Ajal maut adalah ditentukan oleh Sang Pencipta Allah Yang Maha Esa. Kita tidak tahu bila tiba masanya untuk dipanggil ke ‘dunia’ hakiki.
Jika selama ini, kita menjadi tempat bergantung hidup buat keluarga hidup selesa. Namun sudah pastinya kita mahu keluarga terutama anak-anak dan pasangan terjamin hidup setelah ketiadaan kita.
Inspirasi perkongsian ini, sebagaimana pesanan arwah ibunya begitu berguna apabila menyiapkan segala dokumen berkaitan harta / faraid disediakan sewaktu hidupnya.
Cara yang boleh dijadikan panduan bersama.
__________
Kena buat ni.
Ada sahabat yang tanya apa perlu ada dalam file personal/faraid kita.
Sebenarnya perkara ini arwah mak saya telah amalkan. Dia selalu pesan kalau jadi apa2, semua documents ada dalam file ini. Dan bila arwah meninggal sebab kemalangan jalanraya, saya tak susah mencari details yand diperlukan.
IKLAN
Antara isi kandungan file (cadangan) :
1. Salinan kad pengenalan diri sendiri dan ahli keluarga. Arwah mak buat copy 5-10 keping setiap salinan. (which sangat membantu sebab bila dalam keadaan kelam kabut, orang dok minta copy. Kepala dah serabut memang tak leh fikir nak photostate kot celah mana)
2. Salinan sijil nikah (ini pun mak buat 5 keping copy setiap satu)
3. Sijil kematian ahli keluarga
IKLAN
4. Senaraikan aset
5. Buat nota senarai hutang samada persorangan, ansuran bulanan atau loan bank. Siapa perlu uruskan? Perlu bayar pakai duit apa seperti daripada KWSP atau insurans?
6. Senaraikan insurans yang kita ambil. Untuk diri sendiri dan orang lain. Nyatakan nama agent juga.
7. Senaraikan nama ahli keluarga serta pertalian waris
8. Kemaskini maklumat akaun bank dan kata laluan akaun bank. Maklumkan kepada pasangan (jangan buat list hardcopy pula. Try to save kat tempat selamat sebab kalau dpt pasangan macam saya, parah gak. Confirm tak ingat haha)
IKLAN
9. Kemaskini senarai penama atau pemilik hibah. Nyatakan nama agent untuk dihubungi.
10. Ada aset berharga seperti emas atau barangan koleksi peribadi yang ingin diagihkan kepada penerima mengikut hasrat tertentu? Jika ada emas digadai, senaraikan di mana dan barang apa
11. Jika ada buat pelaburan, senaraikan seperti saham, unit trust, koperasi, fixed deposit dan lain-lain
12. Passport. Penting nie sebab nanti kalau waris kita nak renew, kena bawa passport lama. Especially anak-anak.
13. Bincang dengan pasangan sekiranya berlaku kematian serentak anda berdua, siapakah yang akan menjaga dan menjadi pemegang amanah anak-anak.
Boleh tambah lagi jika rasa penting untuk pasangan kita ambil maklum. Ikut keperluan masing-masing. Ini hanyalah sekadar cadangan.
Ketika anak-anak lain seusianya sedang dibelai dicium, dalam hangat suasana keluarga yang menyambut dan meraikan kehadirannya ke dunia, si kecil ini bertarung dengan kanser yang ganas di wad onkologi.
Ini Kyfa Nishka Al Kautsar Mohd Farham. Baru 3 bulan usianya. Namun menghadapi ujian yang sedemikian besar. Nishka didiagnos dengan kanser otak, Medullablastoma ketika baru berusia 21 hari, menjadikan dia mungkin pesakit termuda di wad onkologi pediatrik di HUSM, Kota Bharu.
Dugaan yang menimpa bayi perempuan ini bertambah pilu apabila disahkan mempunyai ketumbuhan di buah pinggang kiri sepanjang dua sentimeter (sm) ketika berusia tiga bulan.
Menerusi perkongsian Khairiah Kamarudin di Facebook, dia meluahkan rasa sebak memikirkan nasib menimpa anak ketiganya ini yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit tersebut.
“Luluh hati mummy. Hari ni balik dari sekolah terus mummy ke hospital macam biasa. Sampai hospital daddy cakap result biopsy (sampel dekat buah pinggang) dah keluar.
“Mummy dan daddy tau Nishka seorang fighter. Nishka kuat untuk menghadapi semua ujian Allah.
“Mummu daddy tahu Nishka tahu segala-galanya. Jangan risau sayangku… selagi termampu kita usaha sampai berjaya ya sayang. Mummy… daddy dan semua orang sayang Nishka,” katanya.
Luahan hati Kheriy yang juga seorang guru di Kelantan mengundang sebak netizen dan ramai bersimpati dengan nasib menimpa bayi comel itu.
Si kecil ini sudah tiga kali menjalani pembedahan, termasuk sekali pembedahan membuang tumour. Namun hanya 30% sahaja tumournya yang berjaya dikeluarkan.
Nishka sekarang tidak lagi dapat melihat, dan dia juga tidak lagi bersuara. Feeding juga dibuat melalui Ryles Tube. Dan di kepalanya, sudah tertanam shunt yang dipasang untuk mengurangkan tekanan.
Nishka baharu saja melepasi dua kitaran kimoterapi, dan keadaan kesihatannya agak merosot selepas kimo kedua. Saiz tumournya juga didapati membesar, memberi indikasi kansernya mungkin tidak memberi respons yang baik kepada kimoterapi.
Tahap oksigennya pernah menurun sehingga ke bacaan 50 di satu masa. Segalanya begitu meruntun perasaan. Seorang anak sekecil itu, diuji sebesar ini.
“Naluri seorang ibu, saya perasaan kepala dia macam besar. Saya cakap dekat nenek dia tapi mak saya cakap ‘eh tak kot… dia kan kecik sebab masa lahir berat hanya 2.1 kilogram (kg).
“Lepas tu bila misi (jururawat) datang rumah check baby dia tanya eh kenapa kepala baby besar. Dia pun ukur. Masa lahir kepala baby 34 cm tapi masa 20 hari tu jadi 38 cm, naik 4 cm.
“Jadi misi pun refer ke Klinik Kesihatan. Lepas tu Klinik Kesihatan pula minta kami refer ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) di Kota Bahru untuk rawatan susulan,” katanya.
Semasa di HRPZ, Kheriy berkata Nishka menjalani imbasan CT di bahagian otak.
“Doktor nampak macam ada sesuatu. Lepas tu baby dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebab kat sana tak ada unit neuro.
“Masa dekat HUSM buat ujian MRI, rupa-rupanya bukan hydrocephalus sepenuhnya. Kepala baby besar sebab kanser tu halang air, jadi kepala makin besar.
“Tapi sebelum detect ada kanser tu memang baby normal. Dia menangis… dia hisap susu seperti biasa, macam baby lain,” katanya.
Menurut Kheriy, anaknya itu sudah menjalani tiga pembedahan termasuk sekali pembedahan utama bagi membuang tumor di kepalanya.
“Menerusi pembedahan itu hanya 30 peratus sahaja tumor berjaya dikeluarkan. Doktor buat saluran keluarkan air daripada tiub ke tabung. Waktu tu berlaku pendarahan teruk.
“Masa tu doktor cakap peluang baby 50-50. Selepas pembedahan tu baby dalam keadaan kritikal selama tiga minggu. Dia incubate dan terpaksa guna oksigen sebulan.
“Pembedahan kedua pula doktor pasang shunt untuk kurangkan tekanan manakala pembedahan ketiga perlu dilakukan bagi memasang alat untuk kemoterapi (kemo pod pada dada) dan ambil sampel untuk biopsi,” katanya.
Namun semasa pembedahan ketiga untuk memasang kemo pod, Kheriy berkata ketumbuhan baharu dikesan pada buah pinggang kiri Nishka.
“Masa tu baru nampak ada sesuatu solid dekat buah pinggang belah kiri. Semalam Prof Ariffin dari Unit Onkologi HUSM beritahu benda tu pun kanser tapi jenis berlainan.
“Kanser tu jenis aktif. Jadi kalau tak ada aral melintang, doktor akan datang untuk bincang pembedahan susulan,” katanya.
Jelasnya lagi, anak ketiganya itu juga tidak lagi boleh melihat dan bersuara selepas menjalani pembedahan tersebut.
“Sekarang dia langsung tak boleh nampak. Dia pun tak menangis dan kadang-kadang saya rasa dia tak ada deria. Malah dia juga minum susu melalui tiub.
“Doktor beritahu kanser dia betul-betul dekat cerebrum yang juga bahagian besar di bahagian otak. Kadang-kadang pernafasan dia pun tiba-tiba menurun. Pernah satu masa tahap oksigen dia menurun sehingga ke bacaan 50,” katanya.
Meskipun anaknya itu baharu sahaja selesai menjalani dua kitaran kemoterapi, Kheiry berkata saiz tumornya semakin membesar.
“Selepas kemoterapi kedua keadaan dia nampak merosot tetapi sekarang nampak ok sikit.Namun saiz tumor di kepalanya semakin membesar kepada 2 sentimeter kerana sel kanser itu aktif,” katanya.
Walaupun dugaan itu terlalu perit untuk ditanggung, Keiry bagaimanapun reda dengan ujian itu.
