Tabiat anak-anak ketika tidur suka mengetap gigi atau menggeser gigi kadang kala membimbangkan kita juga.
Jadi ada baiknya kita dengar penerangan daripada doktor ini untuk info bersama.
“Doktor, anak saya ni, kalau dia tidur malam, dia selalu geser gigi dia. Gruk gruk gruk! Bunyi dia. Takut saya dengar!”
Dalam istilah perubatan, ia dipanggil ‘bruxism’, iaitu pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan.
Ia boleh berlaku semasa tidur, mahupun semasa terjaga (terutamanya sewaktu leka, atau berangan). Ia juga boleh berlaku pada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Ads
“Apa sebab dia? Ada orang kata, ni sebab ada saka. Bukan, kan?”
Bruxism ni ada banyak kemungkinan punca, antaranya:
◾Stres atau kebimbangan berterusan
◾Gigitan(occlusion) yang tak sempurna
◾Susunan gigi yang bermasalah
◾Masalah perubatan seperti Cerebral Palsy
◾Posisi badan yang tidak betul
◾Kecacingan
◾Perubahan hormon
◾Pengambilan alkohol dan dadah
“Bahaya tak? Kalau dibiarkan, apa kesannya, doktor?”
Ads
Sekiranya dibiarkan, ia boleh akibatkan:
◾Permukaan gigi haus
◾Gigi atau tampalan patah
◾Gigi terasa ngilu atau sakit
◾Sakit kepala
◾Sakit sendi rahang dan otot muka
◾Sakit telinga
◾Kualiti tidur terjejas
“Apa yang saya boleh buat untuk kawal?”
Boleh cuba perkara berikut:
◾Tuam tuala suam pada sendi rahang
◾Tangani stress dengan baik
◾Hentikan pengambilan alkohol
◾Jika masih berlaku, jumpa doktor
“Apa rawatan yang doktor akan buat, ya?”
Ads
Doktor atau Doktor Gigi mungkin perlu:
◾Ubah/Beri ubat
◾Tampalan semula gigi rosak
◾Occlusal splint (pelindung mulut) untuk dipakai pada waktu malam
Maklumat tambahan: Bruxism dilaporkan boleh berlaku pada kanak-kanak yang gigi susu mula tumbuh, dan ketika gigi kekal pula hendak tumbuh. Jangan risau, ia boleh hilang selepas gigi kekal sudah siap semua tumbuh keluar.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan mudah melalui proses kehamilan, terutama bagi bakal-bakal ibu yang mempunyai masalah kesihatan. Ada yang terpaksa berulang alik ke klinik setiap minggu dan redha diri di cucuk sana sini untuk di ambil darah dan pelbagai ujian lain.
Namun, demi sikecil yang tengah menghuni di dalam rahim, semuanya dilalui penuh rela. Itulah pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan ibu.
Kadang kala kepenatan dan terpaksa melalui macam-macam hal sedikit sebanyak membuatkan emosi bakal ibu tidak menentu. Iu yang asyik nak marah, merajuk dan sebagainya. Itu bukan dibuat-buat ye, tetapi ‘pembawakan budak’.
Saudara Akhtar Syamir berkongsi pengalaman sewaktu menemani isterinya menjalani pemeriksaan. Kisah ini dimuat naik di dalam laman facebooknya tahun lepas. Moga dapat menjadi panduan kepada bakal bapa sekalian dalam menangani emosi bakal ibu.
Dalam kesibukan kerja, tak salah andai kita meluangkan sedikit masa menemani isteri ketika melakukan pemeriksaan. Sekurang-kurangnya kita tahu akan kondisi anak dalam kandungan. Si ibu pun pasti terasa lebih dihargai. Kehadiran suami di samping akan membuatkan emosi ibu-ibu lebih tenang.
Orang mengandung ni memang menyusahkan ke?
Soal isteri kepada saya semalam dengan memegang erat tangan saya. Matanya merah menahan air mata dari berlinangan kerana menganggap dirinya menyusahkan saya dengan kandungannya yang sudah menghampiri 31 minggu.
Ini kerana kelmarin, beliau untuk kali ketiganya menjalani ujian BSP (Blood Sugar Profile). Jadi boleh dikatakan berkampunglah kami di klinik kesihatan untuk mengambil bacaan darah sebanyak 4 kali dalam sehari.
Setelah 2 kali BSP sebelum ini mencatatkan bacaan yang baik, namun kelmarin bacaan pertama pada pukul 8 pagi menunjukkan bacaan 5.3 tahap gula dalam darah. Jika mengikut kadar biasa, bacaan itu adalah baik. Masih di bawah 6.1. Tetapi mungkin orang mengandung ini standardnya berlainan kerana 5.3 pada bacaan pertama hari ujian BSP dianggap sebagai tinggi.
Hasilnya, selepas berjumpa Doktor semalam, isteri diarahkan untuk membuat BSP sekali lagi pada hari ini. Agak mengecewakan juga kerana ujian BSP ini 4 kali. Bermakna 3 kali perlu dibuat di klinik kesihatan dan yang terakhir di klinik biasa atau farmasi. Jadi, saya perlu menemaninya lagi dua hari iaitu hari ini (BSP) dan besok untuk berjumpa Doktor sekali lagi. Bayangkan 4 hari berturut – turut ke Klinik Kesihatan yang sememangnya penuh setiap hari.
Mungkin ternampak sedikit kekesalan di air muka saya semalam yang membuatkan isteri terfikir yang dia menyusahkan saya.
Saya akui memang silap saya tertunjuk muka. Selalunya saya memang akan sorok apa jugak kepenatan dalam membantu dia. Saya tidak kesalkan bacaan gula isteri pun sebenarnya. Cuma agak stress dengan keterpaksaan berkunjung ke Klinik Kesihatan 4 hari berturut – turut.
Mungkin memang tidak boleh ditangguh lagi ujian BSP itu. Kalau boleh ditunda ke minggu hadapan alangkah baiknya. Kerana 4 hari berturut – turut memang memenatkan. Tapi demi keselamatan baby, saya harus terus positif.
Sehingga hari ini saya cuba menenangkan perasaan dia. Sesungguhnya saya sedar perkara ini harus dilalui oleh kebanyakan orang yang mengandung. Tidak ada istilah menyusahkan sebenarnya. Malah saya yang patut bersyukur kerana isteri sudi bersusah payah dengan sakitnya, loyanya, muntahnya untuk kami menambah zuriat. Tidak ada apa lagi yang sepatutnya saya harapkan dari dia melainkan sentiasa cuba meringankan bebannya.
Kadang – kala saya terlihat ada ibu – ibu yang datang ke klinik kesihatan bersendirian ataupun bersama anak yang masih kecil. Terdetik juga rasa kasihan tetapi saya lebih berasa kagum dengan kekentalan mereka. Semoga semua ibu yang menjalani saat – saat ini dipermudahkan segala urusan.
Doakan juga urusan kami dipermudahkan dan semoga isteri saya Nora Azni dan kandungan sentiasa sihat walafiat. Due adalah pada 20hb Oktober ni. Boleh juga bagi kata – kata semangat kat dia. Nampak sedikit down dari semalam lagi.
Korang pernah kena buat BSP? Serik tak? Pengalaman korang macam mana?
Waktu siang sekarang ni panas bukan main lagi! Kadang-kadang tidur malam pun bila datang bahangnya, boleh berpeluh jadinya. Kipas pula, baru je lepas basuh tapi dh selalu guna, cepat la berhabuk. Nak buka basuh, malas!
Jadinya… Yang mana kipas tebal dengan kotoran tu, boleh la cuba cara mudah ini. Tak payah susah nak buka tau, sembur je, tunggu 5 minit, siap! Haaa nak tahu caranya, semak kat bawah.
CARA NAK BERSIHKAN KIPAS MEJA DENGAN PANTAS, 5 MINIT SIAP!
Nak bersihkan kipas ni salah satu perkara yang malas nak buat tapi time panas nak angin kuat. Macam mana tu ye? Nak bersihkan kipas ni senang je sebenarnya. Jom follow cara ni!
1.Bahan rahsia pertama ialah cuka makan. Bukan guna satu botol ni tau. Hanya setengah gelas sahaja.
2.Kemudian, masukkan bahan rahsia kedua iaitu baking soda. Masukkan 3 sudu baking soda ke dalam gelas. 3 sudu je tau, jangan lebih-lebih pula ye.
3.Bahan yang terakhir sekali ialah pencuci pinggan. Masukkan 2 sudu pencuci pinggan ke dalam gelas berisi soda bikarbonat dan cuka tadi. Kemudian kacau-kacau dengan sudu.
4.Selepas dah siap korang tuang ke dalam botol spray. Botol spray kecil ni dekat eco pun ada. Jangan rembat yang kakak atau mak korang punya dah la. Nanti tak pasal-pasal tak boleh makan.
5.Spray campuran 3 bahan tadi pada permukaan kipas.
6.Kemudian balut kepala kipas dengan plastik. Make sure plastik tu lagi besar dari kepala kipas. On kan suis kipas dan tekan pada kelajuan maksimum dalam masa 5 minit.
7.Tada! Bersihkan. Tak perlu susah-susah nak tanggalkan kepala dan bilah kipas. Lepas ni tiap-tiap minggu cuci kipas.
8.Habuk yang keluar dari kipas selepas siap dibersihkan.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tak kenal dengan pasangan selebriti ini. Memiliki pengikut sendiri di laman media sosial, mereka juga dikurniakan anak yang comel dan bijak. Tidak hairanlah setiap kali berkongsi gambar mahupun video, pasti menjadi tumpuan peminat.
Terbaru, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha memuat naik perkongsian anak bongsunya, Alisa Aisyah. Menerusi video tersebut, ternyata adik kesayangan Yusuf Iskandar kini sudah pandai membaca surah lazim iaitu Al-Fatihah sehingga mencuri perhatian netizen.
Hanis atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid berkongsivideo memperlihatkan aksi Alisa yang berusia 9 bulan membaca surah Al-Fatihah dengan bantuannya.
“Alisa cuba belajar Al-Fatihah. Tengok @thealisaaisyah, bila dengar mommy suruh abang baca, baru dia pantas. Our cheeky little 1 year and 9 months old baby,” tulis Hanis di ruangan kapsyen.
Video yang berdurasi 1 minit lebih itu memperlihatkan Alisa sedang duduk di bawah meja sambil membaca surah dengan bantuan ibunya.
Biarpun pelat dan bacaannya masih belum lancar, Alisa tetap membaca surah tersebut dan tersenyum gembira selepas berjaya menghabiskannya.
Perkongsian itu membuatkan ramai melahirkan rasa kagum dan memuji cara Hanid dan Hairul dalam mendidik anak-anak mereka.
Pertemuan yang tidak disangka-sangka. Majlis World Quran Hour yang berlangsung semalam menjadi detik terindah buat Kebawah Duli Paduka Baginda, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...