Kita sering diperingatkan tentang pengorbanan ibu bapa, kasih ibu membawa ke syurga dan kasih ayah sepanjang masa. Tanyalah kepada mana-mana insan bergelar ibu atau bapa, tentu sahaja semuanya sanggup melakukan apa saja demi cahaya mata tercinta.
Nyata begitu besar pengorbanan yang ibu ayah lakukan untuk membesar kita.
Namun, sebagai anak apa pula pengorbanan yang mampu kita lakukan untuk membalas jasa dan budi baik mereka selama ini?
Jika diberi peluang keemasan saat ibu ayah diuji dengan sakit, janganlah mengeluh. Rebutlah masa yang ada untuk berbakti.
Ini seperti mana apa yang dilakukan oleh seorang anak tunggal ini yang sanggup berhenti kerja malah tidak berkahwin kerana mahu menghabiskan masanya untuk berbakti kepada orang tuanya yang uzur akibat penyakit kencing manis yang dialaminya.
Md Nor Mohamad, 70, berkata, sebelum ini, anak tunggalnya itu, Noor Farah Dianna, 40, bekerja di sebuah syarikat swasta di Rasah Jaya.
“Noor Farah Dianna berhenti kerja hujung tahun lalu ketika keadaan kesihatan saya tidak menentu akibat kaki dipotong separas betis Mei tahun lalu,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Batu 3, Mambau malam tadi.
Kata Md Nor, dia sebelum ini bekerja di Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) dan bersara 14 tahun lalu.
“Saya ada pencen RM1,000 dan wang inilah yang kami dua beranak gunakan untuk perbelanjaan harian.
“Hanya Noor Farah Dianna saja yang saya ada kerana isteri meninggal dunia lapan tahun lalu. Lebih membuatkan saya terharu, Noor Farah Dianna sanggup mengorbankan masa depannya dengan berhenti kerja untuk menjaga saya,” katanya.
Md Nor berkata, setakat ini, dia belum mendapat bantuan daripada mana-mana pihak sejak bergelar orang kurang upaya (OKU).
“Bagaimanapun, terima kasih kepada Ketua Umno Bahagian Rasah Datuk Hashim Rusdi, yang menyumbang kerusi roda untuk kegunaan saya di rumah dan saya amat menghargainya.
“Saya juga terharu masih ada yang ambil berat kerana tidak tahu hendak mengadu kepada siapa,” katanya
Noor Farah Dianna pula berkata, dia rela hidup membujang dan menjaga bapanya yang amat memerlukan sokongan selepas ibunya meninggal pada 2014.
“Saya adalah satu-satunya anak yang ayah ada, apa pun terjadi, ayah adalah keutamaan saya sebelum memikirkan kehidupan sendiri. Saya bahagia jika ayah gembira.
Ads
“Sebelum ini, ayah tinggal bersama saya di Seremban ketika saya bekerja dan dia mengajak saya kembali ke rumah pusaka ini selepas berhenti kerja,” ujarnya.
Tambahnya, dia percaya janji Allah SWT itu pasti tetapi janjinya ialah menjaga ayahnya yang semakin uzur.
“Mula-mula, ayah nampak sedih tetapi dia sudah boleh terima kenyataan yang dia kini bergelar OKU. Ayah juga minum susu khas berharga kira-kira RM90 setin.
“Ayah ada beritahu, kalau ada duit lebih, dia hendak beli motosikal roda tiga untuk memudahkannya bergerak.
“Ini kerana, kami terpaksa menggunakan khidmat e-hailing jika mahu keluar membeli barangan,” katanya.
Katanya lagi, bapanya juga berdepan masalah katarak dan memerlukan RM700 untuk mendapatkan kanta mata.
“Kami tiada wang sebanyak itu. Untuk menempah kaki palsu untuk ayah pun kami tidak mampu. Ia berharga RM3,200,” katanya.
Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubungi Noor Farah Dianna di talian 017-3067673.
Sementara itu, Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bilal Muda Mohammad Alif Haikal Mohd Haris berkata, pihaknya sedang mengumpul dana bagi menempah kaki palsu untuk Md Nor.
“Orang ramai yang mahu menyumbang juga boleh menghubungi saya di talian 017-6525446,” katanya.
Jom saksikan video Challenge Pengumpul Marsmallow Teragung!
Selalu anak-anak tengok haiwan di buku atau tv je kan? Haa ni peluang anda untuk bawa seisi keluarga tengok secara VIRTUAL dengan sertai E-Keluarga Gader bersama kami. Apa yang LEBIH SYOK, setiap penyertaan dengan bayaran RM30, anda layak menerima 1 TIKET FARM IN THE CITY secara PERCUMA!
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Tonton juga video ini rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Melalui berita yang dipaparkan di surat khabar Sinar Harian bertarikh 10 Julai 2018, ada menceritakan tentang Ekapol Chanthawong, pembantu jurulatih yang merupakan wira buat 12 pemain pasukan bola sepak, Moo Pa yang terperangkap di perut gua Tham Luang.
Ayuh kita kenali lebih dekat personaliti jiran kita dari negara Thailand ini yang juga kini merupakan seorang wira di hati semua.
Kisah hidupnya
Menjawat jawatan dalam Moo Pa sebagai Pembantu jurulatih dan berasal dari Mae Sai, utara Thailand. Pekerjaannya adalah juga pembuat kopi.
Kini berusia 25 tahun. Pada 2003, ibu bapa dan adiknya yang berusia 7 tahun maut akibat wabak penyakit yang berlaku di utara Thailand.
Ekapol anak yatim piatu waktu umur 10 tahun.Membesar dengan neneknya di Mae Sai di utara Thailand.
Dia juga ditempatkan di kuil Buddha selama 10 tahun dalam proses menguatkan jiwanya selepas kehilangan kesemua ahli keluarganya.
Pengalaman peritnya mengajar erti ketabahan dalam apa jua kesengsaraan yang dihadapi sejak dari kecil dan semua itu disalurkan kepada 12 anak didiknya itu.
Kawan rapat Ekapol percaya, semangat dan peribadi Ekapol itu disalurkan kepada budak-budak berkenaan.
“Dia amat menyayangi mereka lebih daripada dirinya. Saya tahu dia ajar mereka supaya kuat semangat sama seperti kekuatan semangat yang ada pada dirinya,” kata Joy Khampai.
Waktu pertama kali ditemui pasukan penyelamat, Ekapol antara yang paling lemah. Sebab apa? Sebabnya semua makanan dikongsikan dengan 12 pemainnya.
Ekapol juga sempat menitipkan kata-kata melalui surat memohon maaf buat ibu bapa pemainnya.
Beliau minta maaf dengan seikhlas hati.
Nak tahu apa kata ibu bapa pemain?
Sedikit pun mereka tidak menyalahkan Ekapol, malah amat berterima kasih dan bersyukur kerana Ekapol dapat menjalankan peranan sebaik mungkin.
Mereka juga berjanji akan melayan Ekapol dengan baik selepas diselamatkan nanti.
Jadi, Ekapol adalah wira dalam kes ini.
Ekapol yang mengetuai 12 pemainnya daripada, pasukan bola sepak, Moo Pa (Wild Boars) memasuki gua di pergunungan Doi Nang Non pada 23 Jun lalu.
Pergunungan yang terletak di sempadan Thailand-Myanmar itu mempunyai banyak air terjun dan gua yang menarik untuk diterokai.
Sepatutnya, pada tarikh kejadian, ketua jurulatih, Nopparat Khanthavong, 37, dipertanggungjawabkan untuk aktiviti itu namun tugas itu diserahkan kepada Ekapol kerana beliau mempunyai temu janji yang tidak dapat dielakkan.
Nopparat sempat memberi nasihat di Facebook milik Ekapol supaya menunggang basikal di bahagian belakang pemainnya “Pastikan kamu menunggang basikal di belakang mereka supaya kamu dapat melihat dan memerhatikan mereka. Jaga diri,” tulis Napparat.
Selepas gagal dihubungi di mana harapan dilihat sudah berakhir, kumpulan diketuai Ekapol itu ditemui dengan selamat oleh dua penyelam pasukan penyelamat.
Itupun selepas sembilan hari mereka dilaporkan hilang.
Ekapol (kiri) dianggap wira oleh keluarga mangsa kerana berjaya menenangkan kesemua mangsa sepanjang terperangkap di perut gua Tham Luang.
sumber : Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai yang suka makan nasi lemak. Namun adakah cara masa itu betul? Tapi kadang kala, jika salah cara boleh menyebabkan nasi jadi lembik dan tidak cantik hasil masakan tu.
Memang buat stres masak nasi lemak asyik tak jadi. Kejap lembik, keja keras. Sambal dah ok dah. Nasi pulak lembik.
Apa kata ikuti petua wanita ini. Memang menjadi, nasi pun jadi cantik sebiji-biji, lembut dan wangi!
Cara saya masak nasi lemak. InsyaAllah mudah dan senang. Pasti menjadi.
Saye xreti ikot nisbah2 nie. Tak faham. Saya ukur air pakai jari je. Dah biasa macam tu. Nasi masak elok tak mentah.
Ikuti cara penyediaan ini.
Cuci hingga bersih
Nasi lemak saya tak suke letak bawang.
Air+santan. Selepas tuangkan santan,ukur air menggunakan jari telunjuk. Pastikan isi air sampai ke paras garisan pertama jari telunjuk. Xboleh lebih,xboleh kurang. Kalau terkurang,nasi akan mentah. Kalau terlebih,nasi akan jdi sedikit lembik.
Letak minyak masak untuk bagi nasi lemak jdi sebiji2 org kata. Cantik berkilat elok ja bila masak nanti.
Dh siap! tak nk bagi santan berkumpul atas nasi,sebelum nasi masak,kene gembur dlu.
Pelakon dan hos terkenal, Mira Filzah berkongsi ucapan istimewa serta gambar bersempena hari lahir ibu nya baru-baru ini mengundang perhatian ramai.
Menerusi ucapannya, isteri kesayangan Wan Emir menitipkan doa dan harapan semoga ibunya diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga tersayang.
‘A mother is always a mother. She never stops worrying about her children, even when they are all grownup and have children of their own.’
Happy Birthday Mak. ❤️ Semoga Allah SWT panjangkan umur mak, beri mak kesihatan yg baik, murahkan rezeki mak dan beri mak kebahagiaan Dunia Akhirat.
Lebih menyentuh hati, Mira turut berkongsi beberapa gambar dan video kenangan ketika ibunya menemaninya saat melahirkan anaknya, Wan Khair Emir.
Reaksi dan momen yang cukup indah bila mana pertama kali ibu bapa nya bersua muka dengn cucu mereka.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Ada yang suka melihat reaksi ibu dan bapa Mira ketika pertama kali melihat wajah cucu mereka.
Bahkan video ibu Mira mendukung cucu sambil mengaji nampak begitu sweet, momen antara nenek dan cucu.
Musim cuti sekolah panjang ini pasti ada diantara anak-anak kita yang berkhatan. Apa teknik yang sesuai dengan anak kita? Pastinya soalan ini berlegar di minda ibu dan ayah.