Anak sulung Shila Amzah disahkan autisme tahap satu, “saya sebenarnya dapat rasa, cuma tak pasti…” Penyanyi Shila Amzah mendedahkan bahawa anak lelakinya iaitu Seth Uwais disahkan autisme tahap satu.
Anak Sulung Shila Amzah Disahkan Autisme Tahap Satu
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Shila meluahkan rasa syukur kerana akhirnya mengetahui keadaan sebenar kesihatan Seth.
Saya, Ubai dan anak baru balik dari hospital dan Seth telah didiagnos autisme tahap satu.
Alhamdulillah, saya sebenarnya dah dapat rasakan cuma tak pasti sama ada autisme atau Gangguan Hiperaktif Defisit Perhatian (ADHD).
Menurut Shila, susulan daripada itu, doktor menasihatkan dia dan suami untuk meneruskan proses terapi selain menghantar Seth ke sekolah khas.
Jadi, doktor sarankan untuk teruskan terapi dan hantar ke sekolah yang boleh terima anak autism.
Bila dah sah, senang kita nak tahu apa yang boleh buat dan apa tidak. Sebagai ibu bapa, banyak cara kita mendidik anak-anak. Jadi kami pun tahu nak buat apa.
Doakan supaya Seth boleh membesar dan belajar dengan baik. Doakan kami juga sebagai ibu bapa yang boleh menjaga anak autisik ini dengan sempurna.
Ads
Untuk info, Shila dan suami, Ubai MZ telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Sebelum ini, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias namun bercerai pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun bersama. Hasil perkahwinan tersebut, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
Bagi ibu-ibu terutama wanita yang bekerjaya, menyediakan menu berbuka setiap hari untuk anak-anak pastinya menyulitkan. Bila dihujung puasa, ibu mula buntu memikirkan apakah menu yang harus di masak.
Tip paling berkesan bagi menghilangkan rasa buntu dan bosan ini adalah merancang jadual menu setiap hari. Confirm ibu-ibu tak ter’miss’ jadual. Paling penting tak buntu menu apa yang hendak dimasak.
Menjelang Ramadan, apa yang ibu wajib lakukan adalah menyediakan 30 resipi lengkap, khusus untuk sebulan berpuasa. Amalan ini sepatutnya telah lama diamalkan. Cara ini bukan hanya lebih mudah bahkan tidak perlu pening kepala dan buntu setiap kali hendak memasak.
Jika anak-anak gemarkan satu-satu menu itu sahaja, kekalkanlah menu itu dengan kerap dan hanya tambah menu selebihnya untuk ahli keluarga lain. Ini pasti membantu variasikan hidangan pada hari itu. Bagaimana membuatnya?
Ikuti tip dan panduan serta beberapa jenis menu yang dirasakan menarik untuk anda cuba.
Senaraikan Menu Anak
Pertama sekali senaraikan menu anak terlebih dahulu. Ayam Goreng, Ayam Masak Kicap dan Sup Ayam misalnya pasti menjadi menu wajib dan kegemaran anak-anak bukan?
Keluarkan kesemua menu ini dan letakkan pada carta teratas. Ini penting supaya mengingatkan akan kepentingan menjaga rasa dan kepedasan berbeza untuk dihidangkan kepada anak-anak nanti.
Makanan Kegemaran
Seterusnya senaraikan makanan kegemaran anda dan suami pula serta seluruh isi keluarga lain. Senaraikan 10 jenis makanan suami dan 10 lagi makanan kegemaran anda. Ini penting bagi mengetahui apa jenis makanan yang patut didahulukan dan apa makanan yang patut di berada di bawah carta.
Cipta Resipi
Setelah semua resipi anak-anak dan kegemaran dan suami sudah dilengkapkan, selebihnya barulah anda cari resipi baru, terkini atau boleh juga mencuba resipi viral di internet. Resipi baru pasti buat anda teruja untuk mencuba. Malah suami dan anak-anak pun tidak bosan.
Ulang Resipi
Selebihnya barulah anda ulang semula resipi terdahulu, baik yang menjadi kesukaan anak-anak mahupun suami. Cara ini pasti membuatkan ahli keluarga tidak bosan menghadap menu yang sama. Malah yang paling penting, anda sendiri tidak buntu memikirkan apakah yang bakal dimasak setiap hari.
Rangka Jadual Lengkap
Lakukan senarai seperti di bawah ini dengan menyenaraikan sekali mengikut nutrisi. Tidak perlulah berlebih-lebihan mengira jumlah kalori dan sebagainya. Cukup hanya ada menu utama, sayur dan sedikit tambahan pelengkap makanan.
Jika perlu letakkan sekali air kesukaan anda. Lakukan senarai ini sehingga 30 hari. Percayalah ia sangat membantu anda.
Buat rangka jadual ini sehingga ke 30 hari dalam telefon bimbit. Kalau rajin siapkan lengkap dengan menu bersahur sekali. Senang mama nak semak dan ikut saja.
Bulan Ramadan tentunya ramai yang tercari-cari hidangan berbuka puasa. Bazar Ramadan adalah destinasi wajib yang mesti dikunjungi untuk membeli juadah berbuka.
Antara menu yang popular untuk berbuka adalah Murtabak. ulan puasa, Murtabak Daging atau ayam adalah antara sajian pembuka selera yang popular. Makan pula dengan kuah bawang cuka atau kari.
Sempena Ramadan ini, menarik perkongsian seorang pengguna facebook, Azam Ramli yang berkongsi mengenai keunikkan Murtabak Bandar Jerantut. Lantaran rasa sedapnya yang unik, murtabak Jerantut menjadi pilihan ramai.
Biarpun perkongsian ini sudah sekian lama, ia kembali viral setelah banyak carian mengenai murtabak Jerantut.
Lebih menarik, Azam Ramli telah menyenaraikan lebih 20 nama murtabak Jerantut yang popular.
Malah, murtabak Jerantut bukan saja popular dalam kalangan penduduk tempatan, sebaliknya turut menarik perhatian pengunjung dari luar kerana kesedapannya berbanding di tempat lain.
Antara penyebab murtabak Jerantut sering digemari kerana dagingnya yang banyak, penuh ramuan dan rempah ratus yang enak. Boleh dikatakan setiap kunyahan ada daging.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
JERANTUT BANDAR MURTABAK
Jika Temerloh diberi jolokan Bandar Ikan Patin, Maran diberi jolokan Bandar Ayam Kampung, Jerantut pula diberi jolokan Bandar Taman Negara.
Tapi sebenarnya tak boleh dilupakan, Jerantut juga sangat sesuai jika diberi jolokan Bandar Murtabak, kerana di daerah ini terdapat banyak murtabak yang sedap dan popular. Berikut diberikan nama-nama murtabak di Jerantut (nama berikut bukan ditulis mengikut ranking):
1. Murtabak Fauzi 2. Murtabak Syed 3. Murtabak Manja 4. Murtabak Romas 5. Murtabak Saufi 6. Murtabak Sopi 7. Murtabak Sabri 8. Murtabak Feri 9. Murtabak Jerantut Feri 10. Murtabak Wahid 11. Murtabak Wahab 12. Murtabak Zameri Family 13. Murtabak Damak 14. Murtabak MK Curry 15. Murtabak Sardin TMG 16. Murtabak Tasnim 17. Murtabak 702 18. Murtabak Darussalam 19. Murtabak Mustafa 20. Murtabak Batu Balai 21. Murtabak Naim (Ulu Cheka) 22. Murtabak Jerantut (Brand – dijual di Lembah Klang) 23. Kak Bi Frozen – Murtabak Jerantut (Brand – dijual di Kuantan) 24. Murtabak Daging Rusa Kota Gelanggi 2. * ketika bulan puasa, ada beberapa bazar Ramadan di Jerantut, yang agak popular ialah: 1. Depan pejabat MDJ (utama) 2. Depan TF 3. Di Jerantut Feri.
INI SEBAB RAMAI YANG SUKA
Mungkin ada yang ingin respon: “Alah, di tempat lain pun ramai orang jual murtabak, bukan di Jerantut je”.
Ya memang benar di tempat lain pun ramai orang jual murtabak tapi murtabak di Jerantut lain macam sikit sedap dia, siapa orang luar yang pernah datang dan rasa murtabak di Jerantut dia tahulah.
Dan juga, orang asal Jerantut yang berhijrah dan bekerja ke tempat lain, pasti akan bersetuju murtabak di Jerantut tetap lebih sedap dari di tempat yang mereka berhijrah atau bekerja.
Sesiapa yang ada kawan orang Jerantut, bila bulan puasa rugilah kalau tak minta belanja murtabak (ada yang frozen juga, boleh minta kawan-kawan kirim pos laju).
Penjual murtabak ramai di ketiga-tiga bazar di atas. Nama-nama yang saya nyatakan ialah sebahagian sahaja, ramai lagi peniaga yg saya tak tau nama mereka, murtabak mereka pun sedap juga.
Ada juga penjual murtabak ini yg tidak menjual di bazar, mereka menjual di kedai sendiri sahaja namun tetap dikunjungi pelanggan yang sanggup beratur panjang untuk membeli. Harga murtabak di Jerantut ialah pelbagai. Ada yang rm6 sekeping, ada juga harga yang lain, paling tinggi ialah rm13 sekeping.
PERMINTAAN TINGGI BULAN RAMADAN
Ketika bulan puasa, permintaan murtabak di Jerantut adalah sangat tinggi. Penjual-penjual murtabak seperti nama-nama di atas, mampu menjual dalam kuantiti yang sangat banyak setiap hari, ramai juga penjual yang mencatat jualan sehingga beratus keping sehari malah ada penjual yang mencecah jualan seribu keping sehari.
Murtabak-murtabak yang paling biasa dijual di Jerantut ialah murtabak ayam dan murtabak daging. Ia jadi makanan yang sangat mengenyangkan kerana di dalamnya turut mengandungi bahan-bahan lain seperti ubi kentang atau kobis bergantung kepada penjual. Untuk tambah menyelerakan, murtabak didatangkan bersama kuah sama ada kuah cuka bawang atau kuah kari terpulang kepada pembeli mahu yang mana.
Saiz murtabak di Jerantut ialah sekeping untuk makan sekeluarga. Paling kecil pun cukup untuk makan 4 orang. Saya boleh habiskan sekeping seorang, itu kes terpencil. Selain dijual di bazar pada bulan ramadan, murtabak-murtabak Jerantut juga dijual pada bulan-bulan yang lain iaitu di pekan sari, di pasar-pasar malam malah ada yang menjualnya setiap hari di kedai makan mereka.
TEMPAT MENARIK DI JERANTUT
Jika anda berkunjung ke Jerantut, jangan lupa untuk menikmati murtabak. Selain itu boleh juga melawat ke tempat-tempat menarik yang berdekatan: 1. Mendaki Bukit istana Jerantut 2. Taman Negara Malaysia 3. Galeri Mat Kilau 4. Makam pahlawan Mat Kilau 5. Makam Pawang Nong 6. Makam raja di Bukit Ketupat 7. Feri Water Front 8. Air terjun Lata Meraung 9. Taman i-City Jerantut 10. Taman Warisan Gua Kota Gelanggi 11. Tekam Plantation Resort 12. Mendaki Gunung Tahan 13. Mendaki Bukit Seladang 14. Eksplorasi Red Forest Jerantut 15. Mendaki Bukit Bongkok 16. Eksplorasi Gunung Senyum 17. Rabbit Park 18. Air terjun Lost Waterfall 19. Air terjun Lata Permaisuri 20. Burger Pakcik Sulong 21. Pizza Anak Dol 22. Restoran-restoran gulai asam rong, gulai tempoyak, pais. 23. Sekolah beruk Paya Rajin 24. Pasar Besar Jerantut (ala-ala Pasar Siti Khadijah Kota Baru) 25. Pekan Sari (Ahad) 26. Pasar Malam Utama (Sabtu malam) 27. Air terjun Lata Berkoh 28. Jeti ke Taman Negara (naik bot) 29. Menunggang kuda di Madrasah Sungai Salan 30. Bersewang di kampung Sungai Kiol 31. Memedap dan mengemping di kampung Gintong. 32. Gerai aneka makanan pagi di depan pasar. (meriah) 33. Dataran minum petang di sebelah masjid lama. (meriah) 34. Mandi swimming pool di Hotel Darul Makmur. 35. Lihat bunga rafleksia di Gunung Benom (Ulu Cheka). 36. Air terjun Lata Berembun 37. Rock climbing Via Ferrata Paya Gunung dan banyak lagi.
Bila isteri merajuk, tentu suami pujuk. Betul tak? Benarlah dikata, kebahagiaan rumahtangga adalah terletak kepada hubungan suami isteri yang saling bertolak ansur. Jika tiada sikap sebegini, maka akan cetuskan pergolakan rumahtangga.
Biarpun usia perkahwinan sudah lama, jika pasangan saling memahami, kebahagiaan pastinya menjelma. Inspirasi sebuah perkongsian seorang suami Muhammad Yusof facebooknya yang mencoretkan kasih sayang pasangan suami isteri yang sudah berusia. Jom semak perkongsian sweet ni.
Malam hari tu masa aku kat Vietnam, dekat-dekat pukul 10 malam aku turun temankan bini aku ke pasar malam kat bawah hotel tempat aku menginap.
Masa bini aku masuk sebuah kedai nak pilih tudung, aku pi beli kopi vietnam kat depan kedai tudung tu. Dah 12 cawan rasanya aku minum kopi Vietnam ni sejak aku menjejakkan kaki kat negara syurga tudung ni. Sedap betul aku rasa. Lepas tu aku lepak kat depan kedai sementara tunggu bini aku pilih tudung dia.
Suami geleng kepala tak berkenan
Then aku perasan ada seorang mak cik tengah pilih telekung sembahyang kat depan kedai tu. Tokey kedai ni ada bentang tikar depan kedai jual telekung dan tudung. Sebelah dia ada suami dia. Mak cik tu dok try pakai telekung, lepas tu dia tanya suami dia. Suami dia geleng kepala, tak berkenan. Then mak cik tu tukar warna lain. Suami dia geleng lagi. Mak cik tu tukar pulak warna lain. Suami dia geleng lagi. Last-last bini dia sarung telekung tu kat kepala suami dia. Nampak suami dia senyum tengok keletah bini dia yang seolah-olah merajuk sebab semua telekung asyik tak kena pada mata suami dia.
Isterinya merajuk
Lepas tu mak cik yang merajuk tadi pergi ke kedai sebelah. Aku tengok pak cik tadi terus amek telekung yang bini dia berkenan tadi dan bayar duit pada tokey tu. Terus dia kejar dan bagi bini yang dah ada kat kedai sebelah tu. Senyum bini dia aku tengok.
Alangkah indahnya kebahagiaan hidup pak cik dan mak cik ni, aku kata dalam hati. Terkesan dengan apa yang baru aku tengok depan mata ni, aku terus masuk pi cari bini aku dalam kedai tu. Alhamdulillah, bini aku masih tenang memilih tudung pilihan hatinya. Betullah pepatah pujangga ada mengatakan, perempuan dan shoping tidak boleh dipisahkan.
Penat shoping bini kata dia haus, so aku pun ajak dia pi kedai makan yang ada kat depan deret-deret kedai tudung tadi.
Masuk-masuk aku terperasan pak cik tadi ada dalam kedai tu. Kali ini ini dia tengah urut kaki bini dia sambil gurau-gurau dengan bini dia. Entah apa yang diguraukan agaknya, sampai mengekek-ngekek bini dia ketawa.
Aku belajar sesuatu malam ni.
Suami adalah pelengkap bagi isteri dan isteri adalah pelengkap bagi suami.
Kadang kadang kita rasa isteri kita banyak sangat karenah, ataupun suami kita pulak cerewet sangat tapi yakinlah itu semua adalah kitaran untuk melengkapkan fasa kebahagiaan sebagai suami dan isteri.
Suami nak bergurau, berguraulah. Isteri kalau suami bergurau tu ketawalah walaupun lawaknya hambar. Kadang-kadang ada suami sanggup tahan kentut semata-mata nak kentut kat bini dia. Ini kategori lawak kuangajo.
Isteri nak merajuk, merajuklah, sebab nanti confirm suami akan pujuk. Kadang-kadang dorang bukan pujuk kosong. Untung-untung dorang beli rantai emas atau beg LV sebab nak pujuk bini.
Sebab Tuhan memang anugerahkan seni memujuk ni pada suami.
Betul tak?
nota kaki: dengar cerita ada sis-sis yang buat-buat merajuk lepas tu share status ni, terus suami beli hadiah bagi kat depa, betul ka? 🙂
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...