
Selepas tular dikatakan mengandungi sisa racun perosak yang berbahaya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan tiada sampel anggur daripada jenis ‘Shine Muscat’ mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata, dapatan berkenaan adalah hasil daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) yang dijalankan sepanjang 2020 sehingga September 2024.
Menurutnya, dalam tempoh berkenaan sejumlah 5,561 sampel sayur-sayuran dan buah-buahan import telah dianalisis bagi residu racun perosak.

“Sejumlah 234 sampel anggur telah dianalisa dalam tempoh tersebut yang mana empat (1.71 peratus) telah dikesan tidak mematuhi MRL yang tidak melibatkan anggur Shine Muscat.
“Tindakan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) pada kemasukan seterusnya dikenakan, yang mana konsainan makanan tersebut wajib ditahan dan pensampelan perlu dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, laporan The Thai Pesticide Alert Network (Thai-PAN) mendakwa anggur Shine Muscat mengandungi residu racun perosak melebihi MRL.
Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan bahawa kelulusan pelepasan di pintu masuk hanya akan diberikan jika keputusan analisa mematuhi MRL yang ditetapkan.

Jelasnya, larangan pengimportan akan dikenakan sekiranya terdapat pelanggaran yang berulang.
“Sebagai panduan kepada pengguna, setiap makanan yang diimport dan berbungkus, perlu mengandungi maklumat asas termasuk negara asal produk tersebut.
“Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk membaca label sebagai panduan.
“KKM peka dan prihatin terhadap keresahan pengguna akan perkara ini. KKM sentiasa menjalankan pemantauan di pintu masuk negara dan pasaran tempatan bagi memastikan keselamatan makanan adalah terjamin,” ujarnya.
Menarik: 12 Jam Masih Tak Rasa Nak Beranak, Raja Ilya Resah Tunggu Detik Bersalin!
MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!
Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kanak-Kanak Derita Kanser Makin Ramai, Paling Tinggi Leukemia.

Anak yang sihat dan cergas tentu akan mengembirakan ibu ayah. Malah membuatkan mereka boleh fokus kepada urusan rumahtangga.
Namun siapa kita untuk melawan takdir, apabila anak jatuh sakit. Sama ada ibu atau ayah menjadi pembawa, atau kedua-duanya mewarisi.
Kanser adalah antara penyakit yang juga menyerang kanak-kanak dan remaja. Ibu bapa kena alert gejalanya dan perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Nak tahu lebih lanjut mengenai kanser pada anak, ikuti lanjut hurian Dr Rashdan Mohamed tentang hal ini.
KANSER DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

1-Jenis kanser paling tinggi dihidapi kanak-kanak adalah leukemia, mengapa?
Kanser yang paling biasa berlaku dikalangan kanak-kanak dan remaja bawah 15 tahun adalah leukemia, diikuti kanser otak & sistem saraf, limfoma, neuroblastoma, kanser ginjal dan kanser tulang. Ini adalah hasil dari kajian yang dijalankan.
Manakala bagi remaja 15 hingga 19 tahun, kanser otak, saraf dan limfoma adalah lebih tinggi berbanding leukemia.
Leukemia itu sendiri ada beberapa jenis seperti Acute Lymphocytic Leukemia, Acute Myeloid Leukemia dan Chronic Leukemias.
Punca utama mengapa leukemia yang paling biasa dihidapi kanak-kanak mungkin sukar dipastikan. Ada banyak faktor, antaranya, kajian menunjukkan sesuatu bangsa atau etnik mempunyai peratusan risiko yang lebih tinggi untuk sesetengah kanser berbanding kanser yang lain. Ada faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi (akan dibincangkan lanjut nanti).
2-Adakah trend ini boleh dikurangkan?
Dari banyak kajian yang dijalankan, incidence kanser dikalangan kanak-kanak ada menunjukkan peningkatan berbanding dahulu, namun begitu, dengan diagnosis dan rawatan awal yang optimum, kita dapati, survival rates juga meningkat.
Sebagai contoh, secara kasar, pada era 1970-an, hanya sekitar 58% – 70% kanak-kanak dan remaja dengan kanser, hidup dalam masa 5 tahun. Namun kadar ini meningkat kepada 85% – 90% pada ketika ini (bergantung jenis kanser dan tahap). Kemajuan teknologi, pengesanan dan diagnosis awal, serta rawatan yang ditawarkan antara faktor peningkatan positif survival rates ini.
Namun, ada juga kanser tertentu yang sukar dirawat dan mempunyai survival rates yang rendah berbanding leukemia.
3-Punca kanak-kanak menghidap kanser (termasuk semua jenis kanser)?
Antaranya adalah:
3.1. Faktor genetik
Kebanyakan kanak-kanak dan remaja yang menghidapi kanser ini ada perubahan atau mutasi pada bahan genetik atau genes yang menyebabkan kanser berlaku. Perubahan atau mutasi genetik ini mungkin dari keturunan atau juga berlaku secara spontan dan semulajadi.
Sebagaimana yang kita bincang tadi, ada etnik tertentu berisiko untuk kanser tertentu. Ada juga kanser yang dihidapi itu mungkin disebabkan faktor keturunan. Ada masa, masalah genetik sindrom tertentu seperti Sindrom Down yang berisiko untuk mendapat leukemia.
Jadi, faktor genetik ini meyumbang kepada risiko untuk menghidapi kanser tertentu.
3.2. Faktor persekitaran
Faktor persekitaran juga ada peranan dalam kanser. Contohnya, merokok menyebabkan kanser peparu dan kanser mulut. Pendedahan kepada bahan-bahan kimia tertentu seperti asbestos, racun serangga dan bahan radiasi juga boleh membawa kepada kanser. Jangkitan kuman tertentu juga memberi risiko.
4-Kebanyakan kes pesakit kanser kanak-kanak didiagnosis sudah pada tahap berapa?
Ada pesakit kanser kanak-kanak yang didiagnosa pada peringkat awal dan ada juga pada peringkat lewat. Apa yang lebih utama adalah, nasihat saya kepada semua ibu bapa, untuk mengenalpasti gejala seperti demam berpanjangan, hilang selera makan, susut berat badan, sakit kepala, muntah berterusan, sakit tulang, bengkakan pada organ atau apa jua gejala yang membimbangkan untuk mendapatkan rawatan awal di fasiliti kesihatan, supaya diagnosa awal dan rawatan awal boleh diberikan
5-Jenis-jenis rawatan untuk pesakit kanser kanak-kanak?
Bergantung kepada jenis dan tahap kanser. Secara umum rawatan kanser kanak-kanak adalah:
1. Rawatan kemoterapi
2. Rawatan radioterapi
3. Pembedahan
4. Rawatan sokongan multidisiplin
5. Rawatan paliatif
Kebiasaanya, doktor pakar onkologi kanak-kanak akan mengenalpasti terlebih dahulu jenis dan tahap kanser, dan akan berbincang dengan ibu bapa berkenaan rawatan yang akan diberikan termasuk kesan sampingan dan manfaat rawatan. Ada sesetngah kanser perlu kemoterapi, pembedahan dan diikuti radioterapi.
Ada juga, seperti leukemia tertentu, yang hanya memerlukan kemoterapi. Kanak-kanak dan remaja yang menghidapi kanser ini akan dimasukkan ke unit onkologi hospital di mana mereka akan menerima rawatan yang telah dirancangkan termasuk rawatan sokongan seperti sesi kaunseling, fisioterapi, dan rawatan khusus pakar-pakar lain termasuk pakar endokrin seperti saya. Rawatan paliatif, biasanya, dikhususkan untuk pesakit kanser tahap akhir, untuk mengurangkan kesakitan dan penderitaan mereka.
6-Seawal usia berapa kanak-kanak boleh didiagnosis menghidap penyakit kanser?
Oh, kita ada pesakit seawal usia bawah 1 tahun didiagnosa menghidapi kanser juga. Secara umum, umur antara bayi hingga 19 tahun, dan kebiasaanya sekitar usia 5 hingga 8 tahun, bergantung jenis kanser.
7-Adakah kanak-kanak yang menghidap kanser berpotensi sembuh?
Benar, dengan pengesanan awal dan rawatan, juga jenis dan tahap kanser, InSyaAllah, kanak-kanak ini berpotensi sembuh. Sebagaimana kita bincang dia atas, sesetengah kanser seperti leukemia, berpotensi sembuh dengan survival rate setinggi sehingga 90%.
8-Adakah ada risiko penyakit kanser ini berulang semula, jika pesakit sudah sembuh dalam rawatan sebelum ini?
Risiko itu tetap ada, risiko untuk berulang (recurrence) atau kanser ke-dua (second cancer). Ianya bergantung kepada jenis dan tahap kanser, juga rawatan yang diberikan.
Namun, doktor pakar onkologi dan pakar lain yang merawat, akan terus memantau keadaan pesakit menerusi temujanji susulan untuk memastikan jika kanser ini berulang atau ada kesan sampingan dari kanser mahupun rawatan, melalui pemeriksaan klinikal, ujian makmal dan radiologi. Saya sendiri, ada beberapa pesakit kanser yang dirujuk kepada saya kerana mengalami masalah endokrin (hormon) susulan kanser kalenjar pituitary yang perlu dibedah dan pesakit survivor lain.
9-Nasihat kepada ibu bapa yang mempunyai anak menghidap penyakit kanser
Pertamanya, doa dan hati saya bersama semua pesakit, ibu bapa dan keluarga kanak-kanak dan remaja yang menghidapi kanser ini. Saya faham, ianya bukan mudah. Dengan penuh rendah diri, ini nasihat saya:
9.1. Berbincanglah dengan doktor pakar yang merawat berkenaan jenis, tahap dan rawatan yang ditawarkan. Tidak dinafikan, ada sesetengah rawatan termasuk kemoterapi yang mempunyai kesan sampingan tertentu yang juga ada rawatannya. Dapatkan maklumat dan nasihat dari doktor pakar
9.2. Ada juga ramai yang akan cuba “tawarkan” nasihat berkenaan “rawatan alternatif” yang mungkin akan menyebabkan kelewatan mendapatkan rawatan optimum, sehinggakan meyebabkan kanser itu melarat dan merebak ke tahap bahaya. Ada juga “rawatan alternatif” ini mengandungi bahan kimia tertentu atau teknik rawatan yang membahayakan. Ada juga yang tidak patuh shariah. Perkara-perkara sebegini hendaklah dielakkan.
9.3. Pesakit dan keluarga juga perlu banyak bantuan dan sokongan termasuk bantuan dan sokongan fizikal, moral dan psikologi ketika mendapat tahu berkenaan kanser dan ketika proses rawatan. Sokongan dan bantuan keluarga, rakan dan komuniti amat penting. Bantuan fizikal dan kewangan juga diperlukan. Keluarga terutama ibu dan ayah harus bersatu hati ketika masa sukar ini.
9.4. Sesi rawatan dan temujanji amat penting dan harus diberi keutamaan.
9.5. Terimalah takdir ini dengan hati terbuka, pasti ada hikmahnya dan bersedia untuk menempuh proses rawatan dengan positif, sifat sabar, berlapang dada dan bersangka-baik. Memang normal untuk berada dalam keadaan penafian (denial) dan marah, namun, lagi cepat untuk menerima hakikat ini, lagi cepat rawatan dimulakan, lagi tinggi peluang anak untuk sembuh dan survive, InSyaAllah
Sumber: Rashdan Mohamed
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pil Paxlovid Rawatan Covid-19, Malaysia Luluskan Penggunaannya!

Pil Paxlovid rawatan Covid-19, telah diluluskan penggunaannya di Malaysia. Penggunaan pil untuk rawatan Covid-19 keluaran Pfizer itu secara pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana.
Memetik berita Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang bersidang pada Khamis.
Menurut Dr Noor Hisham, pil berkenaan membabitkan gabungan molekul baharu, PF-07321332 dan ritonavir antiviral HIV yang perlu diambil sebagai tablet berasingan.
“Pil ini digunakan untuk rawatan Covid-19 kepada orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen serta berisiko tinggi untuk mendapat gejala Covid-19 yang teruk (severe).

“Produk Paxlovid tidak bertujuan digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi Covid-19 dan tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Pengunaan pil dengan kebenaran
Pada Disember lalu, media melaporkan pengawal selia ubat-ubatan bawah Kesatuan Eropah (EU) membenarkan negara anggota untuk menggunakan pil baharu Covid-19 keluaran Pfizer, walaupun ubat terbabit belum diberikan kelulusan rasmi.
Ia sebagai langkah kecemasan untuk mengekang gelombang penularan pantas virus terbabit yang dipacu varian Omicron.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menegaskan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat tersebut memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk antivirus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.
Kata Dr Noor Hisham, ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk tersebut kekal positif.
Dalam masa yang sama katanya, KKM akan terus komited mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan Covid-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.
Pemegang pendaftatan produk pil itu adalah Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd manakala pengilang, Pfizer Manufacturing Deutschland GambH, Jerman dan Pfizer Ireland Pharmaceuticals, Ireland.
Sumber: Sinar Harian

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Daftar nama sebagai peserta webinar di WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kawal Penyakit Tiga Serangkai, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Jus Petua Dr Dari Thailand. Boleh Cuba Buat!

Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah senarai teratas penyakit yang menyerang kebanyakan antara kita.
Apabila umur meningkat, penyakit ini mula menyerang, jika bernasib baik salah satu aje penyakit seperti darah tinggi.
Selain mendapatkan rawatan doktor, tidak salah kita mencuba petua untuk mengawal penyakit tiga serangkai ini.
Sebagaimana perkongsian wanita ini yang menggunakan petua yang didapatinya oleh seorang Dr daripada Thailand yang menggalakan amalan minum jus sayur.
Ikuti cara membuat jus sayur ini.

Sapa2 yang ada mak ayah adik beradik yang ada penyakit tiga serangkai WAJIB baca tau…sumber ilmu ni pun saya dpt dr seorang doc thailand yang mempunyai 6 penyakit iaitu darah tinggi, colesterol LDL tinggi, kencing manis, darah merah pekat,kegemukan dan buah pinggang rosak**kalau tahap smp kena cuci darah** sila rujuk doctor ya..dan beliau berjaya sembuh tanpa sebarang ubat..beliau hanya bergantung dengan benda natural je tau..ni salah satu tips beliau yang saya rasa mg berkesan iaitu bt jus sayur n buah minum sebelum makan..Dr Thailand Bagi Petua Buat Jus Sayur
sebab apa kena minum sebelum makan..sebab usus boleh menyerap nutrien2 yang ada dalam sayur buah dengan lebih baik..
sayur apa nak guna??
jalan la tepi2 rumah tgk sayur apa yang ada apa yang korang suka makan..agak2 5 6jenis sayur yang korang suka..campak2 je dalam nisbah yang sama..yang bahagian sayur korang boleh tapis ambik air saja..
buah2 apa yang sesuai??
asalkan buah tu xmanis n xmasak ok..mcm epal hijau, kiwi, apricot,mulbery ke..jgn duk kisar buah nangka,mangga masak sudah..kencing manis nek nanya kawan satg..ikt selera tekak masing..bahagian buah korang JANGAN tapis ambik air plak..sbb buah2 ada kandungan gula..nant usus cepat serap gula tu..xbaik plak..doctor tu yang cakap..
ok tips lagi

.maybe korang xsuka kan bau2 sayur dan rasa dia..korang tambah garam sikit masa nak blend air tu..cek guna garam kasar..sbb rasa dia lebih berlemak..jangan buh banyak2 tau..pastu nak tambah selera lagi..perah la air lemon ka limau ka..
sayur yang korang duk makan masak bila terkena haba..panas2 nutrien dia almost hilang hbs cik oii..tu pn doc yang cakap tau..so nak makan mentah2 kunyah2 rasa xlalu kan..korang bt mcm ni lah.. yang syok xterhingga..anak cek minum telan sat ja habis..puas hati..xnak makan sayuq sangat..bik hang..
dah siap buat buh ka kat peti ais hangpa..minum sebelum nak makan nasi..nutrien kaw2 cik oii..yang penting..daging tu kurang2kanlah.. bt jus minum pagi2 pn lagi bagus kalau korang nak kurus..
terlebih terkurang pape..mohon maaf je..cuma nak berkongsi ilmu dengan kawan..selamat mencuba.
Sumber: Khun kay via Masak Apa Hari Ini (MAHN)
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

