Paru-paru rosak kesan tabiat menghisap rokok atau vape bukan perkara baru. Sedia maklum tentang kesan negatif pada kesihatan diri sendiri namun tak semua perokok mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku.

Bukan mudah bagi seorang perokok yang telah bertahun-tahun hidup dengan asap rokok untuk menghentikan tabiat tersebut.

Namun ia bukan perkara mjustahil kerana ramai juga yang berjaya berhenti demi kesihatan sendiri.

Facebook Public Health Malaysia berkongsi cara yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu perokok yang berusaha untuk berhenti merokok terutama di kalangan bapa yang mempunyai anak kecil.

Ada dua badan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu perokok yang ingin berhenti merokok iaitu:

  1. jomquit.moh.gov.my
  2. Muat turun aplikasi GEMPAQ yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan dan Kerjasama Ketagihan Nikotin (NARCC), Universiti Malaya.

Awas, Paru-Paru Boleh Tinggal Segenggam Penumbuk Akibat Kuat Hisap Rokok Atau Vape. Fikir-Fikirkanlah!

Ingatlah yang tersayang kerana asap rokok pasif merupakan punca utama asma di kalangan kanak-kanak.

IKLAN

Awas, Paru-Paru Boleh Tinggal Segenggam Penumbuk Akibat Kuat Hisap Rokok Atau Vape. Fikir-Fikirkanlah!

Saya berikan ayah kegembiraan…
Ayah beri saya…
Asma

Jadikan Pengajaran Bersama

Dah banyak kes perlu tebuk paru-paru. EVALI (e-cigarette or vaping use-associated lung injury) is real. Perkara yang dirisaukan sejak 2015 menjadi semakin nyata.

KKM baru sahaja mengeluarkan garis panduan untuk para perubatan merawat kes EVALI.

IKLAN

Kisah dikongsi Norazilawati Adnan bagaimana adik bongsunya terpaksa melalui fasa paru-paru rosak disebabkan menghisap vape mungkin boleh dijadikan pengajaran bersama.

Simpan sini buat kenangan …
Korang yang mana hisap / vape , pod . Dan sebagai nyaa.. minta korang semua elakkan lah daripada tu semua… ini adalah pengalaman kite orang kepada adik bongsu Ditebuk paru paru berair disebabkan Vape,Pod tu semua !

Awas, Paru-Paru Boleh Tinggal Segenggam Penumbuk Akibat Kuat Hisap Rokok Atau Vape. Fikir-Fikirkanlah!

Diucapakan terima kasih kepada sedara mara , kawan kawan serta jiran jiran .. yang mendoakan kesihatan adik saya 

IKLAN

Sekarang Alhamdulillah . Dah Sembuh Penyakitnya .. Cuma baru baru ni kene tebuk sekali lagi untuk buang air dalam paru paru sebelah kanan 

Awas, Paru-Paru Boleh Tinggal Segenggam Penumbuk Akibat Kuat Hisap Rokok Atau Vape. Fikir-Fikirkanlah!

Nasib baik bawak cepat ke HKL . Dokter buat X-Ray Dekat sana .. Paru paru tinggal segenggam penumbuk sahaje…

Syukur alhamdulillah sekarang dah kembali seperti biasa 
berkat doa semua. Hanya allah yang mampu membalasnyaa

Sumber: Public Health Malaysia

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Keluarga Gader https://t.me/keluargagaderclub sekarang!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI