Anak adalah anugerah yang tidak ternilai buat setiap ibu bapa. Biarpun anak itu adalah anak istimewa, namun pastinya ada hikmah disebaliknya dikurniaanNya. Sebagai ibu bapa, kehadiran anak sebegini pastinya menuntut cabaran dalam mendidiknya. Nyata bukan calang-calang ibu bapa yang terpilih oleh Nya untuk mendidik anak-anak sebegini.

Bagi Che Marsinah Murnie yang berkongsi kisah suka duka  di laman facebook  Autisme Malaysia menyifatkan anak autisme juga mampu berjaya. Katanya anaknya hampir-hampir dihantar ke pusat pendidikan awal kanak-kanak autisme (PPKI ), namun berjaya yakinkan pihak sekolah, anaknya mampu bersekolah dialiran perdana. Pengorbanannya berhenti kerja, berbaloi apabila kini anaknya antara pelajar cemerlang disekolahnya. Ikuti perkongsianya mengenai persediaannya awal buat anaknya semenjak darjah satu lagi. 


Anaknya Hampir Dikeluarkan Daripada Sekolah Aliran Perdana Kerana Autisme. Ibu Ini Kongsi Persediaan Pembelajaran Bila Anak Darjah 1

IKLAN

 Tahun Yang Indah Bersama Anak Istimewa 
Anak tunggal yang hadir dalam hidup kami sejak 8 tahun lalu. Dilahirkan overdue 10 hari secara emegency caesarean pada January 2010. Umur setahun setengah baru pandai berjalan dan hanya bercakap pada umur 4 tahun. Speech delay & mild autism. Masa tu umminya masih bekerja jadi semua terapi bergantung pada pakar. 2017 officially umminya meninggalkan alam kerjaya dan mendidik sendiri anak istimewa ini sendiri.

Hampir ditolak ke ppki semasa tahun 1, 2017 bila diberitahu masalahnya. Tanpa jemu meyakinkan guru dan akhirnya pencapaiannya melebihi kanak-kanak normal lain. Kecemerlangan di bawa hingga ke Tahun 2, 2018..ketika dia begembira dgn keputusan peperiksaannya, umminya berdiri dibelakang dengan senyuman dan linangan air mata.

IKLAN

Jangan pernah jemu dan berputus asa. Jika dia tidak berjaya tahun ini, tahun depan ada lagi. Kadang-kadang terluka hati dengan kata-kata sinis org tapi bila anak kitq berjaya maka terdiam mereka itu dengan sendirinya.

Persediaan ibu bapa & anak:

IKLAN

1. Bila anak masuk sekolah tahun 1 anda harus tahu apa subjek disekolahnya dan belajar. Ya..saya belajar macam nak exam dari Unit 1 sampai habis utk setiap subjek. 
2. Beli white board dan ajar dia sbb mereka akan terkesan bila ibubapa serius mendidik mereka. Habis mengajar bolehlah belanja dia party ice cream supaya hilang stress dia.
3. Saya biasakan dia beli buku catatan yg fancy-fancy setiap kali ke kedai. So dia jarang sgt ke rak coklat. Masuk kedai terus ke rak buku.
4. Bilik buat mcm interactive room. Ada mainan, buku2, laptop (sampingan).. sebulan sekali tukar posisi barang dlm bilik.
5. Hubungan yang rapat dgn guru2. Ikut kemampuan guru, saya bernasib baik selalu jugak video call semasa mengajar anak. Seronok guru2 tgk ibubapa semangat.
6. Saya akan mengajar subjek2 lebih awal sebelum sekolah bermula.
7. Akhirnya setelah berusaha dan berdoa, tawakal lah kepada Allah.

Nyata, setiap anak walaupun anak istimewa punya kelebihan tersendiri. Kita sebagai ibu bapa yang akan mencorakknya untuk kehidupannya yang lebih baik.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI