
“Arwah ayah garang, tetapi tersenyum ketika meninggal dunia,” kata penyanyi dangdut popular, Mas Idayu, 51, ketika berkongsi mengenai pemergian arwah bapanya, Allahyarham Mesnun Hassan, 78, pada 28 Februari lalu.
Mas Idayu lebih mesra disapa Mummy berkata, wajah arwah ketika meninggal dunia kelihatan bersinar dan lebih cerah.
“Kulit arwah bukannya gelap sejak muda, tetapi apabila meningkat usia kulitnya makin gelap. Namun, saya nampak kulitnya lebih cerah dan ceria daripada sebelum ini ketika meninggal dunia,
“Malah, arwah juga tersenyum. Arwah seorang yang garang dan susah nak senyum,” katanya kepada BH Online.
Terdahulu, arwah Masnun disahkan meninggal dunia pada jam 12.23 tengah malam di sebuah hospital di Kota Tinggi, Johor akibat kencing manis pada 28 Februari lalu.
Kata Mas Idayu, arwah tidak menghidap penyakit serius lain, namun penyakit kencing manis menyebabkan buah pinggangnya terkesan.
“Arwah ada kencing manis, tetapi tiada penyakit lain. Disebabkan kencing manis, ia merosakkan buah pinggangnya,” katanya.
Pelantun lagu Cintaku 100% itu bersyukur berkesempatan memandikan arwah bapa ketika terlantar sakit dan melihat wajahnya sebelum arwah dikebumikan.
“Alhamdulillah, saya sempat pulang ke kampung ketika arwah sakit dan dapat mandikannya. Kalau nak ikutkan arwah malu sebab anak perempuan, tetapi syukur, dapat juga saya peluang mandikan arwah.
“Kali terakhir saya bertemu arwah ketika majlis pernikahan saya,” katanya.
Sumber : Berita Harian
“Tahun Ke-6 Lebih Menarik & Istimewa. Tidak Boleh Jangka Masa Depan, Doakan Untuk Keluarga Kecil Kita,” Ucapan Diana Danielle Untuk Suami!

Isi Kandungan
ToggleBiarpun dihambat kontroversi sebelum ini, namun kasih sayang antara mereka tetap utuh. Gelora yang melanda sudah kembali tenang dan pasangan sama cantik sama padan ini melayari rumah tangga dengan penuh bahagia dan cinta antara mereka juga semakin kuat.
Lebih-lebih lagi mereka baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan ke 6 baru-baru ini. Melepasi fasa pertama dalam alam perkahwinan, akui Datin Diana Danielle, tahun ini cukup istimewa buatnya dan suami, Datuk Farid Kamil.
“Biarpun cinta kami bermula dengan pelbagai dugaan namun hubungan itu kini sudah memasuki usia 11 tahun. Ini adalah ulang tahun perkahwinan yang keenam. Untuk tahun keenam ini sangat istimewa. Ia merupakan salah satu tahun kami yang menarik.
“Kami berada di paras yang paling lemah dan mengejutkan, kami mendapat lebih cinta daripada yang saya boleh tahan dengan hati dan tangan saya.
“Kami tidak lagi memerlukan banyak perkataan, hanya melihat, sentuhan, ekspresi, dan itu sudah membuatkan anda faham apa yang diperlukan.
Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Dalam pada itu, pelakon filem Gol & Gincu 2 ini juga memberitahu dia hanya mampu berdoa perkahwinan serta hubungan kekal seperti mana mereka dan anak-anak inginkan.
Dalam pada itu, Diana Turut bergurau mengatakan mereka berdua perlu belajar dan berlatih untuk mengambil gambar sebagai pasangan supaya tidak lagi kelihatan kekok di hadapan umum.
“Saya selalu berkata, saya tidak boleh menjangka masa depan, saya hanya boleh berdoa ia berjaya seperti mana kita mahukan dan macam mana anak-anak kita mahukan, untuk keluarga kecil kita.
“Saya juga berharap yang kita boleh berlatih untuk gambar kita sebagai pasangan kerana kita sentiasa lakukan… secara kekok untuk tonjolkan kasih sayang depan orang ramai. Saya sayang awak @faridkamilz,” ujarnya.
View this post on InstagramA post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on
Dalam perkongsian lain, Diana turut bergurau mengatakan kedua-dua anaknya sudah bertanyakan tentang baby ke 3.
View this post on InstagramA post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on
Dalam masa yang sama, pengikut kedua-dua pelakon ini mendoakan kebahagian mereka supaya kekal berpanjangan.
jur_ibrahim Semoga menjadi keluarga yg sakinah mawaddah warrahmah.. Aamiin ya rabbal’alamin..
farafarrafarrah May Allah grant endless happiness to u & Farid..
nurafeefafauzi fav couple since forever ?? moga kekal bahagia hingga ke syurga. amin!!!
amnialiesya Semoga kekal abadi hingga akhir hayat dan hindarkan serta abaikan gosip liar jika diri sendiri tidak melihat.. sesungguhnya kamu berdua telah diberi nikmat oleh Allah SWT.. amin….
iestatiptra Happy anniversary @faridkamilz & @dianadanielleb – semoga dipanjangkan jodoh & gembira selalu. Always a very friendly couple to my wife and me – we truly appreciate it.
far0001 Stay inlove everyday and everyday is new day? u’r perfect couple wt lovely kids kept ur marriage last forever? happy annivesary to both of u?
Sumber: IG dianadanielleb
Kenali Tanda-Tanda Suami Sayang Isteri. Pasti Buat Hubungan Intim Makin Hangat!

Ada seorang isteri muda yang risau apabila terbaca kenyataan seorang Ustaz di FB yang mengatakan, “ Suami isteri yang boleh berkekalan hingga ke akhir hayat ialah apabila sayangnya suami kepada isteri melebihi sayang isteri kepada suami ”.
Apakah tanda-tanda suaminya itu melebihi sayangnya kepada dia?
Disini dikongsikan 10 tanda suami sayang terlebih sayang pada anda
#1 Semasa naik tidur, suaminya peluk sekejab isterinya seolah-olah untuk memanaskan dirinya seketika. Selepas itu dia berdengkur sendirian.
#2 Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.
#3 Suka ajak makan bersama sama ada di dalam ataupun di luar rumah dan meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali membuat pesanan.
#4 Tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai tugas-tugas resmi di pejabat atau dengan masyarakat. Ketibaannya pula dengan senyuman meleret apabila disambut oleh isteri atau anak-anak.
#5 Jika sesuatu keadaan dia terpaksa solat fardhu di rumah, dia suka isterinya menjadi makmum.
#6 Suka memberi hadiah kepada isteri terutama sekali pulang daripada “outstation” dan menunggu maklum balas daripada isteri terhadap hadiahnya itu.
#7 Jika isteri duduk disebelahnya walaupun dia pada ketika itu sedang fokus melihat rancangan TV yang dia minati, dia akan berikan ruang untuk isterinya menghimpit di sebelahnya dan melayan “gangguan kenakalan” isterinya seketika.
#8 Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu di selesaikan di rumah, dia akan cuba untuk membantu isterinya kerja-kerja maskulin di rumah.
#9 Dia selalu puji isterinya di mana saja dia berada atau paling minimum dia tidak mengeji isterinya depan kawan-kawan atau sanak saudaranya.
#10 Jika isterinya membuat kesilapan, dia selalu tegur dengan menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati isterinya dengan ungkapan seolah-olah dia hanya memberikan pandangan sahaja yang mungkin pandangannya itu tidak benar kerana dia yakin jika ada perangai isterinya yang dia benci, Allah minta dia bersabar dan Allah memberikan jaminan bahawa disebalik apa yang dibenci itu, ada kebaikan yang tersangat banyak disediakan oleh Allah.
“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.
Dan bergaulah kamu dengan mereka dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
An Nisa:19
Jika suami anda ada satu sahaja tanda di antara sepuluh yang disenaraikan di atas, maknanya dia sayang pada anda. Jika lebih daripada satu, maknanya dia terlebih sayang. Selamat menyayangi isteri.
Sumber: www.bidadari.my
Begini Cara Nak Hubungan Makin Intim Walaupun Sudah Lama Kahwin. Mesti Alert!

Alam rumahtangga menuntut suami isteri untuk memberikan komitmen yang sepenuhnya dan berkongsi hidup dengan pelbagai aspek malah dalam berumah tangga, isteri adalah orang penting bukan sahaja tulang belakang keluarga tetapi indivdu yang mengetahui semua ‘rahsia’ dalam keluarga tersebut.
Bagi mengekalkan kasih sayang dan kebahagiaan itu, suami isteri harus memainkan peranan bersama, amalan tersebut bukan sahaja dipraktikkan oleh pasangan baharu sahaj sebaliknya, turut dikekal kepada pasangan yang lama. Bagi memperbaharui cinta suami isteri, disenaraikan tujuh panduan utama
1.Puji
Setiap pasangan perlu saling memuji dan menghargai antara satu sama lain, terutamanya dalam semua aspek kehidupan
2.Peluk
Setiap pasangan suami isteri hendaklah meluahkan kecintaan melalui pelukan yang mesra antara satu sama lain kerana pelukan berkenaan kasih sayang berterusan.
3.Penghargaan
Pasangan mana yang tidak suka apabila setiap kelakuan dan perbuatan dihargai, jadi amalkan penghargaan kepada pasangan supaya pasangan tidak merasakan terpinggir, walaupun nampak ringkas tetapi sebenarnya ia membawa makna mendalam perhubungan.
4.Perhatian
Sentiasalah memberikan perhatian yang khusus terhadap pasangan agar pasangan tidak diabaikan.
5.Persefahaman
Wujudkan suasana yang ceria melalui sikap toleransi terhadap pasangan.
6.Pergaulan
Menjaga batas-batas pergaulan dengan orang lain bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham, menimbulkan perasan tidak selesa seterusnya boleh menimbulkan keretakan rumah tangga.
7.Permohonan
Sentiasa memohon rahmat dan keampunan daripada Allah supaya gubungan yang dibina atas dasar cinta kekal terjalin sehingga akhir nyawa.
Sumber: freemalaysiatoday.com