Jika bayi membesar dengan susu dan waktu tidur yang cukup, begitu juga dengan anak-anak kecil yang sedang membesar. Mereka memerlukan waktu tidur yang mencukupi terutama untuk ke sekolah dan dapat belajar dengan baik.
Macam mana nak pastikan anak cukup tidur dan lebih senang untuk tidur? Paling mencabar buat mak ayah. Apa kata cuba tip ini dulu.
Punca anak terlalu aktif susah tidur
* Takut kehilangan sesuatu terutamanya adik-beradik yang lebih tua biasanya beroleh ‘keistimewaan’ untuk tidur lebih lewat
* Rasa takut pada kegelapan
* Mengalami masalah untuk melakukan transisi daripada kesibukan siang kepada rutin malam yang lebih perlahan
Cara tidurkan anak yang susah tidur
Anak kecil memerlukan tempoh tidur antara 11-14 jam sehari. Ia penting untuk memastikan anak mendapatkan waktu rehat di siang dan malam hari yang mencukupi.
Ini kerana anak yang tidak mendapatkan tidur yang diperlukan oleh badan dan minda yang sedang membesar akan lebih kerap meragam dan mudah naik angin.
Mewujudkan tabiat tidur yang sihat dan mengelakkan sebarang rintangan waktu tidur pada si kecil mungkin mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi percayalah ia adalah langkah penting perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk kebaikan anak-anak.
Ads
#1. Konsisten dengan jadual bangun tidur
Mengikut jadual harian boleh menyebabkan anak menjadi letih pada masa yang sama setiap hari, jadi pastikan anda mematuhi jadual ini sebaik mungkin – walaupun pada hujung minggu.
#2. Biarkan anak aktif waktu siang dapat bantu anak susah tidur malam
Biarkan si kecil aktif – berlari keliling taman, bermain atau melakukan apa sahaja untuk membolehkan mereka membakar tenaga secukupnya pada siang hari. Ini menjadikan anak lebih mudah tidur apabila tiba waktunya.
#3. Cipta rutin waktu tidur yang santai
Jadikan waktu tidur sebagai waktu yang amat dinantikan anak dengan mewujudkan rutin menenangkan seperti bercerita, mendodoikannya dan memperbanyakkan pelukan dan ciuman.
#4. Bantu si kecil berehat, antara cara tidurkan anak yang susah tidur
Matikan semua gajet dan peranti, elakkan anak menonton televisyen, malapkan lampu dan mainkan lagu lembut serta menenangkan dalam sejam sebelum waktu tidur supaya fasa peralihan tidak begitu dramatik.
Ads
#5. Berikan masa mencukupi untuk rutin tidur
Pastikan rutin tidur seperti mandi, membaca buku, memeluk dan memberikan ciuman dapat diselesaikan sebelum waktu tidur anak. Jika sebaliknya, anda mungkin perlu memulakan rutin tidur lebih awal agar tidak melepasi waktu tidur mereka.
#6. Galakkan anak tidur sendiri dengan kesayangannya
Jika anak mempunyai bantal atau selimut kesayangan, teddy kegemaran atau mungkin menginginkan sentuhan peribadi ibu seperti baju T yang anda pakai pada hari tersebut, biarkan mereka untuk tidur bersamanya. Mempunyai objek kesayangan atau kegemaran di sisi boleh membantu anak susah tidur malam untuk melelapkan mata.
#7. Tidak perlu memaksa anak pejamkan mata segera
Sekiranya anak sudah berbaring di atas katil, anda tidak perlu memaksanya untuk lena dengan segera. Anda boleh mencuba perkara berikut untuk membuat anak anda terlena:
Ads
* Mendengar lagu
* Membaca buku
* Berbual dengan mainan kesayangan
* Memasang zikir bagi yang beragama Islam
Menghadapi anak terlalu aktif susah tidur sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Walaupun pada permulaan ia mungkin sukar untuk dilakukan, namun mengamalkan rutin tidur yang baik adalah penting untuk tumbesaran si kecil.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Demikian peribahasa yang boleh dikaitkan dengan hasil duit tabung. Mungkin ambil masa tetapi yang penting kita berjaya menyimpan.
Namun, cara ‘menabung ‘ yang salah kadang kala boleh ‘memakan diri’. Penat ikat perut menyimpan tetapi akhirnya wang di dalam tabungan mungkin tidak boleh digunakan lagi.
Seperti yang berlaku pada seorang wanita di Indonesia ini yang terpaksa ‘berputih’ mata setelah wang yang disimpan di dalam tabung rosak dimakan anai-anai.
Ia sekaligus ‘meranapkan’ impiannya untuk membeli motosikal baharu.
Memetik laporan Suara.com, wanita tersebut telah memuat naik satu video di TikTok yang memaparkan tabung wangnya menjadi ‘sarang’ anai-anai.
Menerusi video itu, kelihatan tabung yang diperbuat daripada kadbod sudah rosak akibat ‘serangan’ si anai-anai.
Di bahagian hadapan tabung itu, tertera ‘Beli motor’ yang ditulis oleh wanita terbabit.
Ketika duit tabung itu dibuka, wang di dalamnya yang semuanya merupakan pecahan Rp 10 ribu juga telah rosak dimakan serangga itu.
Video yang dimuatnaik mendapat perhatian dan ada yang memberikan beberapa cara untuknya.
“Boleh ditukar di bank, yang penting nombor sirinya masih lagi kelihatan,” kata seorang netizen.
“Boleh dibawa ke bank terdekat, kalau ukurannya masih dua per tiga atau 67 peratus masih utuh, ia akan diganti dengan yang baharu,” kata seorang lagi netizen.,
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 3.8 juta tontonan di TikTok.
“Fatima Pilih Satu Please. Ketawa Ke Nak Nangis.” Gelagat Fatima Bikin Ramai Terhibur
Anak ini ibarat penguat lagi cinta antara suami dan isteri. Mereka inilah penghibur buat suami isteri dalam rumah tangga.
Sebagaimana sebuah video di TikTok perkongsian pelakon terkenal Nur Fazura yang juga merupakan isteri kepada pelakon terkenal, Fattah Amin mengenai gelagat anaknya Nur Fatima Aisya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Mesra dikenali sebagai Fatima, anak selebriti ini sering menjadi perhatian wargamaya dek gelagatnya yang comel.
Untuk perkembangan terkini, ibunya, Fazura memuat naik video anak kesayangannya Fatima.
Gelagat Fatima membuatkan wargamaya terhibur. Menerusi video yang berdurasi 25 saat itu dengan kapsyen “Thanks for cracking us all up sayang,” begitu mencuit hati.
Apa yang menarik perhatian adalah Fatima seolah-olah seakan sedang menangis pada masa yang sama seakan ketawa.
Menerusi perkongsian di Instagram, rupanya Fatima menjalani suntikan vaksin Influenza pada hari berkenaan. Untuk memujuk anaknya, Fazura terpaksa memberi anaknya makanan manis bagi mententeramkan Fatima.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.5M views, 137.8K likes dan 4.8K shares di laman TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat Fatima seakan keliru nak menangis atau ketawa.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
“Fatima pilih satu please. nk ketawa ke nk nangis.” “Thankss fatima, cmnila kakak semasa emosi tak stabil setiap bulan.. kejap nak gelak kejap nak nangis.” “Billa kau nak nangis tapi lupa kau tu jenis happy go lucky.” “Owh ni ke yg org slalu ckp nk nangis nk ketawa.”
Kanak-kanak kecil ni sememangnya penuh dengan ragam yang ada kalanya tak terjangkau dek akal. Tapi, kadangkala ada juga ragam yang boleh menghiburkan hati.
Baru-baru ni tular satu video hantaran yang dikongsikan di media sosial pelakon dan usahawan Hanis Zalikha yang memaparkan telatah anak perempuannya Alisa Aisyah.
Dalam video tersebut, Alisa kelihatan gembira dan ceria apabila dapat bersiar-siar menaiki motor bersama bapanya, Hairul Azreen.
Bersama kapsyen yang ditulis oleh Hanis Zalikha turut mengundang tawa disebabkan perkataan ‘seluar senteng’ dan ‘belacan’ yang dipakai anaknya itu.
“Belum habis emo anak nyanyi lagu jingglebell, pak dia pi bawak naik motor.
“Dengan seluar senteng dia melenggang pi kedai Weh seluar belacan umur setahun duluuu aaaa,” tulisnya.
Tak cukup dengan seluar belacan, Alisa juga mencuit hati ramai dengan aksi memakai helmet besar berwarna kuning ketika memasuki sebuah kedai serbaneka.
Video yang berdurasi hanya beberapa minit itu juga telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan selebriti yang turut terhibur dengan kecomelan Alisa.
Untuk rekod, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Sumber: Instagram Hanis Zalikha
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di