Pernah tak waktu kecil dahulu, guna pelbagai alasan gara-gara tidak mahu ke sekolah? Antara alasan yang paling kerap guna kalau tak demam, rasa pening kepala! Dua ni lah yang selalu digunakan sehingga mak ayah memang ‘masak’ sangatlah perangai anak-anak ini.

Kalau dulu, seawal 4 tahun ibu ayah hantar anak-anak ke sekolah tadika kan, sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Zaman moden kini, ramai ibu bapa yang cakna dengan pembelajaran anak dengan menghantar mereka ke playschool di mana bukan sahaja itu menjadi transit tempat untuk anak-anak duduk sementara ibu bapa pergi bekerja, tetapi anak-anak lebih awal terdedah dengan kawan-kawan untuk bergaul sambil bermain dan belajar.

Tidak terkecuali buat pengacara, Dayah Bakar yang turut menghantar anaknya Fahri ke  playschool seawal usia 2 tahun. Bagi sesiapa yang mengikuti laman sosial personaliti ini, mesti pernah lihat telatah anak ini yang gelagatnya buat orang tak kering gusi.

IKLAN

Baru-baru ini, Dayah bakar ada berkongsi anaknya dah mula ‘panjang akal’. Berbeza dengan kanak-kanak lain yang mungkin menangis teresak-esak, tetapi Fahri bagaimanapun secara spontan buat isyarat kepalanya kurang selesa sebagai alasan untuk tidak pergi sekolah.

@dayahbakar Panjang akal nohhh #fyp #fypシ #fypdongggggggg ♬ Funny Song – Cavendish Music

Video yang dimuat naik di laman Tiktok itu mendapat tontonan ramai dan meninjau di ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan gelagat anak Dayah Bakar sekali gus mempersoalkan di mana dia belajar ‘taktik’ tersebut. Tidak ketinggalan, segelintir mereka turut berseloroh bahawa Fahri mungkin ikut alasan ibunya sewaktu kecil dahulu.

IKLAN

Sumber: Tiktok @dayahbakar

IKLAN

“Awal Belajar Taktik Tak Nak Pergi Sekolah” Netizen Terhibur Lihat Gelagat Anak Dayah Bakar

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI