Pernah tak, pada waktu pagi tu kita dah plan baik-baik jadual anak kita untuk satu hari itu, kita pun beritahu dekat anak apa yang patut dia lakukan hari ini. Misalnya, waktu cuti sekolah seorang anak itu perlu siapkan semua kerja seperti siapkan kerja sekolah, basuh kasut sekolah, gosok baju sekolah dan sebagainya setelah selesai semuanya barulah dia boleh bermain game ataupun menonton televisyen.
Setelah beberapa jam, kita pun nampak anak kita sudah mula menonton televisyen, kita check satu per satu tugasan yang telah kita berikan tetapi….ada satu perkara yang membuatkan kita pelik iaitu kita terjumpa kerja sekolah yang belum siap, dan kasut sekolah yang belum berbasuh!
So, kita pun bertanya kepada anak kita “Kenapa tak siapkan kerja sekolah tapi dah tengok tv” (bertanya dengan nada lembut)
Ads
Anak pon menjawab “terlupalah mama”
Terlupa???….Kenapa seorang anak boleh terlupa tentang perkara yang sedikit itu sedangkan dia masih muda..
Seorang ibu pasti risau akan perkara ini jadi, bagaimana kita perlu membantu anak ini? Sebagai seorang ibu kita pasti akan risau dan disini saya akan ingin kongsikan 4 tips hebat untuk tidak mudah lupa iaitu:
Ads
[ S.T.P.M]
1# Senaman. Elak kecut otak. -Biarkan anak-anak bermain diluar rumah untuk mengeluarkan peluh. 2# Tidur sebentar. Sekitar 10 ke 20 minit sebelum zohor. -Biarkan anak berehat jika penat. 3# Permainan latih otak. Contoh sudoku.-Terapkan minat terhadap nombor kepada anak-anak. 4# Makanan yg sihat. -Makan makanan sunnah seperti madu, coklat hitam dan delima.
Kasihnya pada ibu cukup terserlah baik dari perbuatan mahupun pertuturan. Biar sudah mendirikan rumah tangga, namun Hero Malaya ini tetap anak mak. Sepanjang menjalankan sesi penggambaran untuk penghias muka depan majalah, tampak suami kesayangan Nur Fazura ini sangat lembut dan ikhlas melayan ibunya.
Sesekali wajah disandarkan pada riba ‘syurga’ kecilnya itu buat melepaskan penat sambil mengusik sehingga ketawa sang ibu. Tampak bahagia dan penuh kasih sayang ibu dan anak ini. Sejuk perut ibu mengandungkan lelaki bernama Fattah Amin ini.
Gandingan ibu dan anak ini pertama kali diadakan oleh Majalah Keluarga. Biar sibuk dengan penggambaran Filem Mat Kilau dan terpaksa bergegas pulang dari Perak, namun Fattah memberikan kerjasama yang cukup baik.
Ibu Sumber Inspirasi
Wanita terindah bernama Azizah Binti Abdul Ghani inilah yang menjadi tulang belakang dan pembakar semangat kepada Fattah Amin. Biar dicerca dan dikutuk dengan kata-kata kesat, namun ibu tetap berada teguh di belakangnya dan itulah yang menjadi sumber inspirasi buat Fattah yang memiliki senyuman manis persis ibunya.
“Ibu sangat istimewa di hati saya. Walaupun saban tahun ada sambutan Hari Ibu, namun pada saya segala penghargaan dan hadiah tidak mampu membalas segala pengorbanan seorang ibu. Dia adalah syurga saya, tanpa doa dan kasih sayang ibu, saya takkan sampai ke tahap ini.
“Pengorbanan seorang ibu semua orang akan nampak, melahirkan mengandungkan dan membesarkan dari kecil sampai besar, Ibu seorang wanita yang tak pernah rasa beban terhadap anak, takkan pernah rasa susah dan kami adik- beradik takkan mampu balas.
“Cuma kami adik-beradik akan tetap meraikan ibu, baik keluar makan atau membeli hadiah setiap kali tibanya Hari Ibu. Walaupun saya sudah berkahwin tapi bakti ibu bapa masih saya mahu balas. Tidak sekadar dengan wang ringgit semata-mata. Tetapi perhatian dan kasih sayang seorang anak itu yang lebih ditagihkan oleh semua ibu bapa.
Penyayang Tapi Tegas
Dari kaca mata seorang ibu, Abdul Fattah Bin Mohd Amin anak sulung dari lima beradik ini sangat penyayang tetapi tegas orangnya.
“Nampak sahaja dia lembut tetapi dengan adik –beradik dia sangat ambil berat dan tegas. Ke mana sahaja adik-adiknya nak pergi atau buat dia akan ambil tahu. Walaupun sekarang sudah berkahwin, namun tidak melupakan tanggungjawab sebagai abang sulung. Boleh dikatakan tiada perubahan baik sebelum mahupun selepas kahwin.
