Belum reda kisah kematian pelakon drama Gerak Khas, Nizen Ayob tempoh hari, persoalan mengenai tarikh 11 Ogos 2018 yang dikatakan cukup bermakna buat dirinya di muat naik oleh Allahyarham meninggalkan tanda tanya dikalangan peminat.
Ada yang membuat spekulasi kononnya allahyarham mahu mendirikan rumah tangga, tetapi rupa-rupanya itu adalah tarikh ulang tahunnya yang ke-34. Perkara tersebut diakui oleh ibunya sendiri.
“Tarikh 11 Ogos bukan tarikh arwah bernikah, sebaliknya itu adalah hari ulang tahunnya ke-34. Arwah tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Memang dia ada mengakui sudah mempunyai teman wanita tetapi kami belum mengenali siapa wanita berkenaan.
“Sebelum kematiannya, arwah juga tidak putus-putus meminta maaf kepada saya dan ayahnya 10 hari sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan. Malah, dia juga merancang untuk membawa saya dan suami mengerjakan umrah selepas dia bermimpi berada di hadapan Kaabah bersama beberapa orang yang tidak dikenalinya.
Ads
“Tetapi , saya pujuk dan cakap boleh pergi ke sana apabila sudah sembuh sepenuhnya dan tidak disangka ia sebahagian petanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga. Sebenarnya dia mula demam sejak awal Ramadan lalu, namun kembali pulih selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Pekan Layang-Layang dan Kuala Lumpur.
Ads
Bagaimanapun, keadaan yang sama berulang semula ketika Syawal yang lalu. Disebabkan keadaannya yang semakin teruk dan lemah, kakaknya menyarankan arwah mendapatkan rawatan di HSA sebelum ditahan di wad bagi mendapatkan rawatan sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir,”cerita ibu arwah lagi.
Jemaah haji Malaysia meninggal dunia ketika tawaf umrah pertama, punca disebabkan serangan jantung. Seorang jemaah haji Malaysia, Mohd Zahir Ismail meninggal dunia sebaik habis melakukan ibadah tawaf umrah.
“Pak cik orang yang baik. Dia orangnya lucu, selalu buat kelakar,” itu ungkapan Pauziah Othman, 58, apabila ditanya mengenai suami, Mohd Zahir Ismail yang meninggal dunia sebaik habis melakukan ibadah tawaf umrah.
ALLAHYARHAM MENINGGAL DUNIA MALAM RABU LALU SELEPAS REBAH DI MATAF, AKIBAT SERANGAN JANTUNG DI SAMPING ISTERI YANG SAMA-SAMA MELAKUKAN TAWAF UMRAH PERTAMA, SEBAIK TIBA DI MAKKAH DENGAN MENAIKI PENERBANGAN KT66 PADA MALAM SAMA.
Menceritakan lagi detik arwah sebelum rebah, Pauziah yang berasal dari Pendang, Kedah berkata, ketika itu, dia dan arwah baru habis melaksanakan ibadah tawaf dan bergerak ke arah tempat untuk menunaikan solat sunat tawaf.
“ARWAH BERJALAN DI BELAKANG SAMBIL MEMEGANG SAYA. DIA ADA MENGADU BEBERAPA-KALI DIA ADA MENGATAKAN TERLALU PENAT DAN SAYA KATAKAN SABAR… KITA BUAT PERLAHAN-LAHAN. HINGGALAH HABIS DAN KAMI SEDANG BERJALAN UNTUK MELAKSANAKAN SOLAT SUNAT TAWAF,” KATANYA.
Pauziah sudah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham sejak 1996, tapi tidak dikurniakan cahaya mata.
“Saya terdengar ungkapan Allahuakbar sebelum rebah. Dia jatuh terlentang. Mak cik pun ikut jatuh sebab tangan arwah masih berpaut pada tangan mak cik. Walaupun orang ramai, tiada orang pijak sebab mak cik lindung dia masa itu,” katanya lagi kepada Petugas Media TH, di hotel penginapannya.
