Waktu Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini, pelbagai cara dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam mengisi masa lapang. Antaranya mencipta resipi baru seperti kopi Dalgona, menghias rumah, berkebun dan banyak lagi sehingga tular di media sosial.
Paling mendapat tumpuan pastinya saat ibu-ibu melakukan dekorasi kediaman sehingga ada yang sama-sama berkongsi idea masing-masing.
Bagi yang lebih kreatif, bukan hanya di dalam rumah, bahkan ada yang berjaya membina sebuah dangau yang cukup comel. Itulah yang dikongsikan oleh Norsuhaida Rusdin apabila ayahnya berjaya membina sebuah dangau di sebelah rumah sewaktu PKP.
Ads
Dangau PKP ayah cheq. Ayah Rusdin Daud seorang yg tak reti dok diam, super duper kreatif. Ada ja idea dlm kepala dia.
Ads
Masa PKP mula2 dikuatkuasa pada 18 Mac aritu, bermula la idea dia buat dangau tepi rmh. Semua kayu2, rotan, atap daun langkap dia amik kat hutan blkg rmh. Semua guna kederat dia dan dibantu mak.
Kalo tgk keseluruhan dangau ni, memang bukan kaleng-kaleng. Antik dan penoh seni. Amat bernilai kurniaan Allah kat ayah.
Ads
Alhamdulillah, beruntung kami anak cucu dapat merasa suasana mcm ni. Dangau ni dah jadi tempat liburan kami sekeluarga. Tenang, damai , sejuk
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila kita, ibu bapa suka marah anak dengan emosi, tanpa sedar kata-kata dan perbuatan kita juga akan penuh dengan emosi. Ibu bapa tentunya tidak dapat mengelak daripada memarahi anak-anak. Sudah namanya kanak-kanak tentulah ada masanya boleh menguji kesabaran kedua ibu bapanya.
Apabila emosi kita tidak terkawal secara tidak langsung akan mendorong kita untuk menghukum juga dengan emosi. Ingat ini bahaya! Sesuatu yang dipenuhi dengan emosi akan menghiris hati anak-anak. Ibarat pisau yang cukup tajam, dengan hirisan nipis sudah meninggalkan luka yang amat pedih.
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.
Keadaan yang sepatutnya menjadi hukuman yang ada didikan ke anak-anak, jadi sebaliknya. Paling ditakuti keterlaluan emosi marah boleh membawa kepada anak itu dipukul teruk. Ini yang jadi kes dera anak.
Anak-anak adalah amanah buat kita. Tidak semua yang sudah berkahwin macam kita dapat rezeki ada zuriat. Kadang-kadang berbelas tahun kahwin, tak ada rezeki lagi. Jadi hargai anak-anak dengan mendidik mereka, diberi kelembutan dan kasih sayang.
Satu lagi yang perlu diingat, kita juga manusia. Sangat tidak sempurna. Lagilah anak-anak yang kecil. Mereka cuma belajar dengan cara melihat dan mendengar.
Oleh itu, wahai ibu bapa, elakkan marah dengan emosi. Kalau kita rasa kita sedang dalam keadaan yang tidak tenteram, jauhkan diri daripada anak-anak. Takut kita marah luar daripada batas.
Apabila perasaan kita sudah tenang semula, baru datang semula pada anak tadi. Pegang mereka dan tegurlah dengan kata-kata yang paling lembut dan sesuai. Dari hati. Ini lebih berkesan daripada kata-kata keras dan tinggi suara.
Seperti menyatakan cinta, mesti dengan suara yang lembut dan ayat yang tersusun indah bukan? Begitulah.
Rambut adalah mahkota wanita yang sangat berharga. Setiap wanita ingin memiliki rambut yang sihat dan cantik termasuklah wanita yang bertudung.
Petua Hebat Untuk Ibu Yang Ada Masalah Rambut Gugur. Guna Bahan Dari Rumah Aje
Rambut dijaga rapi tentu sudah tentu membuatkan rambut yang tidak kering, sihat, lebat dan bersinar.
Namun tiada jalan pintas untuk mendapatkan rambut seperti yang diidamkan jika kita tidak tahu menjaga dan merapikan rambut dengan baik.
Selain menggunakan pelbagai jenis produk kecantikan yang berada dipasaran, boleh mencuba menggunakan beberapa petua penjagaan rambut cara ilami. Penjagan rambut termasulah petua yang sering diamalkan untuk merawat masalah keguguran seperti limau nipis, daun bunga raya, kulit tembikai dan lidah buaya.
Petua rawat keguguran rambut
. Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.
. Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
.
Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.
. Petua 4: Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat
.
Insyaallah.. Semoga dengan tips yang dikongsikan ini dapat menjadi ilmu yang bermanfaat untuk semua.
Kadang-kadang pelik juga bila kita dengar anak mengadu bosan kepada kita, sedangkan zaman kanak-kanak seharusnya adalah zaman yang begitu menyeronokkan sepertimana yabg kita pernah lalui semasa kecil.
Setiap masa ada sahaja perkara yang meriangkan akan kita lakukan bersama keluarga dan kawan-kawan. Malah kita tidak tahu makna bosan ketika itu.
Berbeza anak zaman sekarang, selalu mengadu kebosanan! Jadi apa perlu kita sebagai ibu ayah lakukan?
Nak tahu cara penyelesaiannya, ikuti perkongsian daripada Dr Rozanizam Zakaria ini.
BIAR ANAK-ANAK BOSAN? TIPS NO. 7 PALING PENTING!
1. Bila anak-anak mengadu bosan, ramai ibu bapa yang akan panik dan cepat-cepat beri penyelesaian kepada masalah anak yang bosan. Maka macam-macam mainan dibeli, gajet diberi sebagai pengisi masa atau terus mengarahkan anak berbuat itu dan ini.
2. Sebenarnya bukan penyelesaian segera sebegitu yang kita perlukan. Sifat panik dan kemudian beralah dengan memberi penyelesaian langsung kepada anak sebenarnya hanya memuaskan ego kita sebagai ibu bapa. Mungkin sebab kita kurang beri perhatian kepada anak-anak secara peribadi, kita terus bertindakbalas dengan anak – selalunya didorong rasa bersalah (damage control).
3. Menghadapi kebosanan adalah satu kemahiran yang penting dalam perkembangan anak-anak! Cara mereka menghadapi kebosanan akan membentuk kemampuan mereka untuk meneroka imaginasi, membina keyakinan diri, ‘self assertion’ (kemampuan menguruskan keinginan sendiri), individuation, menguasai inisiatif sendiri (mengenalpasti masalah, meneroka segala kemungkinan dan mencuba penyelesaian yang difikirkan sendiri).
4. Bila anak mengadu bosan, jangan terus ‘react’ tetapi ‘reflect’ dulu. React – terus bagi penyelesaian. Reflect – guna teknik “Wait, Watch dan Wonder”
WAIT – beri anak-anak masa untuk merasa bosan. “Jangan terus bagi first hand solution”
WATCH – perhati bagaimana dia menguruskan perasaannya sendiri. Duduk di sisinya dan mendengar pun suatu langkah besar dalam mendidik mereka menguasai kemahiran ini. Setiap minit dia bertahan dengan perasaan ‘bosan’ tanpa menangis atau merengek sebenarnya adalah ‘learning period’ untuknya.
WONDER – bantu dia mengenalpasti perasaan tersebut dan beri dia ruang meneroka penyelesaian. Tunjukkan hint jika perlu tetapi jangan beri jawapan.
“Adik rasa bosan macam mana?””Abi pun kadang-kadang rasa bosan..tak tahu nak buat apa?
Fahami apa erti bosan pada mereka – mungkin kebosanan itu bukan sebab tidak ada apa yang hendak dimain tetapi hendakkan perhatian kita/ hendakkan rakan sepermainan.
5. Ransang pemikirannya untuk cari penyelesaian sendiri.
“Kalau papa bosan, Adik rasa apa Abi boleh buat?”
“cuba tengok sekeliling, apa yang adik rasa adik boleh buat”
“jom kita pusing keliling rumah, tengok kalau-kalau ada ubat untuk bosan, kalau ada, Adik ambil 2 sebab Abi pun nak guna kalau Abi bosa nanti”
“cuba Abi geletek kaki Adik, selalunya nanti akan keluar idea..”
6. Gunakan kreativiti anda untuk meransang kreativiti mereka. Barulah sel-sel otak mereka berhubung!
7. Nak didik anak mampu menguasai kebosanan, kita juga perlu ada kemahiran itu. Kalau kita 24jam isi masa lapang dengan telefon, gajet, televisyen (sebab kita sendiri tak tahan bosan), jangan harap anak-anak boleh handle. Itu masalah genetik namanya!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.