Tabiat anak-anak ketika tidur suka mengetap gigi atau menggeser gigi kadang kala membimbangkan kita juga.
Jadi ada baiknya kita dengar penerangan daripada doktor ini untuk info bersama.
“Doktor, anak saya ni, kalau dia tidur malam, dia selalu geser gigi dia. Gruk gruk gruk! Bunyi dia. Takut saya dengar!”
Dalam istilah perubatan, ia dipanggil ‘bruxism’, iaitu pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan.
Ia boleh berlaku semasa tidur, mahupun semasa terjaga (terutamanya sewaktu leka, atau berangan). Ia juga boleh berlaku pada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Ads
“Apa sebab dia? Ada orang kata, ni sebab ada saka. Bukan, kan?”
Bruxism ni ada banyak kemungkinan punca, antaranya:
◾Stres atau kebimbangan berterusan
◾Gigitan(occlusion) yang tak sempurna
◾Susunan gigi yang bermasalah
◾Masalah perubatan seperti Cerebral Palsy
◾Posisi badan yang tidak betul
◾Kecacingan
◾Perubahan hormon
◾Pengambilan alkohol dan dadah
“Bahaya tak? Kalau dibiarkan, apa kesannya, doktor?”
Ads
Sekiranya dibiarkan, ia boleh akibatkan:
◾Permukaan gigi haus
◾Gigi atau tampalan patah
◾Gigi terasa ngilu atau sakit
◾Sakit kepala
◾Sakit sendi rahang dan otot muka
◾Sakit telinga
◾Kualiti tidur terjejas
“Apa yang saya boleh buat untuk kawal?”
Boleh cuba perkara berikut:
◾Tuam tuala suam pada sendi rahang
◾Tangani stress dengan baik
◾Hentikan pengambilan alkohol
◾Jika masih berlaku, jumpa doktor
“Apa rawatan yang doktor akan buat, ya?”
Ads
Doktor atau Doktor Gigi mungkin perlu:
◾Ubah/Beri ubat
◾Tampalan semula gigi rosak
◾Occlusal splint (pelindung mulut) untuk dipakai pada waktu malam
Maklumat tambahan: Bruxism dilaporkan boleh berlaku pada kanak-kanak yang gigi susu mula tumbuh, dan ketika gigi kekal pula hendak tumbuh. Jangan risau, ia boleh hilang selepas gigi kekal sudah siap semua tumbuh keluar.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika diberi pilihan untuk memilih epal merah atau hijau, tentu ramai memilih epal merah yang lebih manis, manakala epal hijau berasa masam.
Tapi hakikatnya ramai yang tak tahu sebenarnya epal hijau lebih banyak khasiat berbanding epal merah.
Epal hijau mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat yang mudah larut. Oleh sebab itu, jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
KESIHATAN
Penyakit 3 serangkai
Penyakit yang sering dihidapi rakyat Malaysia ialah penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Dengan pengambilan epal hijau secara konsisten, penyakit-penyakit ini dapat ditangani.
Sembelit
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
Menguatkan sistem imun badan
Apabila makan buah epal, tidak kiralah epal merah atau epal hijau, jangan sesekali buang kulitnya. Pastikan anda mencuci epal dengan bersih dan pastikan tiada sebarang wax atau bahan kimia pada kulitnya. Di dalam kulit epal hijau terdapat vitamin dan mineral yang dapat membina dan memperkukuh sistem imunisasi.
Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti : 1. Menghalang pembinaan plak kolesterol dalam dinding salur darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 2. Membantu kesihatan menguatkan fungsi paru-paru. 3. Menguatkan tulang dengan menambah pada mineral pada tulang. 4. Mengekalkan berat badan. 5. Mengurangkan kekerapan mendapat asma. 6. Mengurangkan risiko mendapat penyakit barah.
KECANTIKAN
Mencantikkan kulit wajah
Epal hijau sangat kaya dengan vitamin A, B dan C yang sangat baik untuk kulit. Dengan makan epal ini secara konsisten, kulit akan bersih tanpa jerawat dan parut. Lama-kelamaan kulit akan berseri dan semakin sihat.
Detoks semula jadi
Epal hijau yang kaya dengan serat mampu menjaga kesihatan hati, sistem pencernaan dan buah pinggang bebas dari toksin dan elemen yang berbahaya.
Menghalang kerosakan gigi
Apabila kita makan epal hijau, air liur yang banyak akan dihasilkan. Penghasilan air liur yang banyak dapat mengurangkan bakteria di dalam mulut dan seterusnya mencegah kerosakan gigi.
Kesimpulannya, epal hijau sangat bagus untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan yang baik. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mempunyai anak yang ramai bunyinya memang mengujakan. Mungkin juga menjadi idaman ramai antara kita. Maklumlah bila anak-anak ramai, hidup ini lebih meriah. Pun begitu tidak dinafikan hidup berkeluarga ini perlukan tanggungjawab dan pengorbanan.
Bahkan ada juga yang mengatakan hidup berkeluarga ini bukan satu benda yang murah! Namun sebagai ibu ayah janganlah kita jterlalu risau memikirkan wang yang perlu diadakan untuk menanggung keluarga yang ramai.
Ini kerana yakinlah setiap anak yang dilahirkan adalah anugerah dan Dia jugalah yang memberi rezeki di atas kehadiran cahayamata walau mungkin ada di sudut hati terasa tidak mampu menyara keluarga besar.
Berkongsi kisah keluarga Puan Khairunnisa Hamzah ini ada benarnya, setiap anak itu ada rezekinya.
“Berkeluarga ini bukanlah satu benda yang murah”
Saya tertarik dengan statement berikut,”Berkeluarga ini bukanlah satu benda yang murah”
Tadi sahaja saya baru kongsi cerita dengan mak tentang perbelanjaan kami beli barang keperluan harian dan belanja dapur yang mencecah 1 ribu ringgit yang hanya bertahan 2 minggu, jika bernasib baik. Jika tidak, hanya 1 minggu sahaja.
Itu belum termasuk kecederaan barang atau keperluan yang tiba-tiba perlu.
Nak tahu mak kata apa?
Mak kata, “Kasar kau belanja”
Saya terdiam…Tapi kemudian saya terpaksa cerita balik macam mana kita yang
1. Kalau masak maggi, 1 bungkus besar terus kena masak. Kalau 1 pek saja mana cukup. Boleh buat anak-anak bergaduh.
2. Goreng ayam, itu pun dah potong kecil-kecil. Tapi anak tengah nak makan, tengah membesar, lapar, nak lagi, kenalah masak lagi.
3. Ikan kalau masak siakap seekor yang harga rm11, tak cukup untuk 7 beranak. Yang kecil saja kuat makan ikan, nasi dia tak nak. Tapi masak juga sekor sebab nak bertahankan kos.
4. Udang kalau masak, dapat sorang seekor tu dah kira baik. Kalau buat rencah mee terpaksa belah 2, kemudian belah lagi 2. Biar ada, biar sama-sama merasa.
5. Buah kena beli banyak. Kalau tak, anak nak makan keropok saja. Budak-budak cepat lapar. Kalau buat cekodok saja pun dia boring nak telan juga. Muak. Tapi.. Satu epal mana cukup, kena potong 2-3 epal sekali ngadap makan. Itu untung kalau 2-3, datang hujan, lapar, 5-6 biji kena potong lagi.
6. Itupun petang-petang berpeluh masak keropok ikan. Habis sebungkus, hidang sekali hadap saja. Mak pelik sebab keropok ikan rumah mak boleh sampai berkulat tak ada orang makan.
7. Roti pun mak pening tengok kita beli macam nak buka kedai. 2-3 hari habis roti tu semua, licin. Kita nak makan pun tak sempat pegang. Habis sekejap saja anak-anak makan.
8. Eh, kalau nak listkan bab makanan je, tak habis ler…tu belum lagi hal vitamin, supplement dan makanan sunnah. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah diberikan pada anak-anak semua. Kalau tak, hanya pada yang sakit sahaja jika ada yang tak sihat lebih-lebih lagi apabila tibanya musim hujan.
Pendek kata, anak ramai ni besar belanjanya.
10. Susu anak, setiap minggu nak kena beli. Seminggu saja habis.
11. Pampers pun nak kena beli lagi dan lagi. Selalu cuak harga pampers dengan susu berapa bila nak beli. Selalu naik harga.
12.Tu belum hal kasut sekejap je dah tak muat. Kasut koyak, selipar tercabut,
13.Bab pakaian lagi jangan cakap, kejap saja lusuh, koyak, lepas tu banyak yang dah kotor sebab tak hilang kena kotoran degil. Yang koyak tu dah beberapa kali jahit, bukan tak jahit.
Ni kalau pakaikan pakaian apa ada, mesti kena sound “Apalah kau pakaikan baju anak-anak”
Tapi itulah, bila beli kang kata “Kau belanja kasar”
Anak ramai, belanja besar. Nak beli satu, nanti yang lain tuntut mereka punya juga.
Tapi itulah, dalam belanja-belanja, kita pun tak boleh nak hitung balik rezeki datang dari celah mana.
Alhamdulillah sentiasa ada. Tak boleh pun, boleh ada juga. Ini semua Allah punya kerja.
Pernah seorang tokey kedai lampu yang sedang mengandung bertanya saya anak ada berapa orang?
Bila saya jawab 5, dia usap perutnya yang sedang tunggu masa. Dia kata…
“You happy kan? I dulu satu anak saja. Bila tambah lagi 1, makin happy. Sekarang sudah nak 3, i happy. U happy tak? Lagi anak banyak, lagi happy kan? Nanti itu rezeki makin banyak”
Saya angguk dan jawab “Setuju”
Tak tahulah dia nak sedapkan hati ke apa. Tapi beriya dia minta saya jawab dengan jawapan yang boleh sedapkan hatinya.
Saya doakan dia mudah bersalin dan berkata, “Kalau dalam Islam, setiap anak itu membawa rezeki. Allah dah siapkan rezeki masing-masing. Kami sekarang jaga anak saja, tumpang rezeki mereka”
Dia tersenyum lebar…Nampak seperti lega sangat. Moga senang bersalin. Katanya, keluarga dan kawan-kawan bising. 1 anak, kos tinggi. Sekarang dia nak 3 anak. Dia kena kerja keras lagi.
Kawan,
Ada anak ke tak ada anak ke bukan kerja kita. Anak berapa in total pun bukan kerja kita.
Kerja kita ialah jalankan amanah dan tanggungjawab yang Allah dah berikan kepada kita.
Masa saya dapat biasiswa zaman universiti dahulu, ayah kata, “Anak orang lain boleh beli motor, kereta dengan duit biasiswa. Awak, sampai habis belajar pun tak ada apa”
Bagi saya, keluar universiti dengan sihat jasad, sihat mental, sihat keputusan, itu adalah pulangan yang paling berbaloi.
Macam hal anak sekarang ini, duit memang habis tapi anak sihat, berakal, berakhlak, berpendidikan dan tidak merempat, itu pulangannya terhadap apa yang kita belanja setiap hari.
Ini bukan saja-saja, tapi amanah Tuhan yang akan dipertanggungkawabkan hari-hari.
Kata saya pada mak,
“Nak buat macam mana, bu. Banyak hidupan di rumah yang perlu dipelihara sekarang ini”
Buat semua ibu ayah di luar sana,
Bertabahlah.. Terus kuat. Reda, ikhlas, InsyaAllah, Allah bagi kita rezeki kesihatan, kudrat dan kemampuan di luar fikiran.
Menjalani kehidupan ini adalah suatu cabaran. Ada suka dukanya untuk mencapai bahagia. Untuk membahagiakan keluarga ada yang terpaksa menempuh perjalanan yang jauh untuk ke tempat kerja.
Namun ada juga rezeki mempunyai tempat kerja yang berdekatan dengan kediaman. Sebagaimana perkongsian lelaki ini. Bukan untuk menabik dada tetapi berkongsi rasa hati. Meluahkan rasa syukur dapat mempunyai masa lebih bersama keluarga ekoran jarak rumah dan pejabat hanta 15 minit sahaja.
Malah katanya lagi, pulang ke rumah dia dapat bersantai dan melakukan aktiviti bersama anak sementara menunggu waktu solat maghrib.
“Rumah aku 15 minit je dari office. Keluar pukul 5.10, sampai rumah 5.30, dah solat asar kat office, balik rumah tu rileks atas sofa tengok TV main dgn anak tunggu maghrib. Duduk jauh dari tempat kerja is a scam.”
Katanya lagi, rasa tenang berada di rumah dapat melakukan aktiviti bersama anak setelah dapat pulang ke rumah dalam tempoh masa yang singkat.
Rumah aku 15 minit je dari office. Keluar pukul 5.10, sampai rumah 5.30, dah solat asar kat office, balik rumah tu rileks atas sofa tengok TV main dgn anak tunggu maghrib. Duduk jauh dari tempat kerja is a scam.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan bahawa dia bertuah mempunyai kediaman yang berdekatan dengan tempat kerja. Malah ada juga berkongsi bertindak berhenti kerja setelah tidak dapat bertahan ekoran kediaman yang jauh dari rumah.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.