Siapa yang suka berkebun, salah satu tanaman yang wajib ada di tanam adalah pokok bendi. Tabam pokok ini memang berbaloi tanam. Kalau tanam berbuah tak berhenti, jika betul penjagaannya.

Sebagaimana wanita ini kongsikan caranya. Katanya jika asyik tak jadi tanam bendi, guna caranya mengunakan benih bendi yang dah tua.

Nak tahu caranya, ikuti lanjut perkongsian beliau.

______________________________

Saya pun baru bljar sbnrnya.Yg tanam bendi tak jadi, blh follow cara saya. Yg dah jadi, tengok aje post ni ye, x yah like pun tkpe

Pokok bendi saya ni usianya 26 hari. Baru nk bljar berputik.

Step step ada di bawah,tapi kurang lengkap sikit.Ada pic yg saya lupa nk letak.

Caranya:

Ni benih bendi yang sudah cukup tua.

Rendam biji benih tadi. Ambik yg tenggelam shj. Semua benih secara asasnya adalah sama. Ambil yg tenggelam, buang yg timbul.

Saya semai guna cocopeat dan tanah organik + tinja ayam.Baki cocopeat, saya letak atas.Ni usianya 6 hari.

IKLAN

Ni stlh dipindahkn. Sekarang usianya 26 hari.Ada 12 pokok semuanya. Saya guna tanah hitam sawit+tanah organik+cocopeat+tinja kambing.Nisbah 2:2:2:1

Closed up dari depan.. Ni betul betul kat luar tepi rumah saya. Sblh kiri pokok kacang botol yg berusia dua minggu ++

IKLAN

Kebun mini di tepi rumah. Sawi,kacang tanah, kacang buncis dan timun ada di seberang jalan.

Putik dah kluar.

Selamat mencuba!

Belian menarik di sini

Sumber: Liyana Mohd Poad