Allahyarham dan Pauziah melaksanakan ibadat tawaf bersama kumpulannya dan ketika kejadian, ramai jemaah Malaysia turut berada di tempat kejadian.
“Ketika itu, mata Allahyarham masih terbuka dan kemudiannya perlahan-lahan tertutup. Tak lama kemudian beberapa askar datang membantu dan kemudiannya Allahyarham dinaikkan ke atas buggy untuk dibawa ke klinik masjid,” cerita Pauziah dengan tenang, sambil berkali-kali meminta maaf kepada petugas media kerana tidak ada apa hendak diceritakan.
Berita kematian Allahyarham diketahui di klinik masjid apabila doktor yang merawat Allahyarham memanggil masuk lalu memberitahu bahawa dia sudah tiada.
“Agak terkejut juga sebab dia pergi secara tiba-tiba,” katanya lagi yang sama-sama mendaftar haji pada 2009.
Allahyarham adalah anak kedua daripada tiga beradik, menjaga ibunya yang sudah uzur tidak mampu bangun sendiri.
Dalam pada itu, Pauziah berkata, arwah suaminya seorang yang taat kepada ibunya, Zariah Musafa, 86.
“Arwah sering bergurau dengan ibunya. Malah, dia akan membersihkan ibunya terlebih dahulu sebelum ibunya memulakan solat,” katanya.
Tambah Pauziah, Allahyarham tiada sebarang rekod penyakit dan tidak merungut ketika menjaga ibunya dan dia sangat rapat dengan ibunya.
Berita kematiannya sudah sampai ke pengetahuan ibu melalui cucunya.
Jenazahnya disolatkan selepas waktu Zohor di Masjidilharam, kelmarin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee, Makkah.
Allahyarham yang meninggal ketika melakukan tawaf dikafankan menggunakan kain ihram yang digunakan dan mukanya tidak ditutup.
Pauziah memberitahu bahawa beliau dapat mengiringi arwah sepanjang perjalanan dan menatap Allahyarham sehingga ke pintu masuk Tanah Perkuburan Syaraiee.
Melipat kain juga sebenarnya memerlukan perancangan dan strategik untuk memastikan ibu-ibu yang super busy dapat melaksanakan tugas ini dalam masa yang pendek dan pantas. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang berkerja, tentunya masa yang ada untuk mengurus hal rumah tangga begitu terhad. Malah jika silap gayanya, kain yang tidak dilipat dan disidai dengan sempurna akan menggunung tinggi jadinya.
Jadi apa kata kita baca perkongsian daripada 2 wanita ini tentang bagaimana cara mereka menguruskannya. Jom semak.
Daya nak kongsi RAHSIA kemas baju anak. Terutama anak yang kecik-kecik lagi ni. Yelah dengan kerja melambak, kena handle anak lagi. Tips ni cara paling senang lahh nak buat bagi ibu busy macam daya.
#1. Susun ikut kegunaan mereka
Macamni, daya bahagikan pada 3 bahagian.
Part 1 – Baju Jalan
Part 2 – Baju Tidur
Part 3 – Baju Santai kat rumah
Memang membantu sangat, nak pergi jalan tinggal capai. Nak duduk rumah, ambik baju santai, mandi petang mintak tolong anak capaikan je kat bakul baju tidur. Senang kan ?
#2. Lipat baju dengan betul
Kadang-kadang bila nampak berlambak macamtu, mula lah penyakit M datang. Mula lah main lipat hentam je asal jadi.
Jangan silap. Itu lagi menyusahkan dan membanyakkan kerja korang. Lipat elok-elok, terbalikkan siap-siap sebelum lipat.
Mana tau , tiba-tiba hubby ajak jalan, tak payah terkuis-kuis nak pakai baju apa kan? Semua tinggal capai. Kan senang
#3. Cara sidai
Ni lagi satu part daya ambik berat. Daya tak semborono tau, sebab daya malas nak gosok. Macamana ?
