Han So Hee dikenali sebagai pelakon terkenal yang pernah membintangi pelbagai judul drama Korea popular antaranya The World of the Married, Neverthelesss dan My Name. Peminat Kdrama memang kenal sangatlah dengan aktres berwajah ayu dan manis ini.

Di sebalik lakonannya yang menawan, Han So Hee juga terkenal dengan kulit yang cerah dan sihat. Walaupun sibuk dengan aktiviti lakonan, bagaimanakah cara Han So Hee mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulitnya?

Artis Korea, Han So Hee, Kongsi Tip Jaga Kecantikan

Artis Korea, Han So Hee, Kongsi Tip Jaga Kecantikan, Mesti Rajin & Konsisten Buat

Jadi apakah agaknya rahsia pelakon berusia 30 tahun ini kekal anggun, jelita dan sentiasa bertenaga? Berikut dikongsikan antara beberapa rutin kecantikan yang diamalkan oleh aktres cantik ini.

Mesti Rajin & Konsisten Buat

MAKAN PERLAHAN

Sebelum ini, Han So Hee ada membuat video live-streaming dengan peminat di Instagram. Di situ, dia berborak dengan peminat sambil menikmati makanan. Menerusi siaran tersebut, kelihatan dia mengunyah sehingga 50 kali setiap suapan. Malah, dia juga mengambil masa sehingga lima minit untuk suapan. Pakar pemakanan menyarankan mengunyah perlahan untuk penghadaman yang lebih baik dan ia juga membantu dalam mengurangkan rasa lapar.

IKLAN

Artis Korea, Han So Hee, Kongsi Tip Jaga Kecantikan, Mesti Rajin & Konsisten Buat

TIDUR EMPAT JAM SEHARI

Tidur sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan terutamanya kulit. Kurang tidur boleh membuatkan kulit kelihatan tidak segar dan mudah bermasalah. Oleh itu, tidur adalah salah satu kunci utama Han So Hee untuk sentiasa mengekalkan kulit yang sihat.

IKLAN

“Saya sentiasa cuba dapatkan tidur yang cukup setiap hari, sekurang-kurangnya 4 jam,” kata Han So Hee dalam temu bual bersama Showbiz Korea Arirang. Han So-hee juga sentiasa mengutamakan rehat dan tidur antara waktu penggambaran, supaya kulit dan badannya kekal segar.

TIDAK MINUM KOPI

Han So Hee juga berkata pengambilan jumlah air yang betul supaya tubuh dan kulit kekal sihat juga merupakan tabiat yang baik. Dia juga mengakui tidak mengambil kopi demi mengekalkan pengambilan cecair dalam tubuhnya. Air minuman dipercayai untuk membantu badan anda membuang semua toksin dengan lebih cekap dan menjadikan kulit anda kelihatan lebih berseri. Selain itu, air dapat memberikan nutrisi yang baik kepada sel kulit untuk membantu melembapkan kulit secara semulajadi.

IKLAN

Artis Korea, Han So Hee, Kongsi Tip Jaga Kecantikan, Mesti Rajin & Konsisten Buat

TIDAK SUKA BERMEKAP TEBAL KECUALI KETIKA BEKERJA

Demi menjaga kesihatan kulit wajahnya, Han So Hee mengakui tidak gemar bersolek tebal. Dia memilih wajah solekan yang ringan dan polos menjadikan kulitnya kelihatan lebih segar. Kebiasaannya, dia hanya memakai solekan asas ringan atau gincu supaya wajahnya tidak kelihatan pucat.

MINUM KOLAGEN

Minuman kolagen sememangnya boleh meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan anda. Oleh itu, keanjalan dan tekstur kulit boleh kekal tegang tanpa kedutan dan garis halus. Bukan sahaja mengandungi 500mg kolagen, Gyeol Collagen juga mengandungi 120mg Vitamin C setiap pek. Nah, jika anda ingin memiliki kulit yang tegang tanpa garis halus seperti Han So Hee, amalkan minum kolagen.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI