
Menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu memang bukan kerja mudah. Dari awal pagi hingga lewat malam, ada sahaja kerjanya dan tidak dinafikan ianya memang meletihkan.

Pun begitu, bagi menghilangkan rasa kepenatan dalam diri dan sekali gus menjadikan seorang wanita lebih bertenaga, ini sewajarnya diamalkan.
Nak tahu lebih lanjut, jom baca perkongsian penuh daripada wanita ini yang merasai perbezaan setelah amalkannya.
Ini perkongsiannya.
Doa Dipermudahkan Urusan & Menghilangkan Penat.
Dah 3-4 hari saya kurang sihat. Walaupun tak sihat tapi kerja-kerja rumah tetaplah perlu diurus semampunya. Tu belum lagi bab makanan. Bila dah jadik mak-mak ni, macam mana sakit pun kena cuba jugak gagahkan diri masak untuk anak/ahli keluarga. Tapi yela, dengan keadaan kurang sihat ni, saya memang tak larat & mudah sangat penat.. Bila kita penat ni.. anak buat nakal sikit je, mulalah rasa nak melenting je.

Kebetulan masa mengemas rak buku semalam, saya terjumpa balik nota lama yang saya salin dalam ceramah Ustazah Dr. Fatma pada tahun 2010 dulu.
Ni merupakam doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Sayyidatina Fatimah. Amalkan doa ni di waktu pagi untuk mudahkan urusan dan menghilangkan penat. Untuk sepanjang hari lak, boleh amalkan zikir Fatimah iaitu Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 34x (jumlah keseluruhannya 100x)
Dulu masalah hiperthyroid saya agak teruk dan mudah sangat terasa penat. Balik kerja jer mesti badan rasa lemah-selemahnya.. Bila amalkan doa ni memang terasa perbezaannya.. Bila dah kahwin dan masa dalam pantang pun sama..
Dak Fydh ni jenis sawan nangis dan asyik kena berdukung siang dan malam. Walaupun mak dan suami bergilir-bergilir tolong jagakan bayi, tapi tiada siapa yang dapat bertahan nak tuam perut dan dukung bayi berjam-jam.. Dahlah setiap hari macam tu..berlarutan pulak hingga 5-6 bulan.. Tapi dengan amalkan doa ni alhamdulillah, masih dapat bertahan walaupun langsung tak cukup rehat waktu tu..
Sebenarnya dah hampir setahun ni saya terlupa sungguh tentang doa ni dan lupa amalkannya.. huhu.. Kali ni saya share supaya ramai yang boleh manfaatkan doa ni.. Dan andainya satu hari nanti saya terlupa, insyaAllah masih ada lagi rakan-rakan yang boleh berpesan dan mengingatkan..
Mak-mak yang ada anak kecil, mak-mak yang bekerja, atau yang sesiapa juga ada masalah kesihatan dan cepat letih.. elok sangatlah amalkan doa ni. InsyaAllah, urusan kita pada hari itu akan dipermudahkan dan tak terasa penat sangat.

Doa ni perlu dibaca di awal pagi, lepas bangun tidur dan mohonlah pada Allah agar dipermudahkan urusan kita pada hari tu dan kurangkan rasa letih/ penat..
✏Nota**
Saya sertakan jugak sedikit potongan dari rakaman suara ketika ceramah (tahun 2010 dulu, rakaman video masih belum meluas dan phone internal memory pun tak banyak macam sekarang). Sebenarnya saya terpaksa rakam sebab saya dapat duduk di belakang sekali dan suara ustazah kurang jelas. Dengan dengar balik rakaman tu, dapatlah salin doa dan nota yang mana tertinggal.
Tapi maaflah ye sebab kualiti audio tak berapa elok sebabkan terpaksa berhimpit-himpit kat belakang masa tu.. Dengan nak pegang phonenye, nak salin nota lagi.
Sumber : Yatie Eimra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di


Tertarik melihat seorang pengusaha kantin sekolah menjadikan kantin Yang diusahakannya ala-ala cafe. Bahkan, menu yang disediakan juga cukup menarik dengan pelbagai pilihan.
“Tercetusnya idea ini kerana saya bermula dengan membuka cafe di Puncak Alam, Selangor. Apabila berhijrah ke negeri kelahiran, saya mendapatkan tender untuk menjadi pengusaha kantin. Dari situlah saya cuba untuk lakukan dan jayakan sebuah kantin sekolah menjadi ala cafe,” katanya yang mempunyai 12 tahun pengalaman dalam pengusahaan ini.
“Kebanyakan pekerja saya terdiri daripada ibu tunggal, B10 dan anak yatim. Dari sinilah saya dapat berkongsi rezeki dengan mereka. Kita jangan kedekut untuk bayar gaji pekerja. Kerana mereka jugalah kita, pelbagai menu dapat disediakan,” katanya.
Mohd Fahmi juga memiliki perniagaan makanan di Jeniang, Kedah iaitu Restoran Nasi Kukus Ayam Cincang dan Manggo Shake yang sangat popular di situ.
“Malah, idea untuk membuat pengubahsuaian kantin ini kerana murid sekolah ini ramai dan ia memberi semangat untuk jadikan kantin lebih baik. Saya juga tidak pentingkan keuntungan berlebihan kerana bagi saya kepuasan guru dan murid lagi penting,” katanya yang telah berjaya menjadi Johan Kantin Terbaik Kebangsaan pada tahun 2019.
Berkenaan dengan harga makanan pun, Mohd Fahmi tidak nafikan turut menerima komen yang mengatakan deko kantin dan harga begini kerana sekolah bandar dan murid-murid pun dari kalangan orang berada.
“Jangan buat perbandingan. Baik sekolah bandar atau kampung, boleh saja buat cara ini. Nak seribu daya. Jangan anggap kantin yang kita usahakan itu hanya sekadar untuk cukup makan dan pendapatan yang biasa-biasa saja,” katanya yang mahu ubah dari biasa kepada luar biasa.




Tetapi serasa agak lama tidak melihat dua beradik comel ini memasak di hadapan kameran. Gelagat dan cara mereka Yang lucu cukup menhiburkan.
Resipi yang kini sedang viral Itu nampak begitu mudah untuk dibuat. Dua beradik ini juga nampak enjoy dalam video ini. Seperti biasa, Aubrey lebih riuh dan banyak telatah checky nya berbanding Karl yang sedikit pemalu.

