Anak itu adalah anugerah yang amat bernilai buat pasangan suami isteri. Kehadirannya memberi suatu cabaran buat kita setelah bergelar ibu bapa untuk mendidik mereka.
Salah satu sikap anak adalah suka berkepit dengan ibu bapa. Usah bimbang jika ia terjadi kepada anda. Ia bukan petanda anak tidak boleh berdikari tetapi ia memberi signal anak selesa dan sayang kepada kita kita.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian saudara Mohd Fhais Salim
yang sering berkongsi mengenai pendidikan keibubapaan di laman facebooknya.
Anak asyik nak berkepit bukan separation anxiety semata-mata. Anxiety tu emosi sekunder bukan yang utama.
Emosi utama anak suka berkepit sebab anak rasa selamat & rasa selasa bila kita ada dekat dengan dia.
Itu yang bila kita hilang sekejap dia jadi gelisah ( anxiety ).
Emosi gelisah tu muncul punca dari perasaan tak selamat dan tak selesa tadi. Tu je!
Anak nak berkepit, jangan rimas la ye itu tanda dia sayang dan selesa dengan kita.
6 tanda anak sayang dan selesa dengan ibu ayah.
Patut syukur anak nak berkepit sebab ini penanda aras bahawa :
1.anak ada connection yang kuat dengan kita. Kira bonding anak & kita tu utuh la.
2. bila bonding kuat senang nak cakap apa pun, anak senang dengar. InsyaAllah
3. kita dah berjaya jadi ‘adiwira’ yang beri anak rasa selamat dan selesa.
4. ini bagus, sampai ke besar anak akan sentiasa ingat dan rujuk kita dulu bila dia ada masalah atau temui jalan buntu.
5. otak emosinya sedang sihat dan on track sebab dia dah boleh rasa emosi gelisah dan selamat.
6. 1-3 tahun fasa otak emosi paling aktif, ada yang terlampau aktif tu yang jadi terlampau nak berkepit.
Anxiety ni bukan ada pada anak je, pada kita pun boleh kena juga.
Impak emosi ini bukan anak je rasa tapi kita yang menjaganya dari bayi pun turut rasa.
Selalunya ibu la..
Tu yang bila pisah lama sangat dengan anak, datang rasa rindu, risau, curious apa dia buat dan tak sabar nak jumpa balik dengan dia.
Bila berniaga ni, tentu duit setiap hari dapat. Memang nampak aliran wang tunai banyak masuk setiap hari. Jika tidak displin memang akan terguna tanpa kawalan.
Menarik dengan perkongsian wanita ini, boleh dijadikan panduan buat perniaga-peniaga supaya duit modal tidak terambil. Cara ini juga sesuai buat newbies yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan.
Ikuti lanjut caranya.
TIPS JAGA MODAL NIAGA
Tiga tabung. Bila dapat hasil jualan. Modal masukan balik tabung A. Lebih nya ÷ kepada 2 untuk tabung B Dan C
Tabung A: Modal
Tabung B: Untung JUALAN
Tabung C: GAJI Kita
Tabung A + B: Dilarang sentuh kecuali Untuk restok barang sahaja. Jika terrrrr guna wajib ganti.
Tabung C: Gaji a.k.a duit NJOIiiii. Boleh decide nak amik seminggu sekali
Atau sebulan sekali. Tak percaya buat la.
Disiplin okeh! Anda akan dapat hasilnya..lagi besar periuk lagi besar keraknya. Lg besar modal, lg cepat pusing, lagi byk untung + gaji.
Beruntungnya jika setiap adik beradik sepakat untuk membahagiakan ibu dan ayah. Pasti apa sahaja yang dirancang, mudah untuk dilaksanakan. Ini sebagaimana apa yang dilakukan oleh anak beranak Encik Mohd Tawil Hassan Raji, di mana sembilan orang anaknya sepakat menghadiahkan kereta baru untuknya.
Walau pun hakikatnya, setiap anaknya bukanlah berupa orang senang namun dengan berkongsi sumbangan tiada yang mustahil untuk dilaksanakan bagi merialisasikan impian anak-anak untuk melihat ayah mereka memiliki kereta baharu. Apa yang nyata, melihat kesungguhan dan keikhlasan adik-beradik ini cukup menyentuh hati dan perasaan.
Kenape timbul nye “rancangan” untuk hadiahkan abah kereta?
Ini la salah satu sebab nye.. bile kami sedang sibuk bekerja tetapi dalam masa yang sama, abah tersadai kat tepi jalan di sebab kan satu2 nye kereta yg dia ade ni rosak.. kami sebagai anak2 yg sepatut nye ade untuk menolong dia dalam keadaan mcm ni tak dapat membantu di sebabkan masing2 sedang bekerja.. tetapi alhamdulillah dalam mase yg same, kakak ade pada masa kereta tu rosak dan abah buat keputusan untuk tarik kereta ni balik menggunakan tali.. dan tali tu di ikat kat kereta kakak..
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
kakak share gmbr abah dlm group wssap keadaan abah masa tu.. ya allah, rase macam nk menangis bile tengok gmbr abah time tu.. dalam keadaan panas terik, tarik kereta sorang2.. dlm hati ni terdetik “mane tanggungjawab aku sebagai seorang anak” yg sepatut nye tolong dia keadaan dia memerlukan mcm ni? Alhamdulillah kereta tu selamat di tarik sampai ke rumah.. dan kereta tu di repair oleh abg dan adik lelaki..
Sejak kejadian tu, kami semua sepakat untuk hadiahkan abah “kereta” ni untuk kemudahan dia bergerak.
Kami 9 orang adik beradik bukan dari org yg senang, yg dah kawin atau yg belum kawin.. masing2 ade tanggungjawab sendiri.. dan kami sama2 berfikir mencari jalan untuk memudahkan abah bergerak lepas ni.. yeaayy! semua sepakat nak carikan abah kereta..
9 beradik sebulat suara
Adik bagi pendapat.. alang2 nk carikan kereta, biar la baru.. sekurang kurang nye dalam beberapa tahun, kita tak perlu risau kalau kereta tu nnti rosak.. dan timbul la cadangan untuk beli kereta baru terus..
Semua bersetuju untuk membeli kereta baru ni di beli secara ansuran.. ye la, mana nak cari duit pulak nak bayar cash sedangkan kami adik beradik semua pun beli kereta secara ansuran.. dan alhamdulillah semua bersetuju dengan cadangan untuk membayar kereta ni secara ansuran beramai2 selama 5-9 tahun..
Kami 9 adik beradik tak kisah untuk membayar ansuran ini selama bertahun2.. dari di bandingan dengan pengorbanan yg abah buat untuk membesarkan kami 9 adik beradik dari lahir sampai la kami besar dan menjadi org yg berguna sampai ke harini.. alhamdulillah..
Ade jgk orang membawang, bercakap “bnyak duit adik beradik ko yer belikan abah kereta baru”?? tapi hakikat nye kami ambik mase berbulan2 untuk kumpul kan duit deposit untuk keluarkan kereta ini..
kami adik beradik semua bekerja sama untuk menguruskan pengeluaran kereta ni.. adik yg sorang uruskan hal loan bank, yg sorang uruskan kutipan duit deposit (ambik mase 2 bulan untuk kutip deposit) dan yg lain pun siap2 di bahagikan untuk uruskan yg lain..
Alhamdulillah niat kami adik beradik semua baik.. allah permudahkan urusan proses loan bank ini.. dan kereta ni dapat di keluarkan dengan cepat..
Posted by Yanie Tawil on Tuesday, 4 September 2018
Momen bahagia
Nak tau tak ape perasaan abah bile kiteorg suprise kan kereta ni!! hahahhaha comel jee tengok abah ni.. asyik cakap yg ni “MIMPI KE?” “BETUL KE?” sbb abah tak percaya langsung yg dia dpt kereta tu.. sampai kan adik siap suruh abah tekan lock pintu tu.. kalau lock terbuka, abah bukan “MIMPI” tau.. emak yg berdiri kat sebelah abah, menangis2 sbb mak pun tak sangka yg anak2 dia boleh hadiahkan kereta ni untuk abah..
Bile dah nampak emak menangis, ape lagi.. yg anak2 lain pun tenteramkan emak sambil peluk cium emak.. ya allah, mase tu.. perasaan ni hanya allah je yg tau.. terima kasih yg allah.. berikan kami kebahagian yg tak terhingga macam ni.. walaupun kami tak kaya duit, tapi alhamdulillah kami kaya “KEBAHAGIAN”..
Allah sebaik baik perancang.. ape yg telah emak abah kehilangan sebelum ni (rumah abah hangus terbakar pada hari raya ke 2 aritu).. skrg allah ganti kan dengan yg lebih baik..alhamdulillah.. terima kasih abg2, kakak dan adik2 semua atas rezeki yg kita ada dan kite kongsikan bersama untuk kite berikan kepada emak abah kita alhamdulillah. hakikat nye.. taip status ni sambil meleleh air mata.. tapi acah2 kuat
Dah hari ini bile abah dpt kereta ni, dh mcm dpt bini baru.. kereta pnye tapak kaki siap di lapik ngn paper.. biar tak nak kotor katanya. Selama ayah hidup 66 tahun, tak pernah merasa naik kereta baru dan ini la kali pertama ayah dapat memandu kereta baru.
Serba sedikit tentang abah
Abah sekarang umur 66 tahun.. dia meniaga nasi lemak kat warung.. nasi lemak emak yg masak tapi abah yg jual sbb emak masih bekerja.. emak kerja jadi cleaner dekat sekolah area rumah.
Pagi sebelum emak pergi kerja, emak hari2 bangun pkul 4 pagi untuk siapkan nasi lemak yang abah nak jual kat warung.
sumber : Yanie Tawil
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pepatah Melayu ada menyebut kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kasih seorang bapa, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik kepada anaknya.
