Pemergian arwah Abam Bocey telah membuatkan ahli keluarga serta rakan-rakan rapat arwah terkesan dan masih bersedih dengan berita tersebut.  Allahyarham Abam dikatakan meninggal dunia ketika tidur di rumahnya di Gombak awal pagi tadi.

Sementara itu kakaknya, Sharifah Nor Wahidah Syed Mohd Ridzuan,41 memaklumkan, Abam hanya berehat di rumah selepas demam dan sakit kepala sejak tiga hari kebelakangan ini.

“Anak Yang Baik, Suami Bertanggung Jawab & Abang Yang Tak Kedekut.” Kakak Kongsi Kebaikan Arwah Abam Bocey!

“Saya ada minta dia ke klinik tapi dia kata tak payah.

“Setahu saya Abam tak ada sakit apa-apa cuma mungkin penat sebab banyak kerja dan kurang waktu rehat,” katanya.

Menurutnya, adiknya itu sangat disenangi dalam kalangan keluarga dan pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar.

IKLAN

“Dia seorang yang baik dan tak pernah berkira dengan adik-beradik.

“Kesian mak kerana dia sangat rapat dengan Abam. Anaknya juga masih kecil. Pandang saja mukanya buat saya jadi sebak,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia lapan bulan.

Antara rakan artis yang hadir menziarahi arwah di rumahnya di Gombak adalah Along Cham, Mawi, Man Raja Lawak, Shuib dan Achey.

IKLAN

“Anak Yang Baik, Suami Bertanggung Jawab & Abang Yang Tak Kedekut.” Kakak Kongsi Kebaikan Arwah Abam Bocey!

Sementara itu, UstazEbit Lew turut memuat naik video ketika menemu bual Aarwah Abam sebelum ini. Dalam video berkenaan, arwah bercerita bagaimana dia tidak lokek membantu adik-beradiknya

Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Sahabat yang baik. Walau beberapa kali berjumpa. Kami selalu bermesej. Abam nak ikut pergi tepi jalan berdakwah dan bagi orang makan. Katanya saya sayang ustaz teruskan dakwah yer ustaz dengan kasih sayang. Semua orang rindukannya.

“Anak Yang Baik, Suami Bertanggung Jawab & Abang Yang Tak Kedekut.” Kakak Kongsi Kebaikan Arwah Abam Bocey!

IKLAN

“Anak Yang Baik, Suami Bertanggung Jawab & Abang Yang Tak Kedekut.” Kakak Kongsi Kebaikan Arwah Abam Bocey!
Saya tanya apa rahsia rezeki melimpah ruah. Sedih dengar betapa sayangnya pada ibunya. Asyik menangis masa balik tabir bersama ibunya dan isterinya masa tu. Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik. Sponsor adik kahwin. Semua dah kahwin baru abam kahwin. Betapa susah mak menjaga masa kecil. Dia sebak masa sebut semua tu. Ya Allah.
.
Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey semoga Allah ampunkan semua dosa dan beri syurga Firdaus buat dirinya. Semoga ibu, isteri dan seisi keluarga kuat yer. Allah sayang semuanya – Ustaz Ebit Lew

Al Fatihah

Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Sahabat yang baik. Walau beberapa kali berjumpa. Kami selalu bermesej. Abam nak ikut pergi tepi jalan berdakwah dan bagi orang makan. Katanya saya sayang ustaz teruskan dakwah yer ustaz dengan kasih sayang. Semua orang rindukannya..Saya tanya apa rahsia rezeki melimpah ruah. Sedih dengar betapa sayangnya pada ibunya. Asyik menangis masa balik tabir bersama ibunya dan isterinya masa tu. Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik. Sponsor adik kahwin. Semua dah kahwin baru abam kahwin. Betapa susah mak menjaga masa kecil. Dia sebak masa sebut semua tu. Ya Allah..Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey semoga Allah ampunkan semua dosa dan beri syurga Firdaus buat dirinya. Semoga ibu, isteri dan seisi keluarga kuat yer. Allah sayang semuanya – Ustaz Ebit LewAl Fatihah

Posted by Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami on Sunday, 9 February 2020

Sumber: Sinar Harian &  Ebit Lew

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI