Sekarang ini segala keperluan yang boleh dijimatkan supaya kos untuk membeli barangan dapat dikurangkan.
Begitu juga dengan kelengkapan mandian. Selain membeli pada harga yang murah sama ada ketika promosi ada juga membeli mandian dalam bekas yang besar dengan harapan dapat digunakan dalam tempoh yang lama.
Namun biasanya perancangan tidak menjadi, maklumlah apabila satu keluarga guna. Biarpun sudah diberi peringatan supaya tidak membazir apa jua penggunaan barangan rumah, ia tetap berlaku.
Nak selesai masalah begitu, wanita ini berkongsi cara dengan mengikat beberapa getah pada batang botol sabun mandian supaya ia tersekat yang menjadikan cecair sabun keluar dalam jumlah sedikit.
Apa kata cuba di rumah nanti, comfirm masalah selesai!
Serius weh! Anak rajin nau pun rasa stress juga dibuatnya. Asal mandi je, habis bilik air kena sental. Beria menyental tapi entah apa yang disentalnya. Toilet ghope itu jugaklah.
Ads
Yang geramnya, anak-anak guna sabun mandi untuk sental toilet. Mandi sehari, 3 kali. Sabun mandi yang 2L tu, memang sekejapan jelah habisnya.
Tak sampai sebulan! Ya Allah, keje beli sabun jelah abah diorang ni ha. Tak sampai umur 40, mau berguguran rambut abahnya.
So, saya nak share penyelesaian untuk masalah ni. Idea ni, kakak saya yang bagi. And it’s work!
Cuba tengok kat gambar tu,
Ads
Kalian boleh ikat getah kat situ supaya anak-anak tak dapat tekan sabun tu banyak sangat. Ikatlah ikut kata hati. Lagi sikit ruang yang tinggal, lagi sikit sabun yang keluar. Biar jenuh anak-anak tekan banyak-banyak kali, tapi yang keluarnya secoet je.
Padan muka diorang.
Okeh, selamat mencuba!
Sumber: SriAjilahSamsir
Ads
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Perkahwinan itu luar biasa. Bukan untuk mengukuhkan rumahtangga itu kekal harmoni sepanjang masa hingga till jannah. Tentu dalam tempoh itu sudah tentunya terdapat onak duri yang ditempuhi. Namun jika pasangan itu mengerti erti sebuah perkahwinan sudah tentu segala cabaran yang mendatang tidak sukar untuk ditangani. Dengan ini, temukan kesempurnaan sebuah kehidupan dalam rumahtangga bagi membina sebuah kebahagiaan.
Begitulah yang perkongsian oleh Firdaus Mokhtar mengenai erti sebuah perkahwinan. Bagi yang sudah berkahwin dalam tempuh yang lama, ingat kembali erti perkahwian itu kembali. Buat yang baru melangkah ke alam rumahtangga, kenalilah perkahwinan ini dengan hati yang telus.
Seingat saya, ada satu soalan yang ditanyakan kepada saya perhujung Disember tahun lalu. Tapi saya belum jawab lagi sampai hari ini.
Soalannya begini;
“Apa tujuan berkahwin?”
Sebelum saya jawab, saya tanya semula ke dia, “Kenapa terfikir soalan begini?” Dia kata dia nak buat semua perkara ada tujuan dan sebab, maka dia nak tahu.
Baik, begini;
1. Perkahwinan itu ada untuk lebih mendekatkan diri kita dengan Allah.
Kalian, alam rumahtangga indahnya tersurat dalam setiap ujian yang berlaku. Bila sebut rumahtangga, pasti akan bersama dengan ujian yang banyak.
Permulaannya sahaja semuanya sama. Apa yang suami suka, isteri juga suka. Lama-lama nanti, bila semuanya dah kenal, nampak pula perbezaan.
Perbezaan ini bukan kekurangan, tapi sebuah peluang untuk kita jadikan diri kita pelengkap kepada pasangan kita.
Contohnya kita ada kekurangan dalam mengurus waktu, yakinlah pasangan kita adalah seorang yang sangat menjaga dan mengurus masa. Tapi dalam nak mengecilkan jurang perbezaan ini yang selalukan kita bertelagah. Waktu ini ujiannya besar.
Maka, hari-hari yang penuh ujian inilah waktu untuk kita merintih dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Mengadu, bercakap, minta dibantu dan minta dipandu untuk kita betul-betul sabar membina rumahtangga.
Kata Allah, “Perkahwinan itu adalah bukti antara bukti-bukti kebesaran Allah.”
Jadi Allah ciptakan perkahwinan itu cukup indah. Sebagai jalan untuk kita selalu hampir dan dekat dengan Dia.
2. Memperbanyakkan sumber pahala.
Sebagai manusia kita lahir dengan sifat fitrah inginkan berpasangan. Iyalah, ada kawan mendengar keluhan dan cerita, ada teman ketawa dan bersama bahagia, ada pasangan untuk bermesra dan ada suami atau isteri untuk kita tunaikan tuntutan biologi kita.
Ternyata dengan perkahwinan, kita akan dapat penuhi semua itu berbanding jika kita bujang. Atau boleh saya katakan berbanding jika kita cuba untuk penuhi setiap fitrah kita itu tanpa berkahwinan.
Sungguh berpasangan yang sebelum nikah itu kan indah. Tapi banyak halangannya. Jika kita cuba juga lakukan berdosa pula.
Nak keluar jalan berdua itu dosa, makan bersama itu juga dosa, menonton wayang berdua pun berdosa. Semuanya terbatas itu dan ini. Lagi lah bersentuhan, mendekati zina. Tuhan murka.
Berbeza selepas kita berkahwin. Semuanya jadi halal. Nak bertemu di ceruk bumi mana pun boleh, nak berduaan lama mana pun terserah. Dan itu semua mendatangkan pahala.
Waktu bercinta sebelum nikah itu fikirkan hal-hal cinta ini berdosa, melihat sahaja sudah dosa dan bercakap berlebihan juga berdosa.
Tapi setelah bernikah fikirkan pasangan kita, itu pahala. Baru fikirkan sahaja. Melihat lebih lagi pahala. Bercakap dengan isteri juga pahala. Bersentuhan dan berpegangan tangan lebih daripada itu, selain dapat pahala kita dapat gugurkan dosa.
Begitulah perkahwinan memberikan cukup banyak jalan kita mengumpul pahala.
3. Perkahwinan adalah tapak untuk membina masyarakat Islam.
Untuk poin ini saya cukup ingat kata-kata guru saya;
“Mana mungkin kita dapat membina sebuah masyarakat Islam jika kita tak mampu menegakkan rumahtangga Islam dalam keluarga kita.”
Benar sungguhlah. Sebab harapan untuk membina masyarakat Islam bermula daripada keluarga kecil yang benar-benar Islam dulu. Daripada sebuah keluarga dengan sebuah keluarga yang lain, bergabung dan bersatu jadilah mereka ini sebuah masyarakat.
Perkahwinan sebenarnya adalah untuk memulakan masyarakat Islam kecil. Suaminya menjadi ketua keluarga yang menjadi pengurus kepada rumahtangga secara Islam. Isterinya pula pembantu merealisasikan impian terbentuknya kehidupan Islam dalam sebuah rumahtangga.
Bagaimana cara berpakaiannya, apa yang selalu dibicarakan dalam rumah, bagaimana jadual waktu sembahyang mereka sekeluarga.
Ingat, perkahwinan menjadi persoalan kepada keselamatan dan nasib masa depan umat Islam secara langsung.
Iya kalian, perkahwinan itu luar biasa.
Kita akan temukan kesempurnaan sebuah kehidupan dalam sebuah rumahtangga. Cuma jalannya memang perlu penuh dengan sabar dan berserah.
Untuk yang masih menanti jodoh, kalau ada yang datang membawa niat yang baik, segerakan. Tak perlu banyak persoalan, nanti ini macam mana, itu macam mana. Makin dilambatkan, makin macam-macam yang timbul.
Tapi syaratnya kalian sudah kenal secara yang izinkan Islam. Contohnya dikenalkan oleh ibu bapa. Berkenalan terus dengan ibu bapa mereka demi melihat keikhlasan mereka untuk membina sebuah hubungan kekeluargaan.
Moga rumahtangga yang kita bina mendapat redha Allah. Dan menjadi jalan untuk kita ke syurga. Amin.
Sekian.
Firdaus Mokhtar,
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika hendak menyambut hari raya biasanya, kita akan membuat pelbagai persiapan termasuk mencuci barang kemas agar kelihatan baru dan berkilat. Biasanya jika pergi ke kedai pastinya akan dikena upah cuci barang kemas. Oleh sebab itu, ramai yang akan membuatnya setahun sekali.
Tetapi dengan petua yang dikongsi oleh puan Lyza Norliza memberikan panduan yang amat berguna untuk dipraktikkan.Tak perlu tunggu hari raya. Boleh cuci bila-cila masa. Confirm nampak baru dan bersinar. Boleh lah kita berjimat cermat.
MUDAHNYA CUCI BARANG KEMAS
Malam ni nak kongsi sikit macam mana nak cuci barang kemas. Tak payah susah-susah nak pergi ke kedai emas nak cuci barang kemas. Petua ini sudah lama saya guna dan tak pernah sekali pun pergi cuci barang kemas di kedai. Jimat duit + tak risau mereka kikis emas kita semasa ‘proses mencuci emas’.
Caranya mudah, hanya dengan menggunakan cecair pencuci Sunlight dan berus gigi sahaja. Nak guna asam jawa pun boleh juga.
Pertama, rendam dulu dengan air suam dan tuang sunlight ke dalam bekas air suam tadi dan biarkan selama 1/2 jam. Selepas itu boleh gosok kotoran yang melekat pada emas anda.
Berus dengan menggunakan berus gigi yang elok. Jangan guna berus gigi lama yang sudah terkangkang itu sebab berus gigi begitu susah nak tanggalkan kotoran yang melekat.
Langkah terakhir, selepas diberus, bilas barang kemas dengan air paip dan rendam semula dalam bekas dengan air paip juga dalam tempoh 10 minit. Selepas 10 minit, boleh lap barang kemas anda dengan kain kering dan hasilnya memang nampak seperti baru beli.
Menyediakan pelbagai jenis kuah muih tradisi seperti kuih lapis, rempeyek dan pelbagai lagi menu lainnya dengan menggunakan tepung beras sebagai bahan utama. Pun begitu, tahukah anda, dipasaran terdapat pelbagai jenis tepung beras dan jika terbeli yang tidak bersesuaian dengan masakan yang ingin dibuat, tidak menjadi resipi tersebut.
Ini kerana setiap logo gajah yang ada pada bungkusan tepung beras memberi panduan untuk kita membuat pilihan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Dewi Marlyna dan semoga ianya bermanfaat untuk semua.
TIPS PILIH TEPUNG BERAS
Saya kongsikan kat sini untuk panduan bersama, ibu ibu dan bapak bapak juga.
1) Tepung beras Cap satu gajah.
Sesuai untuk menggoreng.
(goreng pisang, keledek, cempedak atau adunan gorengan ikan, sotong, ketam)
Sesuai juga untuk buat kudapan ringan (rempeyek, kuih rose, kulit pai tee, tumpi kacang hijau atau dhall)
Kandungan :
tepung beras + tepung jagung
Ciri tepung:
– Sangat Rangup.
**Brand Tepung beras cap teratai mempunyai kandungan dan ciri yang sama.
2) Tepung Beras Cap 3 Gajah
Sesuai untuk buat kuih-kuih tradisional (kuih lapis, kuih koci, apam dan jenis kuih lain )
Ciri tepung:
Menghasilkan tekstur kuih yang lembut dan berkilat.
**Tepung beras cap 2 gajah mempunyai kegunaan sama macam cap 3 gajah.
3) Tepung beras Cap 5 gajah.
Sesuai untuk buat laksa, pelbagai jenis mee dan bihun.
Kandungan tepung beras lebih padat .
Ciri tepung : kental
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.