Kala seramai 440,743 murid tahun enam menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), seorang anak sulung yang juga merupakan ketua pengawas, tidak mampu berbuat demikian sebaliknya menunggu rawatan lanjut buat dirinya setelah disahkan mengidap barah otak.
Sesiapa sahaja yang bergelar ibu atau bapa, tentu meruntun jiwa apabila anak disahkan begitu dalam sekelip mata sahaja dan cita-cita untuk menduduki UPSR terpaksa dibatalkan atas nasihat doktor.
Doa mengiringi buatmu adik, Mohd. Rusyaidi Mohd. Ridzuan moga kembali sembuh seperti sedia kala. Pasti setiap penyakit ada ubatnya dik! InsyaAllah.
Menurut laporan dari Kosmo Online, murid ini dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut di sini terpaksa melupakan hasrat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diadakan hari ini apabila disahkan mengidap barah otak.
Mohd. Rusyaidi Mohd. Ridzuan, 12, yang juga ketua pengawas di sekolah berkenaan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Ads
Bapanya, Mohd. Ridzuan Abdul Manaf, 41, berkata, anak sulungnya daripada lima beradik itu tidak dapat menduduki UPSR setelah menerima nasihat doktor.
“Along (Mohd. Rusyaidi) nak ambil UPSR di hospital, tetapi doktor mahu dia berehat kerana masih lagi menjalani rawatan untuk mengetahui tahap kanser yang dihidapi,” katanya.
Kredit Photo: www.kosmo.com.my
Berat bahu memandang berat lagi bahu yang memikul. Sebak dengan berita ini, kaum keluarga,saudara mara dan rakan-rakan sentiasa memberi sokongan tanpa henti.
Ads
Merujuk kepada laman facebooknya bapa murid ini Mohd Ridzuan Abdul Manaf yang juga merupakan guru di sebuah sekolah di daerah Jerantut, perkongsiannya telah mendapat perhatian rakan-rakan yang sentiasa memberikan doa dan kata-kata semangat. Malah beliau sendiri turut berkongsi rasa hatinya di laman facebooknya.
Setiap anak tak sama perangai dan karenahnya. Ada yang jenis senyap, mendengar kata. Ada pula yang kuat membantah tapi penyayang orangnya. Namun, walau bagaimana sekalipun, anak-anak adalah anugerah terindah dari Yang Maha Esa buat ibu bapa.
Kalau anak sulung lebih kepada bertanggungjawab dan membantu menjaga adik-adik, berbeza dengan anak kedua. Ada pandangan mengatakan karakter anak kedua ini penuh misteri.
Disebabkan anak kedua berada di tengah-tengah anak sulung dan bongsu secara tidak langsung ia harus beralah kepada abang atau dan adiknya. Maka tidak hairanlah anak sering bersikap terbuka, berlapang dada dan mengalah dalam segala hal. Tapi, tak dilupakan juga bahawa anak kedua yang paling banyak buat mak ayah mengucap!
Wanita ini berkongsikan pandangan mengenai karekter anak kedua. Begitu pun, baginya tiada anak-anak yang nakal. Tinggal lagi mungkin ibu bapa yang kurang kesabaran dalam berhadapan dengan karenah anak-anak.
Mak pernah cakap:
“Nak didik anak no 2 ni jiwa harus kental dan kuat…sebab anak no 2 ni lain sifatnya..
Anak no 2,
Mendidiknya memang perlu mujahadah tinggi…
Istighfarnya banyak…
Akalnya panjang…
Tapi kalau dipujuk dia paling ke depan dalam membantu…
Pergilah mana mana pelusuk sekalipun, anak nombor 2 memang sentiasa disebut…
Itulah istimewanya anak no 2…
Boleh jadi ujian, boleh jadi tauladan…
Sesungguhnya tiada anak yang nakal, yang ada cuma ibu bapa yang kadang2 tiada kesabaran…
Gadis viral panjat pokok nak ‘dapatkan internet’ bakal bergelar doktor. Empat tahun lalu, nama Veveonah Mosibin menjadi tular apabila video beliau memanjat pokok untuk mendapatkan talian internet demi menduduki peperiksaan dalam talian mendapat perhatian ramai.
Video yang dimuat naik pada 12 Jun 2020 di saluran YouTube miliknya bukan sahaja menerima lebih 150,000 tontonan, malah turut mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen.
Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah, kini mencatat satu lagi kejayaan membanggakan. Setelah menamatkan pengajian dalam kursus Asasi Sains di Universiti Malaysia Sabah (UMS), beliau kini sedang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Management and Science University (MSU), Shah Alam, Selangor.
Mengimbau kenangan memanjat pokok untuk mendapatkan internet, Veveonah, 23, menyifatkan peristiwa itu sebagai salah satu pengalaman paling manis dalam hidupnya.
“VIDEO TERSEBUT MENJADIKAN SAYA DIKENALI RAMAI, MALAH PENGIKUT SAYA DI TIKTOK KINI MENCECAH 8,000 ORANG, MANAKALA DI INSTAGRAM PULA SERAMAI 19,000 PENGIKUT. LEBIH MEMBANGGAKAN, KERANA VIDEO ITU JUGA, SAYA BERPELUANG BERTEMU BEBERAPA PEMIMPIN NEGARA SEPERTI PERDANA MENTERI KETIKA ITU, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, SERTA MENTERI-MENTERI KABINET,” KATA VEVEONAH.
Bakal doktor ini kini sedang komited untuk melengkapkan pengajian yang dimulakan pada Oktober tahun lalu. Veveonah juga menekankan bahawa peranan doktor bukan sekadar merawat, tetapi juga berbakti kepada masyarakat.
“Sekarang adalah masa untuk belajar dan melengkapkan diri menjadi seorang doktor. Saya ingin membantu masyarakat dan menyelamatkan nyawa,” ujarnya penuh semangat.
Pengalaman Veveonah semasa di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sandakan, termasuk menyertai Tunas Saintis Se-MRSM dan menduduki tempat ketujuh dalam kategori Fizik, menunjukkan bakat dan kecemerlangan akademiknya sejak muda.
Sebagai seorang yang celik teknologi, Veveonah menasihatkan pengguna media sosial supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan maklumat di internet.
“Setiap fakta yang diperoleh perlu disemak terlebih dahulu. Jangan terlalu taasub dengan apa yang anda baca di dunia maya,” katanya.
Selain itu, beliau turut mengingatkan golongan muda untuk mengutamakan pelajaran berbanding perkara lain seperti cinta. Baginya, penting untuk menjaga jarak dan memastikan emosi tidak mengganggu fokus dalam pembelajaran.
“Ingat tujuan utama kita masuk universiti atau kolej,” katanya dengan nada tegas.
Veveonah juga menyentuh mengenai isu kedudukan wanita dalam dunia pekerjaan. Beliau berharap agar lebih ramai wanita diberi peluang untuk menjawat jawatan tinggi berdasarkan kelayakan akademik dan prestasi kerja, tanpa diskriminasi jantina, bangsa, atau agama.
“Saya ingin melihat lebih banyak wanita menjadi peneraju organisasi kerana saya percaya mereka mampu membawa perubahan besar,” katanya.
Veveonah tidak pernah melupakan tanggungjawab sosialnya. Menyentuh isu pergolakan di Palestin, beliau menyeru agar masyarakat sejagat terus memberikan sokongan kepada perjuangan rakyat Gaza. Baginya, seorang doktor perlu bersikap neutral dan empati dalam merawat pesakit, tanpa mengira latar belakang mereka.
Sebagai pelajar MSU, Veveonah juga teruja untuk terlibat dalam program khidmat masyarakat yang diwajibkan universiti itu. Dengan minat mendalam dalam isu-isu kemanusiaan, beliau berharap dapat memainkan peranan aktif dalam membantu masyarakat, baik di dalam mahupun luar negara.
Daripada seorang pelajar yang memanjat pokok demi pendidikan kepada bakal doktor yang berbakti kepada masyarakat, perjalanan hidup Veveonah Mosibin membuktikan bahawa semangat dan usaha gigih mampu mengatasi segala cabaran. Beliau bukan sahaja inspirasi kepada generasi muda, tetapi juga lambang keberanian dan ketabahan seorang wanita yang tidak kenal erti putus asa.
“Selamat berjaya kepada semua dalam mengejar impian masing-masing. Dunia yang serba canggih ini penuh peluang jika kita berusaha mencapainya,” ujar Veveonah.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.