Setiap antara kita mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri. Ini sebagaimana seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini. Meskipun disahkan autisme, Muhammad Zul Muazzam Zul Azman bukan sebarangan kanak-kanak sebaliknya berbakat besar dalam penghasilan khat selain celik al-Quran.

Lebih mengagumkan, anak istimewa ini hanya mempelajari seni khat menerusi YouTube, bukan menerima pendidikan khusus daripada pakar atau mana-mana guru.

Anugerah Anak Istimewa, Dapat Hasilkan Seni Khat Tanpa Berguru Raih Perhatian Warganet!

Dia juga kini menjual karyanya pada harga serendah RM10 hingga RM50 secara dalam talian selepas hasil tangan itu dikongsi ibunya, Shazlita Yusoff, 36, di Facebook (FB).

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Memetik laporan Harian Metro ibunya iaitu puan Shazlita berkata, bakat anaknya disedari seawal usia enam tahun apabila Muhammad Zul Muazzam sering menghafaz surah al-Quran sambil menulis potongan ayat berkenaan pada kertas.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya menyediakan alat menulis khat supaya dia tidak bosan dan dapat memanfaatkan masa terluang. Tidak sangka, hasil tangannya semakin ‘menjadi’, malah mendapat pujian ramai.

“Dia bukan sahaja boleh melakar pelbagai zikir, tetapi juga ayat suci al-Quran mengikut kreativiti sendiri selain mengenakan tona warna yang menarik sebagai latar belakang lukisan.

IKLAN

“Semua tulisan khat yang dihasilkan daripada ilham sendiri tanpa tekapan (daripada khat sedia ada).

“Anak saya seorang yang ceria namun agak terbatas untuk berkomunikasi dua hala dan saya dapat rasakan penulisan khat ini seperti terapi buat dirinya sebagai penghidap autisme,” katanya yang ditemui ketika pulang bercuti di Kampung Gual Nibong, Gual Periok di sini.

Shazlita berkata, anak sulung daripada empat adik beradik itu dihantar mengikuti Program Pendidikan Khas (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Unjur, Bukit Tinggi di Klang, Selangor.

Anugerah Anak Istimewa, Dapat Hasilkan Seni Khat Tanpa Berguru Raih Perhatian Warganet!

Suri rumah itu berkata, dia sangat tidak menyangka hasil tangan Muhammad Zul Muazzam menjadi tarikan orang ramai selepas dikongsi di FB.

“Selain itu, anak saya juga mampu menghafal al-Quran serta membacanya secara bertaranum dengan baik. Jika saya sendiri terlupa halaman muka surat surah tertentu, dia boleh memberitahunya dengan tepat.

“Antara surah yang sering dibaca ialah al-Waqiah, Ar-Rahman, Sajadah, al-Mulk, al-Kahfi dan Yaasin.

IKLAN

“Alhamdulillah, dia juga tidak pernah lupa mengerjakan solat lima waktu serta sering mengingatkan kami sekeluarga agar sembahyang di awal waktu,” katanya.

Menurutnya, tiada sebarang petua dalam mendidik anaknya itu, tetapi sudah mendedahkan mereka dengan al-Quran sejak kecil.

“Bakat Muhammad Zul Muazzam pula saya kira sebagai anugerah Allah selepas diuji menghidap autisme,” katanya yang berharap anak istimewanya itu dapat menjalani kehidupan seperti insan lain dan boleh menjadikan seni khat sebagai kerjayanya kelak.

Sumber : Harian Metro

IKLAN

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Anugerah Anak Istimewa, Dapat Hasilkan Seni Khat Tanpa Berguru Raih Perhatian Warganet!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI