Siapa sangka selebriti serba boleh dan sering dijadikan inspirasi orang ramai, Alif Satar rupanya pernah menetap di kawasan perumahan flat di Wangsa Maju ketika usianya masih kecil dahulu.
Perkara ini dikongsikan oleh Alif sendiri dalam satu temu bual bersama pelakon, Amelia Henderson yang mengakui bahawa dia seorang budak flat.
Demi mengingati semula memori lama di flat tersebut, Alif baru-baru ini memuat naik gambar dia yang membawa keluarga kecilnya melawat ke kawasan rumah tersebut dan berkongsi kisah di mana dia menetap di rumah tersebut sejak tahun 1990 sehingga umurnya mencecah darjah satu kemudian berpindah ke luar negara demi mengikuti ibu bapanya yang mendapat tawaran belajar di United Kingdom (UK).
“Baru-baru ini Alif ada bagi tahu waktu interview dalam studio sembang dengan Amelia Henderson yang Alif adalah salah seorang budak flat.
“Ni haa Blok E1, Wangsa Maju seksyen 2. Kami tinggal sini dari tahun 1990 sampai darjah satu sampai 1997 kemudian kami berpindah ke UK sebab dapat scholarship belajar sana.
“Balik dari UK, kami duduk balik wangsa maju sampai tahun 2000. Baru la pindah ke Hartamas. Babe, kat sini lah Alif membesar waktu kecil dulu. Macam-macam memori Alif kumpul dekat sini.
Ads
“Paling best bila bawak anak-anak jalan haritu, rupanya jiran-jiran lama dulu pun dok ada lagi kat sini. Kind loving people they all are, and I wish them all the best,” tulisnya.
Sementara itu, Alif sempat menitipkan pesanan kepada pengikutnya untuk sentiasa merendah diri dan tidak bongkak sekiranya telah berjaya kelak.
“Doesn’t matter how high you soar, never forget your roots.. Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu. Appreciate and remember the people who got you there along the way,” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai termasuk selebriti memuji sifat rendah diri pelantun lagu ‘Cukup Indah’ itu. Malah, ramai dalam kalangan mereka yang melabel Alif sebagai selebriti contoh kerana bukan sahaja berbakat dalam dunia seni hiburan, tetapi juga mempunyai keperibadian diri yang mulia.
Ads
Sumber : Instagram Alif Satar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila sudah ada ada anak kecil, adakalanya kita tidak sempat memberi lebih tumpuan pada dekorasi rumah.
Pun begitu ia bukan alasan untuk mengabai dan membiarkan keadaan rumah jadi berselerak. Bila punya anak kecil, ibu-ibu sepatutnya lebih peka pada setiap susun atur rumah demi keselamatan anak-anak.
Perkongsian ibu muda bernama Hani Mynis ini membuktikan anak bukan penghalang untuk merias rumah bahkan lebih peka dengan susur atur yang baik demi keselamatan anaknya. Jom ikuti perkongsiannya.
Walaupun rumah sewa kitorang kecil comel je ?, hani sediakan satu ruang khas : cleaning section untuk Hani letak semua barang membersih dan agen pembersihan kat sini supaya senang nak cari dan lebih organised.
❤️Tips mengadakan cleaning section kat rumah:
1. Sediakan sebuah almari @ rak untuk menyimpan barang membersih.
2. Gunakan bakul @ bekas, kumpulkan barang yang dalam satu kumpulan disatu tempat. Contohnya agen pembersihan pakaian satu bakul, sabun2 membersihkan pinggan mangkuk satu bakul. Bila guna bakul nampak lebih kemas dari biar je berlonggok di satu tempat/para.
3. Sediakan satu cleaning caddy (mudah alih) supaya senang nak dibawa ke mana- mana bila nak buat deep cleaning kat mana2 bahagian rumah.
4. LABEL LABEL ? key to organising is label ?. Jangan takut2 nak melabel. Bila label kita tahu mana satu-satu tempat untuk setiap barang. So tangan kita akan ringan je rasa nak mengemas dan meletakkan satu barang pada temptnya so less clutter ?
5. Kalau ada anak kecil2 lagi (baby and toddler) pastikan agen2 pembersihan letak di rak atas2 yang tak mudah dicapai. Sabun basuh baju hani letak kat bawah sebab aqil dah faham benda tu bukan mainan.
❤️tutorial menyediakan cleaning caddy kat rumah.
1. Sediakan satu bekas/bakul/baldi khas untuk simpan barang2 membersih ni. Pastikan bekas cukup besar dan senang nak diangkut ke mana2. Kalau ada handle lagi bagus.
2. Sediakan dua caddy berbeza. Satu untuk bilik air dan satu untuk pembersihan bahagian lain kat rumah.
Penerangan lanjut setiap barang2 dalam cleaning caddy hani ada kat gambar.
Happy organising and happy cleaning.
Semoga bermanfaat ?
Kredit: Hani Mynis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi meringankan beban rakyat, bermula 15 Januari 2025 lepas, kerajaan telah menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan kepada 700,000 penerima yang tergolong dalam golongan miskin dan miskin tegar.
Sumbangan ini berbentuk wang tunai yang disalurkan melalui MyKad atau kad pintar bantuan MyKasih, supaya penerima boleh beli barangan keperluan asas.
Bagi anda yang masih tertanya-tanya barangan jenis apa yang boleh dibeli melalui program MyKasih ini, berikut merupakan senarai lengkap berserta jenama yang diterima.
Lumrah kehidupan bila usia semakin tua, ingatan juga tidak setajam usia muda remaja. Pendengaran tidak berapa nyata, pandangan juga semakin kabur.
Ini sebagaimana kisah dikongsikan oleh seorang anak ini yang menjaga orang tuanya yang uzur.
Walau apa dugaannya, tetap sabar menjaga dan melayan orang tuanya dengan baik sekali.
Semoga apa yang tersurat dan tersirat dalam perkongsian ini akan menjadi tauladan buat semua dalam menyantuni orang tua dengan sebaiknya.
Talam Lauk Ayahbonda
Kisah 1:
Tengah hari semalam seorang kakak saya singgah di rumah ayahbonda ketika dalam perjalanan ke kedai.
Tanya kakak saya:
Ada apa2 yang nak dikirim tak?
Lalu jawab ayahanda:
Kalau ada sotong yang elok tolong beli sikit.
Berkerut juga dahi saya mendengar pesanan ayahanda itu. Terfikir juga saya di dalam hati. Sotong? Nak buat apa? Dalam peti ais pun banyak lagi sotong. Lagipun sejak PKP ni sudah beberapa kali saya masak lauk sotong. Saya lihat ayahanda tidak makan sangat pun.
Selepas kakak saya berlalu pergi,
saya pun bertanya Kepada ayahanda,
Sotong tu nak masak apa?
Jawab ayahanda saya dari atas kerusi rodanya, Sotong masak gulai (kari) sedap. Dah lama tak makan.
Lama juga teringin nak makan gulai sotong tapi tak ada siapa buat.
Saya terpinga2..
Baru 3 hari lepas saya masak kari sotong. Saya potong bulat2 sotong tu. Saya lihat ayahanda makan tapi ayahanda asyik mencedok kuahnya sahaja.
Ketika saya mencuci pinggan mangkuk pada malam tersebut, saya juga hairan mengapa kuah kari sahaja yang kering sedangkan sotongnya masih bergelimpangan di dalam mangkuk?
Tapi saya biarkan soalan itu mati di situ sahaja.
Namun persoalan itu terjawab sendiri tatkala saya berkata: kan 3 hari lepas saya baru masak kari sotong?
Jawab ayahanda.. Mana ada kari sotong??? Bapa tak nampak pun…..
Allahhu..
Hati saya meraung….
Kisah 2:
Kisah ini terjadi lebih kurang seminggu lebih yang lalu.
Seorang sahabat saya datang menghantar sebekas kari itik. Kari itik ni boleh dianggap makanan rare di langkawi. Memang susah nak jumpa di sini.
Kebetulan pada hari tersebut bonda berpuasa sunat rejab walaupun keadaan diri sangat uzur. Puas saya menghalang namun bonda tetap berkeras.
Ketika saya menyusun hidangan lauk di dalam talam untuk makan tengah hari, berkali2 bonda memesan kari itik itu simpan sikit untuk mak.
Walaupun saya sudah cakap ya,
bonda masih lagi memesan.
Teringin sungguh agaknya.
Sehinggalah sampai waktu berbuka,
saya gubah talam lauk bonda macam biasa. Biar semua tersusun rapi dalam mangkuk yang serba bersih. Memang itu style saya.
Semua lauk ada termasuk kari itik. kuih-muih pun ada. Air kosong, air manis dan nasi siap saya hidangkan.
Lalu saya minta diri pada bonda untuk bersolat maghrib awal kerana anak2 menanti untuk membaca quran. Maksudnya saya tidak menemani bonda berbuka puasa seperti 2-3 hari yang lalu.
Selepas solat isyak, big boss, ayahanda dan anak2 makan nasi berlaukkan hidangan yang saya sediakan untuk bonda berbuka puasa sebentar tadi.
Setelah selesai saya lihat semua hidangan hampir licin jadi mudahlah untuk saya mengemas.
Namun,
tatkala saya melangkah keluar dari bilik sekitar jam 5 pagi keesokan harinya, saya lihat bonda yang dalam keadaan lemah sedang bertahajjud di tempat solatnya.
Sebaik menyedari kelibat saya lalu bonda berhenti daripada membaca alQuran dan bertanya:
Mana gulai itik yang mak suruh simpan semalam?
Allah..
Terkedu saya seketika..
Mak, saya hidang gulai tu dalam talam. Saya letak betul2 di hadapan pinggan mak.
Mak tak makan ke?
Soal saya dalam nada terkejut!
Jawab bonda sayu….
Mak tak nampak pun gulai tu…….
Allahhuakbar..
Air mata saya berderai di hening subuh itu…
Konklusinya:
Daripada dua kisah ini,
maka ada satu perkara yang saya faham.
Tatkala ayahanda dan bonda sudah berusia maka banyak deria yang mereka miliki Allah telah ambil kembali satu persatu.Pandangan semakin kabur, ingatan semakin kurang, tenaga semakin lemah,
dan deria rasa juga kian terhakis.
Maka tanggungjawab kita bukan sekadar memasak dan bukan juga sekadar menghidangkan cantik2.
Namun kita harus duduk bersama, bercerita tentang setiap hidangan, mencedok, mengupas makanan, membuang tulang atau apa sahaja yang perlu sepertimana apa yang mereka lakukan ketika kita masih kecil.
Maka hari ini,
saya memasak kari sotong lagi. Saya tidak potong sotong itu. Biar besar2 supaya senang ayahanda saya nampak.
Sebelum ini banyak kali saya lihat ayahanda mencedok kuah, namun yang masuk ke pinggan sedikit sahaja.Yang lain semua tumpah ke meja.
Saya terlupa bahawa mata ayahanda sudah kelabu.Aim ayahanda sudah tersasar.Bersalahnya saya..
Jadi..
Hari ini saya cedok banyak2 kari sotong itu ke pinggan ayahanda walaupun ayahanda menolak.
Untuk bonda juga begitu.
Isi ketam saya keluarkan dan saya susun di tepi pinggan ayahanda.
Bonda mahu makan ketam sendiri. Saya biarkan.
Kesimpulannya
kita selalu berusaha untuk berbuat baik kepada ayahbobda. Kita sedih apabila kebaikan itu ada kalanya seolah2 tidak dihargai oleh mereka.
Hakikatnya kita yang terlupa bahawa kebaikan yang kita tabur itu harus seiring dengan usia ayahbonda kita yang kian terhakis ditelan masa.
Hargai Selagi Masih Ada.
Stayathome.
Hikmah dalam duka.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...