Daya sidai dengan hanger. Kedutan kurang, kadang-kadang tak renyuk pun. Tak payah nak susah-susah nak iron . Settle
sumber : Daya Jaafar
Ini pula perkongsian tips dari Puan Noorfazila. Jom semak.
TIPS SAYA LIPAT BAJU DGN HAPPY
1. Kalau gunung ganang baju terlalu banyak asingkan ikut kategori dulu..
a. Tudung & Underwear kita dan suami
b. Baju2 Besar : Tshirt, seluar, track suit kita dan suami
c. Towel, Cadar dan Sarung Bantal
d. Underware anak2
e. Baju anak yang paling kecik (sebab tak terlalu banyak)
f. Baju anak2 yg dh besar
g.Baju yang nak di iron asingkan tempat lain.
2. Mulakan lipat ikut turutan tak semestinya lipat sekali gus dlm satu masa boleh lipat a, b, c dulu next day lipat d, e, f pulak.
3. Lepas dh lipat ikut kategori terus susun dlm wardrobe jgn tunggu2 sbb nanti kalau nampak bangunan byk sgt jadi malas balik..hihi
4. Last sekali baru iron baju pulak
5. Tips no 1, 2, 3 boleh juga buat utk uruskan pakaian yg kering tp masih di ampaian..maksudnya angkat baju ikut kategori lpstu trus lipat dan ulang step 2 dan 3..
Basuh baju buat hari2 atau at least 2 hari sekali supaya tak terlalu banyak..jadi boleh la ikut step 1, 2, 3 dan buat waktu tgok TV malam hari bekerja..step no 4 boleh buat weekend..
Jadi weekend takla banyak sangat nak settle..tp kalau mcm sy mmg sgt sibuk..jadi sy korbankan waktu tidur hujung minggu utk settlekan semua..
Tip tambahan :
1. Nak settle kan cpt buat sambil tgok TV atau dgr ceramah agama kat youtube syok sambil layan sambil melipat sedar2 dah settle..
2. Elakkan letak hp berdekatan sbb nanti once dh online mmg terbengkalai la kerja..
3. Sambil lipat sambil zikir kalau 1 helai dpt 3 kali zikir 100 helai dh dpt 300 kali zikir..
4. Sambil lipat jgnla merungut sebaliknya buatla dgn hati berbunga2 seolah malaikat sedang memerhati dan sibuk mencatit pahala di bahu kanan kita.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin ada antara ibu bapa kurang mengambil berat akan hal penjagaan gigi kepada anak-anak. Sehinggakan gigi anak-anak rosak teruk.
Peningkatan usia anak serta pengambilan pelbagai jenis makanan seperti makanan manis, jus, coklat, keropok dan sebagainya tanpa dikawal antara penyebab berlakunya masalah kerosakan gigi dikalangan kanak-kanak.
Makanan manis yang diambil oleh anak sejak kecil misalnya boleh menyebabkan masalah seperti gigi berlubang, mudah rapuh dan kehitaman serta menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan.
Baca perkongsian Dr Hannani Murni Indah Kamarudin mengenai masalah gigi rosak pada kanak-kanak berusia tiga tahun akibat pengambilan susu yang mengandungi banyak kandungan gula.
Beberapa kali post saya sebelum ni..menekankan pilihan yang baik untuk anak-anak. Pilih susu yang baik, pilih makann yang baik Cheat day tu ok laaa sekali sekala, tapi kalo hari-hari cheat day???
Mak ayah tak nak susah.. Malas nak berperang atau terpedaya dengan iklan- di kaca tv. Atau merasakan ilmu-ilmu parenting tak penting? Saya pun tak faham.
Ni saya sajikan, gigi pesakit saya. Baru 3 tahun. Gigi dah semuanya rosak!!! Semua ok!!!
Saya tanya mak dia, Kenapa teruk sangat rosak gigi?? Dia cakap sebab dia minum “kurmak@k@” dia tak nak susu lain.. dia tidur pun mesti nak kena minum kurma*^#% niii sehari 6 botol wajib!”