Begitulah kasih seorang bapa Mohamad Iqbal Adib Mohd Afzanizam, 24, terhadap anak tersayang Aydin Malique, 15 bulan yang diuji menghidap penyakit Short Bowel Syndrome (SBS) atau sindrom usus pendek yang berpunca daripada najis berdarah.
Demi menjaga kebajikan anaknya yang sakit, bapa muda ini diberhentikan kerja pada Ogos lalu kerana kerap mengambil cuti menjaga anaknya yang sakit. Dia sebelum ini bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang kaca di Sungai Buloh.
Menurut Mohamad Iqbal Adib hampir setahun Aydin dirawat di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur sebelum dibenarkan pulang dan dipantau di rumah.
Mohamad Iqbal Adib yang mendirikan rumah tangga dengan Nur Shahira Anisha Mohamad Zuber, 23 pada 2019 dikurniakan sepasang bayi kembar, Aydin Malique dan Aydan Malique yang dilahirkan pramatang ketika usia tujuh bulan pada 12 Jun tahun lalu.
“Awalnya, bayi kami dilahirkan sihat, namun selepas dua minggu doktor memaklumkan ada jangkitan kuman pada usus Aydin.
“Sejak lahir, tiga kali Aydin menjalani pembedahan dengan yang pertama bagi memotong usus berukuran 32 sentimeter(sm) dan kedua, membuang usus tidak sihat yang dijalankan di Hospital Selayang.
“Pembedahan ketiga iaitu sambungan usus serta memasukkan tiub gestrol dekat perut dijalankan di HTA, dengan usus kecil kini berukuran 14 cm,” demikian beritahu Mohamad Iqbal Adib.
Bercerita tentang keletah Aydin, Mohamad Iqbal Adib memberitahu Pa&Ma yang anaknya ini seorang yang aktif walaupun perlu menggunakan tiub yang disambung ke perut.
Ditanya sama ada kembarnya Aydan ada mengusik tiub tersebut, bapa muda ini memberitahu Aydan tidak menganggu Aydin.
“Wayar pun dia tak usik. Dia buat hal sendiri sebaliknya Aydin yang suka kacau dia.”
Dari segi perkembangan pula, Aydin kini boleh duduk dan meniarap dan masih belum boleh merangkak.
Si comel ini minum susu menggunakan tiub yang disambung ke perut dan menggunakan wayar CVL (Central Venous Line) yang menghubungkan saluran darah terus ke jantung.
Oleh itu Mohamad Iqbal Adib perlu memantau Aydin ketika dia minum susu menggunakan mesin khas bagi mengelakkan risiko tiub tercabut.
Sebelum ini dia pernah berkongsi video di TikTok yang memberitahu perlu memantau Aydin 24 jam kerana jika tiub saluran jantung tercabut, dia perlu dibedah lagi.
“Aydin kena minum dua jenis susu iaitu susu formula yang disalurkan menggunakan tiub di perut dan ambil masa selama tiga jam. Susu lagi satu susu nutrisi (tpn) yang dibekalkan oleh Farmasi HKL. Susu ni kalau on mesin ambil masa 12 jam.
“Jadi isteri saya akan pasang mesin susu ini waktu malam sebab dia tengah tidur jadi tak banyak pergerakan berlaku.
Bagaimanapun Aydin boleh makan makanan pejal lain seperti roti, bijirin bayi dan nasi tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
Ditanya tentang peluang Aydin untuk kembali normal tanpa perlu bergantung kepada tiub, Mohamad Iqbal Adib memberitahu semuanya bergantung pada dia. Buat masa sekarang Aydin masih lagi memerlukan tiub gestrol di perut & CVL di dada kirinya.
Bapa mana yang tidak resah memikirkan nasib keluarga selepas diberhentikan kerja apatah lagi mempunyai anak yang sedang sakit.
Mohamad Iqbal Adib mengakui sejak diberhentikan kerja, dia hilang punca pendapatan dan tertekan kerana memikirkan tanggungan termasuk kos rawatan anak.
“Saya cuba jual bundle (pakaian terpakai) kerana ramai rakan cadangkan, memandangkan modal tidak terlalu besar.
“Anggaran gaji bersih ketika kerja kilang dulu kira-kira RM1,400 manakala hasil jualan bundle kini tidak menentu, dengan paling sedikit RM20 dan paling banyak antara RM200 ke RM300 sehari.
“Saya baru belajar berniaga, jadi jual murah-murah saja dengan bersiaran langsung di TikTok,” katanya.
“Pernah satu tahap, saya hampir putus asa kerana masalah kewangan namun bangkit semula apabila mengenangkan anak kami.
“Pihak zakat ada beri bantuan untuk anak berdasarkan senarai keperluan dan selebihnya hasil sumbangan orang ramai selepas melihat perkongsian saya mengenai Aydin di TikTok.
Menurutnya dalam sebulan lebih kurang RM400 diperlukan untuk kos perubatan, susu dan keperluan lain untuk Aydin dan Aydan.
Orang ramai yang ingin membantu Mohamad Iqbal Adib boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB 7072310580.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.