“Malah, sehingga kini walaupun dia sudah terkenal dalam bidang seni, namun sikap Fattah tetap sama. Itu yang saya dan suami terapkan kepada anak-anak sejak dahulu lagi. Kena selalu humble dan jangan lupa diri. Jujur saya akui, saya dan suami sejak dahulu lagi sangat menitik beratkan akan soal agama yang lebih. Jaga solat, kelakuan dan sebagainya. Bab agama memang ayah yang akan tekankan manakala sebagai ibu saya lebih kepada bab akademik.
“Sebagai ibu, apabila anak-anak berkongsi impian dan kerjaya yang ingin mereka ceburi, sebagai ibu bapa kita hanya mampu mendoakan dan berharap kejayaan sentiasa mengiringi mereka. Walaupun Fattah memilih bidang seni, tetapi saya dan suami tidak membangkang kerana dari awal lagi kami sudah nampak minatnya ke arah bidang tersebut.
“Sebagai ibu bohonglah andai kata tak terasa dengan apa jua cercaan yang diterima Fattah, lebih-lebih lagi hanya dia seorang yang terjebak dengan bidang ini. Tetapi saya tidak kisah dan faham akan kedudukan kerjayanya.
“Lagipun dari awal saya memang tidak campur tangan dan tidak meletakkan sebarang syarat. Terpulang bagaimana dia membawa diri asalkan bijak menjaga diri,”ujar Azizah lagi yang tidak suka masuk campur akan kehidupan anak-anak sebaliknya sekadar memberi nasihat.
Fazura Menantu ‘humble’
Diminta pandangan dari mata seorang ibu, akui Azizah sifat humble dan kelembutan yang ada pada diri menantunya sulungnya, Fazura yang cukup memikat hatinya.
“Kalau diikutkan saya tak pernah mengenali Fazura sebelum ini kerana tidak mengikuti perjalanan seninya. Walaupun Fazura datang dari kehidupan yang glamor tetapi itu pada saya kerjaya dia. Di luar dia berbeza namun sifatnya tetap sama. Humble, hormat orang tua dan mudah mesra. Fazura ‘boleh masuk’ dengan keluarga kami, boleh makan sama dan bertepuk tampar. Itu yang membuatkan keluarga mudah serasi dengannya.
“Sebagai ibu, saya merestui apa pilihan anak-anak. Bab cucu pada saya mereka masih baru lagi berkahwin. Terpulang kepada mereka bagaimana untuk mencorakkan rumah tangga sendiri. Cuma sebagai ibu, saya berharap mereka boleh mendidik anak-anak kelak dengan baik. Lebihkan soal agama, mengaji dan belajar apa yang orang biasa lakukan,”ujar Azizah lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.
Insiden tragis yang berlaku sekitar jam 2.15 petang itu menyebabkan mangsa, Nur Hafirzah Qintina Shahrul Asraf Naim, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor. Ibu bapanya turut mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital yang sama.
Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat, kejadian berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios yang membawa keluarga tersebut dari arah Merlimau menuju ke Batu Gajah bertembung dengan sebuah lori yang sedang membuat pusingan U.
Siasatan awal menunjukkan bahawa kenderaan yang dipandu gagal mengelak lori yang dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun, yang memasuki laluan U-turn dari lorong kanan.
Impak perlanggaran menyebabkan ibu bayi berkenaan, Nurulnadiah Balqis Abdullah, 22 tahun, mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala si bapa, Shahrul Asraf Naim Khasiran, 35 tahun, cedera di dahi.
Bayi tersebut mengalami kecederaan serius di kepala dan disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang ketika dirawat di hospital.
Polis mengesyaki kemalangan berpunca daripada kereta yang hilang kawalan sebelum memasuki laluan lori tersebut. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkenaan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Jika selepas berkahwin, anda senang nak lekat dan terus hamil anak pertama, lain pula kisahnya dengan anak kedua.
Ada pasangan yang terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendapatkan anak kedua. Mengapa? Dan apa pula sebabnya.
Ini yang dikongsikan oleh Dr Prakash Mayandi, Pakar Kesuburan, Obstetrik & Gynaecologist dari Metro IVF, Klang.
Kalau anda dah berjaya mendapatkan anak pertama, apa yang anda boleh lakukan hanya melakukannya sekali lagi untuk anak kedua.
You can do it again, kamu boleh mengandung sekali lagi.
Tapi apa yang kita anak lihat adalah beberapa perkara lain yang berubah. Apa yang berubah selepas anak pertama dilahirkan.
Umur mungkin berubah, kitaran haid mungkin berubah samada ia teratur atau tidak. Itu yang kita perlu siasat. Tapi perlu yakin anda boleh mengandung sekali.
Apa yang menjadi kesukaran pada saya adalah kehadiran anak pertama dalam hidup anda.
Apa yang saya nampak, anak pertama perlu tidur di bilik berasingan. Tak boleh tidur dengan pasangan.
Keadaan ini membuatkan hubungan intim itu kurang kerap dan menjadi lebih tertekan.
Bila anak dapat tidur berasingan, saya yakin hubungan intim dapat berjalan dengan lebih relaks tanpa tertekan.
JKM kesan waris tiga beradik yang berada di bawah perlindungan sejak 2023. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi JKM bagi membantu proses penilaian dan kebajikan kanak-kanak tersebut.