Kadangkala rasa pelik bila dengan kita, ibu bapa sering berperangai itu tak boleh ini tak boleh ketika kecil dahulu. Tapi sekarang ini bila dengan cucu, bukan main lagi sayangnya apa yang diminta semua dapat!
Situasi ini dapat dibuktikan melalui video yang dimuat naik oleh usahawan dan pempengaruh sosial media, Datuk Seri Aliff Syukri di mana ibunya sendiri akui bahawa bila dengan anak-anak bukan main kedekutnya tapi dengan cucu tidak sama sekali.
Video yang dimuat naik di laman Tiktok itu berkisarkan tentang majlis hari jadi putera sulung Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan. Dalam video tersebut, kelihatan Bonda Rozita menyerahkan satu sampul putih kepada Ammar sebagai hadiah hari jadinya.
Bagaimanapun, Ammar dilihat hilang kata-kata sejurus melihat isi yang terdapat dalam sampul tebal tersebut dan rasa bersalah untuk menerimanya.
“Nenek dengan anak nenek sangat kedekut nenek tak bagi apa-apa, sebab nenek nak dia hebat. Dengan cucu nenek tak berkira” kata Bonda Rozita di penghujung video tersebut.
Sebelum ini, kisah anak kecil bernama Missclyen pernah tular apabila dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom congenital generalised hypertrichosis (CGH). Orang ramai berasa simpati dan mendoakan yang baik-baik untuk keluarga tersebut.
Pun begitu, baru-baru ini apabila kunjungan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berada di Sarawak bagi meneruskan jelajah Kembali Kenali Borneo, turut memberi kegembiraan buat adik Missclyen dan bapanya setelah dapat bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong.
“Saya sangat gembira dapat bertemu dengan Agong (Yang di-Pertuan Agong) dan terharu kerana baginda sudi mencemar duli berjumpa dengan anak saya,” kata Roland Jimbai, 47 bapa kepada Missclyen yang berusia 2 tahun mengenai perasaannya.
Memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro, Roland berkata, penantian selama empat jam, semalam untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berbaloi apabila kehadiran mereka disedari Seri Paduka.
Katanya, dia bersama isteri, Theresa Anak Guntin, 28, dan anak istimewanya menunggu bermula 1.30 tengah hari hingga 5.30 petang apabila mengetahui rombongan Kembara Kenali Borneo akan singgah di pekarangan Masjid Al-Falah, Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu-Miri, di sini.
“Rumah kami tak jauh dengan lokasi program dan walaupun tunggu agak lama, kami tak nak balik dulu, sebab tak tahu bila Agong sampai. Takut jika pulang, saya sekeluarga terlepas peluang jumpa Tuanku.
“Penantian itu memang berbaloi apabila baginda berdua bersama anakanda sudi berjumpa kami malah bergambar dengan Missclyen.
“Dalam pertemuan singkat itu, Agong sempat berpesan minta saya jaga anak (Missclyen) dengan baik kerana Missclyen rahmat daripada Allah,” katanya menceritakan detik bermakna itu.
Berangkat sama dalam Kembara Kenali Borneo di Sarawak ialah anakanda Seri Paduka berdua iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pertemuan itu menjadi kenangan manis buat Roland untuk diabadikan, apatah lagi, gambar Missclyen yang dipangku Tunku Azizah di samping Al-Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal di sisi, turut dikongsi di instagram Istana Negara.
Roland berharap pertemuan dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bukan yang terakhir buatnya sekeluarga.
“Jauh di sudut hati, saya menyimpan hasrat untuk berjumpa lagi dengan Agong dan Raja Permaisuri, seandainya ada peluang di kemudian hari,” katanya.
Meninjau di ruangan komen rata-rata wargamaya begitu terharu dan bangga dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang begitu menyantuni rakyat jelata dengan penuh kasih sayang.
“Masyaallah tak kekok langsung Tuanku Raja Permaisuri. Daulat Tuanku 🙏🏻”, komen salah seorang wargamaya.
“Tuanku Permaisuri tidak kekok dukung budak tu. Jiwa seorang ibu penyayang. Daulat Tuanku 🥺❤️”, luah yang lain pula.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan Tuanku & permaisuri ..bgitu juga keluarga kepada kanak2 yg didukung oleh Tuanku permaisuri …semoga Allah beri kesembuhan padanya ..Amin YRA ..#Daulat Tuanku # kembaraborneo #semoga Allah merahmati kita semua ❤️❤️.” doa yang lain pula.
Apabila anak semakin membesar, tentu pelbagai karenah yang ditunjukkan kepada ibu ayah. Salah satunya kuat merajuk.
Ia adalah sikap normal buat anak yang terlalu sayang kepada ibu ayahnya. Ini bukan tanda anaknya ‘lembik’.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini, katanya sikap begitu menjelaskan anak itu mempunyau rasa sayang kuat kepada orang tuanya. Berbanding anak yang suka jeling apabila dimarahi.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Anak kuat merajuk tanda terlalu sayang pada ibu ayah.
Anak kuat merajuk bukan lembik! Kena marah sikit je dia merajuk. Silap sikit je terus lari nyorok belakang kerusi. Balah sikit dengan kawan, terus lari tak nak main dah.
Itu tandanya hati dia lembut. Bukan lembik! Anak yang hati lembut ni penuh dengan kasih sayang dan kuat rasa cinta pada ibu ayahnya.
Hati lembut ni bukti kuat hatinya ada Abundance Love dari ibu ayahnya. Kasih sayang yang melimpah ruah. Ini sangat bagus.
Sebab tu la salah tegur sikit dia cepat je, – sentap – sebak – sedih – muram – merajuk
Lumrah manusia, bila kena marah dengan orang yang kita sayang pedihnya bukan biasa-biasa..
Awas bila anak jeling!
Merajuk bukan lembik, tapi itu bukti cinta dan sayang dia pada kita kuat bebenar. Tapi awas,
Bila anak kena marah dia tak merajuk tapi dia jeling balik muka kita, itu bahaya! Itu red flag yang hati dia nak mengeras dan mungkin sedang kecewa dengan ibu ayah.
Hanya anak yang tak rasa di sayangi dan tak di hargai sahaja akan sampai hati untuk melawan ibu ayahnya. Wallahu A’lam, Semoga semua anak kita di lembutkan hatinya dan di beri kelembutan kasih sayang melimpah ruah.
Sumber: Mohd Fhais Salim
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Tatkala kita melihat sehari demi sehari ada sahaja pertambahan bilangan pesakit yang dijangkiti virus Covid-19. Nyata hal ini cukup membuatkan kita semua berasa bimbang dan dalam masa yang sama akan terasa sebak bila memikirkan bagaimana pula keadaan keluarga mereka yang lainnya.
Membayangkan andai kata ibu atau ayah dijangkiti, bagaimanalah agaknya kehidupan anak-anak mereka? Apatah lagi jika anak kecil pula yang disahkan mempunyai Covid-19, sungguh tidak sanggup untuk dibayangkan! Tidak tergambar sukarnya menjalani ujian tersebut.
Malah lebih memilukan apabila adanya kes sekeluarga dimasukkan ke dalam hospital akibat Covid-19 dan kes ini berlaku di Perak.
Keluarga doktor pakar bersama isteri dan anak-anak mereka telah dimasukkan ke Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh selepas mereka sekeluarga disahkan positif Covid-19.
Hal ini telah dikongsikan di facebook Gold Amy Edriena yang juga merupakan isteri kepada doktor berkenaan.
Beliau telah berkongsi status keadaannya ketika ini.
Now admit at ipoh hosp. Suami saya seorang doktor pakar hosp teluk intan di jabatan kecemasan
Melihat posting seperi ini, warganet memberikan reaksi yang pelbagai, ada yang tumpang bersedih dan tidak kurang juga ramai mendoakan kesejahteraan keluarga ini untuk kuat melawan Covid-19.
Menceritakan lebih lanjut setelah satu keluarga disahkan Covid-19 wanita ini turut mengucapkan terima kasib kepada 2 pegawai polis trafic yang telah melancarkan pergerakan lalu lintas agar mereka sekeluarga dan pesakit lain mudah dan cepat sampai ke hospital.
Bismillah..kami dgn beberapa patient telah dihantar ke hosp teluk intan utk rawatan lanjut….di escort dgn 2 pegawai polis trafic
Alhamdulilah agar melancarkan perjalanan kami terima kasih yg tak terhingga pada semua petugas hosp ipoh hanya Allah dpt balas jasa baik semua setelah 4 hari di hosp ipoh.
Terima kasih pada polis yg bertugas hanya Allah dpt balas jasa kalian
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.