Selalunya kalau nak buat kari, mesti akan beli serbuk kari ekspress. Kalau tak serbuk, beli yang readymade orang jual macam pes kat pasar pagi. Balik tinggal campak jela bahannya, siap!
Tapi.. tahu tak pes yang macam kita beli kat kedai tu sebenarnya boleh buat sendiri je kat rumah. Tak ada lah susah sangat cara nak buatnya. Kalau rajin, buat banyak-banyak jadikan stok terus. Nak guna, keluarkan je!
Cara membuat rempah kari sendiri ini telah dikongsi oleh Normah Bahari. Inilah rahsia nak hasilkan kari ikan yang sedap.
Cara Membuat Rempah Kari Homemade
Bahan-bahan:
10-12 biji cili kering
3 sudu besar rempah biji (ketumbar)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bawang kecil
Kunyit hidup sebesar ibu jari
10-15 biji lada hitam
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
Ads
Cara membuat:
1. Basuh semua bahan, tapis dan rendam pula dalam air panas selama 10 minit kecuali bawang dan kunyit hidup.
2. Kisar semua bahan hingga halus (boleh juga guna penggiling, jika ada lagi sedap hasilnya). Siap!
3. Rempah yang dah dikisar halus ini boleh terus digunakan untuk masak kari seperti biasa.
Ads
Cara Masak Kari Ikan
5 ulas bawang kecil/1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1⁄2- 1 cawan minyak untuk menumis
1 sb halba campur
1 biji tomato ( dipotong kecil )
1⁄2 kg ikan
1 cawan santan ( 1/2 biji kelapa )
Asam jawa ( agak2 )
1 cawan air
Sayuran
Cara membuat:
Ads
1. Tumis bawang yang dipotong, masukkan halba campur serta tomato dan daun kari.
2. Bila dah wangi, masukkan rempah homemade yang dikisar, kacau dengan api perlahan.
3. Bila dah bau harum semerbak, baru tuangkan air. Tunggu sehingga pecah minyak (pastikan betul-betul pecah minyak).
4. Curah santan, asam jawa dan tambah air lagi, kemudian masukkan ikan, perasa dan akhir sekali masukkan sayuran.
Selalunya sebut sahaja asam pedas mesti ada yang membayangkan keenakan rasa asam pedas yang dimasak oleh orang Melaka mahupun asam pedas Johor. Cukup pekat dan memerlukan bahan-bahan yang ditumis dan kemudiannya barulah di rebus bersama ikan, daging dan sebagainya.
Pun begitu lain orang lain caranya, asam pedas orang Kelantan tidak kurang juga sedapnya malah menyediakannya cukup mudah. Jadi jika belum pernah dicuba, bolehlah buat hari ini dan rasai keenakan rasanya.
Resipi boleh buat seperti yang dikongsikan oleh Nurul Afidah Catalyst ini.
“Ore Kelate panggil asam pedas @ singgang pedas. Guna ikan kerisi fresh, memangg sedap rasa manis masam dan sedikit pedas. Nak guna ikan tenggiri, ikan patin pun boleh. Cara masak pun mudah dan kejap aje, anak anak pun suka”
“Ikan kerisi banyak jenis, saya guna kerisi macam dalam gambar. Kalau goreng jangan buang sisik, sedapnya krup krap krup. Sedar sedar habis sepuyuk nasi,” kongsinya di ruangan kapsyen.
Resepi mudah asam pedas Kelantan
Bahan bahanI
kan kerisi saiz sedang 4 ekor
Bawang besar 1biji*
Bawang putih 2 ulas*
Kunyit 1/2 inci (boleh ganti serbuk kunyit)*
Lengkuas 1/4 inci*
3 tangkai lada kering yang direbus (cili kisar pun boleh)*
5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa)
Daun kesum
Bunga kantan belah 2
Bendi
Garam & serbuk perasa
Cara cara
Makan dengan sambal pauh, ada pulak ikan kering, aduh demo tok kenal bare bohhh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat sahaja biskut semperit yang terhidang, perkara pertama yang akan mata kita akan fokus adalah pada bentuk kelopaknya. Ada orang boleh buat nampak cantik sangat, macam bunga dahlia yang berkembang. Tapi tidak kurang juga ada yang ‘gagal’ membentuk adunan hingga menjadikan biskut semperit dahlia ini terlihat melepek dan tidak menarik.
Sebenarnya, ada tips dan petua untuk dapatkan bentuknya yang menarik dan ini telah pun dikongsikan oleh Jj, jom semak untuk pastikan kita dapatkan hasil kuih yang memukau!
Asik lalu lalang kan kite buat la… Pink tak boleh tak ada kalau saya la…. Hehehe
JJ copy paste resepi dan tips dari owner sila baca…. Untuk adunan jj tak guna mixer hanya guna senduk kayu…..
SAMPRIT DAHLIA versi susu
Sumber dari dapur Amatur
Di cuba oleh Jalilah JJ
250g buttercup
50g gula castor (JJ guna gula icing untuk lenggok bunga yang cantik)
120g susu pekat manis
400g tepung jagung
30g tepung castard
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
1. Masukkan buttercup dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukul sebati.
2. Masukkn susu dan esen vanilla. Pukul sebati.
3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dan masukkan ke dalam adunan. Gaul dengan tangan hingga jadi doh… dan doh ni SANGAT LEMBUT ye… Klau doh yang terhasil keras, maknanya sampai kat sini pun step dah tak betul… (pastikan sukatan betul)
4. Bahagikn doh kepada 2 bahagian. Biar 1 bahagian dengan warna asal. Letakkan warna kesukaan dalam 1 bahagian lagi… sentiasa tutup doh dengan kain lembab supaya doh tak keras.
5. Boleh lah di tekan atas dulang yang telah di gris.
6. Bakar suhu 160°c selama 15 – 20 minit ikut kesesuaian oven masing-masing. Guna api ats dan bawah ye…
TIPS dan SOALAN-SOALAN yang biasa DITANYA… (saya jawab siap-siap kt sini, so jangan tanya dah tau… Sila baca dengan nada yang penuh kasih sayang yee… hehee)
SOALAN : Kenapa pakai buttercup? Apa lagi jenis mentega yang boleh guna? Boleh tak pakai margerin biasa? Jawapan : Boleh pakai ANCHOR untuk rasa yang lebih sedap. Kalau untuk jual biasanya pakai buttercup sebab lebih murah dan rasanya masih sedap… Jangan pakai margerin biasa, nanti rasa dia lari.
Tips : Bila keluarkan butter dari peti ais, rehatkan di luar sekejap supaya butter kita lembut sikit (tapi masih dalam suhu sejuk) kemudian baru gunakan.
SOALAN: Dalam resepi tak pakai telur? Kenapa? Jawapan : Dalam resepi ni tak pakai TELUR… saya ulang, TAK PAKAI TELUR… sebab telur akan menyebabkan kuih samperit jadi sangat gebu dan lerai… samprit kita akan mengembang dan terpenyek bila dibakar dan hilanglah kelopak bunganya…
SOALAN : Tak payah letak tepung gandum ke? Resepi lain guna tepung gandum. Jawapan : Dalam resepi ni juga TAK PAKAI TEPUNG GANDUM. Kenapa? Dah memang resepinya begitu… hehee… inilah yang dinamakn resepi, betul tak?
Tips : Tepung gandum akan buatkan samprit keras bila sejuk… dan rasanya macam tepung jee…
SOALAN : Susahnya nk tekan samprit. Nk patah jari rasanya, nk buat mcmana ye? Jawapan : Sebaik saja doh siap diadun, SEGERA tekan guna acuan ketika doh masih lembut.
Tips : Sentiasa tutup doh supaya tak keras. Adunan mudah mengeras kalau terdedah pada angin. Kalau doh keras dan susah nak tekan, boleh masukkn 1 – 2 sudu susu full cream (susu kotak) dan uli sebati.
SOALAN : Kenapa samprit saya jadi kembang, kelopak jatuh, terpenyek bunganya bila dah bakar? Jawapan : REHATkan dulu samprit yang dah ditekan. Jangan terus bakar. Saya akan biarkan bawah kipas untuk 1/2 jam hingga 1 jam sebelum dibakar…. biar dia rehat lama-lama pon tk apa… lagi lama samprit kita terdedah pada angin, ia akan jadi lebih keras dan kelopak bunga samprit kita nanti akan lebih ‘TEGUH’… tak ada la kelopaknya terpenyek bila dibakar. Tapi jangan risau… bila dah dibakar nnti, samprit kita akan jadi rangup, gebu dan cair dalam mulut. Kalau nak samprit kita cantik, kena la maintain saiz sentiasa yee…
SOALAN : Dah ikut tips di ats tp samprit sy ttp kembang lps dibakar. Macam mana ye? Jawapan : Kalau setakat kembang sikit tu biasa la sis… Saya buat pun kembang gak sikit.
Tapi mungkin juga ada masalah dengan SUHU masa bakar.
Cuba fahami karenah OVEN masing-masing… kalau sebelum ni sis pakai suhu 160 tapi samprit masih kembang, cuba kurangkn ke 150 dan tambah masa membakar lagi 5 minit…
Kalau sebelum ni sis menggunakan rak yang bawah, kali ni cuba gunakan rak tengah oven tu…
SOALAN : Saya tak ada acuan macam tu. Boleh guna acuan lain? Jawapan : Boleh je sis, sebab acuan tak mempengaruhi rasa… cuma mempengaruhi mata jee… Saya guna acuan ni sebab membentuk kelopak yang cantik.
Acuan ni saya beli kat kedai barang-barang kek. Kat pasaraya saya tak pasti ada ke tak.
SOALAN : Ada antara bahan-bahan ni yang saya tak ada… boleh tak saya ganti? Saya tak nak guna susu, nak guna gula sahaja… Saya tak ada tepung castard, saya ganti dengan tepung lain? Jawapan : Soalan nak minta menderhaka pada resepi ni yang paling saya lemah nie… hahaaa …Jawab saya senang je…. Kalau tak cukup barang, jangan buat! Pergi beli barang dulu…
Kalau tak suka itu, tak suka ini dan nak ganti dengan bahan lain… jawabnya senang, cari resepi lain jangan guna resepi ni… (Hahaaa bahayanya sebab saya dah gelak sorang-sorang ni)
Fuhh… ok.. itu semua tips dan rahsia-rahsia saya menyamprit… dan saya dah turunkan semuanya buat sis-sis tersayang… Sorry panjang pulak saya berleter…
Yang penting nak buat apa pon kena ikhlas dan penuh kasih sayang… hehee…
Saya halalkan pada yang sudi nak share resepi ni…
Selamat mencuba…
sumber : Jalijah JJ via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum ini memang viral di laman media sosial tentang makanan yang berasal dari Timur Tengah iaitu shawarma. Apa yang menariknya, semua restoran yang menjual hidangan ini memang ‘laku keras’ sampai beratur panjang! Kesudahannya, ada yang tak sempat untuk merasa keenakan shawarma yang diperkata ramai ini.
Jangan risau, sebenarnya anda boleh buat sahaja sendiri shawarma ini di rumah dan ternyata hidangan ini menjadi lebih enak! Jom kita ikuti perkongsian resepi ini dari A-Z. Selamat mencuba!
RESEPI SHAWARMA WRAP HOME-MADE
Iringan shawarma: Roti, daging / ayam, parsley, grilled tomatoes, pickles dan lettuce kalau suka. Sos tahini, sos toum untuk shawarma ayam.
Saya suka buat shawarma sendiri dengan roti dan sos sebab boleh buat banyak dan simpan untuk makan beberapa kali. Saya kongsikan resepi roti, perapan daging dan sos tahini jika ada yang berminat nak buat.
Resepi Roti Laffa (nipis, tak macam roti pita) untuk shawarma:
1 setengah cawan air suam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar yis kering (macam mauri pan) – campurkan semua hingga berbuih
Dalam mangkuk lain campurkan:
3 cawan tepung gandum apa-apa jenama pun
2 sudu teh garam
-Bila adunan yis dah berbuih, campurkan dalam tepung dan uli dalam 5 minit. Masukkan 1-2 sudu besar minyak zaitun dan teruskan menguli hingga adunan lembut macam baldu dan tidak melekat di tangan. Biarkan hingga kembang 2 kali ganda. Tumbuk.
– Bahagikan 8. Buat bulat.
– Panaskan grill pan.
– Canai nipis dan letak dalam grill pan. Sapu bahagian atas dengan sikit minyak zaitun. Bila dah mula gelembung-gelembung, terbalikkan.
– Masak dalam 30 saat – 1 minit.
– Angkat, letak dalam bekas suam.
Resepi daging shawarma:
Blend dalam blender kering:
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil bunga cengkih
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil “all spice”
1/2 sudu kecil serbuk cardamom
1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
1/2 sudu kecil oregano / thyme
1/2 sudu kecil serbuk buah pala
1/2 sudu kecil lada hitam
1/4 sudu kecil serbuk halia
1/4 sudu kecil serbuk cili
Campurkan serbuk yang telah diblend dengan:
1/4 cawan jus lemon segar
1/4 cawan cuka putih
1/4 cawan minyak zaitun.
– Sapukan ramuan ini pada 1 kilo daging dan biarkan semalaman. Saya guna daging bahagian “culotte”. Boleh juga gunakan steak ribeye, flank steak atau skirt steak.
– Atau gantikan dengan thigh ayam yang dah dibuang tulang. Kalau diet, dada pun boleh. Esoknya boleh nyahbekukan.
Panaskan grill pan. Grill daging sampai separuh masak. Keluarkan. Rehatkan. Hiris nipis. Panaskan grill sekali lagi dan grill daging hiris hingga cara masak yang disukai.
Resepi Sos Tahini:
-2 sudu teh pes tahini
-3 ulas bawang putih
-1/2 cawan lemon jus
-1 sudu teh garam
* blend hingga halus.
Sumber: Ummu Ashraf
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di