Anak pinjam duit mak ayah wajib bayar walaupun sudah meninggal dunia, itu penegasan jelas daripada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang mengingatkan umat Islam agar tidak memandang ringan soal hutang, walaupun melibatkan ibu bapa sendiri.
Dalam kehidupan berkeluarga, meminjam wang daripada mak atau ayah mungkin dianggap perkara biasa. Tambahan pula, ibu bapa selalunya tidak berkira demi membantu anak yang sedang susah. Namun dari sudut hukum, hutang tetap hutang dan ia tidak terhapus hanya kerana pemberi pinjam telah meninggal dunia.
Anak Pinjam Duit Mak Ayah: Hutang Tidak Gugur Selepas Kematian
Menurut UAI, sekiranya seorang anak pinjam duit mak ayah dan tidak sempat membayarnya sehingga kedua-duanya meninggal dunia, hutang tersebut tetap wajib dilunaskan.
“Pinjam duit dengan mak ayah tak bayar sampai mati dan tak ada pun si mati atau tuan hutang menghalalkannya, wajib dibayar. Jadilah faraid, yang berhutang pun dapat bahagian,” jelas beliau dalam satu sesi ceramahnya.
Ini bermaksud, wang yang dipinjam itu akan dikira sebagai sebahagian daripada harta pusaka si mati dan perlu dimasukkan dalam kiraan sebelum pembahagian faraid dibuat kepada semua waris yang berhak, termasuk anak yang berhutang itu sendiri.
Ads
Sebagai contoh, jika seorang anak pinjam duit mak ayah sebanyak RM1,000 daripada ibunya, apabila si ibu meninggal dunia, RM1,000 tersebut menjadi sebahagian daripada harta peninggalan. Ia perlu dimasukkan dalam jumlah keseluruhan harta sebelum diagihkan mengikut hukum faraid.
Namun begitu, jika ibu atau ayah telah menghalalkan hutang tersebut semasa hayat mereka, maka ia tidak lagi menjadi tuntutan dan tidak perlu dibayar. Dalam situasi ini, anak pinjam duit mak ayah tersebut tidak lagi menanggung kewajipan kerana telah mendapat keizinan yang jelas.
Jangan ‘Buat Senyap’ Jika Anak Pinjam Duit Mak Ayah
Dalam pada itu, UAI turut mengingatkan tentang sikap segelintir anak pinjam duit mak ayah tetapi berdiam diri mengenai hutang mereka selepas kematian ibu bapa.
“Banyak berlaku, pinjam RM3,000, RM4,000 dengan mak. Adik-beradik tak tahu, dia buat senyap. Bila buat senyap, makan harta cara batil,” tegas beliau.
Perbuatan menyembunyikan hutang dan tidak memaklumkan kepada waris lain boleh menyebabkan seseorang itu mengambil hak orang lain secara tidak sah. Dalam hukum Islam, memakan harta secara batil adalah satu dosa besar.
Walaupun mungkin adik-beradik tidak mengetahui perkara sebenar, namun setiap amalan tetap dalam pengetahuan Allah SWT. Sikap tidak jujur dalam isu anak pinjam duit mak ayah ini boleh memberi kesan besar kepada keberkatan harta dan hubungan kekeluargaan.
Ads
Pengajaran Buat Anak-Anak Yang Pinjam Duit Mak Ayah
Isu anak pinjam duit mak ayah ini bukan sekadar soal wang ringgit, tetapi soal amanah dan tanggungjawab. Dalam keluarga, kepercayaan adalah asas utama hubungan. Jangan kerana wang, hubungan adik-beradik menjadi retak atau keberkatan hidup terjejas.
Jika ibu bapa masih hidup dan kita pernah berhutang, segeralah berbincang dan jelaskan. Jika benar-benar tidak mampu, mohonlah agar ia dihalalkan. Jangan bertangguh sehingga menjadi beban selepas mereka tiada.
Sebagai anak, kita mungkin merasakan ibu bapa tidak berkira. Namun dari sudut hukum, hak tetap hak. Hutang tetap perlu dilunaskan walaupun melibatkan anak pinjam duit mak ayah dalam keluarga sendiri.
