Teringat orang tua-tua dulu, selalu buat apam beras untuk dijadikan menu untuk dinikmati bersama keluarga. Biasanya mereka akan memasak apam di dalam loyang, kemudian barulah dipotong mengikut saiz yang kita inginkan. Lazimnya pula pilihan warna adalah putih atau pun menggunakan sirap ros.
Pun begitu, apam sebenarnya boleh dimasak di dalam acuan yang lebih menarik seperti yang dikongsikan oleh Puan Siti Aminah Rahman ini. Apam yang disediakan bukan sahaja cantik malah mempunyai pelbagai warna yang sangat lembut dan cantik dipandang.
Ujarnya, untuk mendapatkan warna-warna yang lembut seperti itu dia menggunakan pilihan pewarna makanan yang tertentu. Bahkan dia juga turut berkongsi tip untuk mendapatkan adunan apam yang lembut, gebu perlu dicampurkan dengan satu bahan utama iaitu, Eno.
Nak tahu lebih detail, ikuti perkongsiannya dan bolehlah dicuba membuatnya.
Resepi Apam Beras
Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk.
1 cawan gula (kalau tak suka manis guna 1/2 cawan)
1 paket mauripan
Air 3 cawan.
– Kisar semua ye. Blend anggaran 1 minit.
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
👆 masuk dalam bekas bertutup. Tuang nasi yang di blend tadi. Letak pewarna. Gaul sebati.Tutup dan biar 40-45 minit.
Cara Masak :
1.Sementara itu bolehlah panaskan pengukus, amik acuan korang, tak kira la bentuk rose ke, bentuk buah durian ke. Semua boleh.
Ads
2. Acuan tersebut disapu dengan minyak bagi rata. Pastikan kena di semua permukaan.
3. Ok setelah 40-45 minit, adunan pun dah naik. Ambil Eno Original yang pek biru tu. Tuang separuh. Gaul adunan bagi sebati. Jangan gaul laju-laju atau gaul lama-lama, adunan akan jadi cair. kalau over beat apam tak naik.
4. Sekarang tuang adunan dalam acuan. Bubuh jangan sampai penuh sangat. Kalau penuh, nanti dia membuak masa tengah masak.
5. Api dah gelegak ? Ok kalau dah gelegak, boleh letak adunan tadi di pengukus. Api sedang-sedang je tau. Kukus 10 minit. Chik minah punya pengukus besar saiz 44inci. Kalau pengukus kecik mybe kena tambah masa 2 3 minit lagi rasanya.
Ekstra tip : Tudung pengukus itu kalau malas, boleh balut kain. Kalau rajin, setiap 5 minit, buka dan lap air kat tudung tu.
Dah cukup masa mengukus. Ok try amek 1, keluarkan dari acuan. Kalau dia ringan dan nampak semua berongga-berongga halus. Means dah masak elok. Boleh angkat.
Ads
Ada kes, apam tak naik, tak jadi gebu. Kat sini, ada kesilapan sama ada over beat atau api terlalu kuat atau terlupa kat adunan kat dapoq ni dah lebih sangat masa sebab hang ralitttt tengok cita korea tu kan.. haaaipppppp ! Babab baru tau.
6. Kukus pulak kelapa parut 5-8 minit. Angkat gaul dengan garam. Garam ni ikut suka. Nak masin setara mana.
Siap
Ops lupa. Ada yang tanya, chik minah guna pewarna apa yang nampak pastel tu. Kaler ni korang boleh beli kat shopee ada, kat kedai bakery ada tapi tak semua bakery la. Rega dia Sebotol rm8.50
Sekian.. apam ni resepi mak mak kita buat dulu2 kan diorang bubuh dalam loyang patsegi je. Nak makan, potong2. Sekarang ni kite apgred la sikit letak dalam acuan rose. Nampak lagi cantik.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam usianya yang masih muda dia sudah diuji dengan dugaan yang cukup hebat. Akibat serangan penyakit misteri, Muhammad Azwar Mohd Ariff, 11 tahun yang sebelum ini merupakan johan tilawah al-Quran peringkat Negeri Kedah kini tidak mampu untuk membaca kitab suci tersebut.
