Membina dan meningkatkan sistem ‘kekebalan’ tubuh melawan penyakit atau dipanggil sistem imun tubuh penting ketika ini dalam mempersiapkan diri untuk kekal sihat. Berkongsi cara untuk tujuan tersebut, Dr Suriyakhatun berkongsi info untuk semua.
Ramai tanya, nak buat apa untuk tingkatkan imun supaya kalau kena ambil vaksin ka atau terkena Kobid ke badan dapat terima dan tak terjejas.
Ni syur dari saya :
1, Jaga makan minum, jangan benarkan organ detoks badan kita terjejas dengan tabiat suka makan makanan tercemar, makanan tiruan, makanan tak segar. Sebenarnya banyak makanan berproses dan yang kita beli sudah siap jatuh dalam kategori ini. Banyak pengawet pewarna dan perasa tiruan, tidak berapa segar ( ingat dari daging segar ke burger nugget tu semua ?) Contohnya: Ayam di jual tanpa di simpan sejuk dan sudah putus talian sejuknya, ayam yang ada antibiotik. Pengambilan makanan berproses dan refined, banyak gula dan tepung putih semua itu jejas organ detoks serta pincangkan microbiome usus. Microbiome usus penting untuk sistem imun yang optima.
2. Jaga emosi . Jangan layan rasa paranoia panik dan takut melampau yang sering tercetus dengan keadaan sekarang. Banyak benar berita dan andaian, Saya ikut media alternatif , tokoh perubatan alternatif semua saya ikut dan baca pendapat mereka . Entah kenapa sejak ada Kobid ini , mereka pun dah bagi pendapat yang terlalu menakutkan dan ada kalanya saya terpaksa nilai semula dengan keadaan real world. Butir kebenaran ada dalam pendapat mereka namun banyak dari apa yang disebutkan adalah andaian juga yang belum ada bukti kukuh . Sebenarnya inilah yang saya selalu ulang, Jangan duduk dalam bulatan kerisauan dan sebaliknya duduk dalam bulatan pengaruh. Ambil tindakkan yang boleh di ambil untuk keselamatan diri dan keluarga .
3. Cukupkan rehat dan buat aktiviti yang boleh imbangkan badan secara fisikal. Yang ini saya amat concerned dengan staff hospital yang sudah terlalu penat bekerja dan terpaksa pakai full PPE . Sudah tentu terbeban dan stres bertambah dengan tak cukup rehat, makan makanan beli, dan mungkin juga tak cukup makan sebab tak sempat dan emosi terganggu. Jaga rentak harian, wajibkan keluar rumah untuk dapatkan udara segar dan matahari .
3. Ada beberapa suplimen yang telah di syurkan oleh doktor yang memberi tekanan kepada non drug untuk tingkatkan sistem imun. Antara yang boleh kurangkan tindak balas negatif oleh badan bila kena Kobid atau baksin Kobid ( mohon maaf saya nak elak Bot pakcik Mark) Ini termasuk N Acetyl Cysteine ( dah kena ban oleh FDA yang tak mau orang sihat kot ) dos tinggi 1-3 gram sehari. Masih ada jual di Lazada. Zinc Glycinate atau Picolinate 30 mg sehari , Bitamin See 2-3 gram sehari . Bitamin D tiga 2000-5000 iu sehari . Mel a to nin 5 gram sehari .
4. Rawatan atau persediaan khusus prophylactic Homeopathy. Ni saya tak nak sebut nama penawar. Siapa nak tahu boleh ikut perbincangan di grup Facebook Rakan Homeopathy.
5. Badan kita ni Allah swt jadikan boleh atasi segala ancaman kepada kesihatan kita jika kita ambil langkah-langkah yang wajar . Badan kita mampu imbangkan semula namun untuk badan kita menjadi optima usaha diperlukan. Jaga medan bio badan kita dengan pemikiran dan emosi yang bersifat rahmah, sikap Harap Redah Syukur . Duá Zikir munajat. Jauhkan perasaan marah tak bersekat, benci dan dengki. Semua emosi negatif begini berada dalam bulatan kerisauan dan bukan dalam bulatan pengaruh. ( Circle of Concern versus Circle of Influence). Ada banyak lagi modaliti termasuk modaliti getaran yang boleh bantu badan kita menjadi optima.
Selagi kita hidup selagi itulah kita diuji kerana hidup itu merupakan sebuah ujian. Kerap kali kita menamakan ujian ini sebagai masalah yang menyedihkan hati dan membuatkan hati tidak tenang.
Melalui fasa tersebut, ada amalan yang boleh dilakukan dan bolehlah diamalkan.
PETUA BAGI YANG RUNSING & BERSEDIH
Amalkan surah Alam Nashrah, amalkanlah dengan seikhlas hati dan berharap sepenuhnya kepada ALLAH. Berserah diri kepada ALLAH akan segala urusan hidup akan membuatkan diri kita rasa tenang, walaupun ada beberapa masalah timbul. Mari kita fahamkan tafsiran surah ini dulu..
1.Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad)
2. Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu.
7.Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal saleh),maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal saleh yang lain);
8.Dan hanya kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya engkau berharap
CARANYA:..
1. Pada ayat 1, baca dan tiup di tapak tangan dan sapulah di dada (bacalah doa – YA ALLAH, KAU LAPANGKAN DADAKU INI )- untuk melapangkan dada kita)
2. Ayat ke 2 Baca dan tiuplah di tapak tangan dan sapu di bahu (bacalah doa – YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH BEBANAN DI BAHUKU INI…)untuk rasa berat tanggungan kita berkurangan…(masalah la )
3. Ayat ke 3, Baca dan tiuplah tapak tangan, lepas tu tapak tangan sapulah di belakang pinggang hingga sempadan punggung – sapulah 3 x… (doalah – YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH PEKERJAAN YANG AKU NAK BUAT INI…) bila buat kerja tu rasa ringan je)
4. Ayat ke 4, baca dan tiup pada tapak tangan dan semasa sapu dari muka hingga belakang kepala…sedut tapak tangan apabila sampai ke muka… buat 3 x (doalah – YA ALLAH, KAU JADIKANLAH SESIAPA SAHAJA YANG MEMANDANG AKU, MEREKA AKAN HORMAT DAN SAYANG PADAKU…) yang ni dikatakan untuk penyeri wajah…dan supaya orang hormat dan sayang…kalau yang ada suami tu elok sangat la amalkan…) pastikan, bacalah ayat seterusnya sampai habis.
Jangan lupa dekatkan diri kita kepada ALLAH dan serahkan diri kita seikhlas hati semasa bersolat, seluruh jiwa raga hanya untuk ALLAH
Saat mengetahui anak mereka menghidap penyakit yang membawa maut, hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu. Biar diuji dengan dugaan berat itu, ibu bapa ini sedaya upaya memenuhi permintaan anak kecilnya.
Adik Ahmad Danial bin Ahmad Suhairi, 7 tahun telah diberi kejutan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang yang menyantuni kanak-kanak tersebut dengan memakaikannya pakaian seragam bomba serta bergambar dengan anggota bomba yang lain.
Adik Danial yang bercita-cita untuk menjadi anggota bomba telah dibawa menaiki jentera jabatan bomba yang dipandu sendiri oleh Pengarah Bomba Pahang, Nor Hisham Mohammad.
Menurut Ahmad Suhairi yang juga bapa kepada adik Danial, sebelum anaknya berada dalam keadaan tidak berdaya, dia ada menyuarakan hasrat untuk menjadi anggota bomba kepada Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (PESONA) dan tidak menyangka impian itu direalisasikan.
Ahmad Suhairi Ali, 33, berkata walaupun anaknya tidak boleh menunjukkan sebarang reaksi, namun beliau percaya anak sulung daripada tiga beradik itu berasa gembira lebih-lebih lagi apabila berpeluang menaiki jentera bomba.
“Menurut doktor yang merawatnya, tiada ubat boleh merawat atau memulihkannya lagi, jadi kami reda dan akan buat sehabis baik untuk menggembirakannya.
“Danial memang ingin sangat menjadi anggota bomba. Setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba, dia akan teruja dan beritahu bomba adalah wira penyelamat yang hebat.
Ahmad Suhairi berkata Ahmad Danial, 7, dikesan menghidap penyakit kanser otak jenis Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat pada Mac lepas, apabila menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini ekoran keadaan matanya yang juling.
“Kami beranggapan mungkin Danial hanya mengalami sindrom ‘mata malas’ namun setelah pemeriksaan, doktor mengesahkan dia menghidap kanser otak sebelum disahkan sebagai kanser jenis DIPG.
Kanser otak DIPG adalah sangat jarang ditemui dan dikatakan tidak memberi peluang sembuh kepada penghidapnya dengan kadar survival ialah sifar, namun kami masih mengharapkan keajaiban akan berlaku dan akan terus berusaha sebaik mungkin,” katanya.
Ahmad Suhairi berkata kesihatan anaknya yang sebelum ini belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Irsyad di sini, merosot dengan cepat dan hanya terlantar serta tidak lagi mampu memberi respons fizikal sejak Mei lepas.
Disebabkan sifat kanser itu, Ahmad Suhairi berkata Danial tidak dapat menjalani sebarang rawatan seperti kimoterapi atau radioterapi dan diisytiharkan berada dalam keadaan paliatif.
Kini dia hanya terlantar di rumah sejak Mei lalu dan hanya bergantung kepada ubat- ubatan hospital sahaja. Malah, segala urusan hariannya hanya bergantung kepada ibu bapa untuk menguruskan selain perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Permintaan terakhir kanak-kanak penghidap kanser otak.Ahmad Danial Ahmad Suhairi disahkan mengidap kanser otak tahap empat; dan urusan hariannya hanya bergantung kepada ibu bapanya selain menggunakan kerusi roda untuk bergerak.Ahmad Danial bercita-cita mahu menjadi bomba namun pakar perubatan mengesahkan peluang untuk kanak-kanak ini meneruskan hidup amat tipis…Sama-sama kita doakan mereka.***Video ini adalah suntingan amatur wartawan TV3 Fazli Ahmad selepas membuat liputan.
Berdepan dengan masalah tonsil bengkak tentunya menyakitkan dan adakah perlu hingga dibedah?
Menjawab persoalan ini, wajar kita dengar apa kata doktor pakar ini bila berkongsi tentang salah satu kisah seorang pesakitnya. Jom semak.
Ketika itu ada sangat ramai pesakit. Kami yang menyambut kehadiran para pesakit ini pun jadi tak senang duduk. Kalau lambat buat kerja, lebih lama pesakit di luar menunggu.
Seorang ibu muda masuk ke bilik saya. Wajahnya kusut. Risau teramat sangat. Bersama beliau ada seorang anak kecil, usia sekitar tiga tahun. Comel, periang dan aktif.
“Anak saya ini selalu sangat demam doktor, bila jumpa doktor kat luar, mereka minta datang ke ENT. Tonsilnya besar. Saya nak dia buat operation, doktor,”
Saya dengar semua rintihan dan keluhan wanita ini. Ya, ibu mana tidak bimbang jika ada anak yang selalu jatuh sakit.
Pemeriksaan tekak, telinga, hidung dan lain-lain sistem saya lakukan dengan terperinci. Panjang lebar cerita tentang anak ini saya peroleh.
Beliau ini sebenarnya tidak perlu pun dibedah. Mengapa?
Saya senaraikan beberapa sebab yang memerlukan pembedahan membuang tonsil atau juga dipanggil sebagai ‘tonsillectomy’ :
1. Terlalu kerap alami sakit tekak dan disertai dengan demam. Melebihi tujuh kali dalam setahun. Lima kali setahun selama dua tahun berturut-turut. Atau tiga kali setahun selama tiga tahun berturut-turut.
2. Masalah tonsil yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan terlalu kerap tidak hadir ke sekolah.
3. Masalah tonsil sehingga menyebabkan masalah akut lain seperti serangan sawan.
4. Apabila doktor ‘suspect’ tonsil membesar disebabkan oleh kanser seperti saiz yang membesar sebelah bahagian sahaja. Ini perlu pemeriksaan oleh doktor.
5. Serangan tonsil secara kerap sehingga menyebabkan pengumpulan nanah di sekitar tonsil ‘peritonsillar abscess’.
Semoga tulisan ini berguna untuk kalian. Jika anak anda ada tanda -tanda ini, bawalah berjumpa kami. Kami bantu.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.