Post saya sebelum ni saya ada share kandungan gula dalam kurma$&@) (bukan nama sebenar). Gula yang banyak adalah bahaya untuk manusia. Tapi susah nk educate mak ayah. Kenapa suka beli benda tu??
Sebb ada kurma?? Sebab murah? Sebab anak suka?? Orang yang jual benda tu kadang hanya nak tarik pelanggan je.. Berapa percent kurma dia letak, kurma sendiri dah cukup manis Tambah gula lagi?? Mana anak tak ketagih gula??
Kesian anak ni.. hari-hari nangis sebab sakit gigi
“Tulaaa doktor..saya ingat nanti saya cuti ni nak bawak datang kat sini nak cabut gigi dia smua nii”
Nak dicabut semua??
Hmmm Cuba awak pergi cabut sebatang?? Mc berapa hari?? Ni awak nak cabut semua gigi tu sekali gus?? Well done mother????
Banyak penyakit yang disebabkan oleh gula. Kesan anak sukar focus dalam task. Boleh lead to hyperactive disorder.
Anak boleh dapat kencing manis lebih awal. Malah ada pesakit saya ketagih gula. Mesti nak minum air gas. Budak baru umur 8 tahun… Mak dia kerja restoran.. entahlaaa
Kadang masyarakat kita, kalau disajikan dgn iklan makanan sunnah Diiktiraf rasulullah lagi, dari mekah, dalam alquran tanpa selidik tanpa dikaji mesti nak beli
Saya bukan anti makanan sunnah Tapi bukan sekali saya jumpa dan melaporkan “mknan sunnah” ni ke pusat racun negara.. sekali ade steroid dan bahan terlarang… Bukan sekali Bukan sekali….
Kalau nak makan kurma gi la beli kurma! Kalau nak makan buah zaitun buah tin.. beli zaitun itself.. Kenapa nak dicampur adukkan ditambah perisa dan ditambah stabilizer dan dijadikan amalan?? Sebab… senang… Dalam satu sudu ade 23 herba dan makann sunnah kan… Hebat betul!!
Sekarang semuanya di hujung jari Bukak cek, kalau tak tahu tanya Kami kan ada #kamisediamembantu
Oleh itu, amat penting untuk ibu bapa mendedahkan anak menggosok gigi sejak kecil secara teratur.
Beberapa teknik boleh dipraktikkan oleh ibu bapa untuk si kecil. Antaranya adalah:-
AJARKAN SEJAK KECIL
Membiasakan menggosok gigi pada anak akan lebih mudah jika anda melakukannya sejak kecil. Anda boleh membiasakan sejak anak belum tumbuh gigi lagi. Contohnya, setiap kali mahu mandi boleh gosokkan dengan kain basah atau berus gigi lembut.
MEMBIARKAN ANAK MEMILIH BERUS DAN UBAT GIGI SENDIRI
Untuk memupuk minat anak supaya mudah gosok gigi, beri peluang pada anak untuk memilih berus dan ubat giginya sendiri. Dengan pelbagai bentuk dan warna yang ada pasti anak-anak akan teruja dan secara tidak langsung lebih bersemangat untuk menggosok gigi.
JADIKAN WAKTU MENGGOSOK GIGI MENYERONOKKAN
Jelaskan pada anak kepentingan menggosok gigi adalah untuk mengelak kuman yang boleh melekat pada gigi. Jika tidak gosok, gigi akan sakit. Gunakan teknik penceritaan agar anak rasa seronok dan tidak takut untuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan gigi secara berkala.
GOSOK GIGI BERSAMA
Mengajar anak untuk menggosok gigi tidak cukup dengan teori. Anak juga perlu tahu yang ibu bapanya turut melakukan hal yang sama. Untuk itu, tidak salahnya ibu bapa meluangkan masa menggosok gigi bersama anak. Dari situ anak akan faham yang aktiviti ini sangat penting untuk semua peringkat umur dan ibu bapa boleh menunjukkan cara yang betul untuk menggosok.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.