian yang berlaku di dalam sekolah berkenaan telah menyaksikan seorang guru yang sedang mengajar sanggup mengorbankan dirinya demi melindungi muridnya.
Bagaikan menjadikan dirinya ‘dinding’ tembakan itu telah mengakibatkan dirinya terkorban.
Mangsa dikenali sebagai Eva Mireles, seorang guru yang telah mengajar selama 17 tahun di sekolah tersebut.
Ibu saudara Mireles, Lydia Martinez Delgado, berkata anak saudaranya itu ditembak dan dibunuh lelaki bersenjata ketika cuba melindungi pelajarnya yang berusia di antara 9 hingga 10 tahun.
Dalam temu bual telefon dengan New York Times, Delgado berkata Mireles yang berusia awal 40-an, dan mempunyai seorang anak merupakan seorang yang sangat suka mengajar.
Waris mangsa kemalangan bas UUM terima pelepasan hutang, bantuan kewangan daripada PTPTN. Manarina Hasya Muhamad Karim, pelajar yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan dua buah bas di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah disahkan layak untuk pelepasan sepenuhnya hutang pinjaman pendidikan berjumlah RM12,629.82 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).