Apa yang kita berikan pada orang lain, itulah juga yang kita dapat. Jika kasih sayang dan perhatian yang dicurahkan, tentu sahaja kebaikan yang kita dapat. Begitulah lumrahnya.

Begitulah juga dalam mempersiapkan diri kita untuk melalui hari tua kelak. Cara dan bagaimana kita harapkan untuk anak-anak menyantuni kita begitulah sewajarnya kita sebagai anak pula menyantuni ibu ayah yang kini telah berusia.

Lantaran itu, perkongsian daripada akaun fb Akhtar Shamir ini bolehlah dijadikan panduan untuk kita melihat ke dalam diri sendiri akan tingkah laku kita terhadap orang tua. Jom semak perkongsian ini.

Seorang Ibu boleh membesarkan ramai anak, tetapi ramai anak pun belum tentu boleh menjaga seorang Ibu.

Tanda-tanda anak semakin jauh dari Ibunya.

1. Tidak rasa bersalah jika tidak menghubungi Ibunya dalam jangka masa yang panjang.

2. Tidak mahu Ibu tinggal bersama.

3. Tidak bersedia untuk menerima Ibu menziarah.

4. Tidak mengambil tahu perkembangan dan bertanya khabar Ibu.

5. Tidak mendengar teguran dan nasihat Ibu.

6. Tidak menegur kesalahan Ibu.

IKLAN

7. Tidak mengambil peduli apa yang Ibu suka atau tidak suka.

8. Tidak cuba untuk menggembirakan Ibu.

9. Tidak berusaha untuk memudahkan urusan Ibu.

10. Tidak mendampingi Ibu apabila dia di dalam ketakutan, kerisauan, kesunyian.

11. Tidak menggalakkan cucu bermesra dengan Ibu.

12. Tidak sabar dengan karenah Ibu.

13. Tidak memaafkan kekhilafan Ibu.

IKLAN

14. Tidak menjaga aib Ibu.

15. Tidak ada rasa kasih dan sayang kepada Ibu.

16. Tidak menghormati Ibu dan meninggi suara kepadanya.

Siapkan Diri Jaga Ibu Ayah Untuk Anak Kita Pula Jaga Kita!

Marilah kita sama-sama semak diri kita. Benar, melayan dan menjaga Ibu yang sudah tua ini ada kalanya mencabar. Tetapi bagaimana pula dengan kita masa kecil dahulu? Kencing pun tak pandai, berak pun bersepah-sepah, pegang sudu pun tak reti. Siapa yang ajar tu semua kalau bukan Ibu kita?

Adakah Ibu tidak sabar dengan karenah kita? Adakah Ibu menjauhkan diri dari kita? Adakah mereka berputus asa dan membiarkan sahaja kita terkontang-kanting sendirian? Sudah pasti tidak. Jadi, kenapa kita menjauhkan diri dari Ibu kita? Kenapa kita rasa berputus asa untuk menjaga Ibu kita? Kenapa kita biarkan Ibu sendiri?

IKLAN

Ibu memberikan segalanya secara percuma kepada anak-anak. Kenapa kita tidak boleh memulangkan segala yang percuma itu? Kenapa kita berkira sekarang?

Whatsapp Ibu itu percuma. Bukan sms mahal macam dulu. Jika ada wifi, video call pun percuma. Bukan video call zaman dulu mahal. Yang percuma pun kita tak mampu nak bagi?

Ibu boleh memberi sepenuh perhatian kepada kita dahulu, tetapi kita tak beri perhatian pun kepada Ibu. Kita tak peduli apa yang Ibu perkatakan. Kita rasa bosan dan tidak berbual-bual dengan Ibu.

Apa yang kita boleh buat untuk tidak memutuskan hati dengan Ibu?

1. Call bertanya khabar.
2. Video call bersama anak. Ibu boleh lihat cucu dan menjadikan cucunya lebih rapat.
3. Tanya keperluan Ibu jika ada yang perlu dibantu.
4. Sentiasa sediakan diri dan keluarga untuk menerima Ibu untuk tinggal bersama.
5. Perlu faham melayan orang tua ini seperti melayan anak kecil. Sangat perlu sabar.

Saya fokuskan kepada Ibu buat masa ini kerana Ibu yang telah kehilangan Ayah kita, sangat memerlukan anak-anaknya.

Semoga kita persiapkan diri untuk menjaga Ibu kita kerana kita mahu anak kita siap untuk menjaga kita pula nanti.

Kongsikan penulisan ini buat pedoman semua. In Shaa Allah.

sumber : Akhtar Syamir

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI