Jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Tuhan. Sebagai hambaNya kita hanya mampu berserah, pasti ada hikmah disebalik pemberian tersebut.
TuIar dilaman twitter hari ini apabila seorang wanita memuat naik siaran gambar majlis akad nikahnya.
Namun apa yang menarik para netizen, wanita yang menggunakan nama akaun @AzuraOrkid itu adalah seorang cikgu yang mempunya kelulusan degree dan master. Manakala si suaminya, Hafis, adalah pemandu lori.
Katanya, beliau tidak terlepas dari menjadi bahan bualan orang sekeliling yang memandang rendah pilihannya.
Ads
Icikgu, suami i pemandu lori. i degree dan master, suami SPM. Hantaran bawah 10k. Orang kampung i kutuk mak abah, “anak pandai, kahwin kan dgn pemandu lori”.
Makcik, tak hina pon kahwin pemandu lori, kita ni hamba yg belum tentu mulia disisi Tuhan.
Menurut beliau, suaminya mempunya lesen lori trailer dan bukan calang-calang syarikat lori yang suaminya bawa.
Ads
Iye betul. Suami saya bawa treller gas jenama petron & petronas. Sebelum ni bawa gas BhP.
Masakan Cina mempunyai gaya masakannya yang tersendiri dengan citarasa yang digemari ramai.
Biasanya rasa masakannya tidak terlalu pedas dan dimasak menggunakan cara yang lebih sihat, umpamanya memasak dengan teknik kukus atau rebusan yang tidak menggunakan minyak.
Menu Ikan Bawal Steam Chinese Style yang dikongsikan oleh Raja Azreen ini umpamanya nampak begitu menyelerakan dan boleh lah dijadikan sebagai menu harian.
Ini memandangkan, bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas dan nak tahu detail ini cara penyediaanya.
Bahan-bahan:
Ikan Bawal dibasuh bersih
Halia potong batang mancis
Batang Daun Bawang
Cili Padi
Bawang Putih
*Bahan Sos
Kicap Cair 2 sudu besar
Sos Tiram 1 sudu besar
Minyak Bijan 1 sudu besar
Gula ½ sudu
*Bahan Goreng
Bawang putih digoreng hingga keemasan tutup api letak bahagian batang daun bawang yang dimayang kemudian curah di atas ikan
*Kukus Ikan bersama Halia dalam 5 minit + Letak bahan Sos + bahan goreng = siap
Alangkahnya manisnya sebuah rumahtangga jika pasangannya saling tolong menolong menguruskan rumahtangga. Nyata kehidupan rumahtangga memerlukan pasangan sentiasa hidup saling melengkapi. Jadi apabila sikap ini, mewarnai kehidupan keluarganya tentu bahagia melimpah ruah.
Bagai suami yang jarang membantu isteri, hakikatnya mereka perlu sedari bahawa mereka bukan tetamu di rumah sendiri. Mereka seharunya membantu isteri menguruskan keperluan di rumah.
Perkongsian yang dipaparkan oleh Ustazah Asma Harun sungguh bermanfaat agar hubungan suami isteri semakin bahagia dan saling ada sikap tolak ansur antara satu sama lain.
KITA BUKAN TETAMU DI RUMAH SENDIRI
Sebelum merungut pasangan malas, tak ikhlas atau muka tak berapa gembira bila berada dirumah keluarga kita, maka nilailah diri sendiri dahulu adakah kita juga melakukan hal yang sama ?
Ingatlah kita bukan tetamu, tunggu makanan siap dihidang lalu dijemput, selesai makan hanya basuh tangan, rumah bersepah sekadar memandang dan menunggu para wanita siap di dapur datang mengemas, anak-anak tak bermandi pampers pun dah melondeh, manakala telefon dan remote tv tak lepas daripada tangan, bertapa lepak dalam bilik, nilailah adakah anda seorang yang boleh dijadikan contoh baik atau contoh tidak baik ?
BANYAK PERKARA LELAKI BOLEH LAKUKAN
Banyak perkara yang sebenarnya PARA LELAKI boleh lakukan, samada di rumah mertua atau di rumah keluarga sendiri, antaranya ;
1. Bersihkan halaman rumah, sampah sarap, daun, basuh koridor dan longkang, trim rumput dan pokok, nak mengecat pun boleh.
2. Dalam rumah pula, bersihkan kipas, lampu dan sesawang. Vacuum, mop lantai, nak alihkan itu ini, ketuk paku, gantung langsir, pasang Wallpaper dll.
3. Urusan buang sampah atau sisa makanan dari masa ke semasa, memang cepat penuh tong sampah musim-musim raya ni, ia melibatkan keluar masuk rumah dan berat, maka lebih sesuai dengan para lelaki.
3. Basuh periuk, belanga, kuali besar, tong air dll, apa yang melibatkan basuhan di luar rumah, eloknya lelaki.
4. Potong ayam daging tulang, ia melibatkan tenaga dan kekuatan, sesuai juga lelaki yang uruskan.
5. Belikan barang basah atau kering, ulang alik ke pasar atau kedai runcit. Sentiasa sahaja ada barang yang tertinggal, jangan marah jika ada pesanan mengejut, bersedialah, kadang bila nak masak baru perasan bahan tak cukup.
6. Bantu tengok keselamatan anak, kenapa dia menangis, lapar ke mengantuk ke, sementara emaknya di dapur. Jika ada anak orang lain pun boleh tengokkan keselamatan mereka.
Saya yakin dan percaya, lelaki yang hebat itu mesti ada ciri-ciri mirip akhlak Rasulullah SAW. Baginda seorang yang sangat rajin dan suka membantu isteri melakukan rutin urusan rumahtangga. Kehebatan anda di luar rumah bermula bagaimana sikap anda di dalam rumah.
BUAT PARA WANITA, jadilah wanita, fitrahnya Allah ciptakan kita dengan tangan yang lembut itu sangat cekap melakukan kerja yang halus, remeh dan renyah. Mengemas, melipat dan menyimpan itu antara kemahiran semulajadi, maka jadilah kita yang sepatutnya.
Sangatlah tidak manis, tidak sopan dan memalukan jika hanya muncul bila waktu makan, jalan-jalan dan ke bilik air sahaja. Usahlah tiba-tiba sedih terkilan bila orang mula mengata jika ia bermula daripada sikap sendiri, apatahlagi nak klaim pahala kena umpat di Akhirat, bimbang sebaliknya berlaku.
Kita sama penat dan rehat, sama lapar dahaga dan makan kenyang, sama susah dan senang, insyaAllah sama-sama masuk SYURGA ALLAH berjemaah sekeluarga. Ameen ya Mujib.
Pesanan dan muhasabah ikhlas penuh kasih sayang tanpa prasangka atau ditujukan kepada sesiapa,
Asma Harun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menu untuk minum petang.. Popia ikan dengan cheese. Menggunakan isi ikan kembung.
Memang sedap. Ikuti perkongsian resipi ini.
Bahan-bahan:
Rebus ikan , ambil isi dan hancurkan.
Bawang kecik dan bawang putih, tumbuk..
Cili padi – 2-3 biji .. kalau nak pedas lebihkan.
Carrot cincang halus
Daun sup cincang halus
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam, aji n maggi cukup rasa
Telur sebiji
Cara penyediaan:
Gaul semua. ambil kulit popia, cheese. Letak semua bahan tadi dan gulung.
Goreng dan nikmatilah minum petang ada bersama popia.
Selamat mencuba!
Sumber: PapaDanish Bob
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.