“Mula-mula tu saya macam susah nak percaya. Tak sangka berlaku pada diri sendiri sebab selalu kita tengok dalam drama TV.
“Dulu sebulan juga saya menangis tapi saya semakin kuat hari demi hari selepas menerima banyak sokongan daripada suami, keluarga dan rakan-rakan.
“Saya hanya mahu yang terbaik untuk baby Nishka. Jadi saya mohon orang ramai mendoakan anak saya diberi keajaiban dan kesembuhan segera,” katanya.
Sama-sama kita panjatkan doa untuk adik Kyfa Nishka Al Kautsar, Semoga dilembutkan ujian ini untuknya. Aamiin… Yarabbal Alamin.
Setiap isteri sudah pasti mendambakan kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami. Namun tahukah anda wahai para isteri, untuk mendapat kasih sayang dan perhatian daraipada seorang suami bukanlah sesuatu yang automatik berlaku sebaik sahaja anda berkahwin dan berstatus suami isteri.
Malah usaha ke arah yang diinginkan itu perlu dilaku oleh para isteri agar ianya mendapat perhatian sang suami yang mungkin sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Berikut adalah tip-tip yang sebaiknya diamalkan oleh si isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumahtangga:
1.Berhias, namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar senang dan manis dipandang.
2.Menyenangkan, jangan tidak tahu bergurau. Kebanyakan suami suka mengusik isteri, jangan cepat merajuk, sambut jenakanya dengan tawa
3.Pandai mendahulukan suami, menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumahtangga. Yakini suami sebagai pemimpin
4.Bersikap sederhana dan jangan meminta suami di luar kemampuannya.
5.Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badan jika ia kepenatan
6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran dan komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumahtangga.
7.Hormati hak peribadinya, jangan terlalu ‘busybody’ seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dsb. Yakini kesetiaan suami
8.Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan
9.Pandai menjaga diri apabila ke luar rumah, menjaga maruah suami
10.Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya sepenuh hati
Siapa sangka dalam sekelip mata si kecil ini maut selepas terjatuh ke lantai lalu terkena tusukan pisau. Nur Qhaisara Medina Supian, 2, sebelum itu dikatakan meminta untuk minum susu dengan ibunya.
Ibu mangsa Hana Mazlan, 27, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, dia sedang tidurkan anak bongsunya di ruang dapur rumah di Kampung Teluk Pial Baroh, Kuala Kurau dekat sini sebelum didatangi mangsa yang mahu minum susu.
“Semasa minta susu saya cakap dekat dia tunggu sekejap saya tengah buai anak bongsu. Dia (mangsa) kemudian pergi ke neneknya yang juga berada di bahagian dapur sebelum terpijak pinggan.
“Dia kemudian jatuh atas pinggan itu sebelum pisau yang berada di atas pinggan tertusuk di bahagian kiri perut. Pisau yang tertusuk anak saya itu adalah pisau melapah daging lembu, namun sebelum itu anak sulung menggupas buah mempelam serta meninggalkannya atas pinggan di lantai,” katanya.
Ibu kepada lima orang anak itu berkata, dia terus memangku anaknya yang tiba-tiba menangis dan mengosok-gosok badan anaknya sebelum menyedari pisau sepanjang 15 sentimeter itu tertusuk di perut mangsa.
“Selepas ibu mentua saya tarik pisau itu dan dia tak sedarkan diri. Kami bawa dia ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Parit Buntar dan disahkan meninggal dunia,” katanya dan menambah mangsa di bawa ke HRPB untuk bedah siasat.
Menurut Hana, semasa kejadian kesemua anaknya yang berumur 9 tahun hingga empat bulan serta kedua ibu bapa mentua berada di rumah dan ketika kejadian mangsa baru sahaja mandi dan tidak berpakaian.
Sementara itu, bapa mangsa, Supian Samsuri, 42, yang bekerja sebagai pemandu jentera di Pertubuhan Peladang Negeri Perak Utara di Titi Serong berkata, semasa kejadian dia sedang bekerja dan kejadian itu dimaklumkan oleh sepupunya kira-kira pukul 10 pagi.
Beliau berkata, mangsa yang sebelum ini tidak banyak ragam, akhir-akhir ini suka menarik perhatian dan banyak ragam.
“Anak saya sebelum ini suka buat hal sendiri, tak kacau orang, tetapi sejak kebelakangan ini dia banyak ragam dan kerap duduk atas pangku saya,” katanya.
Katanya, mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Pial Baroh esok.
Kekemasan dan kebersihan rumah adalah perkara penting yang perlu dittikberatkan meskipun kita mempunyai anak kecil di rumah. Hal ini kerana rumah yang bersih dan kemas menjamin keselesaan sekeluarga.