Sewajarnya sebagai ibu bapa kita seharusnya menyokong dan memberi galakan kepada anak-anak dengan menghargai setiap pencapaian mereka terutamanya dalam pelajaran meskipun ia hanya kejayaan yang kecil atau biasa-biasa sahaja.
Bercerita tentang meraikan pencapaian anak-anak, pasti antara kita punya cara yang tersendiri sepertimana baru-baru ini tular rakaman video di media sosial.
Dapat dilihat seorang anak lelaki sedang menunjukkan buku laporan pelajaran kepada ibunya yang baru tiba di rumah. Keterujaan anak lelaki tersebut berkongsi pencapaian yang diperolehi kepada ibunya turut menarik perhatian ibunya untuk sama-sama melihat nilai markah B dan C yang diperolehi anaknya.
Anakku Selalu Juara Di Hatiku
Ads
Meskipun tiada langsung gred A yang diperolehi oleh anaknya namun itu tidak menghalang ibu ini berasa gembira dengan pencapaian anaknya itu. Bahkan apabila anak memaklumkan kedudukannya di dalam kelas mendapat tempat ke 27 daripada 41 orang pelajar, si ibu tetap meraikan pencapaian anaknya itu.
Jelas terlihat betapa ibu ini menghargai usaha anaknya untuk belajar dan baginya anaknya tetap juara di hatinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merasa terharu melihat aura positif yang dimiliki oleh ibu tersebut. Tindakannya tetap menghargai pencapaian anak nyata berbeza dengan segelintir ibu-ibu hari ini yang kebiasaannya bila anak dapat banyak A baru dirai dan disanjung, tetapi bila keputusan hanya seadanya sering pula disisih bahkan disinis.
“Pagi2 nengok VT ini jadi mewek, terharu awak bah…Salut awak sama Ibu ini…👏🏻awak pun sama, rangking hanya masalah nilai, yg penting anak hepi.. 🤗🥰” -komen netizen.
“Nilah progressku mak 🥺🥺’ huu terharu,” tulis yang lain pula.
Susu ibu atau susu badan sudah semestinya diketahui ramai bahawa ia merupakan susu yang terbaik untuk anak-anak. Ia mengandungi semua khasiat yang diperlukan oleh si manja untuk membesar dengan sihat.
Menyedari kebaikkan penyusuan susu ibu ini, ramai ibu-ibu komited membuat bekalan stok susu badan untuk bayi tersayang. Malah ada yang sanggup membeli set pam susu mencecah ribuan ringgit.
Bukan itu sahaja, kegigihan pam susu mengikut waktu secara berkala, hingga sanggup bangun tengah malam. Ada juga yang menjaga pemakanan agar susu kekal khasiat.
Lantaran itu, susu ibu bagaikan titisan emas yang amat bernilai bagi seorang ibu. Bayangkan susu yang telah di pam, tumpah atau rosak akibat salah penyimpanan. Hati ibu tentu pilu. Mana tak nya, membayangkan kegigihan diri dan bimbang bekalan stok berkurang untuk bayi.
Begitulah situasi yang dilalui oleh ibu ini melalui perkongsian di facebook suaminya yang juga turut menyokong penyusuan susu ibu.
Ikuti perkongsian ini.
Adakah ini belaku kepada semua emak atau hanya bini aku. Menangis sebab susu tumpah dalam bag.
Anak hairan perhati. Jangan la anak ambik perangai cengeng emaknya.
Kesian mama, sedaya upaya sediakan susu untuk anak.
Siapa lagi camni?
P/s : Saya memohon maaf bagi yg kurang senang dengan pos saya ni. Sy seorg suami yang sgt support breast feeding. Dan sy bantu wife sy uruskan baby dan simpan susu dia. Sy mmg selalu bergurau dgn isteri sy. Bagi yang kenal kami, tahu kami mcm mana. I love my wife & aafiyah.
Teruskan komited untuk melakukan penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada anak puan.
Meraikan ulang tahun kelahiran anak-anak biasanya kita sebagai ibu akan teruja untuk membuat persiapan agar majlis dapat berlangsung dalam suasana yang meriah dan istimewa. Bahkan kalau boleh biarlah majlis tersebut menjadi antara momen yang indah untuk dikenang sampai bila-bila oleh seisi keluarga dan tetamu yang hadir.
Jadi tidak hairanlah untuk mendapatkan elemen wow dan unik untuk majlis yang diraikan setahun sekali ini, mak-mak akan memerah idea untuk mencari kelainan. Bukan sahaja pada pemilihan tema, dekorasi, kek hari jadi bahkan lokasi majlis berlangsung juga tidak terkecuali.
Itulah juga yang dilakukan oleh ibu ini apabila meraikan ulangtahun kelahiran anaknya di balai bomba baru-baru ini.
Perkongsiannya di fb Ayu Suhana, berjaya menarik perhatian warganet. Apa tidaknya, siapa sangka rupa-rupanya kita sebagai orang awam boleh mengadakan majlis istimewa di balai bomba! Nak tahu kisahnya, ikuti perkongsian penuh di sini.
Bagaimana Cara Mengadakan Majlis Harijadi di Balai Bomba?
Neno..neno.. jadinya ramai bertanya macam mana Mama organize birthday anak-anak di balai bomba tempoh hari.. di sini dikongsikan panduan untuk rujukan bersama.
Info yang dikongsikan adalah melalui pengalaman sendiri, mungkin berbeza dengan yang lain. Namun kebiasaannya prosedur tidak jauh berbeza.
Lokasi Balai Bomba
Yang pertama, pastikan terlebih dahulu lokasi balai bomba mana yang anda nak buat majlis. Telefon dulu bertanya samada balai tersebut membenarkan diadakan majlis harijadi. Janganlah dial 999..kita bukan kecemasan, kita nak buat birthday je pun Boleh google nombor pejabat balai bomba yang kita maksudkan dan bercakap dengan pegawai yang berkenaan. Tanya tarikh yang available utk diadakan majlis harijadi anak anda. Percayakah anda ada balai yang dah fully booked sampai tahun depan? Pastikan anda membuat perancangan awal. Antara balai yang popular ialah Balai Bomba TTDI dan Sri Hartamas. Untung kami buat di Balai Bomba Cyberjaya sebab ada abam bomba influencer yang popular..hai abam Ijat
2.Step seterusnya kena buat permohonan. Tulis surat permohonan memohon kebenaran bagi mengadakan majlis di balai tersebut dan nyatakan butiran-butiran penting lain seperti tarikh, masa dan bilangan tetamu. Surat permohonan tersebut boleh di emel atau dihantar secara serahan tangan.
3.Tunggu kelulusan. Tempoh menunggu kadang kala mengambil masa 1-2 minggu. Kalau masih belum menerima sebarang jawapan, boleh follow up tanya ya. Kena sentiasa beringat yang mereka bomba ya bukan event space
4.Program aktiviti. Banyak aktiviti menarik yang abam bomba ada antaranya fire safety/ fire extinguisher demo, berpeluang menaiki fire truck pusing-pusing sambil siren dibunyikan (Mama paling excited yang ni!) dan jangan lupa remind tetamu anda untuk bawa tuala dan baju extra sebab aktiviti terakhir ialah mandi pili bomba..Dah macam waterpark. Budak-budak suka lah sangat yang ni..Splash..splash. Namun, semua aktiviti ini bergantung kepada keadaan. Sebab abam bomba sentiasa on standby. Sekiranya mereka ada operasi, mereka akan terus berkejar bertugas.
5.Sekiranya permohonan telah diluluskan, maka barulah kita start buat preparation. Bermula dengan buat invitation. Mama buat RSVP invitation guna Canva sahaja. Kemudian tempah makanan, pilih menu ringkas sebaiknya untuk mudah dikendalikan. Jangan lupa portion makanan untuk abam-abam bomba yang ohsem tu ya.
Banner birthday kami tempah tak letak nama, kosong sahaja. Jadi kalau sesiapa nak pinjam boleh roger ya. Kostum bomba nak pinjam pun boleh. Ada 7 pasang semuanya..anak sedara ramai
6. Caj Bayaran. Berapa caj yang dikenakan utk event 3 jam ini? TIADA. Ya tiada sebarang bayaran dikenakan. Namun hulurlah sedikit saguhati selayaknya untuk abam-abam bomba yang sangatlah ohsem, sangat sporting, sangat mesra, sangat cool melayani anak-anak sepanjang majlis berlangsung.
Sekian 6 tips dari Mama Firefighter. Harap membantu semua di luar sana..neno..neno
Kegembiraan pasangan ini untuk menimang cahaya mata diterjemahkan dalam bait-bait ayat menerusi kapsyen di instagram masing-masing.
Biarpun masih terlalu awal, namun pasangan ini tidak mahu menyembunyikan berita gembira tersebut sambil meminta peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.
Di dalam perkongsian terbarunya, Fasha memuat naik beberapa tips dan doa yang diamalkan untuk memiliki zuriat sekali gus menjamin kebahagiaan rumah tangga.
Syukur Alhamdulillah, kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam(kali pertama di hari pernikahan kami) Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha ?semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.
“Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil~ Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian.
“Saya ingin kongsi pada semua, Jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle. Selepas Pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya ~ belum lagi sayang.
‘Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan2 di umur dia kebanyakan dan 2-3 anak. Oh.. dia nak mintak baby cepat?.Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.
Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi ayat di dalam dia kepada pasangan yang masih belum dikurniakan anak.
“Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya. Syukur Alhamdulillah , Allah maha mengetahui. Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Sy sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sbb terlalu selesa menjadi ibu tunggal. Tiba2 je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama2 tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri.
“Lagi satu, selalu kena ingat ‘ semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila2 masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah.
Gambar ni diambil semalam di studio adikku @pinography . Terima kasih adik! @arymuzamerjuga.Tahu tak , semalam satu studio menangis ?I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat .. ? kenangan manis ❤️?Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita) ?Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur,”tulis Fasha lagi.
Sebelum ini, Aidil menerusi instagramnya berkongsi sekeping surat dan pregnancy test milik Fasha Sandha yang menunjukkan isterinya itu telah sah hamil tiga minggu.