Semoga penjelasan Ustaz Azhar Idrus ini menjadi peringatan buat kita semua agar lebih berhati-hati dalam soal hutang dengan ibu bapa. Kerana dalam keluarga, bukan sahaja kasih sayang yang perlu dijaga, tetapi juga amanah dan keberkatan hidup di dunia serta akhirat.
Apabila anak mengamuk memang buat ibu bapa jadi tak keruan. Orang ramai akan lihat hingga buat kita rasa cepat down. Tetapi menurut penulis, Adlil Rajiah, apabila anak bersikap begitu bukan melambangkan ibu bapa itu gagal mendidik anak menjadi seorang sempurna dan tertib tetap disebabkan oleh perkembangan dalam diri anak itu. Ikuti perkongsiannya yang sungguh inspirasi ini. Moga menjadi panduan bersama.
“Apa nak buat bila anak mengamuk sampai memukul, menggigit, sepak terajang, tumbuk, hantuk kepala kat lantai, tarik rambut, baling barang?” . Setiap kali saya buka sesi Q&A sama ada di seminar atau di social media, mesti soalan ni muncul. . Dan setiap kali itulah jauhhh di sudut hati kecil saya berdetak– “Hmm… Biasalah budak2.. Tapi kalau tak tahan sangat, hempok je dengan pasu.”
Ok tak tak. Gurau. . Saya faham sangat keadaan bila anak mengamuk ni sebab ofkosss saya pun pernah melalui. Fasa anak kuat mengamuk ni kan memang fasa wajib dalam parenthood.
Siapa rasa dia tak pernah lalui fasa ni dan rasa anak dia baikkkk sangat macam malaikat– kau tunggu. Masanya akan tiba. . Sebelum saya share tips macam mana nak react bila anak mengamuk, saya nak korang faham 4 perkara basic ni dulu: . . 1. Semua kekerasan dan kekasaran yang ditunjukkan oleh anak setiap kali dia mengamuk, contohnya pukul, terajang, penampo, cakar, gigit, dan sebagainya BUKAN bermaksud kita dah gagal mendidik mereka. Ia adalah fasa normal bagi anak yang sedang belajar mengenali emosi diri. . So parents jangan cepat sangat rasa down dengan keadaan ini. Sebaliknya latih diri untuk “chill je” setiap kali anak mengamuk. . Orang sekeliling pandang sambil geleng2 kepala pun — CHILL JE. Pandang je balik kat orang tu sambil kenyit2 mata. Biar orang tu trauma semalaman mengenangkan wajah “chill” kita. ? . . 2. Anak umur 4 tahun ke bawah yang mengamuk dan agresif, BUKAN sebab dia biadap atau konghajo atau kongasam. . Mereka sebenarnya nak beritahu “sesuatu”, tapi disebabkan oleh language & communication skills mereka belum berkembang sepenuhnya, maka dengan mengamuk sahaja lah cara untuk mereka luahkan. . Kids below 4 belum ada enough words / vocabs untuk describe apa yang dirasai. Dan diorang tak tahu macam mana nak jelaskan apa yang mereka nak. So cuba bayangkan. Kesian tau anak2 kita dalam fasa ni. . Macam kita mak-mak ni masa tengah datang bulan. Entah kenapa tiba2 rasa nak baling pinggan, tiba2 rasa nak nangis, tiba2 rasa nak terjun bangunan, tiba2 nak libas suami dengan penyapu lidi. Bila suami tanya kenapa– kita hanya mampu mengerutkan dahi sebab kita sendiri tak tahu nak describe cemana. . Hmm macam takde kena mengena je analogi aku ni. . . 3. Ingat ni– anak akan mengamuk bila dia tak dapat apa yang dia nak– tak kisah lah benda tu lojik (contohnya, nak makan, nak susu, nak tidur) atau benda tak lojik (contohnya nak mainan yang kawan pegang, nak main pisau, nak terjun dalam kolam ikan, etc). . Dan amukan anak2 lebih cenderung berlaku bila mereka dalam keadaan lapar, penat, mengantuk, atau rimas. So always be ready, dan always expect the unexpected. . . 4. INGAT, JANGAN PUKUL ATAU TENGKING ANAK YANG TENGAH MENGAMUK. TAPI– PELUK. Marah, pukul, atau jerit pada anak yang sedang mengamuk akan mengeruhkan lagi keadaan. Ia seolah-olah sengaja mengajar anak urus emosi dengan kekasaran, kekerasan dan kemarahan. . Sepatutnya waktu anak mengamuk ni lah waktu yang paling sesuai untuk ibu bapa tunjukkan contoh sikap “cool” pada anak2, dan tunjukkan cara yang betul untuk urus emosi dengan berfikir dan berkomunikasi dengan baik. . . Ok now. Apa yang ibu bapa SEPATUTNYA BUAT bila anak mengamuk? . Berikut adalah 4 langkah mudah untuk stopkan anak mengamuk, dan ajar mereka kemahiran mengawal emosi. . . 1. Lumpuhkan senjata. . Masa anak mengamuk, memukul, menggigit, menerajang, mencakar, baling barang, mereka menggunakan senjata seperti tangan, kaki, gigi, kuku dan sebagainya. . So tugas ibu bapa adalah memastikan “senjata2” itu “dilumpuhkan” dengan segera. Kalau anak memukul, cepat2 tahan tangannya supaya dia tak dapat teruskan memukul. Kalau anak terajang, tahan kakinya supaya dia stop terajang. . . 2. Asingkan anak. . Kalau masa anak mengamuk tu ada orang lain, cepat2 bawa anak ke tempat lain. Yes, masa anak tengah meronta menjerit berguling2 tu, terus angkat dia dan bawa pergi. . Pergi mana? Mana2 tempat yang takde orang. . Contohnya, pergi sudut mana2 ke, pergi masuk kereta ke, pergi bilik lain ke, somewhere private and quiet. . Bila kita cepat2 asingkan anak macam ni, ada 3 perkara baik yang akan berlaku: Satu, anak dapat “keluar” immediately dari situasi yang menyebabkan dia mengamuk tu. Dua, ibu bapa dapat intimately deal dengan anak tanpa dilihat oleh orang lain. Tiga, maruah anak akan terjaga. Even mereka masih budak2, anak2 pun ada rasa malu bila berdepan dengan situasi tegang depan orang lain. . . 3. Bantu anak guna PERKATAAN, dan bukan guna senjata (tangan, kaki, gigi, atau kuku) . Once kita dah bawa anak ke tempat yang senyap dan takde orang, pegang dia kuat2, lihat tepat ke dalam mata nya, dan cakap– “Mama tahu awak sedih/takut/geram/marah/kecewa”, dan terus peluk anak kuat2. Beri “nama” untuk emosi yang mungkin sedang dirasa oleh anak. . No matter how you’re feeling– marah ke, malu ke, hangin ke, rasa nak pulas telinga anak ke– PELUK JE. . Remember– THIS IS A PERFECT TIME TO ACT LIKE A GOOD PARENT. Show your child how cool you are in dealing with your own anger. . . 4. Ajar anak cara alternatif untuk handle emosi. Bila dah reda sikit, jangan tunggu terlalu lama untuk bercakap dan bantu dia rationalise semula. . Ada 5 cara alternatif yang kita boleh ajarkan pada anak2 supaya mereka tak gunakan violence ketika mengamuk. . . 1. Guna perkataan. . Ajar anak beberapa perkataan to describe feelings. Contohnya sedih, takut, risau, rimas, penat, marah, kecewa, bengang, geram, panas, sejuk, dan sebagainya. . So that lepas ni, bila anak rasa apa2, mereka akan mampu luahkan melalui perkataan instead of mengamuk tak tentu pasal sebab tak tahu macam mana nak describe. . . 2. Blah je. . Ajar anak untuk “blah je” atau “pergi dari situ” setiap kali mereka rasa tak puas hati dengan seseorang. Kalau anak marah dengan kita, ofkos kita akan terasa hati kalau anak tetiba blah camtu je. Tapi ingat– ia jauhhhh lebih baik dari anak memukul/menggigit kita. Kan? . . 3. Quiet corner. . Buat satu corner khas untuk anak pergi setiap kali dia rasa macam nak pukul orang. Haikal punya quiet corner dulu adalah sebuah khemah kecik yang penuh dengan stuffed toys, bantal dan selimut. . Setiap kali Haikal masuk situ, tahu lah saya bahawa dia tengah bengang dengan seseorang. ??♀️ Tapi bila dia keluar dari situ, saya akan cepat2 slow talk dan peluk dia lama2. . . 4. Hembus api naga. . Yang ni favourite Haikal. Setiap kali saya nampak Haikal macam nak mengamuk, saya cepat2 cakap– “Hembus api nagaaa!!!” . Terus dia akan tarik nafas dalam2, dan hembus kuat2 guna mulut sambil bayangkan api keluar dari mulut. ? He always feels better lepas tu. . . 5. Secret code. . Kod rahsia sangat membantu especially bila anak tak boleh kawal emosi sangat2 dah. Secret code yang Haikal guna since umur dia 3 tahun sampai lah sekarang ialah ayat ni: “Mama peluk Haikal sekarang please!” . Bila dia sebut je ayat tu, tahu lah saya ada benda yang tak kena dengan dia. Sama ada tengah marah ke, tengah sedih ke, tengah kecewa ke, tengah bengang ke. . Dan saya akan stop buat apa saje yg saya tengah buat masa tu dan terus peluk dia, sambil cakap– “It’s ok. Mama ada.” . Usually dia akan menangis dalam pelukan saya. Dan later dia ceritakan apa yang berlaku dan apa yang dia tengah rasa. . . I know, semua ni bukan senang nak buat kalau kita jenis yg dah biasa marah, jerit dan pukul anak setiap kali dia mengamuk. . But it’s never too late to reset our parenting style. Kan? . Ingat– bad parenting takkan menyelesaikan apa2 masalah anak, malah akan mengakibatkan banyak lagi masalah behaviour anak pada masa akan datang. . Mulai hari ni– set the right example. Tunjukkan pada anak2 the right way untuk manage bad emotions. . Sooner or later, insyaAllah anak akan ikut. Selamat malam, semua. ❤️ . . . If you’re looking for more parenting lessons, read my books. Mind you, ia BUKAN parenting book biasa. ? . Order online: https://bit.ly/2EXYjPz . Or find them at Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur (Booth Must Read, Dewan Tun Razak 4, Tingkat 4, PWTC) . #ParentsWelcomeToMyWorld #3Kertas3Krayon3PenselWarna #WhySoSeriousParents
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita mahu anak-anak beradab dan berakhlak mulia. Semua mahukannya. Tetapi kita boleh jadi terlupa bahawa adab bukan hasil syarahan, pembacaan, jauh sekali leteran.
Ada tiga kualiti diperlukan untuk menghasilkan akhlak yang baik, misalnya menurut Imam Birgivi (1573m), seperti nukilannya di dalam kitab al-Tariqah al-Muhammadiyyah.
Pertama: Kebolehan berfikir yang baik. Akal yang boleh memproses, untuk mempertimbangkan baik dan buruk. Jika akal lemah, atau akal melampau, ia mengganggu proses.
Kedua: Berkeinginan. Iaitu wujudnya dalam diri seseorang ini kehendak. Mahukan sesuatu. Dorongan untuk mendapat. Jika seseorang itu hilang keinginan, dia tiada dorongan untuk mendapatkan manfaat daripada memilih kebaikan.
Ketiga: Upaya bantah dan marah. Untuk berakhlak dan beradab, seseorang itu perlu wujud dalam jiwanya kalau berlaku sesuatu yang dia tidak setuju dia bantah, dan lawan. Dengan kualiti ini, barulah boleh akhlak baik dihasilkan dalam bentuk menolak akhlak buruk dan kejahatan.
Macam mana kita hendak mengadabkan anak-anak kalau semasa mereka membesar, kita rosakkan kebolehan berfikir mereka.
Bukanlah dengan menabur Ajinomoto ke dalam makanan mereka, tetapi dengan tidak berbual, paksa hafal, anak-anak tengah suka bermain (yakni sedang berfikir kreatif, menyelesaikan konflik), kita hentikan permainan dan suruh mengadap teks. Bantut habis kebolehan berfikir yang lahir sebagai fitrahnya hari itu.
Kemudian, anak berkeinginan tetapi keinginannya kita nafikan. Ikut cakap aku sebab aku orang tua. Rambut belah tepi, baju kena warna ini, sekolah kena macam ini, ambik subjek pilihan mak ayah, belajar bidang kebanggaan orang tua, kahwin nanti pun jodoh emak ayah pilihkan, dah kahwin pun mak ayah campur tangan cuti sekolah ke mana. Anak tidak berpeluang berkeinginan.
Anak marah, kita marah dia balik. Murid tak setuju dan lawan, belum apa-apa kita biadabkan dia. Sehingga mati sifat melawan, sifat membantah.
Seribu syarahan agama, pergi bagai dipuput bayu. Tak lekat pun di jiwa sebab tiada pelekatnya. Karakter tidak dibentuk. Yang dibentuk ialah akademik, akademik, akademik. Kita laungkan akhlak penting, tetapi semua perancangan dan perlaksanaan adalah matawang akademik.
Saat seorang lelaki telah bergelar suami, dibahunya terletak tanggungjawab dan amanah yang perlu dijaga sebaiknya. Suami yang menjadi tonggak utama selaku ketua rumah tangga, bukan sahaja mencari nafkah semata-mata bahkah perlu berusaha meringankan beban isteri di rumah sekali gus membahagiakan isteri.
Inilah yang dinamakan common sense dan realiti hari ini menyaksikan ada suami yang kurang memberi perhatian terhadap perkara berkenaan.
Memberi kesedaran kepada para suami, Dr Amirul Amin ini menulis di akaun facebooknya sekali gus menarik perhatian wargamaya. Ini perkongsiannya.
“Bahagiakanlah isteri. Allah akan lancarkan rezeki bagimu.
Mudahkanlah isteri. Allah akan mudahkan urusanmu.
Didiklah isteri. Allah akan jamin syurga untukmu.”
Berapa ramai orang membebankan isteri.
Berapa ramai menyusahkan isteri. Berapa ramai tidak mendidik isteri.
Maka sukarlah jalan hidupmu sepertimana sukarnya isterimu meniti hidup ini sedang dia sebagai isteri tetap senyum, redha dan kuat. Walhal fitrahnya bukan begitu.
Isteri saham akhirat. Beruntung bagi yang menyedari.
Jaga Isteri ..
Memang Susah .
Memang Penat .
Memang Rasa Rimas .
Suka Membebel .
Suka Marah-Marah .
Suka Merajuk .
Tapi ……
Ketahuilah ..
Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menenangkan Kamu .
Mulut Yang Bising Itulah Memeriahkan Rumah Kamu .
Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menyedarkan Kamu .
Dan…
Individu Yang Kuat Merajuk Itulah Mendidik Rasa Sabar Kamu .
Wanita Yang Bising Itulah Yang Banyak Membelai Kamu .
Wanita Yang Bising Itu Jugalah Yang Banyak Memeluk Kamu .
Dan…
Wanita Yang Bising Itulah Banyak Bersama Kamu .
Tanpa Mengira Susah Atau Senangnya Kamu .
Tanpa Mengira Bertapa dia terluka dengan cara Layananmu .
Dan Nasihatku ….
Hargailah Isteri Seperti Seorang Ibu
Kerana ,
Kamu Akan Mengerti ..
Bertapa Berharganya Mulut Bising Itu ..
Ketika Kamu Kehilangannya .
Dan Ketahuilah .
Kamu Pasti Akan Merindui Bebelannya.
HARGAILAH ISTERI ANDA Mulianya seorang isteri disisi Allah… Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…
Dan..
Jika nama ‘dia’ yang tertulis di Luh Mahfudz untuk kamu, maka Allah akan tanamkan rasa Cinta pada keduanya. Tak perlu takut. Kuatkan Hati dan terus Berdoa…
Solat tanpa telekung menjadi perdebatan hangat susulan isu melibatkan Siti Nurhaliza. Ini penjelasan sahih agamawan tentang hukum sebenar dan status sah solat wanita.