Siapa sahaja yang tidak kenal pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah, sebagai Misha dalam sitkom Spanar Jaya? Pasti mereka yang sempat menonton sitkom tersebut tidak akan lupa persona dan kejelitaan Wardina.
Walaupun pelakon berdarah kacukan ini jarang dijumpai di televisyen sekarang, Wardina yang kini menetap di Brisbane, Australia, masih aktif di media sosial.
Beliau kini telah tamat pengajiannya dalam bidang psikologi yang menurutnya, berasa terpanggil untuk membantu golongan yang memerlukan dari segi itu.
Wardina menjadikan ikatan kekeluargaannya sebagai kekuatan dirinya untuk menjalani tugasnya sebagai seorang anak seni dan sebagai ikon yang digemari ramai.
Ads
Pelakon Spanar Jaya ini jarang memuat naik gambar bersama keluarga dan suami tercinta, Ikhwan Johari, tetapi kali ini, anak sulungnya, Amna Nafeesa, mendapat perhatian orang ramai terhadap peralihannya daripada anak dara ke dewasa.
Bukan sekadar kejelitaan Amna yang serupa ibunya malah kebijaksanaannya juga! Amna, 18, telah berjaya menamatkan pengajiannya di International Diploma Programme yang merupakan program pra-universiti melibatkan pelajar berumur 16 hingga 19 tahun.
Ads
Semoga artikel hari ini memberi inspirasi kepada para pembaca di luar sana. Kami di Keluarga mendoakan agar keluarga Wardina kekal bahagia dan semoga adik Amna Nafeesa terus membanggakan keluarga dan negara pada satu hari nanti.
Baru-baru ini pelakon Zarina Zainuddin berkongsi detik cemas yang dialaminya apabila tayar kereta yang dipandu tiba-tiba pecah dan terbelah dua. Pengalaman ngeri ini diceritakan sendiri olehnya di entri terkini laman sosial Instagramnya.
Ketika kejadian berlaku, Zarina bersama ibu dan seorang anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai atau lebih dikenali sebagai Azil. Bertambah bahaya, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan kenderaan yang dibawanya berada di sebelah lori.
“Masa pergi okay masa balik hari hujan lebat, saya tak bawak laju sebab bawak anak dengan mak. Masa tayar tu meletup tepi belah kiri ada lori, kereta saya dah hilang haluan.
“Saya pegang handle kuat-kuat dah hanya mampu jerit Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar. Ya Allah Ya Allah Ya Allah. Tayar tu dah terbelah dah tapi masih lekat pada rim.
“Saya terbau benda terbakar risau saya. Nasib baik masa kejadian tak ada kereta atau lori belakang kereta saya. Saya handle stering kereta ke bahu jalan rapat-rapat. Ya Allah permudahkan lah,” jelasnya di ruangan kapsyen.
Tambah Zarina lagi, walaupun cemas namun dia sebagai ibu harus mengambil tanggungjawab untuk menenangkan Azil yang ketakutan.
“Azil agak takut dia duduk diam-diam pegang tangan saya. Kita orang nak terkencing pun kena tahan. Terima kasih atas doa doa semua, syukur alhamdulillah. Mak saya dapat saya bawak balik KL walaupun dengan keadaan begini,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zarina juga menjelaskan kepulangannya ke Perak adalah untuk mengambil ibunya pulang ke Kuala Lumpur adalah tidak dirancang. Disebabkan itu juga, Zarina turut dimarahi suaminya kerana suka melakukan sesuatu perjara tanpa perancangan selain tidak memaklukan kejadian itu lebih awal.
“Saya sampai rumah dengan selamat. Sampai di rumah ingat nak mengadu dengan suami akhirnya kena marah. Suami cakap saya suka buat satu benda tu tanpa rancangan. Terus gerak je sampai Sungai Buluh baru teringat nak bagitahu suami. Abah, ibu gerak ke Ipoh ambik mak rindu sangat kat mak. Ina bawa Azil sekali.
“Dia kata boleh ke handle tu sorang-sorang. Insya-Allah boleh. Kereta okay ke, saya kata okay sahaja. Padahal saya tak check pun. Saya tahu check minyak je.
“Dia pun tak cakap apa-apa, saya dah gerak. Dia tahu isteri dia ni main redah je pergi mana-mana. Bagi saya, saya curi-curi masa yang ada, kebetulan saya free,” tambahnya.
Berikut merupakan tips atau langkah penting yang perlu anda lakukan sekiranya tayar kereta pecah ketika memandu:
Kawal diri, jangan tekan pedal minyak
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah kawal diri anda. Cuba bertenang dan jangan sesekali tekan pedal pendikit atau brek. Ingat, meskipun tayar kereta akan mula membelok dan bergegar, namun anda perlu tahu bahawa kereta itu sebenarnya masih kekal seimbang. Jadi, kekalkan sahaja kaki pada posisi pedal sedia ada.
Untuk makluman anda, apabila brek ditekan secara mengejut, tayar akan mula terkunci dan pemandu akan mula hilang kawalan stereng, dan seterusnya menyebabkan kereta akan berubah haluan atau terhuyung-hayang mengikut hukum fizik berbanding arah yang kita mahukan.
Apabila tayar terkunci, ia akan meningkatkan peluang kereta untuk roll over memandangkan berlaku ketidakseimbangan mengejut kerana tayar pecah secara tiba-tiba.
Jangan brek secara mengejut
Jika sudah cemas, otak kita kadang kala sememangnya secara automatik akan terus menghentam pedal brek. Namun, jika boleh jangan lakukannya. Jika brek ditekan secara mengejut, ia boleh menyebabkan kereta hilang imbangan lalu berpusing dan terbalik, selain merosakkan sistem brek seperti menyebabkan brek terkunci.
Jika kereta anda mempunyai ciri keselamatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), maka ia mungkin akan membantu anda. Namun untuk kenderaan yang tidak ada, anda perlu menahan diri daripada menekan brek secara mengejut ya.
Jika anda perlu juga brek, cuba brek secara mengepam, iaitu tekan dan lepas berkali-kali sehingga kereta mencapai kelajuan yang mampu dikawal.
Kawal stereng dengan perlahan
Roda stereng adalah komponen yang sama mengawal roda tayar. Secara amnya, tayar kereta akan mengikut haluan yang dibawa oleh stereng. Namun dalam situasi tayar pecah, ia akan berubah. Mungkin jika anda mahu belok ke kiri, kereta anda akan belok ke kanan dan sebaliknya.
Ingat, meskipun tayar pecah, kereta anda sebenarnya masih dalam kawalan walaupun keseimbangan kereta sudah tidak sama lagi. Ini membuatkan stereng bergegar dan membelok ke arah tayar pecah. Contoh, jika tayar depan kiri pecah, stereng kereta anda secara automatik akan cenderung belok ke kiri kerana berat tertumpu ke bahagian pecah tersebut.
Jadi, cuba pegang stereng dengan kuat dan pastikan kereta terus bergerak lurus ke hadapan.
Rendahkan gear
Anda memandu kereta auto? Jadi, terus turunkan gear daripada D4 ke D3 dan D2. Jika kereta yang dipandu anda pada ketika itu pula adalah kereta manual, segera tukar gear tanpa menekan klac.
Ini bagi memastikan anda dapat menghentikan kelajuan kereta secara selamat dalam situasi seperti ini.
Kekal pada lorong sama
Cuba kawal kereta dalam laluan atau lorong anda sedang memandu pada waktu itu. Apabila anda sudah berjaya memandu dalam keadaan yang lurus, biarkan kereta anda berhenti secara sendiri dan perlahan-lahan ke tepi (pada ketika ini, kereta biasanya sudah berada dalam kawalan).
Walau bagaimanapun, pastikan tempat anda memberhentikan kereta itu adalah selamat dan tidak berisiko untuk menyebabkan kemalangan lain.
Nyalakan lampu kecemasan
Apabila sudah berhenti dengan selamat, pastikan anda menyalakan lampu kecemasan sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan raya lain. Ini bagi memastikan pengguna lain lebih berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka apabila menghampiri kereta anda.
Kemudian, anda boleh mula menukar tayar kereta anda dengan tayar spare yang ada di dalam kereta. Jika anda tidak arif, anda juga boleh mendapatkan bantuan tepi jalan atau khidmat tunda yang disediakan oleh syarikat insurans anda.
Memang tak dinafikan lelaki dan wanita banyak perbezaannya. Dalam kajian yang dibuat oleh University of Pennsylvania, otak lelaki dan otak wanita sangat berbeza!
Bagi lelaki, mereka boleh untuk TIDAK MELAKUKAN APA-APA dan masih tenang berbanding WANITA yang tidak boleh TIDAK MELAKUKAN APA-APA kerana mereka akan menjadi resah, dan ketika melihat lelaki tidak melakukan apa-apa, perempuan sering mempunyai persoalan “kenapa lelaki macam ni eh”.
Otak Lelaki Terdiri Daripada Kotak Kecil
Sebenarnya, otak lelaki terdiri daripada kotak kotak kecil, yang tidak berhubung sesamanya. Kotak ini independent dan tidak bersandar dengan kotak-kotak lain. Dalam erti kata mudah, ada compartment khas untuk setiap perkara. Contoh, lelaki ada kotak untuk kereta, kotak untuk wang, kotak untuk pekerjaan, untuk anak-anak, kotak untuk isteri, kotak untuk ibu bapa dan lain-lain.
Ketika seseorang lelaki membincangkan subjek tertentu, mereka akan pergi specifically ke kotak yang sesuai, membukanya, membincangkan hanya isi kotak itu dan kemudian setelah selesai, mereka akan menutup semula kotak tersebut dengan harapan tidak menyentuh atau mengganggu kotak lain.
Otak Wanita Kotak Bertali yang Besar dan Terhubung
Otak wanita terdiri daripada kotak bertali yang besar dan semuanya terhubung dengan satu sama lain dengan ikatan yang teguh, ala macam roti jala, berserat dan berhubung dan kesemua kotak di hubungkan dengan ‘emosi’… Ini adalah salah satu sebab mengapa wanita cenderung beremosi, mengkaitkan satu perkara dengan perkara lain dan mengingati banyak perkara😉 Selain itu, wanita juga tak boleh duduk diam, kerana ikatan yang ada pada kotak-kotak ini. Walaupun hakikatnya wanita ada “kotak diam”, namun ia terikat dengan kotak-kotak lain yang tak reti duduk diam.
Anyways, tahu tak kotak kegemaran lelaki yang menjadi kebencian perempuan tu apa?
A BOX OF NOTHING.
Kotak yang tak ada apa di dalamnya. Yes. Nothing. Percaya atau tidak, kadang-kadang kaum lelaki ini memang tak da apa yang di fikirkan dalam fikiran mereka, just nothing. Jadi jangan marah bila anda tanya
“How was your day today,”
Dia jawab “okay”.
Sepatah sahaja walaupun sehari ada 9 jam di tempat kerja. Paling win, kalau kita jumpa kawan lelaki yang dah 5 tahun tak jumpa, dan kita tanya
“How was your life”
Dia jawab “okay lah”
5 tahun kehidupan disimpulkan dengan sepatah perkataan.
Inilah istimewa nya ciptaan tuhan. Lelaki di ciptakan lebih fokus dalam melakukan sesuatu. Namun, wanita diciptakan untuk lebih multitask dalam melakukan sesuatu. Embrace the differences!
Menjaga dan menguruskan anak yang seorang pun ada ibu ayah tertanggu emosinya apatah lagi jika berdepan dengan enam orang anak yang pelbagai ragamnya. Memang boleh pening kepala dibuatnya jika tidak dilakukan sebaik mungkin.
Oleh itu, apa cara untuk kita usahakan agar anak-anak mendengar kata dan sekali gus emosi kita sekeluarga lebih tenang?
Ya, membaca dan mendengar alunan bacaan alquran ‘ubat’nya.
Ini sebagaimana yang dipraktikkan dalam keluarga Puan Sarah dan disini dikongsikan pengalamannya untuk sama-sama kita jadikan inspirasi. Jom semak.
Ramai parent yang tercari macamana nak rumah sentiasa bergema dengan ayat Alquran. Ada yang pasang di handphone. Ada yang pasang di tv.
Tapi cara saya, saya pilih Zikir Dan Surah Harian Plug In ini.
Masyallah! Dah beberapa bulan pakai, sangat lah best. Tak perlu nak cas bagai. On je suis tu.
Saya pernah mengenali seorang ibu. Yang punya anak berusia 5-7tahun tapi sudah hafal Alkahfi. Saya tanyakan rahsianya macamana sekecil itu boleh menghafal.
Kata ibu muda tersebut.. “Puan pasangkan je Alquran didalam rumah. Rumah Saya tiada tv. Jadi, Saya pasangkan di komputer dan Saya beli extra speaker. Saya pastikan dipasang 24jam Dan kedengaran disegenap ruang.
Saya pun tak tahu macamana anak Saya boleh hafal. Sebab kerja dia main je. Tapi Saya yakin, telinga dia tidak pernah tidur.”
Ye.Telinganya tidak pernah tidur. Ayat itu bergema difikiran saya. Sejak itulah, kawan baik Saya perkenalkan zikir plug in ini buat saya.
Saya ibu anak ramai. Suami juga bukan 24jam dirumah. Kerja rumah juga tidak pernah selesai. Selalu kena curi masa kalau nak mengaji. Kalau nak duduk menghadap Quran dengan tenang, amat susah sekali dengan adanya anak kecil.
Maka, ini cara saya sejak beberapa bulan ini. Saya pastikan volume nya tidak terlalu kuat. Tetapi cukup untuk didengari dan diikuti dengan bibir.
Saya letakkan diruang dapur untuk menemani sepanjang saya memasak, dan sebagainya. Waktu itulah waktu terbaik saya “curi” masa untuk mengaji sambil membuat kerja. Dan satu lagi diruang bilik anak atau ruangtamu.
Alhamdulillah.Anak-anak selesa. Saya perasan sesuatu.Emosi anak dan emosi saya juga terkawal. Anak lebih behave dan mendengar kata.
Ada surah Yaasiin, Alkahfi, Arrahman ,dll. Tips nak bagi hafaz surah untuk anak, ulang sahaja berkali.
Zikir ni just plug in kat suis Dan on 24jam. Memang nyaring juga bunyinya. Paling best, Waktu malam jika terjaga. Rumah lebih sejuk dengan alunan sayup zikir Dan alquran berkumandang.
Janganlah pulak ada yg kecam Saya. Cakap baca Quran pegang mushaf lagi banyak pahala. Tapi sebenarnya, Kita Tak mampu buat kebaikan yang banyak.Sekurangnya Kita mampu memberi manfaat. Betul Tak?
Saya percaya, “Telinga yang tidak pernah tidur” itu ada hati yang sedang berzikir..
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.