Makang tidak berbau,  kealpaan mengundang padah buat Najdi 30, bekas anggota kumpulan UNIC apabila  berdepan detik cemas apabila bayi berusia dua minggu jatuh dari ketinggian satu meter.

“Lepas Tukarkan Baju Baby, Saya Biar Atas Meja. Dalam Seminit Dua…” Najdi Kongsi Detik Cemas Bayi Usia 2 Minggu Jatuh LantaiSegalanya berlaku dalam sekelip mata. Hanya Dalam masa tempoh kira-kira dua minit, anak keempatnya iaitu Wan Mishary yang ditinggalkan di atas meja makan di tingkat bawah bersendirian jatuh ke lantai.

“Lepas tukarkan baju baby, saya biar atas meja… sepatutnya letak atas katil dulu. Isteri mandi waktu tu.

“Saya naik atas sekejap untuk tukar baju. Sekejap je dalam seminit atau dua minit… ketika nak sarung baju tiba-tiba dengar baby menangis, rupa-rupanya dah jatuh.

“Lepas Tukarkan Baju Baby, Saya Biar Atas Meja. Dalam Seminit Dua…” Najdi Kongsi Detik Cemas Bayi Usia 2 Minggu Jatuh Lantai“Saya orang terakhir yang pegang, kesilapan datang daripada saya. Lepas kejadian saya dan isteri hanya mampu berdoa dan menangis… masing-masing salahkan diri,” katanya ketika dihubungi mStar.

Kesan bengkak di kepala 

Ekoran itu, Najdi segera membawa bayinya itu ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan.

“Lepas Tukarkan Baju Baby, Saya Biar Atas Meja. Dalam Seminit Dua…” Najdi Kongsi Detik Cemas Bayi Usia 2 Minggu Jatuh Lantai

“Malam selasa doktor pakar buat ultrasound untuk periksa kalau ada pendarahan dalam kepala, Alhamdulillah tiada… tapi kena monitor 24 jam.

“Setakat sekarang ni okey, tapi apabila baby bangun tidur dia akan terkejut sikit. Ada kesan bengkak di kepala bahagian kiri,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Najdi (@wannajdi)

Anak kedua tarik lampin balut bayi

Najdi turut berkongsi punca kejadian itu disebabkan anak keduanya menarik kain lampin yang digunakan untuk membalut bayi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Najdi (@wannajdi)

“Rupa-rupanya anak saya nombor yang nombor dua tu tarik napkin dia… napkin dia tu saya guna balut baby.

“Saya bukan nak salahkan sesiapa, cuma saya kesal benda ni jadi.

“Anak saya ni ada autisme sikit dan memang tak boleh nak salahkan dia, jadi salah diri sendiri,” katanya.

Guna meja makan tukar lampin dan baju

Akibat trauma dengan kejadian tersebut, Najdi dan isteri kini tidak lagi menggunakan meja makan sebagai tempat untuk menguruskan bayi.

“Isteri saya gunakan meja makan untuk jadikan tempat tukar lampin dan baju, lepas tukar baju baru letak di katil.

“Sebelum ni saya pun pernah tegur jangan tukar baju baby atas meja, takut tertinggal,” katanya.

“Lepas Tukarkan Baju Baby, Saya Biar Atas Meja. Dalam Seminit Dua…” Najdi Kongsi Detik Cemas Bayi Usia 2 Minggu Jatuh Lantai

Najdi dan Norazreen  mendirikan rumah tangga pada 2016. Hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Wan Nur Maisarah,5, Wan Mustapha,3, Wan Medina,2, dan yang terbaharu Wan Mishary,2 minggu.

Dalam perkongsian terbarunya, Najdi memuat naik gambar bayinya yang sudah keluar daripada hospital dan berterima kasih atas doa yang dititipkan buat anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Najdi (@wannajdi)

Sumber:wannajdi & Mstar


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Lepas Tukarkan Baju Baby, Saya Biar Atas Meja. Dalam Seminit Dua…” Najdi Kongsi Detik Cemas Bayi Usia 2 Minggu Jatuh Lantai

“Lepas Tukarkan Baju Baby, Saya Biar Atas Meja. Dalam Seminit Dua…” Najdi Kongsi Detik Cemas Bayi Usia 2 Minggu Jatuh Lantai

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI