
Hati ibu mana yang tidak risau apabila melihat anak kesayangan di sahkan positif Covid-19 silih berganti.
Begitulah duganan yang dilalui oleh selebriti popular, Sharifah Shahirah anak sulungnya, Allisya Tahir telah disahkan positif, selang seminggu anak bongsunya pula di sahkan positif Covid-19.
Muat naik terkini penyampai radio terkenal ini menarik perhatian ramai peminat selebriti ini di media sosialnya. Sharifah Shahirah memuatnaik beberapa foto dan video situasi anak bongsunya setelah dijangkiti virus berkenaan berserta kapsyen yang menunjukkan dirinya tabah dan redha ujian yang dihadapinya.
Malah katanya, sebagai ibu sudah tentu kena biasakan diri untuk menjaga anak yang dijangkiti virus Covid-19.
“Pastu mak dia nak jaga camna? Mak dia kena jaga kenalaa kan dah tentu …kena kerja..lalalalala..kena biasakan…semua biasakan.”
Peminat Titip Doa
Melihat video berkenaan para rakan artis dan ramai peminatnya menitipkan doa buat anak penyampai radio supaya anaknya segera kembali sembuh.
Sumber: shieraijoy
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
“Tak Nampak Macam Artis Pun, Tak Kekok Dengan Adik Tu.” Sebak Lihat Video Bersama Kanak-Kanak Celebral Palsy, Netizen Puji Zara Zya..

Lakonannya sebagai kakak kepada adik Kelainan Upaya dalam drama bersiri Pia yang ditayangkan di TV3 benar-benar terkesan di hati.
Rupa-rupanya kebaikan pelakon bernama Zara Zya ini bukan hanya sekadar lakonan, malah realitinya dia memang seorang yang penyayang dan baik hati.
Semalam pelakon ini memuat naik sepotong video ketika dia beramah mesra dengan seorang kanak-kanak berstatus orang kelainan upaya (OKU) celebral palsy. Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya.
Dalam perkongsian tersebut, Zara mendoakan kanak-kanak itu agar sentiasa sihat dan kuat mengharungi kehidupan seharian.
“Sayang ni nama dia Alisa Fatehah, dia ada penyakit celebral palsy.
“Sama-sama kita doa supaya dia kuat dan sihat ya, ibu bapa Alisa please sayang dia sampai bila-bila ya.
“Saya tak dapat jumpa dia lama sebab masa ni nak berbuka dah, dapat bergambar dan ambil video je, membesar dengan baik ya sayang,” tulisnya sebagai kapsyen.
View this post on InstagramA post shared by Zara Zya (@zarazya) on
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sayu melihat kanak-kanak itu, ada juga yang memuji kebaikan Zara.
vivocniezah Nie adalah anak buah sye,yg pling sye syg.Maknye adalah adk sye,adk sye dan suami mmg bhajat nk mnunaikan umrah bsame² ank syurganye ini..Doa²kan hajat adk sye suami isteri tercapai yer..Insyaallah..Amin…
achubedah Awk ni kann tak nampak mcm artis pun baik sangat ❤️…sayang awak dunia akhirat ❤️
dekktonn Sama macam sepupu saya sis . Sakit celebral palsy jugak . Skrg umo dia 14tahun tapi still nampak macam bby . Takboleh cakap , takboleh berjalan , cuma nagis bila mandi dia . Hanya berbaringg sahaja .
Syukur jadi insan sempurna
fyymizie Sedih tgok . Kite bersyukur lah jdi insan yg sempurna . Tkpe dik, kt dunia adik tidak sempurna , akhirat in sya allah. Allah akan beri ganjaran yg sgt besar pda adik .
suhada_khanafi Semoga ibu bapa adik alisa tabah dan sentiasa di berikan kesihatan yang baik demi menguruskan anak syurga mereka. Anak sulong saya pun cerebral palsy. Dah 11 tahun umurnya. Tak boleh berjalan dan bercakap tapi boleh merangkak. rezeki anak syurga ni murah sangat.
mairaabalqis Sebaknya tengok dia…. semoga Allah murahkan rezeki ibu ayahnya utk besarkan diaa dengan baik.
Awak ni memang penyayang
rashidariffin__ Pandai berlakon,pandai masak,pandai bisness,cantik,baik semoga allah permudahkan urusan awk @zarazya amin
jaja_arai @zarazya Awak ni memang penyayang… Nmpk x kekok dgn adik tu…
areigato Seorang artis yg terbaik,,,tak kisah siapa pun peminat kita,,layanan diberikan sangat baik,,,tahniah @zarazya
Sebak hati tengok
ainriri Baiknye kak @zarazyapandai akk dukung dia ya Allah sebak sgt hati ni tgk ?
airish_khairiza01 Hummm .. i keraiiiii … respect sgt dgn @zarazya … tak semua wehhh . Boleh semesra mcm tu .. nak nak waktu buka dah . N cara zara zya layan adik alisaa ni pun buat aku terharu … sama .. sama sngt dgn kita2 yg ade fmily member yg sakit cerebral palsy … hurmmm salute zara !
Sumber: IG zarazya
Amalkan Zikir Ini Supaya Tak Lelah Urus Rumahtangga. Khas Untuk Para Isteri.

Nampak mudah peranan isteri menguruskan rumahtangga dan anak-anak tetapi ia memerlukan pengorbanan masa dan tenaga tanpa henti dan tanpa mengira masa.
Malah suami kadang kala tidak dapat melakukannya semua kerja di rumah yang dilakukan oleh kaum isteri.
Namun, selain sikap suami yang menghargai diri isteri, para isteri harus melakukan amalan zikir untuk penguat semangat sebelum tidur.
Sebagaimana perkongsian saudara Anas Jamaludin
Tadi semasa makan malam saya bergurau dengan orang rumah, agaknya kuasa elemental apa yang diguna oleh mereka (golongan isteri) untuk membuat semua kerja kerja rumah. Beliau hanya tersenyum dan menjawab,
“Kalau ada, dah guna dah, hihi”
Tidak dinafikan wanita sememangnya hebat apabila bergelar ibu dan isteri di rumah.
Semuanya perlu diurus. Dari memasak di dapur, mengemas rumah, menjaga anak dan macam macam kerja lagi. Jika suami yang membantu pun, pasti tak semuanya dapat dilaksanakan selancar mereka.
Ya, memang banyak yang perlu dibuat. Saya sendiri tak terbuat semuanya dalam satu masa. Sedang dia boleh jaga anak, masak dan sempat lagi lipat baju. Saya memang surrender. Adeh.
Kadang bila beliau ke taklim masturat (pengajian mingguan wanita) saya hanya mampu jaga Atiq dan Ahnaf supaya baik baik sahaja. Agar mereka tidak tercedera semasa bermain. Saya hanya fokus begitu. Itu pun baby Adni tidur. Kalau dia bangun, dah tentu lagi haru dibuatnya. Jangan cakaplah nak masak, nak ke bilik air pun saya berfikir dua kali takut takut si Ahnaf terjun atas adiknya yang kecil itu.
Pernah sekali saya cubalah basuh kain, sudahnya kain itu bersemadilah dalam mesin basuh akibat saya lupa. Tergelak saja orang rumah bila tetiba suaminya nak jadi hero kain baju. Allahu, ampunkan daku kerana tidak dapat bantu isteri sebaiknya. Aku tak mampu jadi sehebat dia.
Kebetulan tadi membelek wall, terbacalah nukilan hati seorang sahabat saya menulis tentang penatnya beliau menguruskan anak dan rumahtangga.
Lalu saya titip komen berikut,
“Pernah sekali, para Sahabiyyah (sahabat Nabi di kalangan wanita) datang berjumpa Nabi SAW, bertanya tentang ganjaran mereka di sisi Allah, mereka mengadu suami mereka banyak ganjaran iktikaf, keluar di jalan Allah, ganjaran solat berjemaah dan banyak lagi ganjaran yang dijanjikan Nabi SAW kepada orang lelaki.
Sedang mereka sibuk dengan anak dan urusan rumahtangga, kerja yang banyak dari pagi hingga malam. Malam juga tidak dapat tidur kerana menjaga anak.
Nabi SAW berpaling kepada para sahabatnya dan tersenyum lantas bertanya kepada para sahabat,
“Pernahkah kalian mendengar soalan yang lebih baik daripada soalan wanita wanita ini?”
Lalu Nabi SAW menerangkan kepada para sahabiyyah bahawa setiap ganjaran yang diperolehi oleh suami mereka, semuanya juga diperolehi oleh mereka tanpa mengurangi sedikitpun pahala suami mereka.
Lalu mereka (sahabiyyah) pulang dengan senyum gembira.
Demikianlah Allah SWT meletakkan darjat ibu itu selepas Allah dan Rasul. Untuk ibu, 3 kali Nabi ulang supaya patuh akannya, sedang ayah hanya sekali”
Beliau membalas komen dengan mengatakan “Sejuk hati membacanya, terima kasih”
Malam ini kami sekeluarga akhiri cuti sempena maal hijrah dengan bacaan taklim rumah. Allah takdirkan giliran saya membaca Kitab Fadhail Amal bab 10, Semangat Keagamaan Wanita.
Maulana Zakariyya memulakan bab ini dengan kisah pengorbanan puteri yang paling disayangi Rasulullah SAW iaitu Sayyidatina Fatimah Radhiahuanha.
Amalan Zikir
Kisahnya Saidina Ali kasihan melihat isterinya itu yang melakukan kerja rumah tanpa pembantu rumah.
Sayyidatina Fatimah biasa menggunakan tangannya untuk mengisar bijian yang menyebabkan tangannya menjadi kasar. Beliau juga mengisi air ke dalam bekas yang diperbuat daripada kulit dan membawa bekas itu ke rumah sehingga meninggalkan kesan di dadanya akibat daripada tali bekas tersebut.
Pakaiannya juga seringkali kotor akibat banyak menguruskan rumah, menyapu dan sebagainya.
Sayyidina Ali telah meminta isterinya itu pergi meminta seorang hamba sahaya kepada Rasulullah SAW untuk membantunya menjalankan kerjanya.
Sayyidatina Fatimah telah pergi dan didapati ada orang berada di situ. Beliau adalah seorang yang sangat pemalu. Maka beliau pun pulang tanpa menyampaikan hajatnya itu kepada Nabi SAW.
Maka keesokan harinya, Nabi SAW sendiri telah pergi menemui puteri kesayangannya itu dan bertanya maksud kedatangannya kelmarin.
Sayyidatina Fatimah mendiamkan diri. Beliau berasa malu untuk membuka mulut.
Maka suaminya Saidina Ali telah menjawab bagi pihaknya. Lalu diceritakanlah kepada Nabi SAW kesusahan isterinya dalam menjalankan kerja kerja rumah dan maksud kedatangan isterinya itu kepada Nabi SAW.
Dalam riwayat yang lain, Sayyidatina Fatimah mengadu bahawa mereka hanya mempunyai satu alas tidur, itupun daripada kulit domba. Pada malam hari digunakan sebagai alas tidur dan siang diguna sebagai lapik rumput untuk memberi makan unta.
Maka Nabi SAW meminta supaya puterinya itu bersabar
“Wahai Puteriku, bersabarlah. Nabi Musa aalaihisalam dan isterinya memiliki hanya satu alas tidur sahaja sehingga sepuluh tahun. Itu pun hanya jubah Nabi Musa alaihisalam. Itulah yang dibentang dan mereka tidur di atasnya. Takutlah kepada Allah, hasilkan sifat takwa dan tunaikankanlah tugas dan kewajipanmu kepada Allah dan sempurnakanlah tugas tugas rumahtanggamu.
Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 34 kali. Amalan ini lebih baik bagi kamu daripada seorang hamba”
Sayyidatina Fatimah pun berkata, “Saya redha dengan Allah dan Rasulnya”
Allahu, kami berdua terkedu.
Saya bukan sebaik Sayyidina Ali yang sentiasa sibuk di jalan Allah SWT. Isteri pula bukanlah seperti Sayyidina Fatimah yang melaksanakan apa yang diceritakan di atas. Kehidupan kami jauh lebih senang berbanding apa yang ditanggung sahabat dan sahabiyyah dahulu.
Taklim pada malam ini lengkap dengan sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada kehidupan rumahtangga.
Terutamanya wanita yang bergelar ibu dan isteri.
Anda mahal di sisi Allah SWT. Teruskan berbakti, insyAllah syurga tertinggi milikmu.
Sekian, sharing is caring.
Kredit: Anas Jamaluddin,
Papazola Kebenaran.
“Saya Sedih Bukan Sebab Tahu Hidap Kanser Tahap 4, Tapi Kerana Tak Dapat Lagi Susukan Anak.” Sebaknya Baca Kisah Ibu Ini.

Momen paling indah bagi seorang wanita apabila berpeluang mendukung anak sendiri. Hilang segala rasa sakit waktu bersalin bila menatap wajah si kecil yang menjadi tanda cinta antara suami isteri.
Namun, kesakitan melahirkan belum hilang, wanita ini dikejutkan dengan berita yang cukup mengejutkan. Selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara.
Empunya diri mengakui cukup sedih dengan berita tersebut kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.
Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.
Kerap alami demam
Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.
Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.
Selepas tiga bulan melahirkan anak kedua baru disahkan hidap kanser.
“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.
“Setakat ini, saya sudah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.Bukan itu sahaja setiap bulan saya akan menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei saya sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.
Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.
Kini cancer survivor tahap empat.
Sepanjang sesi temu bual dengan penulis mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah. Melihat akan dirinya yang cukup tenang dsan positif membuatkan penulis jatuh kagum kepada ibu ini.
Tatkala ditanya apakah yang membuatkan dirinya setenang itu sedangkan dia sedang menghadapi satu penyakit yang digeruni. Sementelah sudah ditahap empat.
Akuinya, segalanya sudah ketentuan Sang Pencipta. Sebagai umatNya, dia reda. Dalam masa yang sama, Siti Mastura turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.
“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.
“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya
Malah, dia juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.
“Bukan itu sahaja,suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.
“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana anak saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura lagi.

Buat Pemeriksaan segera
Menyedari kekurangan dirinya, namun Siti Mastura seorang yang positif dan menasihati wanita di luar supaya mengambil tindakan yang cepat jika menyedari ada yang tidak kena pada diri.
“Payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.
“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertangguh kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.

“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakit) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.
Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.