Siapa sangka, hujan yang tidak berhenti turun pada Jumaat dan Sabtu minggu lalu telah menyebabkan kejadian banjir di kawasan Lembah Klang. Ramai yang kehilangan tempat tinggal, harta benda musnah. Lebih menyedihkan lagi ada yang terkorban.
Namun siapa kita untuk tidak menidakan bencana alam ini. Lebih mengejutkan bencana banjir kali ini telah ‘menyerang’ negeri Selangor. Bahkan sekelip mata air naik mendadak sehingga beberapa kawasan dinaiki air dengan cepat.
Dalam kekalutan itu, pastinya pasukan penyelamat seperti bomba, tentera, polis dan pertahanan awam dalam bertungkus lumus membantu mangsa di lokasi banjir.
Ads
Bagaimanapun, di sosial media ada yang tohaman yang tidak sedap didengar mengenai pasukan penyelamat ini yang dikatakan lambat tiba di lokasi banjir.
Rentetan daripada itu, seorang anggota bomba,Mohamad Akmal Mohamad Khairi meluahkan situasi sebenar yang orang ramai agar tidak wujud salah faham sebagaimana yang diperkatakan di media sosial.
Ads
Yang mana menghentam pasukan penyelamat ni, meh aku nk share cerita sikit.
Kami bertugas di balai, keanggotaan setiap balai adalah anggaran 7 hingga 12 orang bagi setiap shif. Bila ada panggilan kecemasan banjir, kami semua akan bergegas ke lokasi panggilan yang pertama dahulu.
Bila berlakunya bencana, panggilan kecemasan yang masuk kebiasaannya akan bertalu-talu dan tanpa henti.
Tak termasuk lagi panggilan direct ke handphone anggota dan pegawai. Persoalannya, bagaimana kami nak hadir 10 tempat berbeza dalam masa yang sama?
Kami bertugas mengikut SOP dan KPI yang ditetapkan. Amalan kami sama seperti agensi lain, iaitu safety first. Kami bukan boleh sebarangan melakukan tugas menyelamat tanpa ambil kira soal risiko pada diri sendiri mahupun rakan sepasukan. Apa yang dah jadi pada kami pada tahun 2018 cukup terkesan pada diri kami hingga hari ini. 6 sahabat seperjuangan kami pergi meninggalkan kami serentak. Hanya Allah yang tahu hati kami.
Kami sedaya upaya membantu mengeluarkan mangsa banjir.. dengan segala apa yang kami ada. Kalau tiada bot, kami guna sampan. Kalau tiada sampan, kami sanggup dukung dan pikul mangsa sehingga ke tempat selamat.
Tiada masa nak rakam video dan ambil gambar
Kami tiada masa untuk merakam video atau mengambil gambar ketika bekerja kerana kami sememangnya tiada masa untuk berbuat demikian. Ada kala, bencana yang berlaku sangat luar biasa hingga membataskan tindakan menyelamat kami. Ketika itu, masa dan peluang adalah amat terhad untuk kami bertindak. Namun apakan daya, kami tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang.
Cukup sedih bila ada yang sewenangnya melemparkan tohmahan dan cacian kepada kami hanya kerana geram kami lambat tiba atau langsung tidak kunjung tiba di tempat anda. Wahai saudara, bilangan kami terhad, aset kami terhad. 1 pasukan penyelamat terpaksa respon berpuluh malahan beratus panggilan.
Dalam masa itu, kami akan utamakan kes yang boleh kami respon bergantung kepada tahap bahaya dan risiko yang bakal kami hadapi. Persoalan lagi, bila air naik, apa yang anda lakukan? Mengapa tidak bersiap untuk berpindah? Mengapa tidak turut bersama memberi amaran kepada yang lain untuk berpindah? Adakah kami ibarat hamba abdi anda untuk menurut segala perintah anda? Ingat, kami tidak terkecuali membayar cukai seperti anda juga.
Ada masanya, kami sanggup mengambil risiko tinggi demi menyelamatkan nyawa yang bahaya. Hingga ada kala nyawa kami ibarat di hujung tanduk ketika menyelamatkan anda. Risiko lemas, hanyut, dijangkiti kuman merbahaya dan ditimpa atau dilanggar objek dalam banjir sanggup kami hadapi untuk anda.
Tetapi ada kalanya setelah kami menggadai nyawa, rupanya anda tidak langsung berada dalam bahaya. Cuma yang berlaku hanyalah terputus bekalan air atau elektrik, atau lapar kerana tiada makanan.
Kami bukan petugas penghantar makanan, dan kami juga bukan pemandu peribadi anda untuk menghantar anda sesuka hati anda. Bahkan, kami sendiri kelaparan, kesejukan dan keletihan mental serta emosi. Tapi demi anda, kami tolak tepi untuk tetap membantu.
Berbalik kepada anggota yang bekerja 12 jam sehari mengikut shif, apabila berlakunya bencana, kami tidak tamatkan shif kami dengan balik tepat pada masa. Kami sanggup bekerja lebih masa tanpa mendapat apa-apa bayaran overtime demi keselamatan nyawa dan harta-benda anda.
Ada kala, apabila kami muncul membantu, tiada langsung sikap menghargai walau dengan ucapan terima kasih. Ada lebih teruk, pengorbanan kami dibalas dengan cercaan lambat, lembab, makan gaji buta dan macam2 lagi.
Bertugas tanpa waktu
Kepada diri saya sendiri, saya bertugas di pejabat bomba mengikut waktu pejabat. Akan tetapi, apabila terima panggilan kecemasan, saya perlu hadir ke lokasi tidak kira waktu dan masa. Tengah malam, pagi buta, hari cuti dan waktu rehat pon tetap akan saya hadir demi tugas. Bila berlakunya bencana, tugas selaku pegawai kanan sedikit berbeza dengan anggota shif.
Pegawai kanan tiada shif. Mereka perlu bertugas merancang, mengkoordinasi dan mengawal tindakan operasi sehingga keadaan selesai. Kadang kala, memakan masa hingga lebih 48 jam lamanya. Kami terpaksa melupakan waktu rehat. Kami terpaksa melupakan saat bersama anak dan isteri. Kami terpaksa melupakan penat jerih kami di pejabat kerana kami tahu, tugas kami masih belum berakhir.
Akhir kata, fahamilah kami juga. Kami juga manusia. Kami juga ada keluarga. Kami juga ada batas kemampuan. Dan kami juga ada hati dan perasaan. Fikirlah dahulu sebelum berkata-kata.
Pertama kali bergelar ibu merupakan kenangan paling terindah seorang wanita. Menyambut ulang tahun pertama anak sulung pasti akan membuatkan perasaan ibu bercampur baur antara sebak dan bahagia.
Rasa seperti baru semalam berjuang melahirkannya dan macam tidak sangka bayi pertama sudah genap usia setahun.
Hanya kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas segala nikmat bahagia diberi peluang bergelar ibu dan melihat anak membesar sihat dan gembira. Perasaan tersebut turut dirasai oleh pelakon dan penyanyi terkenal Ayda Jebat.
Ayda turut berkongsi perasaan bahagia dan bersykur kerana buah hati pertamanya menyambut ulang tahun pertama semalam.
Sama seperti ibu-ibu lain, isteri kepada selebriti Nabil Mahir ini turut menulis catatan khusus untuk Ana Nayla di Instagram miliknya.
Menurut pelantun lagu popular Nakal Nakal Nakal dan Parah Parah ini kehadiran anak sememangnya mengajar dia dan suami banyak perkara baru.
Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat turut menyelitkan doa supaya Ana Nayla menjadi anak yang baik dan orang yang berguna suatu hari nanti.
Dalam pada itu, duta jenama Watson dan Spritzer ini turut mengusik anaknya yang mempunyai muka garang agar terus kekal comel dan berkelakuan baik sentiasa.
You thought us a lot. Stay cute and behave! Jadi anak yang baik, dan orang yang berguna insyaallah. Love you boss baby @ananaylaofficial muka garang.
Mengimbas kembali kenangan anak sejak lahir hingga genap usia setahun memang macam-macam kenangan manis, lucu bahkan sedih berlaku.
Ayda sendiri berkongsi kenangan anaknya pernah jatuh katil sebanyak dua kali selain diuji jangkitan Covid-19 dan sebagai ibu, dia berharap tiada lagi kejadian lebih teruk berlaku ke atas Ana Nayla selepas ini.
Pernah jatuh katil 2 kali, kena covid sekali, jangan yang teruk lagi baby.. huhu! Baby korang macam mana dalam masa 1 tahun?
Terdahulu, Ayda sempat berkongsi di Instagram Story gambar Ana Nayla yang demam sehari sebelum sambutan ulang tahun pertamanya.
Lumrah anak kecil bawah usia setahun yang mudah dijangkiti virus demam, batuk dan selesema, Ana dilihat sangat manja dan asyik melekat dengan ibunya sahaja.
Begitulah si kecik kalau tak sihat memang jadi terlebih clingy dengan mama kan?
Apa pun didoakan semoga Ana Nayla cepat sihat dan boleh sambut ulang tahun pertama bersama mummy dan daddy.
nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Anak – anak merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang besar bagi setiap ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak untuk membesar menjadi anak yang sihat dan bijak pada masa akan datang.
Kenapa penting sangat membesarkan anak yang bijak dan berbudi bahasa? Ini adalah kerana anak melambangkan didikan ibu bapa apabila mereka berada di sekolah ataupun diluar bersama masyarakat.
Sebagai ibu bapa, mama dan papa perlu pertimbangkan bahawa anak-anak mempunyai keunikan mereka sendiri dan harus sabar dengan setiap dugaan.
Ini akan menyebabkan kematangan emosi antara ibu bapa dan anak-anak dan seterusnya melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan dihormati.
“Hanya ibu yang mengerti segalanya tentang anaknya & ibu juga memainkan pelbagai peranan untuk anak-anak. Ibu la sahabat, guru, pelindung adakala menjadi bapa kepada si anak.
“Ibu sentiasa mahukan & berikan yang terbaik untuk anak-anak but mothers! Don’t be hard on yourself atau kita rasa kita gagal kite down, get back up, a support that you can trust and always follow your instincts and don’t be too judgemental on yourselves.” Kata Intan Salleh menerusi perkongsian postingnya di Instagram.
Menurut Intan Salleh juga, tiada ibu yang sempurna tetapi para ibu harus ingat bahawa para ibu sempurna di mata anak – anak mereka.
Intan juga sangat sayangkan anak – anak mereka dan disebabkan itu Intan hanya memberikan makanan terbaik sahaja untuk anaknya agar anaknya membesar dengan sihat dan sukar untuk dijangkiti penyakit.
Untuk rekod, Intan Liana adalah bekas isteri pemuzik Ude atau nama sebenar, Muhammad Radzi Abdul Wahid, yang sebelum ini pernah menarik perhatian ramai dengan kisah pergolakan rumah tangga mereka pada 2017. Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018, sempat bermadu dengan pelakon, Izreen Azminda.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.