Anda pasti biasa dengar kan nada gurauan “I love cholesterol…” tatkala rakan atau anda sendiri mengambil makanan yang berpotensi sarat kolesterol.

Sebut pasal kolesterol, memang ramai mengetahui mengenainya. Ada yang prihatin, tidak kurang juga yang tidak ambil pusing tentang natijah pengabaiannya.

Acap kali juga golongan obes dikaitkan dengan kolesterol. Jangan pandang remeh, ‘si kedengkik’ (bertubuh kurus) pun berisiko kolesterol tinggi. Dengan kata lain, memiliki tubuh tidak gemuk bukanlah jaminan untuk terlepas daripada bahana kolesterol.

 Awas, Kurus Tidak Semestinya Sihat. Kolesterol Tinggi Boleh Undang Risiko Mati Mengejut.

 

Pendapat kebanyakan pakar perubatan/kesihatan, kadar kolesterol tidak boleh diukur hanya dengan melihat tubuh secara fizikal. Kegemukan lebih melibatkan penyimpanan kolesterol pada bawah kulit. Manakala masalah berlebihan kolesterol lazimnya berkait rapat dengan pengumpulannya di dinding saluran.

Kadang-kadang pemeriksaan terhadap pesakit yang gemuk didapati tahap kolesterolnya adalah normal. Justeru, seseorang yang berasa dirinya kurus dan sihat tidak semestinya mempunyai kolesterol yang rendah.

Fenomena ini berkait rapat dengan pelbagai faktor. Meskipun begitu, tidak disangkal bahawa kegemukan boleh mendedahkan seseorang kepada masalah kolesterol berlebihan. Ini dikenali sebagai sindrom metabolik. Peningkatan usia dan faktor risiko penyakit kardiovaskular utama yang lain seperti diabetes dan darah tinggi turut berkait rapat dengan masalah ini.

Kandungan kolesterol yang tinggi juga ada kalanya bersangkut-paut dengan genetik individu. Namun ia bukan penyebab utama dan jarang berlaku.

Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang senaman dan pengambilan banyak makanan berkolesterol tinggi turut menjadi penyumbang.

 Awas, Kurus Tidak Semestinya Sihat. Kolesterol Tinggi Boleh Undang Risiko Mati Mengejut.

IKLAN

Mati mengejut

Kolesterol merupakan suatu istilah saintifik. Ia merupakan sejenis bahan kimia yang boleh dikategorikan di bawah kelompok lemak. Kandungannya yang melampau tahap normal berupaya mengakibatkan seseorang dilanda masalah kardiovaskular.

Namun kekurangannya juga meninggalkan impak pada tubuh. Acap kali dipandang negatif, kolesterol sebenarnya merupakan komponen penting dalam penghasilan hormon dan pertumbuhan sel saraf badan.

Kolesterol boleh diperoleh daripada pelbagai sumber makanan. Antaranya kulit ayam, kuning telur, daging berlemak, santan dan makanan laut selain ikan.

Walau bagaimanapun, kolesterol dalam badan kebanyakannya dihasilkan sendiri oleh tubuh melalui proses sintesis di hati. Lantaran itu, pengambilan sumber kolesterol dari luar perlu dikawal melalui pengamalan diet yang seimbang agar arasnya tidak berlebihan.

Dalam badan manusia, kolesterol yang disintesiskan di hati akan dibawa ke dalam darah oleh lipoprotein. Kemudian lipoprotein akan membawanya ke sel-sel badan. Jika berlebihan, kolesterol ini akan mendap pada dinding arteri (salur darah). Ini akan menyebabkan berlaku penyempitan padanya dan akhirnya ia akan tersumbat.

 Awas, Kurus Tidak Semestinya Sihat. Kolesterol Tinggi Boleh Undang Risiko Mati Mengejut.

IKLAN

Pemendapan kolesterol ini dikenali sebagai atheroma. Penyumbatan ini boleh berlaku pada salur darah di jantung, otak, buah pinggang, usus dan bahagian lain di seluruh tubuh. Proses penyempitan dan penyumbatan lazimnya memakan masa yang lama dan bukan cuma sehari dua. Komplikasi utama ialah penyakit jantung koronari dan strok. Keadaan ini boleh mengakibatkan kematian secara tiba-tiba.

Kolesterol berlebihan dalam darah tidak banyak mempamerkan simptom. Namun, bagi segelintir individu, antara simptomnya adalah seperti kelihatan ada kumpulan lemak pada bahagian bawah kulit di sekitar kelopak mata dikenali sebagai xanthelasma.

Selain itu, ada juga yang memiliki bonjol lemak pada tempat lain di bawah kulit. Antaranya ialah di sendi tangan, siku dan pergelangan kaki. Namun, simptom ini lazimnya dialami oleh individu yang memiliki masalah kolesterol bertitik-tolak daripada faktor genetik.

 Awas, Kurus Tidak Semestinya Sihat. Kolesterol Tinggi Boleh Undang Risiko Mati Mengejut.

Ujian paras kolesterol

Aras kolesterol boleh dikesan menerusi ujian darah sama ada disuntik pada pembuluh darah ataupun penghujung jari. Cara ini dianggap paling praktikal serta merupakan satu-satunya kaedah mengesan tahap kolesterol. Ia juga boleh dilaksanakan di mana-mana hospital mahupun klinik.

Melalui ujian darah, paras total kolesterol boleh diketahui. Pemeriksaan lebih teliti biasanya pada paras low density lipoprotein (LDL), high density lipoprotein (HDL) dan trglycerides (TG). Umumnya LDL dan TG merupakan kolesterol tidak baik. HDL pula adalah sebaliknya.

IKLAN

Menyentuh kaitan kolesterol dengan gaya hidup yang kurang sihat, setiap individu khususnya yang berhadapan dengan masalah ini perlu mengamalkan diet seimbang.

Senaman secara berkala juga perlu iaitu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30 hingga 40 minit. Kadar metabolisme badan akan menjadi tinggi apabila seseorang aktif dan membuat senaman. Ini membantu merendahkan kadar kolesterol khususnya dalam darah.

Selain itu, peringatan kepada si perokok, nikotin pada rokok pula bertindak sebagai pemangkin pembentukan atheroma di samping meningkatkan tekanan darah sehingga memudaratkan individu.

 Awas, Kurus Tidak Semestinya Sihat. Kolesterol Tinggi Boleh Undang Risiko Mati Mengejut.

Kawal pemakanan

Untuk mengawal peningkatan kolesterol, . Nampak mudah, namun susah untuk diamalkan. Sesetengahnya malas untuk bersenam dan diet, sebaliknya lebih bergantung pada ubat sahaja, tetapi, perlu diketahui, ubat cuma untuk sementara waktu dan harganya pun agak mahal.

Menerusi penyelidikan, ubat memang terbukti bagus dan berkesan, namun apabila berhenti mengambilnya, potensi untuk kolesterol naik semula tidak mustahil. Justeru, beringat sebelum kena, mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Sumber: Majalah Keluarga Feb 2016

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI