Musim cuti sekolah begini, mandi kolam antara satu kemestian bagi anak-anak. Tambahan pula jika ke tempat-tempat yang ada kolam renang. Rasanya tak sah kalau tidak mandi kolam kan.
Selepas seharian bermain di kolam renang — anak akan keletihan dan mengantuk. Lebih-lebih lagi kalau mereka aktif bermain sepanjang hari, kerana teruja “jumpa” air.
Ini situasi biasa, namun yang tidak kita jangka adalah keadaan anak selepas mandi manda ini sebenarnya boleh menyebabkan kematian.
Kejadian tersebut dialami oleh Cassandra Jackson, 41 tahun. Memetik laporan ABC News.com, Jackson membawa Johnny bermain di kolam renang berhampiran kejiranannya. Sambil diperhatikan oleh Jackson, Johnny bermain hampir 45 minit dalam kolam.
Johnny memakai pelampung di kedua-dua tangan. Namun, selepas dua jam keluar daripada kolam renang, Johnny terkencing dalam seluarnya sebanyak dua kali dan kerap mengadu keletihan.
Selepas mereka pulang ke rumah, Johnny membilas badan dan terus masuk tidur. Ibunya menganggap dia hanya keletihan. Selepas beberapa jam, Jackson masuk ke bilik untuk memeriksa Johnny. Dia terkejut apabila melihat mulut Johnny berbuih dan Johnny sesak nafas!
Ads
Mati lemas sekunder
Beliau terus menghubungi 911 dan membawa Johnny ke wad kecemasan. Tapi malangnya, Johnny tidak dapat diselamatkan. Jantungnya berhenti berdegup selepas mereka tiba di hospital.
Koroner Berkeley Country, Glenn Rhoad yang memeriksa badan Johnny mengesahkan punca kematian adalah akibat mati lemas sekunder.
Apa itu mati lemas sekunder?
Ads
Menurut jurucakap American College of Emergency Physicians, Stephen Epstein — mati lemas sekunder terjadi kerana paru-paru tercedera selepas sedikit air masuk ke dalam paru-paru. Ia mungkin boleh terjadi apabila kanak-kanak cuba ingin berenang.
Klorin dalam air kolam mampu menyebabkan keradangan dalam paru-paru. Apabila terdapat klorin dalam paru-paru, tindak balas normal badan untuk melawan keradangan ini adalah dengan menghantar pelbagai cecair ke dalam paru-paru semula.
Tanda-tanda mati lemas sekunder
Mati lemas sekunder sering terjadi di kalangan kanak-kanak. Jangan biar anak anda menjadi mangsa seterusnya! Tiada cara lain untuk mengenalpasti tanda-tanda serangan ini, melainkan anda lebih peka.
Ads
Jika anak anda gemar bermain di kolam renang, jaga-jaga! Selalunya, mati lemas sekunder akan terjadi dalam tempoh 1-24 jam selepas mandi. Jadi, ibu bapa perhatikan tanda-tanda ini pada anak anda, selepas mereka mandi di kolam:
Batuk
Sakit dada
Sukar bernafas
Kelihatan amat letih
Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera bawa mereka ke hospital atau hubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan. Jangan berlengah. Usah terhantuk baru terngadah!
Anda juga boleh mencuba perkara ini untuk mengelak kes mati lemas sekunder:
Belajar berenang. Kanak-kanak yang sudah belajar berenang (dengan jurulatih) akan lebih selesa dalam air. Jadi, mereka tidak akan berendam dan “tertelan” air. Mula ajar anak anda berenang selepas mereka berusia 4 tahun.
Pemerhatian. Tiada cara lain, anda harus pantau anak-anak yang bermain dalam kolam. Pastikan mereka mematuhi peraturan di kolam renang.
Keselamatan dalam air. Kanak-kanak harus memakai pelampung dan tak memasuki kolam renang dewasa.
Perhati anak selepas berenang. Anda harus periksa tanda-tanda ini! Kalau anda tak peka
sumber: TheAsianParentMalaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak-anak kan. Walau seribu kesusahan sekali pun, mereka sanggup berkorban apa sahaja demi melihat anak-anak gembira dan bahagia. Biar susah sekalipun segalanya hilang tatkala melihat gembiraan terpancar pada wajah anak mereka.
Baru-baru ini tular di media sosial bila mana saudara Azri Walter telah berkongsi kisah seorang ayah yang gigih mengangkut teddy bear menggunakan motosikal untuk dibawa pulang dan diberi kepada anaknya.
Apa yang menyentuh hati adalah, lelaki ini sanggup membuang rasa malu dengan mengambil anak patung berkenaan dari tempat buangan sampah kerana dia tidak mampu membeli dek kerana harganya yang mahal. Tadi saya nak pergi ke ofis di Putrajaya. Jalan lengang waktu itu. Saya memandu sambil chill layan angin petang.
Waktu nak sampai di lampu isyarat, saya nampak seorang lelaki bawa motor. Saya nampak dia macam ada bawa sesuatu. Saya rapatkan kereta dan saya jenguk. Memang betul. Dia bawa teddy bear besar.
Kebetulan lampu merah. Saya berhenti bersebelahan dengan dia. Saya turunkan tingkap dan tanya “Bang, besar teddy bear tu. Nak bawa ke mana tu?”
Dia angkat tunjuk dekat saya. Dia buka pelitup muka dan dia cakap ” Ya bang. Ini saya jumpa waktu kerja tadi. Dekat tempat sampah ada orang buang, saya ambil bang”
Saya tanya lagi “Tu nak bawa balik bagi anak ke?”
Dia terdiam. Dia pandang teddy bear tu, dia pandang saya. Saya pandang dia.
Tajam renungan dia lalu dia berkata “Ya bang. Anak saya lagi mahu teddy bear. Kelmarin ada nampak di kedai. Tapi harganya mahal sangat. Boleh buat lauk makan keluarga bang. (Sambil ketawa). Ini bear tadi saya jumpa dekat tempat sampah, masih elok. Memang rejeki dia. Nanti saya basuh bersih, saya bagi dia mesti dia suka” Ya Allah. Sayu bunyinya. Saya tergamam sekejap. Lampu bertukar hijau. Dia angkat tangan dekat saya. Saya cakap dekat dia “Hati-hati bang. Nak hujan ni. Abang memang ayah terbaik”
Sekejap sahaja Tuhan hantarkan saya peringatan. Atas apa jua kepayahan yang sedang kita lalui, ada orang lebih susah dari kita.
Begitulah kasihnya seorang ayah. Kita selalu dengar kisah pengorbanan ibu dan para wanita. Namun, usah kita lupa pengorbanan para lelaki.
Setiap hari mereka keluar mencari rezeki. Entah hujan, entah panas. Tak siapa yang tahu apa dilalui setiap hari bagi memastikan ada nasi di atas pinggan untuk keluarga.
Lelaki ni memang jenis tak suka sangat bercerita apa yang mereka lalui di luar. Tanggungjawab di bahu yang dipikul bukan mudah. Kadang tu, atas motor tak perasan air mata berlinang. Betul tak? Buat para lelaki, moga terus kuat semangat semuanya. Setiap tanggungjawab ini, ada ganjaran pahala di sisi Tuhan.
Mari kita semua bersama-sama terus melawan kerasnya hidup ini. Kita tidak boleh putus asa kerana di belakang kita ada harapan yang perlu dipenuhi.
Kalau rasa down, tatap sekejap wajah-wajah insan yang Tuhan amanahkan untuk kita.
Nescaya, membara semangat!
Dengan cheese yang melimpah ruah, tengok gambar pun dah rasa terliur kan. Bagi anda yang suka sangat makan Kek Keju Leleh, biasanya beli. Kalau teringin nak belajar buat sendiri, boleh cuba resipi daripada Ariana Sofia Ahmad.
Hasilnya cukup lembut, gebu dan terlajak sedap. Anak-anak pasti suka ni.
Hari ni ariana nak share resepi untuk pengemar cheese.
Resepi Kek Pandan Cheese Melimpah Ruah!!
Hihi, nama taknak kalah. Cara buat boleh tengok kat gambar. Full video cara masak ada kat wall ariana😊
Bahan-bahan
5 biji telur (Gred B)
3/4 cawan gula halus
1 sudu besar ovallete
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
1sk cream of tartar
1sk perisa pandan coconut
2sk pewarna hijau epal
5 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan utama kena ada
==========================
300g cream cheese
1 1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu segar
Cheddar cheese (diparut)
Cara membuat:
Masukkan telur, gula, perisa pandan, pewarna hijau dan ovallete
Mix sehingga sebati dan gebu. Tapi masih cair.Masukkan minyak masak dan kacau laju dengan spatulaMasukkan adunan 1/2 bekas sahajaKukus 20 minit @ sehingga masak. Tutup bekas kek supaya air kukusan tak jatuh atas kek.Pastikan kukus naik gebu macam ni. Nak tahu masak ke tak goyangkan bekas. Kalau tak cair maksudnya dah masak.Terbalik terus daripada bekas dalam 10 minitPotong di tengah-tengah kek dan ketepikan. Buat cheese pulak. Nak cepat sementara tunggu kek masak dah boleh buat cheeseMasukkan cheese, susu pekat dan whipping creamMasukkan cheese dalam paipping beg. Taknak masukkan pun xpe. Simpan 1/4 dari adunan untuk buat lapisan cheese paling atas (cair).Letak cheese atas kek yang lapisan bawah.Letak pulak cheese bahagian atas kek. Jangan kedekut sangat cheese.Parut cheddar cheese atas kek. Sampai melimpah ruah cheese tuBahagian dalam. Gebu yang amattt
Ramadan yang lalu, ada netizen yang menegur badannya seolah-olah mempunyai ‘isi’, tetapi empunyai diri hanya meminta mendoakan yang baik-baik sahaja untuknya. Namun semalam, teka teki terjawab sudah.
Dua keping gambar yang dimuat naik diinstagramnya punya makna tersirat disebaliknya. Azrinaz Mazhar Hakim, semalam mengumumkan dirinya kini hamil dan kandungannya kini melepasi trimester kedua.
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Wallilahilham – Dikesempatan ini, ingin saya kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur, saya telahpun melepasi trimester ke-2.
Mengambil keberkatan Syawal keempat, ujar bekas personaliti televisyen itu, dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk hamil sekali lagi, seterusnya bakal menimang cahaya mata ketiga.
“Seperti pasangan lain yang mengharapkan khabar gembira ini, saya dan suami juga tidak terkecuali. Jadi, bersama keberkatan Syawal yang sedang dirai, saya berkongsi berita gembira ini bersama semua.
“Saya dan suami amat bersyukur dengan rezeki yang menyebelahi kami. Berkat doa ibu bapa, sahabat handai dan anda semua yang amat saya sayangi, Allah memberikan saya peluang untuk mempunyai zuriat buat kali ketiga.
Jelasnya lagi yang memilih untuk mengumumkan kehamilan sekarang, kerana enggan menggembar-gemburkannya terlalu awal.
Malah, dia juga tidak menggunakan bantuan teknologi moden untuk kehamilan tersebut. Namun, bakal memasuki usia 40 tahun September ini, akui Azrinaz kehamilan kali ini tidak semudah sepertimana yang sebelum ini.
“Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden. Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, saya akui tidaklah semudah 11 tahun yang lalu.
Diharapkan semoga kandungan yang berusia 6 bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian agar bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi,”demikian tulisnya dikapsyen.
Azrinaz mendirikan rumah tangga dengan Fairos Khan pada 1 Mei 2018, yang juga merupakan rakan lamanya yang sudah dikenali sejak lebih 20 tahun lalu.
Sebelum ini, Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Brunei pada 2005 sebelum berpisah pada 2010. Hasil perkahwinan pertamanya, beliau dikurniakan dua cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Wardatul Bolkiah, 11.