Dah menjadi hidangan ruji setiap pagi makan telur separuh masak bersama roti. Bukan sahaja mudah, malah mengenyangkan dan penuh dengan nutrisi!
Biasanya kalau buat telur separuh masak pasti akan tunggu air didih, kemudian masukkan telur dan bairkan beberapa minit. Kadang kalau terlalai, tak jadi separuh masak, jadi masak sepenuhnya!
Tahu tak, sebenarnya ada cara lagi mudah nak buat telur separuh masak ini, hanya dengan menggunakan airfyer je! Lebih jimat masa dan confirm menjadi seperti yang dikongsi oleh Puan Arina Rashid di laman Facebooknya. Jom cuba!
CARA BUAT TELUR SEPARUH MASAK GUNA AIR FRYER
Ada peminat telur separuh masak dekat sini? Ini kalau sekali buat, kena buat lebih daripada 2 biji sebab anak-anak pun suka. Tapi yang kuning tu dia bagi kat mama, sabar jelah.
Rina nak share cara paling senang. Tak perlu guna air atau bekas macam dekat kedai makan tu. Tapi kena ada air fryer. Kalau tengok kat gambar ada 2 jenis kan. Dia beza sikit pada kuning telur tu. Cuba perati apa beza dia. Cara rina buat telur separuh masak ni senang sangat.
Ads
Cara-caranya:
1. Basuh dulu telur bersih-bersih. Takyah lap, masuk je terus dalam bekas air fryer.
2. Telur straight ambil dari counter (room temperature) bukan dari peti ais.
Ads
3. Set kan suhu AF 100°C, masa 10 minit.
4. Selesai 10 minit, kalau korang suka kuning telur dia cair macam gambar telur A, korang kena keluarkan terus lepas AF stop.
5. Kalau suka jenis kuning telur firm sikit macam telur B, lepas 10 minit tadi, korang biarkan je dia dulu dalam AF tu.
Ads
*Biarkan jela dalam 5-10 minit ke. Ikutlah, asalkan jangan keluarkan terus lepas AF berbunyi.
Setting ni banyak kali dah rina guna. Memang menjadi setiap kali buat. Tak kisah kuantiti telur. Setakat rina buat, outcome dia sama. Alhamdulillah.
Kombinasi biskut oreo bila dijadikan sebagai hidangan pemanis mulut memang tidak dinafikan cukup menyelerakan dan tidak hairanlah bukan sahaja anak-anak menyukai rasanya malah orang dewasa juga tidak terkecuali.
Jika sebelum ini banyak dikongsikan resipi puding oreo mahu pun aiskrim oreo, dan telah ramai mencuba rasa menu ini. Jadi apa kata kali ini anda sajikan pula kek lapis oreo chocolate yang tidak kurang hebat rasanya.
Bersempena cuti sekolah yang tidak lama lagi, elok kiranya kita raikan anak-anak dengan menghidangkan menu special ini untuk dinikmati bersama keluarga.
Untuk lebih detail cara dan resipinya mari kita lihat perkongsian penuh daripada Noor Afizah ini. Jom semak.
Kek lapis oreo chocolate
Bahan-bahannya
Butter 2 ketul – 500gm
Gula 1 1/2 gelas
Telur 12 biji
Tepung biskut marie – 2 gelas
Tepung Hong Kong – 2 gelas
Overlet – 1 sudu makan
Susu manis – 1/2 tin
Creame cheese – 250gm
Susu tepung – 1 gelas
Vico 3 in 1 – 3 paket
Pewarna putih dan coklat
Oreo 2 paket…ambil biskutnya sahaja dan di patah-patahkan
Cara membuatnya
1. Butter + gula + cheese – adun sehingga kembang dan gebu
2. Masukkan overlet dan gaul sebati
3. Masukkan telur satu persatu – adun sebati
4. Masukkan susu manis
5. Masukkan tepung biskut marie dan tepung hong kong – adun sebati
6. Adunan bahagi 3- adunan putih 2/3 dan tambahkan susu tepung, pewarna putih dan oreo
7. Adunan 1/3 – masukkan vico dan pewarna coklat
8. Panaskan kukusan. Siapkan pan 9 x 9, lengserkan butter dan tepung.
9. Letakkan adunan coklat 2 sudu meja dan kukus selama 10 minit, lapis 5x proses yang sama.
10. Selepas tu baru lapiskan adunan oreo sehingga habis.
# biarpun lapisannya tebal….perlu lapis perlahan-lahan juga yaaa….maksudnya setiap lapisan 2 senduk meja atau 3 senduk sahaja…pastikan lapisan masak seebelum melapis yang seterusnya. Selamat mencuba resepi kek lapis laris fifi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menu pasar malam seperti apam balik memang sedap kalau dimakan ketika waktu panas. Tak hanya kita yang dewasa, anak-anak pun suka makanan yang satu ini kerana rasanya yang ditambah dengan jagung dan kacang yang menaikkan
rasanya.
Kalau dulu kita hanya membeli, kini dah ramai daripada kita yang cuba beranikan diri membuat sendiri menu ini.
Sebenarnya tak susahpun nak sediakannya sendiri di rumah. Jom cuba ni daripada Adlin Lin, anak-anak mesti suka.
Assalammualaikum salam maghrib sahabat group dan salam kenal. Apam balik buatan sendiri, senang dan mudah..guna kuali roti jala je. Kalau tak ada kuali roti jala, guna none stick pun boleh.
Meh saya share resepi.
Bahan:
4 cawan tepung gandum *
3 cawan air *
1/2 cawan minyak *
1/2 cawan gula *
4 biji telor *
Sedikit garam *
1 sudu teh yis mauripan *
1/2 sudu teh soda bikarbonat *
Kacang disangai
Jagung dalam tin
Caranya:
1. Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
2. Kemudian simpan adunan dalam 1 jam.
3. Panaskan kuali leper dan letakkan sesenduk adunan.
4. Taburkan kacang, gula dan jagung tin di atasnya. Biarkan masak.
Perhatian:-
Sukatan cawan kita mungkin tak sama, so saya sarankan lebihkan sikit tepung sekiranya adunan cair. Selamat mencuba!
Sumber: Adlin Lin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tepung jagung tidak sekadar digunakan sebagai bahan makanan tetapi sesuai juga untuk digunakan sebagai bahan pembersihan.
Banyak cara kita boleh gunakan bahan dapur untuk tujuan pembersihan, berikut ialah dengan menggunakan tepung jagung:
1. Taburkan serbuk tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau yang kurang menyenangkan.
2. Kotoran yang terdapat pada material fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan air. Lapisi permukaan kesan kotoran itu sedikit tebal dan biarkan ia mengering. Kemudiannya tanggalkan lapisan tepung jagung.
3. Bersihkan kesan atau sisa air kencing bayi mahupun haiwan dengan melapisi permukaan tersebut dengan sebatian tepung jagung cdan juga air. Biarkan ia mengering dan sental atau gunakan vakum.
4. Semasa anda memberus atau membasuh periuk dan kuali, tambahkan sedikit dengan serbuk tepung jagung untuk mengembalikan kilatan perkakas.
5. Untuk kotoran degil seperti lumpur ataupun kulat gunakan campuran 1 sudu makan tepung jagung, 1 sudu baking soda, 1 sudu jus lemon dan ¼ cawan air. Sapukan ke kawasan tersebut dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.
6. Alternatif untuk menggantikan pelembut fabrik, campurkan 2 sudu tepung jagung dengan ¼ cawan baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential mengikut citarasa anda.
7. Jika anda ingin membersihkan atau menggilap perabot kayu, tambahkan sedikit serbuk tepung jagung dan bahan cecair penggilap anda. Ia akan menambahkan kilatan pada permukaan perabot kayu anda.
8. Untuk menyingkirkan kesan minyak yang terpalit pada kertas dinding anda, sapukan sedikit dengan serbuk tepung jagung dan dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia kering dan sental sehingga hilang.
9. Campurkan serbuk tepung jagung dengan air dan biarkan ia menjadi sebatian yang pekat. Bahan ini boleh dijadikan sebagai ejen skrub yang lembut dan praktikal untuk mencuci bahagian atas hud dapur, hob memasak dan sebagainya.
10. Jika terdapat contengan krayon pada dinding anda, gunakan sebatian yang sama iaitu serbuk tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding yang terkena kesan tersebut. Biarkan kering dan lapkan sahaja.
Sumber: Petua ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di