Menurut ibunya, Azwar hanya mampu memegang dan meriba sambil membuka helaian kitab suci tersebut sambil menangis berikutan keadaannya yang semakin lemah dan penglihatannya kian kabur.
Bukan itu sahaja, Che Anisah, 42 memberitahu anaknya kerap muntah setelah dibacakan ayat Ruqyah sebagai salah satu usaha merawat penyakit misteri yang ditimpa sejak pulang dari Majlis Tadarus al-Quran Sekolah Peringkat Kebangsaan di Johor, 29 Julai lalu.
Che Anisah yang tinggal di Madrasah Ar Rahmaniah, Seberang Pekan Sik, dan bekerja sebagai guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Manakala suaminya pula hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan yang tidak menentu.
Tambah Che Anisah lagi, Azwar kini tidak lagi mampu ke sekolah berikutan keadaannya yang lemah.
“Azwar hanya mampu berdiri pada rakaat pertama ketika solat, rakaat seterusnya dia akan duduk dan dia juga menghadapi masalah untuk sujud kerana sakit belakang, namun dia tetap tidak tinggalkan solat.
“Minggu lalu saya membawanya ke hospital swasta di Sungai Petani bagi membuat pemeriksaan, tetapi doktor mengesahkan dia sihat.
“Saya juga membawa Azwar menjalani rawatan Islam dan setiap kali ayat al-Quran dibacakan, dia akan muntah dan berasa lega untuk seketika,” katanya.
Kekangan kewangan menyebabkan keluarga Azwar sukar untuk membawanya mendapatkan rawatan yang dicadangkan.
“Saya juga berharap pengamal perubatan di luar sana dapat membantu Azwar agar dia kembali sihat seperti sedia kala untuk terus mempelajari al-Quran dan bercita-cita untuk menjadi johan di peringkat kebangsaan pada tahun depan,” katanya.
Jika anda ingin menyalurkan bantuan untuk meringankan beban Azwar dan keluarganya, boleh hubungi bapanya, Mohd Ariff Ismail menerusi nombor di bawah:
Nombor telefon: 017 551 7084
Akaun Maybank Che Anisah: 1520 4039 2473
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Gagal Sekali Bukan Gagal Selama-lamanya!” Kata-kata ini sangat membekas dalam diri sesiapa sahaja. Seolah-olah memberikanku semangat untuk bangkit semula terutama yang mendapat result SPM yang kurang cemerlang.
Begitulah usaha yang dilakukan oleh Doktor Falsafah ini, TS Dr Mohd Fadzil Abdul Hamid nekad mengambil semula kertas peperiksaan SPM subjek Bahasa Inggeris tahun 2021.
Berkongsi di ruang facebook miliknyan kisanya boleh menjadi motivasi kepada pelajar yang kurang cemerlang keputusan SPM.
Alhamdulillah, tahun 2022 (SPM 2021) saya ambil keputusan untuk mengambil semula peperiksaan SPM bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, saya bersyukur kerana keputusan yang keluar hari ini saya mendapat B+ (Kepujian Tertinggi).
Mungkin ada yang tertanya kenapa nak ambil balik matapelajaran Bahasa Inggeris ini, secara jujurnya selepas keputusan senat UTM yang memperakui gelaran Doktor Falsafah pada Disember 2021. Saya bertanya kepada diri sendiri, “What Next?” selepas ini. Saya mula meneliti laluan kerjaya yang saya ada, jika pada masa depan saya ingin memohon jawatan pensyarah universiti (DS51/52), hampir kebanyakan universiti meletakkan syarat subjek bahasa Inggeris semasa SPM adalah Minimum B+ ataupun ujian IELTS (International English Language Testing System) dengan minimum band 6.5 . Keputusan SPM bahasa Inggeris saya sememangnya teruk iaitu D7.
Semasa zaman bersekolah menengah saya membuat banyak kesilapan bodoh. Saya bukannya tidak bijak tetapi saya tidak mempunyai tujuan hidup ketika itu dan hanya mengikut arus dan tidak matang. Semasa tingkatan 5 saya di buang asrama dan duduk rumah sewa bersama rakan-rakan sealiran yang lain. Saya langsung tidak belajar untuk ambil peperiksaan SPM. Hasilnya ada subjek dapat 8E, 7D, 5C, 3B. Oleh kerana satu subjek gagal (Kimia) maka tidak dipaparkan dalam sijil . Tanpa belajar pun saya masih mendapat 1A bagi subjek Sejarah dan Pendidikan Islam yang membuktikan saya bukannya tidak pandai. Selepas SPM, saya pernah bekerja pergi mengikut orang menjadi nelayan, atendan pam minyak Petronas dan kerja di cyber cafe.
Berbalik kepada keputusan saya untuk mengambil peperiksaan bahasa Inggeris SPM, saya terus mencari maklumat untuk berdaftar kerana ketika itu sudah Januari 2022, peperiksaan SPM akan bermula pada Februari 2022. Saya terus mendaftar dan membayar denda lewat sebagai calon persendirian. Dalam tempoh hanya sebulan saya mendapatkan bantuan daripada rakan guru bahasa inggeris untuk mengetahui format peperiksaan bagi bahasa Inggeris format baru CEFR iaitu terdapat 4 penilaian iaitu Reading, Writing, Listening and Speaking. Saya telah menetapkan sasaran yang realisitik dalam tempoh sebulan untuk belajar, saya hanya sasarkan untuk mendapatkan B+ .
Saya berterima kasih kepada Cikgu Niwashini Nambiar, Cikgu Booby dan rakan sekerja Pn. Ida Amiza, Yu Kok Hui yang berkongsi tips subjek BI. Selebihnya saya perlu belajar sendiri kerana tempoh terlalu singkat, saya membeli buku rujukan Sasbadi dan Pelangi untuk belajar dan membuat latihan. Dan saya paling mengujakan saya banyak belajar daripada channel youtube “English Made Possible With Teacher EM” (https://www.youtube.com/channel/UCGdNFBQsFRfmJqBGkiz0fDQ). Selayaknya Cikgu Emily telah menerima pengiktirafan Anugerah Khas PDPR , KPM 2021.
Selepas selesai peperiksaan ulangan SPM bagi subjek bahasa Inggeris ini, saya mengambil keputusan untuk mengambil ujian IELTS (International English Language Testing System) pada bulan Mac 2022. IELTS merujuk kepada Sistem Penilaian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS). IELTS adalah ujian penguasaan Bahasa Inggeris paling popular di dunia dan menjadi penanda aras kepada tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar di seluruh dunia. Secara ringkas IELTS terbahagi kepada 4 komponen iaitu Reading, Listening, Writing dan Speaking. Format yang sama dengan SPM tahun ini iaitu CEFR Aligned. Alhamdulillah saya lebih bersedia ketika itu dan mendapat keputusan Band 6.5 iaitu sasaran yang realistik ketika itu.
Rumusannya, saya ingin memberi kesedaran bahawa setiap orang mempunyai kisah dan jalan kehidupan tersendiri. Jangan berputus asa sekiranya kita gagal kali pertama. Perjalanan belajar saya panjang daripada peringkat Diploma Politeknik (PSMZA), Ijazah Sarjana Muda (UTHM), Master (UTM) sehingga berjaya menggenggam Doktor Falsafah ( UTM). Terus berusaha mengejar impian. Ingat setiap orang akan ada masanya yang tersendiri. Lihat tokoh-tokoh yang berjaya ada yang berjaya pada usia yang lewat ;
(3) Henry Nestle – Tubuh Syarikat Nestle (57 Tahun)
(4) Gordon Bowker – Pengasas bersama Starbucks (51 Tahun)
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon SPM yang cemerlang. Kalau boleh diputarkan waktu, saya juga ingin cemerlang seperti anda semua pada ketika umur saya seperti anda.
Rumahtangga bahagia itu, salah satunya datang daripada doa seorang isteri. Justeru, beruntungnya, seorang suami apabila sentiasa mendoakan dirinya dan keluarga.
Begitulah yang dikongsi oleh lelaki ini mengenai doa seorang isteri tanpa hijab.
MAKBULNYA DOA SEORANG ISTERI
.
Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.
.
Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?
Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.
Sambil masak doa untuk suami, sambil basuh baju doa untuk suami. Sambil pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.
Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk 2 rakaat, doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:
“Ya الله ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. Ya الله ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintah-MU. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”
Isteri antara syurga atau neraka buat suami
Kredit :Muhammad Hassan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di