Teringat orang tua-tua dulu, selalu buat apam beras untuk dijadikan menu untuk dinikmati bersama keluarga. Biasanya mereka akan memasak apam di dalam loyang, kemudian barulah dipotong mengikut saiz yang kita inginkan. Lazimnya pula pilihan warna adalah putih atau pun menggunakan sirap ros.
Pun begitu, apam sebenarnya boleh dimasak di dalam acuan yang lebih menarik seperti yang dikongsikan oleh Puan Siti Aminah Rahman ini. Apam yang disediakan bukan sahaja cantik malah mempunyai pelbagai warna yang sangat lembut dan cantik dipandang.
Ujarnya, untuk mendapatkan warna-warna yang lembut seperti itu dia menggunakan pilihan pewarna makanan yang tertentu. Bahkan dia juga turut berkongsi tip untuk mendapatkan adunan apam yang lembut, gebu perlu dicampurkan dengan satu bahan utama iaitu, Eno.
Nak tahu lebih detail, ikuti perkongsiannya dan bolehlah dicuba membuatnya.
Resepi Apam Beras
Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk.
1 cawan gula (kalau tak suka manis guna 1/2 cawan)
1 paket mauripan
Air 3 cawan.
– Kisar semua ye. Blend anggaran 1 minit.
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
👆 masuk dalam bekas bertutup. Tuang nasi yang di blend tadi. Letak pewarna. Gaul sebati.Tutup dan biar 40-45 minit.
Cara Masak :
1.Sementara itu bolehlah panaskan pengukus, amik acuan korang, tak kira la bentuk rose ke, bentuk buah durian ke. Semua boleh.
Ads
2. Acuan tersebut disapu dengan minyak bagi rata. Pastikan kena di semua permukaan.
3. Ok setelah 40-45 minit, adunan pun dah naik. Ambil Eno Original yang pek biru tu. Tuang separuh. Gaul adunan bagi sebati. Jangan gaul laju-laju atau gaul lama-lama, adunan akan jadi cair. kalau over beat apam tak naik.
4. Sekarang tuang adunan dalam acuan. Bubuh jangan sampai penuh sangat. Kalau penuh, nanti dia membuak masa tengah masak.
5. Api dah gelegak ? Ok kalau dah gelegak, boleh letak adunan tadi di pengukus. Api sedang-sedang je tau. Kukus 10 minit. Chik minah punya pengukus besar saiz 44inci. Kalau pengukus kecik mybe kena tambah masa 2 3 minit lagi rasanya.
Ekstra tip : Tudung pengukus itu kalau malas, boleh balut kain. Kalau rajin, setiap 5 minit, buka dan lap air kat tudung tu.
Dah cukup masa mengukus. Ok try amek 1, keluarkan dari acuan. Kalau dia ringan dan nampak semua berongga-berongga halus. Means dah masak elok. Boleh angkat.
Ads
Ada kes, apam tak naik, tak jadi gebu. Kat sini, ada kesilapan sama ada over beat atau api terlalu kuat atau terlupa kat adunan kat dapoq ni dah lebih sangat masa sebab hang ralitttt tengok cita korea tu kan.. haaaipppppp ! Babab baru tau.
6. Kukus pulak kelapa parut 5-8 minit. Angkat gaul dengan garam. Garam ni ikut suka. Nak masin setara mana.
Siap
Ops lupa. Ada yang tanya, chik minah guna pewarna apa yang nampak pastel tu. Kaler ni korang boleh beli kat shopee ada, kat kedai bakery ada tapi tak semua bakery la. Rega dia Sebotol rm8.50
Sekian.. apam ni resepi mak mak kita buat dulu2 kan diorang bubuh dalam loyang patsegi je. Nak makan, potong2. Sekarang ni kite apgred la sikit letak dalam acuan rose. Nampak lagi cantik.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Sungguh beruntung ibu dan ayah bila mana berjaya melahirkan anak-anak yang soleh dan menjadi huffaf alquran. Tentunya kemuliaan ini adalah sebaik-baik pemberian daripada Allah buat ibu dan ayah sama ada di dunia mahupun di syurga kelak.
Dan atas rasa syukur dianugerahkan anak-anak yang mencintai Al quran, Puan Roslin berkongsi apa yang dirasakannya bila mana mengimbau kenangan 10 tahun lalu. Menurutnya, dahulu dia sering membawa anak-anaknya ke masjid, dan hari ini anak kecil itu menjadi imam kepadanya dan telah pun hafal 15 juzuk Al Quran. Subhanallah!
Ayuh kita baca perkongsian penuh daripadanya.
Sejurus selesai solat maghrib malam tadi, mata saya seolah-olah berkaca. Sebagaimana biasa, Jad mengambil alih tugas imam di rumah apabila ayahnya bertugas di luar. Pada malam tadi, Jad telah memilih untuk membaca surah Al-Mulk.
Semasa di rakaat pertama, bacaan Jad tersilap sedikit. Alhamdulillah adiknya Umar terus membantu, menyambung sedikit ayat tersebut. Sebaknya rasa hati! Terlampau banyak pemberianNya kepada diriku. Rasa syukur. Tapi saya juga rasa malu. Malu di atas kekurangan pada diri saya, kekurangan pada ibadah saya, kekurangan pada ketaqwaan saya. Malu.
Surah Al-Mulk adalah di antara surah kegemaran saya. Jiwa saya mudah tersentuh apabila mendengar bacaan surah ini. Bacaan Surah Al-Mulk oleh Sheikh Mishary Rashid yang sungguh mendayu adalah di antara bacaan surah yang mula-mula menarik balik minat saya kepada Al-Quran setelah bertahun-tahun meninggalkannya.
Sepuluh tahun lepas, saya telah nekad untuk berhenti bekerja sepenuh masa. Akhirnya, saya dapat pergi ke masjid sepanjang Ramadan bersama seluruh keluarga. Bertahun-tahun saya sibuk dengan tugas di klinik sehinggakan nak pergi solat tarawih di masjid pun tidak mampu. Padahal surau hanya terletak di seberang jalan. Begitulah kesibukan dunia melalaikan saya.
Sepuluh tahun lepas, saya menangis kerana terlampau gembira dapat bersolat tarawih di masjid bersama dengan anak-anak. Merdu sungguh bacaan imam hafiz di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya. Saya lantas berdoa agar anak-anak saya nanti dapat menghafaz dan membaca Al-Quran semerdu imam tersebut.
Sepuluh tahun telah berlalu. Solat maghrib malam Ramadan yang pertama, saya tidak dapat menahan sebak. Ma shaa’ Allah! Anak kecil yang sering saya bawa bersama ke masjid kini sudah meningkat remaja. Saya dambakan seorang imam hafiz, sungguh saya tidak menyangka begitu cepat Allah makbulkan doa saya! SubhanAllah. Walaupun Jad baru sahaja menghafaz 15 juzuk, saya tetap bersyukur. Mudah-mudahan Allah murahkan rezekinya untuk menghabiskan hafazan 30 juzuk tidak lama lagi, aamiin.
Bulan Ramadan ini bulan yang penuh keberkatan, Ramadan Mubarak, Ramadan Kareem! Marilah kita sama-sama menadah tangan kepadaNya. Pohonlah keampunan dan panjatkanlah doa. Jangan kita sia-siakan walaupun sesaat bulan Ramadan yang penuh berkat ini.
Sekiranya berlaku kematian terutama dalam ahli keluarga, tentunya kita sebagai waris ingin laksanakan tanggungjawab menguruskan jenazah dengan sebaik mungkin sebagai satu cara memberi penghormatan terakhir buat insan yang kita sayangi.
Pun begitu, hal ini terhalang untuk dilaksanakan andai jenazah merupakan pesakit Covid-19. Hanya pihak hospital dibenarkan menguruskan jenazah bahkan waris sendiri tidak dapat menemani ke kuburan.
Namun, baru-baru ini sepertimana memetik berita yang dilaporkan BERNAMA, dua waris dibenarkan untuk menguruskan jenazah pesakit Covid-19 dengan bersyarat.
Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 dibenarkan untuk dimandi dan dikafankan dengan amalan langkah berjaga-jaga, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
Foto : Bernama
Khairy berkata urusan mandi dan kafan akan dilakukan oleh pengendali jenazah yang terlatih di hospital dengan pemakaian peralatan pelindung diri (PPE) lengkap dan bersesuaian serta mengelakkan aktiviti yang berunsur prosedur penjanaan aerosol (AGP).
Beliau berkata selain itu hanya dua orang waris dengan status vaksinasi lengkap serta memakai PPE yang lengkap dibenarkan membantu urusan memandikan dan mengafankan jenazah di hospital.
“KKM ingin memaklumkan tatacara pengurusan jenazah Islam dan bukan Islam yang dijangkiti COVID-19 disemak semula agar ia relevan dengan situasi semasa.
“Semakan semula ini juga adalah sejajar dengan Resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ketiga Tahun 2021 yang bersidang pada 26 Julai 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, KKM menetapkan tatacara pengendalian jenazah pesakit COVID-19 beragama Islam hanya melakukan proses tayamum di atas permukaan paling luar beg jenazah tanpa perlu dimandikan dan diuruskan sepenuhnya di hospital tanpa penglibatan waris.
Sementara itu, bagi pengurusan mayat bukan Islam yang dijangkiti COVID-19, Khairy berkata sekiranya prosedur last rite atau upacara terakhir memerlukan penukaran pakaian baharu, pakaian tersebut boleh diletakkan di atas badan mayat tanpa prosedur AGP dan hanya dua waris lengkap vaksinasi dibenarkan sertai urusan itu.
Selain itu, turut disemak semula adalah penggunaan satu beg mayat bagi setiap jenazah atau mayat yang dijangkiti COVID-19 berbanding sebelum ini yang perlu menggunakan dua beg mayat.
Menurut Khairy, KKM tidak menetapkan jumlah waris yang boleh terlibat dalam upacara pengebumian jenazah tetapi perlu memakai PPE.
“KKM juga tidak menetapkan jumlah individu yang hadir ke upacara itu, namun perlu memakai pelitup muka dan elakkan dari bersesak-sesak,” katanya.
Memang kita akan menghalau semut itu sama ada menjirus dengan air atau mengetuk bekas. Malah ada juga yang menyembur dengan spray pelbagai guna.
Sebenarnya untuk menghalau semut ada caranya untuk tidak ‘membnuhnya, ia dengan membacakan doa.
Nak tahu caranya puan Nur Marzheeya menerusi facebooknya berkongsi doa menghalau semut.
Baca doa ni
Tadi nak korek telinga..lepas tu p kat laci nak ambik cotton bud.sekali nah berduyun rakyat nabi sulaiman tak pernah² hurung cotton bud tetiba hurung kemain banyak..
Lepas tu teringat ustaz cakap kalau ada semut jangan bunuh baca surah ni
Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari”; Surah An Naml 27:18
aku pun baca dan ulang 3 kali…tak smpai 5 minit tengok² rakyat yang banyak tadi dah jadi satu² kelompok berkumpul..
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.