Nama Lesti Kejora hangat diperkatakan baru-baru ini disebabkan kisah dirinya menjadi mangsa pukul oleh suami sendiri. Namun, bagi yang tidak begitu mengenali penyanyi dari seberang ini, min nak kongsikan sikit sejarah hidupnya.

Sebelum mencipta populariti luar biasa, Lesti Kejora atau nama sebenarnya Lestiani memulakan perjuangannya dari titik kosong. Menurut bapanya, Endang Mulyana, suara merdu anak perempuan tunggalnya itu sudah dikesan sejak usia 2-3 tahun lagi. Apabila ditanya mengapa suka menyanyi, Lesti berkata memasang impian menjadi artis satu hari nanti.

Dahulu, bapanya hanya bekerja sebagai pemandu peribadi di Kota Bandung untuk menyara keluarga. Manakala Lesti rajin membantu ibunya menjual mi secara kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan keluarga. Memiliki nyanyian luar biasa, namun ketika itu dia hanya mampu membuat persembahan di panggung kenduri ataupun acara kecil di kampung-kampung.

IKLAN

Saat remaja lain seronok menerokai dunia muda, Lesti sanggup melupakan semua itu. Dengan tekad mahu mencari dana rawatan ayahnya yang menghidap ketumbuhan di dada selama kurang dari 12 tahun, dia pergi ke Jakarta bagi menyertai sebuah pertandingan nyanyian dangdut, D’Academy.

Asal Kampung, Lesti Masuk Pertandingan Nyanyi Biaya Rawatan Bapa Hidap Tumor Di Dada

Meskipun dipandang rendah kerana baru berusia 14 tahun, rezeki Allah menetapkan Lesti berjaya menjadi juara. Namanya mula terkenal, menerima pelbagai kontrak dari syarikat rakaman dan memenangi banyak anugerah sehinggalah sekarang.

IKLAN

Ketika populariti memuncak, penyanyi tersebut tetap dengan pendirian harus bersikap sederhana. Sebab itulah apabila berita penganiayaan oleh Rizky Billar tersebar, ramai tangisi nasib malang Lesti kerana perjalanannya mengubah hidup cukup perit. Saat sudah berjaya menyenangkan keluarga tersayang dan membina perkahwinan, kebahagiaan Lesti selaku isteri cuma bersifat sementara selepas dikhianati suami sendiri.

IKLAN

Sumber : Portal Kapan Lagi

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI