Sekali pandang memang ramai yang terpesona dengan warna-warna kuih apam ini. Berbeza dari biasa, umumnya kuih apam sinonim dengan warna putih atau pink tapi Siti Amirah memilih untuk menyediakan apam dengan warna-warna pastel.

Buat anda yang ingin mencuba, ini perkongsian resipinya. Jom semak


Apam nasi amirah bersiaran lagi.  Tempahan petang tadi ni.. Dark purple – purple – light purple – magenta – baby pink. 💜💜

Apam Berwarna Pastel Ni Nampak Sweet Sangat. Ni Resipinya!
Ada yang sudi belanja love tak?

Saya edit resipi ye sebab ada yang bertanya. Resipi dari fb dan cubaan berulang kali tanpa putus asa.

Resipi :
A) 2 cawan nasi sejuk
1 setengh cawan gula pasir
2 cawan air
Blend semua

IKLAN

B) 2 setengah cawan tepung beras
1 setengah cawan tepung gandum
1 paket yis
Letak dalam mangkuk besar@besen. (sebab adunan akan naik membuak-membuak dengan jayanya )

C) Kelapa parut putih suci bersih
Garam
Kukus juga supaya tak cepat basi.

Tuangkan (A) dalam (B). Gaul sebati.
Tambah air sikit masa ni. Sorry tang ni takde sukatan sebab melalui pengalaman dan pakai mata, cairkan sikit adunan untuk apam lebih lembut.

IKLAN

Agak-agak je..jangan cair sangat nanti masa kukus die kempis kat tengah.
Biarkan adunan berehat sejam. (boleh la multi tasking kat dapur apa yang patut )

Setengah jam terakhir tu leh la sambil panaskan kukusan, boleh juga sambil-sambil kukus kelapa parut nak wat cicah tu dulu.

Lepas cukup sejam boleh la tambah pewarna ikut suka hati kita. Nak ton pastel, jangan bubuh banyak sangat pewarna.
Sikit-sikit taw tambah.

IKLAN

Dah puas main warna, boleh la tuang dalam acuan yang disapu sedikit minyak dan terus kukus.

Kukus api besar 13-15minit, angkat. Siap!

Selamat mencuba ye..
Ikhlas dari saya, anak jawa+banjar dari simpang renggam johor.

Boleh juga cuba resipi yang ini :  Apam Nasi Boleh Cuba Dengan Resipi Ni, Pasti Puas Hati Menikmatinya.  

sumber :Siti Amirah Mohd Noor via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI