Setiap anak-anak ada cara tersendiri nak bahagiakan mak ayah mereka. Bagi yang berkemampuan, pastinya harta benda yang akan diberi sebagai balasan membesarkan mereka sehingga mampu menjadi manusia yang berguna. Bagi yang kurang berkemampuan pula, ada jasa mereka yang mungkin dapat dilihat dari mata kasar atau tidak bantuan mereka untuk orang tua mereka.
Baru-baru ini, penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad ada memuat naik kejutan yang dibuat untuk bonda tersayangnya yang lebih dikenali sebagai Mak Jenny. Dalam video tersebut, jelas kelihatan ruang dalam rumah yang dalam proses ubah suai dan ruangan yang disiapkan terlebih dahulu dan menjadi tumpuan adalah keadaan bilik ibu tersayangnya itu.
Video yang dimuat naik di laman Instagramnya itu turut memaparkan keadaan bilik Mak Jenny sebelum dan selepas diubah suai. Perbezaan yang ketara itu telah mencuri perhatian ramai termasukan tuan bilik itu sendiri dengan berkata “apa cantik bona ni?” ketika melihat sekitar bilik yang hiasan dalamannya itu tidak tumpah seperti sebuah bilik hotel iaitu terdapat sebuah katil baru, almari yang dipasang siap dan set televisyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut berkongsi rasa sebak melihat usaha Nubhan menggembirakan hati ibunya. Malah, merek juga turut berkongsi impian untuk membuat perkara yang sama jika diberi peluang sebegini.
Satu perkongsian diulang siar oleh puan Ashikin Hashim menerusi laman facebooknya cukup menyentuh hati. Perkongsian itu dimuat naik satu ketika dahulu selepas terkesan dengan berita kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan jalan raya.
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Menurut Puan Ashikin, hebatnya ayat Allah ini yang mengingatkan kita, bukan hanya sekadar lafaz bila dengar khabar kematian. Sebaliknya ia adalah tanda peringatan oleh Allah SWT terhadap kita yang masih hidup ini.
KEMATIAN ITU PASTI: BAJU SUAMI YANG TERAKHIR AKU GOSOK —————————————————————————————————
Edisi Repost
Mak-mak…
Allah berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat 156
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Inilah ucapan istirja yang paling banyak saya dengar dan baca hari ini kerana perginya menghadap Allah, 2 orang insan yang dipanggil ibu dan ayah oleh anaknya yang bernama Hana Safiyyah iaitu pelajar Genius Aulad Seksyen 23 Shah Alam.
Peristiwa ini berlaku seolah-oleh ulangan kejadian yang menimpa sahabat kepada anakanda saya iaitu Daris yang juga kehilangan ibu dan ayah (termasuk adik bongsunya) di dalam satu kemalangan jalan raya sama seperti ibu ayah Hana Safiyyah.
Ucapan ini diucapkan apabila kita mendengar khabar dukacita (bukan hanya tentang kematian).
Hebatnya ayat Allah ini. Ayat yang mengingatkan kita, bukan hanya sekadar lafaz bila dengar khabar kematian. Kita yang hidup ini yang sebenarnya diperingatkan oleh Allah SWT 😭
Mak-mak…
Ucapan ini adalah ucapan untuk kita juga sebenarnya.
Kita kepunyaan Allah. Suami kepunyaan Allah. Anak-anak kepunyaan Allah. Ibu ayah kepunyaan Allah.
Tiada pun milik kita. Allahu akbar 😭 Tiada yang milik kita. Allahu akbar 😭
Semua yang kita ada hatta suami yang paling kita cinta dan damba setiap waktu pun kita tak mampu nak pegang hati dia. Walau kita tembok dia sekukuh tembok besar China sekalipun takkan dapat kita menahan dan memegang hatinya.
Semua yang kita ada hatta anak-anak yang kita sayang dan jaga bagai menatang minyak yang penuh. Tak bagi walau seekor nyamuk gigit anak kita pun tak mampu kita ikat dan paksa dia dengar cakap kita.
Hati mereka Allah yang pegang.
Kita hanya mampu merayu, sembah sujud dan mohon kepada Allah untuk minta kepada Allah.
Maka apa yang kita bangga sekarang: suami romantik, anak bijak, rumah besar, kereta mewah, pekerjaan hebat.. Itu semua ihsan Allah. Itu semua hibah dari Allah.
Satu hari nanti kita bakal menghuni barzakh. Lebih lama dari kita huni dunia mungkin.
Allahu akbar 😭
Bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa kita. Tapi kita selalu alpa. Kita leka dengan dunia. Bangun tidur ingat dunia. Solat kita susahnya nak khusyuk Doa tak sungguh-sungguh. Kita tak jadikan akhirat dan jumpa Allah itu matlamat kita Ini semua saya 😭 Saya cakap pada diri saya sendiri.
Mak-mak…
Ramai yang risau kalau aku mati siapa nak jaga anak-anak aku. Kalau aku dengan suami aku mati serentak macamana rumah, kereta, duit, anak-anak. Kalau aku yang pergi dulu, suami aku kahwin lagi ke.
Allahu akbar… Itulah fikiran kita. Betul tak mak-mak.
Saya pujuk diri.
Janganlah risau… Allah ada.
Allah sebaik-baik PERENCANA. Allah sebaik-baik PERANCANG.
Dari kita mati sampai ke siapa yang menjaga apa yang kita tinggalkan semua Allah dah susun atur cantik.
Jom lah mak kita teruskan hidup ini.
Semoga Allah bagi senafas lagi buat kita untuk terus berbakti kepada keluarga. Mungkin hari ini hari terakhir kita gosok baju suami kita.
Bersyukur rasanya apabila memiliki pasangan yang sehati sejiwa. Kebahagiaan semakin bertambah dengan kehadiran zuriat, pelengkap ikatan kasih sayang suami isteri.
Apatah lagi, apabila pasangan tidak pernah lupa akan hari-hari Istimewa baik hari jadi mahupun ulang tahun perkahwinan.
Hairul Azreen dan isterinya, Hanis Zalikha memang cukup dikenali sebagai pasangan yang romantik dan bahagia.
Dalam perkongsian nya menerusi laman instagram, Hairul berkongsi ucapan sempena hari jadi isteri tersayang. Cukup sweet sambil mengimbau kenangan lalu.
Happy birthday to my wife, @haniszalikha Tak sangka inilah wajah isteri saya, dari zaman kawan,bercinta, tunang & sampai lah dah ada Yusuf & Alisa , HAaaa ( Jibu ) 🤣 takpernah pun terfikir dapat isteri secantik ayg, tiap2 malam.
Kita sembang mcm zaman baru bercinta walhal dah hampir 5 tahun kita kahwin, selalu beborak betulkan salah silap kita berdua, salah silap kita dgn keluarga , salah silap kita dgn kawan2 , dgn kerjaya tak pernah jemu pandang & sembang dgn ayg , hehe.
I tau la i yg paling manja selalu mengadu pasal shooting i nak buat itu i nak buat ini n ayg setia mendengar pastu bagi pendapat yg terus i rasa nak peluk kuat2 hehe
HANIS ZALIKHA ayang lah buat i jadi kuat utk berjaya 💪🙏🏻💪 ermmmm tak tau nak ckp apa lagi hehe rasa malu plak tulis mcm ni, tp terima kasih jadi mak kepada anak2 kita, semoga ayg panjang umur & InsyaAllah sama2 kita bawa Keluarga ke jannah dgn izin Allah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila mempunyai peribadi yang mulia dalam diri sudah tentu kehidupan diri dan keluarga dipermudahkan.
Begitu juga sikap santun diri pastinya akan mempengaruhi pemikiran dan setiap tindakan.
Namun begitu yang terjadi kepada sepasang suami isteri ini yang alpa kepada peribadi mulia.
Sepasang suami isteri ditahan polis atas kesalahan merentas negeri tanpa surat kebenaran selain menghalang penjawat awam ketika melalui pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) COVID-19, di Jalan Junjong, Kulim semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, anggotanya menahan kereta jenis Honda Jazz hitam yang dinaiki pasangan suami isteri itu bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.
Beliau berkata, pasangan itu dari arah Pulau Pinang memaklumkan, mereka mempunyai urusan pertukaran sekolah anaknya ke Kedah namun gagal menunjukkan surat dokumen berkaitan persekolahan.
Anggota polis berkenaan cuba menjelaskan secara berhemah dan tegas kepada pasangan berkenaan bahawa sebarang pergerakan rentas negeri tidak dapat dilakukan sekiranya tiada surat kebenaran.
Anggota polis itu kemudian meminta kad pengenalan dari lelaki berkenaan untuk pemeriksaan rutin namun pasangan suami isteri itu keluar dan memaki hamun anggota terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azhar berkata, berikutan itu pasangan berusia 37 dan 40 tahun itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk tindakan lanjut manakala kanak-kanak berkenaan dibebaskan dan diserahkan kepada ibu saudaranya.
Beliau berkata, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).
Manakala isterinya ditahan mengikut Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No.2) 2021,” katanya.
Sumber: Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.