Dalam menjalani rutin harian, kita tak lari dari menaiki kenderaan bagi menyelasaikan tugasan harian, tak sah dalam masa sehari kita tak bertemu dengan kesesakan lalu lintas. Masih ramai lagi rakyat Malaysia tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Ada yang melebihi had laju, ada yang menggunakan lorong kecemasan, malah ada juga yang tergopoh-gopoh membawa kenderaan sehinggakan ada yang spesis suka ‘mencucuk’ rapat dengan kereta!
Perkara tersebut boleh mengakibatkan kemalangan, sekaligus melanggar bahagian belakang kereta orang depan. Pemandu kereta hadapan sudah tentulah panic! tidak tahu untuk buat apa-apa terus.
Ikuti langkah dan tips dari peguam jika kereta anda dilanggar dari belakang.
1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda.
Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.
4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.
5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Walaupun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.
6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.
Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.
8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda.
Bagitahu kepadanya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.
9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi diingatkan, tak perlu minta wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.
Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain.
Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus
10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.
11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.
12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.
13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.
14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.
Mudah bukan?
Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang-undang.
Semoga perkongsian tips ini dapat membantu anda, jangan lupa patuhi undang-undang yang ditetapkan!
sumber: FB Muafakat Johor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat yang berkali-kali mencuba menanam daun sup, namun asyik mati sahaja tentu boleh membuatkan rasa tidak puas hati.
Jadi apa kata, jangan putus dan terua mencuba menanam dengan kaedah sebagaimana yang dikongsikan oleh Aimah Raiyan.
Pokok Sup
Lama sebenarnya nak share cara akak semai pokok sup.Sebelum ni akak semai guna peatmoss.Dari sepeket 2biji je bercambah.Tu pun makan masa.Jejak sebulan baru timbul.
Sekarang dah tak pening2 lagi nak semai dia.Boleh ikut cara ni kalau rase ia senang.Peratus benih yang bercambah pun tinggi.
Cara ada di pic ye.
Step 1
Tabur benih agak2 pada span
aquarium. Air paras2 span je.Janji span tu basah.Dah mula keluar daun,boleh tukar air tu pada baja AB.Cepat sikit besonya.
Step 2
Step 3
Ni umur akak tak berapa ingat. Sebab tak catat pun masa semai. Besar dari ni sikit dah boleh alihkan.Bila dah umur2 segini kena rajin top up air baja tu. Cepat kering.Ni letak kat tempat redup je.Sebab umah akak memang susah cahaya matahari derect nak masuk.
Ni semua anak kecil tadi yang telah membesar.
Ni dah bagi mak dan jiran sepasu sorang. Banyak sangat, sepasu panjang tu pun tak habis makan.
Ni yang akak tanam di kebun, daun besar gedabak. Sebab kat kebun cukup cahaya matahari.
Kalau nak tahu,pokok sup ni salah 1 pokok yang akak selalu gagal tanam sejak mula2 berkebun dulu.
Perpuluh kali cuba baru berjaya.(yang hidup 2 pokok tu lah).
Sekarang tidak lagi.Dah bertahun akak tak beli daun sup di kedai.
Siapa sahaja yang tidak mengenali Bonda Rozita, wanita hebat yang telah mencipta nama di dalam dunia perniagaan meskipun dibesarkan dalam keluarga yang miskin, kemudian berkahwin seawal usianya 18 tahun, bahkan pernah diuji berpisah dengan suami.
Namun itu semua tidak menghalangnya untuk membesarkan anak-anak dengan sebaik mungkin dan seterusnya dapat mengecapi kehidupan yang mewah dan berharta.
Seiring masa berlalu, usia semakin matang dengan menenpuh asam garam kehidupan, kini Bonda Rozita punya hasratnya yang tersendiri.
“Saya melalui kehidupan hari ini orang melihat saya berjaya. Saya ada syarikat yang banyak dan besar, antaranya Sendayu Tinggi Holding, Sendayu Tinggi Manufactury, dan orang paling kenal sekarang resort saya iaitu Rumah Hutan Terapi Alam.
“Jika nak kenang balik, saya ini siapa. Saya ini tiada siapa-siapa sebenarnya.
“Matlamat saya kini satu sahaja, saya ingin mengakhir usia saya dengan cara yang paling terindah yang boleh dijadikan contoh kepada anak-anak saya dan anak bangsa supaya tidak meletakkan rasa rendah diri bila tidak berpelajaran, miskin, ibu tunggal juga boleh menjadi somebody,” ujarnya mesra.
Tangan Menghayun Buaian Boleh Menggoncang Dunia
Bercerita lanjut lagi apabila ditemui di Rumah Hutan Terapi Alam baru-baru ini berkenaan pengalaman hidupnya, nyata aura yang dimilikinya cukup luar biasa.
“Kalau diikutkan saya ini, saya tak layak jadi pengasas atau pengarah urusan pada syarikat yang besar. Saya ini hanyalah seorang cleaner ataupun tukang masak kantin sekolah.
“Dan bila memiliki nama Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn Bhd dan bergelar pengarah urusan, nak turunkan tandatangan chek saya menggigil. Kenapa begitu berani nak buka syarikat besar sedangkan nak ikutkan buka enterprise pun belum tentu layak.
“Tapi itulah kekuatan seorang ibu untuk membesarkan anak-anak. Dan betul kata pepatah Melayu, tangan menghayun buaian boleh menggoncang dunia,” cerita Bonda penuh bersemangat.
Makin Cantik & Energetic
Tidak dinafikan jika dilihat pada penampilan terkini Bonda Rozita, diakui makin langsing, cantik persis anak dara. Lantaran itu ramai tertanya-tanya rahsia Bonda Rozita kekal sihat.
“Ramai komen kata, bonda energetic, sihat dan berpenampilan macam orang muda. Pun begitu tidak dinafikan ada juga yang benci saya.
“Bagi saya sihat itu adalah anugerah Allah, dengan sihat boleh beribadah dan kekayaan sebenar adalah sihat.
“Rahsia saya adalah tidak buruk sangka dengan orang. Kedua saya selalu menyayangi alam, sebab alam ada aura untuk saya. Saya berkawan dengan orang yang positif.
“Selain itu saya akan bangun awal pagi, saya juga bercakap dengan diri sebelum dan selepas bangun tidur. Niat yang baik-baik.
“Tidak itu sahaja, makan makanan sihat itu juga penting. Saya tak akan makan sesuatu makanan selagi belum tahu kebaikan untuk tubuh badan. Selain itu, akhirnya banyakkan zikir,” uajarnya berkongsi tip kekal sihat dan bertenaga.
Malah banyak lagi kisah menarik dikongsikan bersama KELUARGA. Semua itu ada di dalam video segmen Keluarga Inspirasi eksklusif bersama Bonda Rozita. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Sejak kebelakangan ini, semakin menjadi-jadi isu curang dan orang ketiga dalam rumah tangga diperkatakan. Ini bukanlah perkara baru, namun ianya semakin didedahkan kerana sikap ‘orang ketiga’ yang tidak serik-serik mengganggu rumah tangga orang dan juga sikap berani mereka yang dilihat ‘biadap’.
Selepas pendedahan dari beberapa orang artis mengenai perkara ini, ramai yang tampil memberi pandangan mengenai isu ini. Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan perkara ini.
Sehubungan itu, penyanyi nasyid wanita Bienda menasihat para isteri untuk tidak mengalah jika berdepan dengan masalah rumah tangga apatah lagi masalah gangguan orang ketiga.
Menerusi temu bual dalam program Wanita Hari Ini (WHI), Bienda meminta para isteri untuk mengubah keadaan daripada hanya berserah.
“Isteri-isteri jangan mengalah. Kita cuba ubah keadaan itu tapi kena selalu dengan suami sebab suami kadang-kadang dia tak cakap tapi suami ni dia manja dia nak kena selalu dekat dengan dia.
“Kena selalu ikut dan ada dengan dia even media sosial dia pun kita kena pantau, jangan lepas tangan! Jangan rasa malaslah nak fikir sebab kita malas, kita buka ruang.
“So kita kena fikir, tak kisah kita ada anak-anak ke, kadang-kadang orang cakap kita kena bertahan sebab ada anak-anak… jangan! Kita jangan kalah dengan skandal!” kata Bienda.
Malah, pelantun lagu Penantian itu turut memberi tips dan doa kepada para isteri amalkan untuk kebahagiaan rumah tangga.
“Kita isteri, Allah dah rezekikan kita jodoh dan suami kita pun kena sama-sama doakan banyak-banyak untuk suami kita, Ya Allah Ya Tuhanku, bukakanlah pintu hati dia Ya Allah untuk selalu melihat aku cantik, aku ini cukup untuk dia, tundukkan pandangan mata dia untuk melihat wanita-wanita lain.
“Ini tips, doa itu penting dan Bienda cakap benda tu betul. Honestly, Bienda kata memang sangat-sangat berhasil,” kongsinya lagi.
Semoga perkongsian dan pandangan dari Bienda ini memberi manfaat kepada para isteri di luar sana.
Lydia Ibtisam meninggal dunia pada petang Khamis selepas bertarung dengan komplikasi penyakit autoimun. Pemergian pelakon drama Impian Illyana mengundang rasa sedih dalam kalangan rakan artis dan peminat.