A terrible two! Istilah ini selalu kita nampak dalam mempelajari ilmu parenting. Pada usia anak dua tahun, anak sudah mula meneroka pelbagai perkara di sekelilingnya.
Paling ketara kata Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, anak pada usia dua tahun mempunyai pemikiran dan tingkah laku yang berubah-ubah.
Jangan biarkan sebaliknya pandu arah anak kecil kita dengan rutin harian yang sama. Ikuti perkongsiannya.
Ads
Anak 2-3 tahun kejap senang mandi, kejap susah nak mandi, kejap kuat makan, kejap susah makan.. alert!
Ini punca rutin yang tak konsisten.
Ads
1. Budak kecil usia ni mereka dalam fasa instinctive behaviour. Bukan di rancang tapi semua terjadi secara spotan.
2. Oleh itu jadual & konsistensi rutin setiap hari memainkan peranan besar kepada mood anak.
Ads
3. Kalau biasa tidur jam 9, tiba tiba tidur lambat sikit atau tidur tak dapat bawah ketiak ibu, boleh kacau mood dia esok harinya.
4. Waktu makan, tempat makan & situasi makan yang berubah ubah juga boleh efek mood anak.
5. Jadinya dengan anak-anak kecil ni penting untuk kita stick pada jadual yang konsisten setiap hari, baru tenang tenang sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Makang tidak berbau, kealpaan mengundang padah buat Najdi 30, bekas anggota kumpulan UNIC apabila berdepan detik cemas apabila bayi berusia dua minggu jatuh dari ketinggian satu meter.
Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Hanya Dalam masa tempoh kira-kira dua minit, anak keempatnya iaitu Wan Mishary yang ditinggalkan di atas meja makan di tingkat bawah bersendirian jatuh ke lantai.
“Lepas tukarkan baju baby, saya biar atas meja… sepatutnya letak atas katil dulu. Isteri mandi waktu tu.
“Saya naik atas sekejap untuk tukar baju. Sekejap je dalam seminit atau dua minit… ketika nak sarung baju tiba-tiba dengar baby menangis, rupa-rupanya dah jatuh.
“Saya orang terakhir yang pegang, kesilapan datang daripada saya. Lepas kejadian saya dan isteri hanya mampu berdoa dan menangis… masing-masing salahkan diri,” katanya ketika dihubungi mStar.
Kesan bengkak di kepala
Ekoran itu, Najdi segera membawa bayinya itu ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan.
“Malam selasa doktor pakar buat ultrasound untuk periksa kalau ada pendarahan dalam kepala, Alhamdulillah tiada… tapi kena monitor 24 jam.
“Setakat sekarang ni okey, tapi apabila baby bangun tidur dia akan terkejut sikit. Ada kesan bengkak di kepala bahagian kiri,” katanya lagi.
“Rupa-rupanya anak saya nombor yang nombor dua tu tarik napkin dia… napkin dia tu saya guna balut baby.
“Saya bukan nak salahkan sesiapa, cuma saya kesal benda ni jadi.
“Anak saya ni ada autisme sikit dan memang tak boleh nak salahkan dia, jadi salah diri sendiri,” katanya.
Guna meja makan tukar lampin dan baju
Akibat trauma dengan kejadian tersebut, Najdi dan isteri kini tidak lagi menggunakan meja makan sebagai tempat untuk menguruskan bayi.
“Isteri saya gunakan meja makan untuk jadikan tempat tukar lampin dan baju, lepas tukar baju baru letak di katil.
“Sebelum ni saya pun pernah tegur jangan tukar baju baby atas meja, takut tertinggal,” katanya.
Najdi dan Norazreen mendirikan rumah tangga pada 2016. Hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Wan Nur Maisarah,5, Wan Mustapha,3, Wan Medina,2, dan yang terbaharu Wan Mishary,2 minggu.
Dalam perkongsian terbarunya, Najdi memuat naik gambar bayinya yang sudah keluar daripada hospital dan berterima kasih atas doa yang dititipkan buat anaknya.
Tidak dinafikan tidak semua berpeluang untuk bercuti bagi meraikan Hari Raya bersama keluarga. Ada yang terpaksa bekerja atas dasar menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
Ini sebagai mana sedikit pengalaman yang pernah dilalui oleh pasangan doktor muda ini iaitu Dr. Sophia Yuhanis, 32 tahun bersama suaminya Dr. Mohd Rais Mokhtar @ Roselly,32 tahun.
“Menyingkap pengalaman dalam bidang perubatan sebelum ini, boleh dikatakan pengalaman kami tidaklah sehebat doktor-doktor pakar di luar sana yang telah lama berkhidmat dengan hospital kerajaan.
“Pada awal pembabitan dalam bidang ini, saya dan suami terlebih dulu menjalani latihan sebagai ‘houseman’ di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Ampang selam dua tahun.
“Selepas itu saya menyambung tugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Dungun, Terengganu dan menjawat jawatan sebagai doktor bius di Hospital Sungai Buloh dan suami pula doktor di bahagian wad perubatan dalaman.
“Ketika bertugas di Hospital Sungai Buloh adalah paling mencabar. Jumlah pesakit jauh lebih ramai berbanding hospital yang saya pernah berkhidmat sebelum ini. Apabila hospital sentiasa penuh, sudah pasti warga kerja termasuk doktor, jururawat medical asistant, pembantu am, kerani, pengawal keselamatan sentiasa silih berganti secara 24 jam bekerja. Kami bekerja tanpa mengira waktu siang ataupun malam malah hujung minggu pun kena bertugas.
“Dan saya ingat lagi ketika di Hospital Dungun, saya kena berkhidmat di Hari Raya. Walaupun beraya di hospital bersama pesakit, kami tetap juga meraikan Lebaran seadanya dengan membawa hidangan seperti ketupat, lemang dan kuih muih di tempat kerja,” terang Dr Sophia yang juga ibu kepada 3 cahaya mata ini dengan tenang.
Turut diakui oleh suami yang ada di sisi sambil menambah bicara, “ Apatah lagi bila menyentuh bab cuti Raya, ada sistem giliran. Jika tahun ni dapat cuti, tahun hadapan tak dapatlah. Makna cuti Raya bagi doktor bukannya cuti panjang hingga seminggu lamanya, sekadar sehari dua sahaja.
“Kena bertugas oncall ketika Raya pun adalah perkara biasa yang dilalui oleh sesiapa pun bergelar doktor. Anak-anak dan ahli keluarga harus faham dengan tuntutan kerja sepertinya ini. Jika bertugas oncall maka saya atau isteri tidak dapat turut serta bersama sanak saudara untuk melakukan amalan ziarah di Hari Raya,” ujar Dr. Mohd Rais graduan dalam bidang perubatan di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUMCS) dengan jujur.
Berbicara tentang persiapan raya tahun ini, bagi pasangan doktor ini juga tidak jauh bezanya. Tetap memilih untuk bergaya sedondon.
“ Saban tahun bila tibanya raya, boleh dikatakan sayalah yang akan menentukan tema warna untuk digayakan pada tahun tersebut. Daripada pakaian anak hinggalah saya dan suami, semua saya uruskan. Alhamdulillah suami bukanlah jenis memilih dalam bab warna dan fesyen, jadi memudahkan saya untuk buat perancangan. Apa yang suami tahu semuanya sudah ready.
“Pada tahun ini kemeriahan merai lebaran lebih teruja kami rasakan apabila anak-anak semakin pandai bergaya. Puteri sulung Zara Humaira, 5, Sara Raissa, 2 dan Lara Yasmeen, 8 bulan seakan tidak sabar untuk menggayakan enam pasang baju raya yang disediakan bagi menceriakan raya tahun ini,” ujar Dr.Sophia lagi sambil tersenyum manis.
Beralih tumpuan
Tempoh pengajian yang panjang, persekitaran kerja yang mencabar dan penuh tekanan membuatkan kerjaya doktor memerlukan banyak pengorbanan. Bukan sahaja tenaga malah masa bersama keluarga dan anak-anak.
Ini adalah persepsi biasa yang wujud di kalangan kita apabila bercakap mengenai kerjaya sebagai seorang doktor. Pun begitu, setelah bergelumang dengan cabaran siapa sangka kini kedua-duanya berjaya menjadi pengasas Klinik Dr Sophia Y di Desa Alam, Shah Alam.
“Saya akui, pilihan untuk menjadi doktor kecantikan sudah tertanam sejak kecil lagi di dalam hati saya. Alhamdulillah ibu, Raja Ruziah menyokong pilihan saya sejak belajar di dalam bidang perubatan lagi hingga kini,’ jelasnya lagi.
Manakala diajukan persoalan impian dan harapan Dr. Mohd Rais, lain pula sasarannya.
“Jujur saya akui, setelah adanya klinik sendiri masa lebih banyak bersama keluarga. Dan ini sangat-sangat berbeza keadaannya sebelum itu. Pun begitu, minat yang mendalam dalam bidang perubatan mendorong saya untuk menyambung pelajaran untuk bergelar doktor pakar,” ujarnya lagi dengan penuh bersemangat di akhir perbualan.
Sumber : Majalah Keluarga Isu Jun 2018.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.