Biasanya kita beli mee di kedai untuk buat hidangan minum petang bersama keluarga.
Apa kata kali ni, kita buat sendiri mee. Mee paling mudah adalah mee telur yang hanya menggunakan tiga bahan aje.
Rasanya memang fresh! Untuk buat mee tak perlu guna mesin pemotong mee, guna aje pisau yang dipotong secara menegak.
Ads
Enak dimakan bersama sup serta cili! Jom ikuti resipi ni.
Mee telur (Homemade egg noodles)
Ads
Sekali sekala merasa buat mee sendiri, alang² kita share kt sini. Cuma guna 3 bahan je: tepung gandum, telur ayam dan garam. Cuma penat sikit bila nk menguli. Kemudian, dimakan bersama sup ayam dan chili oil.
Ads
Resepi boleh rujuk setiap gambar ya.
1 cawan tepung gandum 1 biji telur ayam Secubit garam halus – Gaul sehingga menjadi sebentuk doh. – Sekiranya perlu, boleh masukkan sedikit air.Doh yg pertama akan jadi seperti ini. – Biarkan seketika selama 30 minit di dalam peti. – Pastikan doh dialas kain atau bertutup.Doh td dikeluarkan dari peti, kemudian diuli lagi sehingga doh menjadi pejal. – Masukkan semula ke dalam peti dan biarkan selama 15 minit.Setelah itu, keluarkan doh dan uli. – Taburkan tepung gandum sedikit demi sedikit. – Leper dan canaikan doh sehingga nipis seperti kain.Jadi seperti kain.Kemudian potong secara memanjang.Rebus selama 10 minit atau lebih.Mee yg direbus diangkat dan dibasuh. Kemudian toskan.Dihidang bersama sup ayam, hirisan daun bawang dan chili oil. Resepi Sup Ayam – Saya panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis hirisan 2 biji bawang kecik, 3 biji bawang putih dan 2 hirisan halia. – Masukkan air dan campak seikat bunjut sup ikan Adabi (paket biru). Biarkan sehingga air mendidih. – Masukkan bahagian tulang ayam dan biarkan selama 40 minit. Akhir sekali perasakan dengan garam. – Untuk hidangan dengan mee, ambil sup jernih sahaja tanpa hirisan bawang² tadi. Resepi cili oil, saya cuma tumis bawang putih yg dicincang dalam minyak yg banyak, kemudian masukkan serbuk cili kering (chili flakes), dan secubit garam.Siap! Memang sedap!
Sumber: Zurina Zulkefli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasa leceh nak sediakan bubur untuk anak kerana memasaknya akan mengambil masa yang lama? Tak sempat nak masak pagi-pagi, sebab banyak benda nak urus? Tak sanggup nak bangun seawal 5 pagi setiap hari untuk memasak bubur.
Mungkin ini antara masalah yang dihadapi oleh ibu berkerjaya bila menyentuh soal penyediaan bubur nasi untuk anak kecil. Atas sebab ini juga akhirnya ibu mengambil jalan mudah dengan memberi makanan alternatif lain untuk anak. Pun begitu alangkah sayangnya jika anak tidak diberikan sajian bubur nasi yang menyihatkan.
Sebenarnya jika ibu-ibu tahu trik memasak bubur, pasti ibu selepas ini akan sanggup menyediakan menu bubur ini setiap hari kepada anak sebagai mana yang dilakukan oleh Puan Rozlyn ini.
Nak tahu bagaimana? Ini dia caranya….
“Disebabkan kak kiah ada baby sekarang ni so memang hari-hari kena masak bubur. Dulu-dulu masa takda baby lagi memang takda la nak ambik tau cara masak bubur ni. Google resepi bubur terjumpa pulak cara mudah masak bubur ni. So kak kiah share kat sini bagi newbie mommy maacm kak kiah yang tak tau lagi.”-Rozlyn
Untuk itu, bagi ibu-ibu di luar sana yang kini mempunyai anak kecil bolehlah mencuba teknik untuk menyediakan bubur yang lebih cepat seperti yang dilakukan oleh Roslyn ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
Beras
Cara Buat :
2. Lepas tu isikan beras yang dah dibasuh ke dalam bekas kecik (utk baby) atau mana2 bekas bertutup yang kedap udara. Gambar ni sy sediakan 3 bekas utk baby sy utk penggunaan selama 3 hari. 1 bekas boleh mkn 2 kali. Lepas isikan beras dlm bekas, mommy boleh isikan air ke dalam bekas beras tu sampai beras tu tenggelam sepenuhnya seperti dalam gambar.
3. Dh siap isi air, letak bekas beras tu dkt bahagian freezer utk dibekukan. Biasanya waktu hujung minggu atau malam sebelum nk masak tu sy akan prepare beras beku ni. Biarkan semalam sampai beras jadi beku.
5. Ambik periuk isi air secukup rasa utk masak bubur. Campak beras beku tadi ke dlm air periuk. Beras beku ni x perlu defrost ya. Lps keluarkan dari bekas terus je campak masuk dlm periuk berisi air ni. Pasang api dan Masak sampai beras tu jadi bubur. Sy ambik masa dlm 10 minit masak bubur ni. Lps 10 minit mmg jadi gebu gebas bubur sy masak tu. Jimat masa & gas. Hihihi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kentang bersalut keju atau Cheesy Wedges antara yang digemari ramai terutama kanak-kanak.
Biasanya kita akan membeli ke kedai makanan segera apa kata kali ini ibu-ibu cuba membuat sendiri di rumah. Caranya cukup mudah, lagi sedap dan menjimatkan.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Salimah Olie. Selamat mencuba!
Petang-petang tak tau nak makan ape.kentang pulak banyak jom la kita buat cheezy wedges..sedap dan jimat..
CHEEZY WEDGES HOMEMADE BY SALIMAH OLIE
4 biji kentang – tak nak kupas kulit pun takpe.tapi, pastikan basuh bersih tau.
Mixed herbs
Lada sulah
GaramTepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna bestari)
–untuk sos–
3 sudu besar serbuk cheese – bancuh dengan air panas.kacau-kacau hingga jadi sos.
Serbuk cheese boleh beli disini –> Cheese Powder Dan Tepung Magik
Dapat layan aiskrim memang lah enak kan, lagi-lagi waktu cuaca panas. Anak-anak paling suka ni. Sekarang ini tengah PKP dan tidak dapat keluar rumah, apa kata ibu-ibu buat sendiri aiskrim.
Memandangkan sekarang banyak durian dijual, apa kata kita cuba perisa ini. Lebih meriah kalau anak-anak turut bersama buat. Ini juga salah satu pembelajaran baru buat mereka. Tidaklah asyik mengadap tv atau gajet sahaja sepanjang masa kan.
Musim durian nih…buat lah aiskrim durian sendiri… Letak durian banyak2 sikit.. Biar pure rasa durian dia.. Mmg sedapp yakmatt laaahh… Sejuk je lalu kt tekak..!! Mkn dgn roti pun sedap…😋😋😋 Yummylicious.. Resepi 👇👇👇👇
Aiskrim durian homemade
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat ( tak suka manis kurangkan lah ya )
1 sb ovelett
Durian secukupnya..( anggaran kalau isi durian yg besar 6 ulas…durian kecil 10 ulas)
Pewarna kuning telur secukupnya ( uwan tk guna sbb durian yg Uwan guna dah kuning ..Uwan guna durian Udang merah)
Cara-cara:
Kisar durian + susu cair + susu pekat & ovelett
Dah sebati..masukkn pula ke dalam mixer…
mix 20-30 minit @ hingga gebu
Then letak dalam bekas
Simpan dalam frezer
Dah keras..boleh lah makan…
Memang sedap sangat weiyhh
Pure rasa duriannya…
Pengantin lelaki nikah serentak dua isteri di Sabah mencuri perhatian selepas video persandingan mereka tular. Majlis unik ini mengundang pelbagai reaksi dan perbincangan hangat netizen.