
Bekas personaliti televisyen, Zakiah Anas meluahkan rasa syukur dan bahagia apabila anak lelakinya selamat mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis yang penuh bermakna.
Melihat anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang melangkah ke alam perkahwinan pastinya menjadi detik cukup bermakna buat setiap ibu. Begitulah perasaan yang dilalui Zakiah apabila anak lelakinya, Amir Muzhaffar, sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Mimi.
Menerusi perkongsian di media sosial, bekas pengacara program ikonik 999
itu memuat naik beberapa momen indah sekitar majlis pernikahan pasangan berkenaan yang berlangsung pada 28 Jun 2026.Mengiringi langkah anaknya ke fasa baharu kehidupan, Zakiah menitipkan ucapan penuh kasih sayang serta doa agar rumah tangga Amir dan Mimi sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan Allah SWT.
“Melangkah ke fasa baharu. Doa mama sentiasa mengiringi setiap langkahmu. Selamat pengantin baru Adik dan Mimi.
Baarakallahu laka wa baaraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fii khair. Semoga Allah memberkati perkahwinan Adik dan Mimi. Love you both so much.”
Sebagai seorang ibu, tiada apa yang lebih menenangkan selain melihat anak-anak hidup bahagia bersama pasangan masing-masing.
Zakiah turut memanjatkan doa agar rumah tangga yang dibina anak dan menantunya sentiasa diberkati, dipenuhi kasih sayang serta diredai Allah SWT.
“Ya Allah, rahmatilah perkahwinan anakku. Jadikanlah mereka pasangan yang saling melengkapi dan menyayangi kerana-Mu. Amin, Allahumma amin.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada Zakiah atas kehadiran menantu dalam keluarganya.
Mereka turut mendoakan agar perkahwinan Amir Muzhaffar dan Mimi kekal bahagia, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan rumah tangga yang harmoni hingga ke syurga.
Sekadar info, Zakiah merupakan pengacara pertama program 999 dan mengendalikan program berbentuk penyiasatan itu sejak mula diterbitkan pada tahun 2002 sehingga 2009.
Beliau cukup dikenali menerusi gaya penyampaian yang profesional dan berwibawa sehingga menjadi antara wajah televisyen yang diingati ramai penonton.
Semoga Amir Muzhaffar dan Mimi terus melayari bahtera rumah tangga dengan penuh kesabaran, persefahaman dan kasih sayang. Semoga pasangan ini dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan, zuriat yang soleh dan solehah serta sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT dalam setiap fasa kehidupan mereka.
BACA LAGI : Faizal Ismail Sebak Lepaskan Puteri Sulung Jadi Isteri Orang
Sumber: Instagram