Atuk Ni Buat Gelongsor & Buaian Untuk Cucu. Nak Elak ‘Selimbor’ Pada Papan, Ini Caranya. Memang Cantik & Kreatif!

Share

Nak hilangkan rasa bosan cucu-cucu di rumah, atuk ini buatkan gelongsor dan buaian sendiri. Memang kreatif betul atuk ini.

Apa tidaknya, dalam perkongsian sebelum ini, Mohd Tarmizi Ahmad Adnan menyiapkan katil kayu yang cukup cantik buat anak bongsunya. Kini giliran cucu-cucu pula bergembira. Memang kreatif, siapa yang nak cuba boleh tengok hasilnya ini.

Assalamualaikum.

Hari ini atok nak kongsi atok buat Gelongsor dan Buaian untuk cucu cucu atok 3 orang… Atok buat gelongsor ini , sambil menyiapkan katil Queen Si Bungsu atok.. ( tunggu papan pjg ) spt yg dah atok masukkan dlm T.A.H.I.

Atok mulakan dgn papan yg sesuai utk di jadikan gelobgsor.. Jenuh dicanaikan.. Takut ada “selimbo” kata org kg atok le.dan last sekali buat buaian.. Alhamdulilah siap dan selamat digunakan oleh cucu..

#Abaikan atok yg nak cuba juga… Tapi tak le baring beraksi seperti kat katil hari tu..😁😁😁😁😁😁

Ini kerja mula mula… Camtumkan papan dgn kayu kecil dlm lubang serta di gamkan.
Gam yang atok guna
Udah digam atok jemur
Ini le hasilnya

Belum siap lagi cuuu ooii…. Cucu nak cuba…

Jangan tiru aksi ini… Santai uuuu
Nampak tak kegembiraan cucu atok

Sumber: Mohd Tarmizi Ahmad Adnan

  VIA Tukang Apa Hari Ini

IKLAN